INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU –
PENGHASILAN PRODUK
Nama : Wan Nur Fatin Fasihah Binti W
Mohd Fauzi
No. K/P : 030102-11-0022
2021242310240
Angka Giliran : PPISMP
Jun 2021
Program : X10
Encik Abdul Rani B Hassan
Ambilan : 14 Mac 2022
Unit :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:____ __________Tarikh : _14 Mac 2022________
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR
22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
14 MAC 2022 08 APRIL 2022
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda
perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan......................................................................................................................... 2
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu...................................................................................... 2
2.1 Takrif................................................................................................................................ 2
2.2 Bentuk Kesusasteraan Melayu ................................................................................... 3
2.2.1 Kesusasteraan Melayu Klasik ( Tradisional) .................................................... 3
2.2.2 Kesusasteraan Melayu Moden ............................................................................ 5
2.3 Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu ........................................................................... 6
2.3.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional .................................................................... 6
2.3.2 Kesusasteraan Melayu Moden ............................................................................ 8
2.4 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu .................................................................................. 8
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ....................................................................................... 9
3.1 Hiburan............................................................................................................................ 9
3.2 Pendidikan.................................................................................................................... 10
3.3 Dakwah.......................................................................................................................... 11
3.4 Kritikan Sosial.............................................................................................................. 11
4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Karya Puisi Tradisional ............................................. 13
4.1 Pantun ........................................................................................................................... 13
4.2 Syair ............................................................................................................................... 14
4.3 Seloka ............................................................................................................................ 15
4.4 Gurindam ...................................................................................................................... 16
5.0 Penutup............................................................................................................................. 17
6.0 Rujukan............................................................................................................................. 19
1
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa.
Majoriti kaum yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Tambahan pula,
Malaysia didiami oleh kaum minoriti seperti Iban, orang Asli, Bidayuh dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, Malaysia tetap hidup dalam keadaan aman dan damai dengan terdapatnya
perlembagaan negara selepas penubuhan Malaysia pada tahun 16 September 1963. Dengan
adanya etnik ini, maka wujudlah pelbagai jenis budaya sesuatu bangsa yang diwarisi sejak
turun temurun. Keadaan ini wujud kerana setiap etnik mempunyai kebudayaan dan
keunikannya yang tersendiri. Akan tetapi, kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di
Malaysia. Oleh hal demikian, terdapat pelbagai jenis karya kesusasteraan Melayu yang
dihasilkan oleh tokoh-tokoh negara sebagai bukti bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa
yang agung pada ketika itu. Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu
kesusasteraan Melayu Klasik dan kesusasteraan Melayu moden.
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
2.1 Takrif
Menurut Hashim Awang menjelaskan bahawa kesusasteraan itu adalah
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ianya mungkin dituturkan dikenali
sebagai sastera lisan dan mungkin ditulis dikenali sebagai sastera tulisan. Selain itu,
sastera juga memiliki keindahan dalam pelbagai aspek dari segi aspek isi atau daya
pengucapannya. Manakala, Ali Ahmad menjelaskan lebih jauh ke dalam makna
kesusasteraan dengan mengupas usal-usul kata sastera. Menurut beliau, sastera
berasal daripada bahasa Sanskrit yang disebut syastra yang bermaksud kitab suci.
Susastera memberikan makna seni sastera atau seni bahasa dan secara umumnya
dimaksudkan persuratan. Penambahan imbuhan ke di awal dan imbuhan an di akhir
kata susastera menyimpulkan makna yang terdekat iaitu kesenian persuratan yang
bersifat halus dan indah.
Seterusnya, Hashim Awang menghuraikan lagi makna kesusasteraan dan
menemui puncanya adalah daripada kata susastera yang dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu su dan sastera.
Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
2
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa makna kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya.
2.2 Bentuk Kesusasteraan Melayu
Bentuk sastera terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Kesusasteraan
Melayu Klasik ( tradisional) yang terdiri daripada sastera rakyat (lisan) iaitu mitos,
legenda, Cerita rakyat, Puisi Rakyat dan sastera istana (tulisan) seperti Sastera
hikayat, Sastera undang-undang, Sastera epik, Sastera panji dan Sastera agama.
Seterusnya, Kesusasteraan Melayu Moden seperti Cerpen, novel dan puisi melayu.
Kesusasteraan Melayu Kesusasteraa Kesusasteraan Melayu
Klasik ( tradisional) n Melayu Moden
Rajah 1 : Kesusasteraan Melayu
2.2.1 Kesusasteraan Melayu Klasik ( Tradisional)
Kesusasteraan Melayu Klasik atau dikenali juga sebagai Kesusasteraan
Melayu Tradisional yang dapat dibahagikan kepada dua cabang iaitu Kesusasteraan
Melayu Tradisional Lisan dan Kesusasteraan Melayu Tradisional Tulisan.
3
Kesusasteraan Melayu
Tradisional
Kesusasteraan Melayu Tradisional Kesusasteraan Melayu Tradisional
Lisan Tulisan
Rajah 2 : Kesusasteraan Melayu Tradisional
Manakala dari segi bentuknya iaitu kesusasteraan Melayu Tradisional yang
boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Prosa Melayu Tradisional dan Puisi
Tradisional.
Kesusasteraan Melayu
Tradisional
Puisi Prosa
Rajah 3 : Bentuk Kesusasteraan Melayu Tradisional
4
2.2.2 Kesusasteraan Melayu Moden
Kesusasteraan Melayu Moden merangkumi karya-karya kesusasteraan
melayu yang terdiri daripada pelbagai genre seperti cerpen, drama, novel dan
sajak.
Cerpen
Kesusast
Sajak eraan Drama
Melayu
Moden
Novel
Rajah 4 : Genre Kesusasteraan Melayu Moden
Manakala bentuk Kesusasteraan Melayu Moden ini sama sahaja dengan
Kesusasteraan Melayu Tradisional yang boleh dibahagikan kepada dua iaitu Prosa
Melayu Moden dan Puisi Melayu Moden.
Kesusasteraan Melayu
Moden
Puisi Prosa
Rajah 5 : Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
5
2.3 Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu
Karya sastera sebagai hasil seni yang mempunyai tiga ciri utama seperti bersifat
imaginasi, adanya nilai-nilai seni dan kreativiti serta penggunaan bahasa mestilah mempunyai
nilai estetik. Namun demikian, secara praktiknya antara satu jenis karya sastera dengan
karya sastera yang lain masih berlainan antara ketiga-tiga ciri tersebut. Kesusasteraan
melayu dari segi jenis boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu Kesusasteraan
Melayu Tradisional, Kesusasteraan Melayu Klasik dan Kesusasteraan Melayu Moden.
2.3.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional
Mitos
Naratif Lisan Legenda
Cerita Rakyat
Naratif Sastera Sejarah
Sastera Agama
Naratif Tulisan Sastera Hikayat
Sastera Panji
Sastera
Kepahlawanan
Rajah 6 : Jenis-Jenis Prosa Tradisional
Prosa Melayu Tradisional boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk
karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita sahaja malah
ianya termasuk juga karya-karya bukan cerita. Oleh demikian, karya-karya
kesusasteraan Melayu panjang sama ada lisan mahupun tulisan dikategorikan
sebagai prosa. Syarat utama boleh dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu
ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-
karya tersebut. Prosa Melayu Tradisional berbentuk lisan dikenali sebagai
sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
6
dibahagikan kepada dua jenis iaitu naratif dan bukan naratif seperti yang
dinyatakan pada rajah 6.
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada
dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan (Siti Khariah Mohd Zubir,
2013). Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama
iaitu mitos, legenda, cerita rakyat. Manakala, Sementara itu naratif tulisan
terbahagi kepada lima genre iaitu sastera sejarah, sastera hikayat, sastera
kepahlawanan, sastera agama dan sastera panji. Prosa tradisional bukan
naratif terdiri daripada empat genre iaitu sastera undang-undang, sastera kitab,
sastera ketatanegaraan dan kepustakaan ilmu tradisional
Tambahan itu, puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan
dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam
susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang
digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang menekankan
kebenaran daya intelektual dan masuk akal. Bentuk pemikiran dan fungsi
Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan
tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang
berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional
seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.
• Syair
Naratif
Bukan Naratif • Pantun
• Gurindam
• Mentera
Rajah 7 : Jenis-Jenis Puisi Tradisional
7
2.3.2 Kesusasteraan Melayu Moden
Hasil karya sastera yang dihasilkan selepas 1800 Masihi akan
tergolong dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini semata-
mata bertujuan memudahkan kita untuk memahami bentuk dan perbezaan
dalam sastera Melayu. Pembahagian masa ialah cara yang paling senang
untuk membezakan aliran dalam sastera. Faktor lain yang memisahkan antara
sastera Melayu moden dengan sastera Melayu klasik ialah cara sesuatu
masyarakat itu berfikir. Selain itu, terdapat beberapa jenis kesusasteraan
Melayu Moden seperti cerpen, novel, drama dan sebagainya seperti yang
dinyatakan dalam rajah 8.
novel
Biografi Kesusateraan cerpen
Esei Melayu drama
Moden
Sajak
Rajah 8 : Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu Moden
2.4 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu
Keindahan merupakan gaya serta lenggok bahasa yang digunakan dalam karya
sastera yang mampu menyerlahkan keindahan sesebuah karya tersebut. Keindahan hasil
sastera bergantung kepada kesantunan unsur yang membentukkan suatu susunan atau
struktur karya sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh. Sebuah karya seni indah dan
menarik jika mempunyai unsur-unsur yang terkandung di dalamnya mengandungi keutuhan,
kelarasan, keseimbangan dan penekanan. Unsur-unsur yang berlainan mempunyai cara
tersendiri dalam membentuk kesatuan yang utuh untuk memperlihatkan keutuhan sesuatu
8
karya. contohnya, bentuk penulisan novel berbeza dengan penghasilan puisi kerana kedua-
dua hasil karya tersebut mempunyai unsur yang berbeza.
Tambahan itu, pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh kepada jiwa
manusia yang digambarkan secara realitinya. Perkataan utuh merujuk kepada pemikiran,
imaginatif dan perasaan. Manakala, perkataan realiti pula merujuk kepada sesuatu yang
dapat memberikan kesedaran kepada manusia. Dalam sastera, pengalaman diceritakan
melalui bahasa. Bahasa merujuk kepada peranti yang dapat meneruskan fikiran, perasaan
dan imaginasi pengkarya bagi membolehkan pembaca menghayati, memikirkan serta
merasakan perkara yang ingin disampaikan oleh pengkarya.
Selain itu, pengalaman seni juga merupakan ciri-ciri kesusasteraan. Pembaca dapat
memahami hasil karya dengan melalui peristiwa sastera yang dialami. Pengkarya
mendapatkan kepuasan dengan karyanya jika pembaca dapat memahami dan merasai
perasaan pengkarya serta menerima hasil karyanya. Akan tetapi, pembaca mestilah sedar
bahawa memahami dan merasai fikiran tidak memadai. Malah, pembaca mesti sedar akan
nilai-nilai yang terkandung dalam sastera itu.
Akhir sekali, karya seni dibahagikan kepada dua kategori iaitu karya sastera dan bukan
sastera. Oleh hal demikian, terdapat tiga perkara yang membezakan antara karya sastera
dan bukan sastera seperti bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.
Bersifat fiksyen merujuk kepada karya sastera yang dihasilkan dengan imaginasi pengkarya
berdasarkan pengalaman serta tindak balasnya kepada alam realiti (Ungku Maimunah Mohd.
Tahir Washima Che Dan, 2019). Daya imaginatif penting dalam penghasilan sesebuah karya
fiksyen kerana melalui dunia khayalan. Pembaca dapat menghayati kenyataan dan masalah
sebuah karya ke dalam bentuk konkrit. Manakala nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya
mengungkapkan isi hati dengan jelas dan lebih mendalam. Penggunaan bahasa dalam karya
sastera berlainan dengan karya bukan sastera. Bahasa yang digunakan dalam karya sastera
lebih kompleks dan puitis untuk menarik perhatian pembaca membaca dan menghayatinya.
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
3.1 Hiburan
Karya-karya yang berkisarkan tentang kehidupan masyarakat pada masa itu
yang boleh dijadikan sebagai hiburan setelah melaksanakan kegiatan seharian.
Karya-karya tersebut boleh memberikan hiburan kepada pembaca. Contohnya, cerita-
cerita jenaka yang mampu memberikan hiburan. Kesusasteraan ini digunakan untuk
mengisi masa lapang dan dijadikan sebagai hobi. Karya-karya sastera seperti Seloka
9
Pak Pandir tidak saja memberi pengajaran akan tetapi juga menyeronokkan untuk
dibaca. Malah pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-
waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan anggota masyarakat dapat
berkumpul pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu
malam itulah, mereka berkumpul untuk berhibur sambil belajar melalui cerita rakyat.
Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa
keseronokan yang indah (Ani Haji Omar, 2012). Hiburan terhasil dari keindahan kata-
kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, keupayaan karya sastera
untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya.
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara
diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyarakat pada
suatu ketika.
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana
keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan. Hal ini dilihat dalam sebuah
pantun lama berbunyi seperti berikut :
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima
yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai
struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan.
Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan
bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.
3.2 Pendidikan
Karya-karya kesusasteraan tidak dapat dinafikan lagi bahawa karya tersebut
sarat dengan pendidikan. Karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang
merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba pengalaman yang banyak.
Pengalaman-pengalaman para pengarang diterjemahkan menerusi kisah-kisah yang
10
ditulis oleh mereka yang merangkumi didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti
ekonomi, politik dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan
diadunkan dengan unsur-unsur pengajaran, pendidikan dan ilmu pengetahuan yang
tinggi nilainya. Apabila masyarakat menikmati karya-karyanya secara tidak langsung
unsur pendidikan dan ilmu pengetahuan yang baharu diserap oleh pembaca dan
mampu membentuk sikap pembaca ke arah kebaikan.
Seterusnya, cerita-cerita lisan terselit teladan dan pengajaran yang berguna
sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misanya, anak-anak
dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, sombong dan bongkak seperti mana
yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.
Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak
derhaka kepada ibu bapa kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia
mahupun di akhirat. Dalam pada masa yang sama, cerita-cerita roman ditonjolkan sifat
kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong, kerjasama dan tolong
menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
3.3 Dakwah
Dakwah sebagai proses menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia
melalui medium atau saranan yang difahami. Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai
kesusasteraan. Ruang dialektika yang dapat menemukan warna baru dalam
menyampaikan pesan Tuhan yang disebut sebagai dakwah. Di samping itu, definisi
dakwah mengikut Hidayatul Mursyidin ialah mendorong manusia untuk melakukan
kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran supaya dapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu, A. Hasymi mendefinisikan dakwah
iaitu mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan kaedah syariat Islam yang
terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah. Kesusasteraan juga
digunakan sebagai penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Melayu (Muhd
Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi, 2015).
3.4 Kritikan Sosial
11
Cerita-cerita lisan digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raya atau bangsawan-bangsawan. Misalnya, melalui cerita-cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk, memperlihatkan jelas menyindirkan golongan
berkuasa (raja) yang bersifat zalim, tamak, pentingkan kuasa sehingga menepikan
kesejahteraan hidup rakyat jelata. Seterusnya, melalui cerita Pak Pandir, Lebai
Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang bersifat tamak, kedekut,
gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang
yang lemah semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan kekayaan diri
sendiri.
Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali kehidupan masyarakat lain
daripada pelbagai dimensi dan sudut padang yang berlainan. Sesuatu yang
dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dalam kehidupan manusia
yang sebenar. Hal demikian kerana sastera menggambarkan kehidupan
sebagaimananya dinyatakan oleh Usman Awang, A. Samad dan Dharmawijaya (Mohd
Rosli Saludin, 2013). Di samping itu, sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang
luar biasa tetapi perkara yang biasa yang diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah
sifatnya.
Berdasarkan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat,
kehidupan dan manusia. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai lapisan
kedudukan dan kewujudan jurang dalam kalangan masyarakat. Hal demikian akan
mempengaruhi tindakan dan tatasusila sama ada bertujuan untuk menegur, mengkritik
mahupun menyampaikan mesej. Dalam kalangan masyarakat yang pelbagai watak
yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakat. Akan tetapi dalam keadaan
tertentu mereka juga tidak dapat melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan.
Misalnya, konsep perjuangan yang terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan
dengan merujuk dua buah karya novel iaitu Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah
Terakhir. Dalam hal ini, kedua-dua pengarang novel menggunakan jalan yang sama
iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek
cara perjuangan tersebut yang terdapat dalam karya mereka. Berikut merupakan
contoh petikan yang dikesan :
“…Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan yang
melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu
hak kita tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang.”
(Harga Sebuah Maruah)
12
Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan konsep perjuangan yang
berasaskan pertimbangan akal. Hal demikian dapat dikesan melalui ayat “tetapi
jangan sampai membelakangi undang-undang.”
Akan tetapi dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy menjelaskan
perbezaan konsep perjuangan. Hal demikian dapat dikesan melalui petikan berikut ;
“… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan,
namun sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”
Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk
menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan pertumpahan darah. Hal demikian
dapat dikesan dengan ayat “biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah
tidak sama sekali”.
4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Karya Puisi Tradisional
4.1 Pantun
Pantun Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Baris pertama dan kedua ialah pembayang iaitu unsur alam yang zahirah dan
ditanggapi manusia Melayu melalui cerapan akal budinya terhadap persekitaran iaitu
menjelaskan kebenaran yang bersifat alamiah dan semula jadi (Nirwana Sudirman &
Zulkifley Hamid, 2016). Dalam hal demikian, kundi iaitu biji yang telah lama digunakan
sebagai penimbal dalam kerja penimbangan, telah berbentuk kurik iaitu berbintik-bintik
dan lusuh. Biji saga pula masih baru dan berwarna merah serta segar. Inilah
kebenaran alamiah yang terdapat dalam ekologi budaya orang Melayu.
13
Baris yang ketiga dan keempat pula memberikan makna yang menyatakan
kebenaran yang bersifat rohaniah iaitu yang baik itu budi yang indah itu bahasa.
Dalam hal sedemikian, pengukapan, perlambangan, dan makna yang indah, berirama
dan tepat, menyemai dan memupuk rasa yang yakin dan percaya dalam hati kalbu
orang Melayu tentang kebenaran dan kemurnian budi yang baik, bahasa yang indah
dan akal yang cerdas contohnya benarnya kundi kurik, saga yang merah dan takal
yang keras dalam alam persekitarannya.
Adat hidup Melayu terpuji,
Sesama makhluk bersuci hati,
Kepada orang bertanam budi,
Memberi tidak mengharap ganti.
Pantun di atas, jelas merupakan anjuran dan tunjuk ajar agar kita berusaha
melakukannya iaitu menanam budi dan bersuci hati sesama anggota masyarakat dan
juga individu. Terdapat juga isi pantun yang menggalakkan agar bersangka baik
terhadap sesama manusia.
4.2 Syair
14
Syair di atas menggambarkan pemikiran Za’ba yang mewakili bangsa Melayu
tentang kelebihan seseorang yang berpengetahuan tinggi (Zurakinta Abdul Razak &
Che Ibrahim Salleh, 2015). Kerap kali diulang bahawa ilmu sangat berguna
disebabkan oleh dengan ilmu pengetahuanlah yang mampu menerangi hidup dan
menjadikannya sebagai panduan. Ilmu yang diperolehi oleh seseorang sudah pasti
boleh dimanfaatkan sepanjang hayat.
Rangkap kedua syair tersebut meletakkan ketinggian ilmu yang tiada nilai
tandingnya. Za’ba membuat perbandingan bahawa nilai ilmu tidak boleh ditukar ganti
walaupun dengan sebuah dunia. Seterusnya, pemikiran yang cuba disampaikan oleh
beliau ialah faedah atau manfaat bagi orang yang berilmu tidak ada hadnya dan dapat
digunakan di mana-mana.
Selanjutnya, kita dapat melihat sifat ilmu yang menjadikan penghias diri
seseorang, menjadi sahabat yang memberikan panduan semasa mengembara dan
ilmu dapat membezakan diri seseorang dengan orang lain. Dengan ilmu seseorang
dapat menghiburkan hati yang gundah dan membantunya memahami perkara dengan
lebih jelas. Pemikiran yang terkandung dalam rangkap keempat menyatakan kepada
masyarakat bahawa ilmu tetap berguna walaupun seseorang itu meninggal dunia dan
kehidupannya lebih bahagia daripada orang lain.
Kelebihan ilmu terus dijelaskan oleh Za’ba dalam rangkap kelima dalam syair
di atas. Sebagai pembaca, kita melihat pemikiran beliau yang menjelaskan lagi
tentang orang yang berilmu akan memperoleh ganjaran pahala. Dengan ilmu juga,
seseorang itu mampu mencapai cita-citanya dan ilmu itu luas sekali bidangnya.
4.3 Seloka
Baik budi emak si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada berkayu tanah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
(Za’ba, 1962)
15
Emak Si Randang seorang yang berbudi baik. Selalu menolong orang dan
membantu akan tetapi bantuan dan pertolongan yang dikerjakannya itu adalah
sesuatu yang di luar tanggungjawabnya. Berbuat baik dan berbudi pada orang lain
atau orang luar tetapi, mengabaikan keluarganya sendiri. Sebagaimana dijelaskan
dalam puisi seloka ‘anak pulang kelaparan’ namun dagang yang datang segera
ditanakkan. Begitu juga melalui kiasan dan sindiran ‘anak dipangku diletakkan’
manakala kera di hutan disusui. Kepandaian bangsa Melayu dalam menyindir dan
menyampaikan kiasan dengan menggunakan dua unsur perlambangan yang sangat
berbeza sifat dan perlakuannya, iaitu anak manusia dan juga anak kera.
Perlambangan yang digunakan menunjukkan betapa tidak setujunya dengan tindakan
yang dilakukan seseorang melalui watak emak Si Randang yang lebih mengutamakan
orang lain berbanding anak sendiri, malahan diumpamakan mengutamakan kera di
hutan berbanding anak sendiri (Liliy Salwani Razali & Radzi, 2019).
4.4 Gurindam
Rajah 10 : Gurindam 12
16
Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji merupakan buah fikiran, perasaan,
pandangan dan gagasan, ataupun segenap pengalaman jiwanya, yang membuatkan
pembaca dapat memahami dan tidak berasa jemu untuk sentiasa menjadikannya sebagai
sesuatu yang menyenangkan dan berfaedah. Gurindam Dua Belas menyelitkan nasihat
kepada manusia agar menjaga hati dan akal fikiran supaya tingkah laku atau perbuatan yang
dilakukan berfaedah dan memberi manfaat kepada diri dan orang lain.
Raja Ali Haji menyifatkan bahawa segala perbuatan atau perlakuan manusia itu
bermula dari hati. Oleh itu, seseorang manusia mestilah menjaga hati terlebih dahulu dari
perkara yang dilarang oleh agama agar tidak merugikan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat
seperti rangkap pertama pasal keempat Gurindam Dua Belas seperti contoh di bawah:
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh.
Maksud rangkap keempat Gurindam Dua Belas ini adalah seseorang manusia itu perlu
menjaga hati dari perbuatan yang dilarang oleh agama kerana segala perbuatan dan
perlakuan yang dilakukan oleh seseorang bermula dari hati.
5.0 Penutup
Kesusasteraan Melayu menerima pengaruh dari luar seperti Hindu dan Islam (Mohd
Shabri Yusof & Munif Zarirruddin Fikri Nordin, 2020). Sastera Melayu bertukar konsep
mengikut perubahan zaman. Misalnya pada zaman peralihan antara Hindu dengan Islam,
sastera Melayu pada mulanya terpengaruh dengan unsur Hindu. Namun, kedatangan Islam
menyebabkan banyak perubahan yang membawa perkembangan baharu dalam sastera
Melayu.
Keunggulan dan kemegahan budaya dan kesusasteraan Melayu mencerminkan
kreativiti dan gaya hidup bangsa Melayu (Ayu Nor Azilah Mohamad et al., 2017).
Kesimpulannya, masyarakat Melayu berperanan penting dalam menjaga dan memelihara
warisan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu agar warisan Melayu “tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas”. Kesusasteraan Melayu juga menjadi khazanah negara yang paling
berharga dan perlu dijaga dengan penuh teliti supaya generasi muda dapat mewarisinya dan
mengeksportkannya ke luar negara.
17
18
6.0 Rujukan
Ani Haji Omar. (2012). Kesusasteraan Dan Peranan Puisi Dalam Kehidupan Kanak-kanak.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 1, 87–121.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/755
Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa, & Wayu Nor Asikin Mohamad. (2017).
Hang Tuah Lambang Peradaban Bangsa Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman
Shah, 20–34.
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_003_ayu.pdf
Liliy Salwani Razali, & Radzi, S. B. M. (2019). Puisi Lisan: Pemerkasaan Warisan Bangsa
Melayu. Jurnal Melayu Sedunia, 3(1), 1–9.
http://jice.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/21797
Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227
Mohd Shabri Yusof, & Munif Zarirruddin Fikri Nordin. (2020). Faktor Agama dalam Asimilasi
Budaya Arab ke dalam Budaya Melayu. Jurnal Linguistik, 24(2), 59–68.
https://ejurnal.plm.org.my/index.php/jurnallinguistik/article/view/175
Muhd Norizam Jamian, & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional
Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis (Traditional Malay Literature as a
Medium of Mass Communication: An Analysis). Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal
of Communication, 31(2), 183–194. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015-3102-12
Nirwana Sudirman, & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu Sebagai Cerminan Kebitaraan
Perenggu Minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145–159.
https://core.ac.uk/download/pdf/77967475.pdf
Siti Khariah Mohd Zubir. (2013). Pemilihan Buku Teks Mata Pelajaran Kesusasteraan
Melayu Berasaskan Teori Sosial. PENDETA, 4, 25–41.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1125
Ungku Maimunah Mohd. Tahir Washima Che Dan. (2019). Pemartabatan “Realiti” dan
“Realisme” ke Status Konvensi Sastera dalam Kesusasteraan Melayu. International
Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 2(2), 109–136.
http://www.bitarajournal.com
Zurakinta Abdul Razak, & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan
Adab dalam Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun
19
Melayu, 3(2), 121–129. https://doi.org/10.17576/iman-2015-0302-10
20