The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssmktebobon123, 2021-02-15 23:55:24

10-Cara-Menangani-Stress

10-Cara-Menangani-Stress

10 Cara Menangani Stress
1. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita

akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan
mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan
seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan
reda..Cubalah..
2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri
untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah
suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk
mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah
iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian
perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik
nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba
elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan
tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi
anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang
dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan
berlaku nanti.
4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari
menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat
seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda
janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan
percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan
telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang
tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang
harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan
berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika
dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman
baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki
anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda
mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk
atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan
atau kemarahan anda.
7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat
sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak
lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan
atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu
malam).

8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan,
anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu
bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber
kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak
berseorangan didunia ini.

9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang
dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak
akan rugi walau sesaat..

Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada
disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia
ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, selaras dengan pembangunan yang semakin gah
di persada dunia, semakin berbagai-bagai punca yang telah mencetuskan tekanan mental.
Tekanan mental dapat ditakrifkan sebagai sejenis desakan atau paksaan yang berkaitan dengan
akal, pemikiran atau proses intelektual. Tekanan yang terlampau akan menyebabkan penyakit
psikologi dan berlakunya jenayah. Cara-cara yang efektif harus digunakan agar tekanan mental
dapat ditangani. Oleh itu, pelbagai faktor dan cara mengatasi masalah tekanan mental yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci.

Faktor pertama yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah
masalah personality yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang
sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan
sehingga menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak
akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini
sering mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil
tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu, masalah personalitI
yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang berat.

Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya
tekanan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa
dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang
berat dan rumit menyebabkan tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan
pelajaran pula berlaku kerana berusaha mencapai kecermelangan. Tekanan dalam kalangan
pelajar biasanya berpunca daripada ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran

atau pihak guru yang ingin memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka
tercapai. Jadi, masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong
penyakit psikologi.

Selain itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan
mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan. Akibat
daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan bercampur-campur. Jika mangsa
merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan
mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak
terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman yang terlampau
seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang hilang kewarasan kerana terlalu
tertekan. Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.

Namun begitu, masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat.
Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup.
Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan
pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat
mengurangkan beban kerja. Individu boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan tekanan
mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan makanan
berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untul mengelakkan masalah tekanan mental
yang berat.

Langkah mengatasi tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling dan
perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan gangguan
mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu individu yang bermasalah agar
mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan
menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi hati mereka. Setelah
pendengaran masalah, pihak kaunseling memberikan nasihat agar membantu individu tersebut
menyelesaikan masalahnya. Kaunseling juga diberikan kepada keluarga penyakit mental supaya
mengurangkan tekanan mereka yang terpaksa menjaga pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa
kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi merupakan satu langkah yang penting dalam
mengelakkan tekanan mental.

Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental.
Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Ibu
bapa harus member pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana “anak
ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya”. Individu yang mempunyai asas nilai-nilai
murni mampu menguasai nafsu mereka. Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah
jiwa kosong dan memberikan kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran
tersebut, seseorang akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau
moral dapat mengurangkan tekanan mental melalui kawalan keinginan.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, tekanan mental tidak akan
memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi
mudah bagi tekanan mental ialah “pengambilan vitamin”. Pada prinsipnya, tekanan mental
sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan
sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan
mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana tekanan mental
yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang terlampau akan
membebankan dirinya.


Click to View FlipBook Version