The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sal personal, 2022-03-31 10:13:30

doa penutup

doa penutup

Permulaan selawat

Kita mulakan dgn Alfatihah

RABBIGHFIRLII WATUB 'ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWAABUR RAHIIM.
3x
kita hadiahkan selawat ini kepada baginda Rasulullah yang dikasihi moga-
moga menjadi asbab mendapat safaat baginda nabi salallahu alaihi
wasalam serta mendapat limpahan cahaya buat diri kita dan sama-sama
kita melangkah ke syurga bersama baginda dengan safaatnya bersama
para ahli keluarga baginda, para rasul, para nabi, para sahabat, para
malaikat, para auliya, seluruh umat nabi Rasulullah, ibu ayah, suami,
anak-anak dan orang –orang yang kita kenali terutama warga PUSPANITA
CIAST.

*** ALUNAN SELAWAT BACA BERSAMA**

SELEPAS SELAWAT

-Bisirril fatihah-

Ya Allah Engkaulah zat yang wujud

Ya Allah Engkaulah zat yang wajib kami kami puji

Ya Allah Ciptakan rasa cinta kami didalam diri kami

Cinta yang benar kepadamu Ya alllah

Cinta yang benar kepada nabi mu nabi Muhammad s.a.w

Ya Allah kembalikan kesedaran rohani kami ya Allah

Ya Allah kembalikan kesedaran rohani kami ya Allah

Ya Allah Ya Allah Ya Allah sampaikan kami kepada bulan Ramadhan

Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa
kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi
Muhammad S.A.W.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar
kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram
sempena bulan Ramadhan ini Ya Allah.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang
tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi
diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang
bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh
keampunan itu nanti.

Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh
kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah
engkau janjikan.

Ya allah jadikanlah kami hamba yang benar kepada mu Ya Allah.

Ya allah jadikanlah kami umat Muhammad swt yang benar kepada mu Ya
Allah

Ya Allah berikan kebaikan yang sebanyak-banyaknya kepada ibu bapa
kami dan ahli keluarga kami Ya Allah ,

Ya Allah berikan kebaikan yang sebanyak-banyaknya kepada guru-guru
kami,

Ya Allah berikan kebaikan yang sebanyak-banyaknya kepada orang-orang
yang membimbing kami kejalan syurga ini

Ya Allah ya Allah dengan berkat selawat ini

Bukakanlah makrifat kami kepada mu ya allah

Bukakanlah pintu pengenalan kami kepada mu Ya allah agar kami tidak
jadi buta ya allah dari memandang mu tiap saat Ya allah.

Agar kami dapat merasakan keberadaan bersamamu Ya Allah

YA Allah ya allah ya alllah berikan kebaikan kepada pemimpin-pemimpin
kami ya Allah agar kami dapat berkhidmat kerana Mu Ya Allah

Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan
bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta
dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami,
elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari
kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami
akan kembali untuk selama-lamanya.

Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada
kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari
segala kejahatan.

Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah ya Rahman Ya Asy Syaafi,

Kami mohon pada mu sembuhkan, Mengampuni Dosa, Dan Mengafiatkan
Dalam Agama Serta kesihatan usia kepada Farhah Dhiya binti Razmi
Anak kepada sahabat kami kak mahani mokhtar dan moga kak mahani
dipermudahkan urusan, di beri kesihatan yang baik dan diberi kekuatan
menghadapi dugaan mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Pertemuan kami hari ini adalah usaha untuk menjadikan kami hambaMu
yang soleh dan amanah dengan misi Khalifah di muka bumi
Kau permudahkanlah kami untuk meneruskan usaha baik kami
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Segala salah dan silap kami
Kau ampunkanlah ya Allah
Kami bertaubat kepadaMu ya Allah
Itu adalah kelemahan kami sebagai hambaMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun
Ya Allah
Engkau jadikanlah majlis hari ini bermanfaat bukan saja di dunia tetapi
di akhirat kelak ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin
Sahabat- sahabat

Kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah wal asr

“Maha Suci Engkau ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa
tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon
keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.” .


Click to View FlipBook Version