The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Syuhada, 2020-04-08 03:32:44

MINIT MESYUARAT PROGRAM BIL 1

Minit Mesyuarat Program Bil 1

Lampiran 4
BKU-05-04

MINIT MESYUARAT PROGRAM SISTEM PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN / JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT / PROGRAM

SISTEM PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB
BIL. 1 TAHUN 2020

Tarikh : 06 Januari 2020
Masa : 02.00 Petang
Tempat : Bilik Operasi ICT, KVPJB

KEHADIRAN :

Bil. Nama Jawatan

1. SURIYAH BINTI HASSAN KETUA JABATAN

2. MASTURA BINTI MD HASSAN KETUA PROGRAM

3. NURUL SYUHADA BINTI MAZLINA PENSYARAH

4. SITI ZULAIKHA BINTI ADNAN PENSYARAH

5. NUR SYAFIQAH BINTI HASHIM PENSYARAH

6. MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN DZULKRINAIN PENSYARAH

7. MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN PENSYARAH

8. YUSSALINA BINTI MOHD YUSOP PENSYARAH

9. NAJIHA BINTI HUSSEIN PENSYARAH

10. MOHD HAFIZ BIN MUSTAFA PENSYARAH

11. MOHAMAD NOOR FAHMI RUZAINI BIN MD YUSOFF PENSYARAH

TURUT HADIR : Nama Jawatan
Bil.

1

TIDAK HADIR (dengan kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama

1 NURUL SYAZA BINTI ROSLI PENSYARAH

TIDAK HADIR (tanpa kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama
1 -TIADA-

Lampiran 4
BKU-05-04

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Puan Mastura selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan selamat datang kepada
semua pensyarah ke mesyuarat program Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web Bil
1 / 2020. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al fatihah.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4 TAHUN 2019
Minit mesyuarat Bil 4Tahun 2019 telah disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : Puan Nur Syafiqah Binti Hashim
Penyokong : Encik Muhammad Taqiyuddin bin Dzulkrinain
Pindaan : Tiada

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

- Tiada -
4. ISU –ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pengurusan akademik SVM dan DVM
4.1.1 Ketua Program iaitu Puan Mastura Md Hassan meminta kerjasama semua

pensyarah untuk menghantar fail kursus yang lengkap berdasarkan tarikh yang

telah ditetapkan iaitu

Fail Kursus DVM Sesi 1 26 April 2020

Fail Kursus SVM Sesi 1 11 Mei 2020

Fail Kursus DVM Sesi 2 11 Oktober 2020

Fail Kursus SVM Sesi 2 18 Oktober 2020

4.1.2 Puan Mastura juga mengingatkan pensyarah yang mengajar modul diploma

Tahun 1 dan Tahun 2 untuk memastikan pelajar menjawab Entrance Survey

pada awal semester.

4.1.3 Puan Mastura juga meminta pensyarah untuk menghantar Jadual Spesifikasi

Pentaksiran Berterusan bagi modul diploma semester 1 sebelum atau pada 13

Januari 2020.

4.1.4 Pensyarah juga diingatkan untuk menggunakan ADOPC yang terkini bagi

merekodkan markah untuk pelajar kohort ambilan tahun 2017. Pensyarah perlu

memasukkan markah pada tahun 2019 ke dalam ADOPC tersebut.

Tindakan : Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat

4.2 Penilaian dan Pentaksiran
4.2.1 Ketua Program iaitu Puan Mastura binti Md Hassan memaklumkan bahawa bagi
penilaian Sijil Kemahiran Malaysia kohort 2018 masih terdapat beberapa CU
yang belum melaksanakan penilaian.
4.2.2 Puan Yussalina binti Md Yusop memaklumkan bahawa bagi kohort 2016 fail
telah pun disiapkan. Namun begitu, RPK dan juga proses memasukkan markah
belum boleh dilaksanakan.

Lampiran 4
BKU-05-04

4.3 Malaysia Board Of Technologists (MBOT)
4.3.1. Puan Mastura telah memaklumkan bahawa penilaian bagi MBOT akan datang
ke Kolej Vokasional Perdagangan bagi tujuan penilaian dalam tempoh dua
hingga tiga minggu dokumen yang diperlukan dihantar kepada pihak yang
terlibat. Oleh yang demikian, pensyarah diminta untuk bersedia seawal bulan
Januari tahun 2020.
4.3.2. Puan Mastura juga turut memaklumkan bahawa pensyarah vokasional yang
mengajar bidang yang berkaitan teknologi perlu menjalani program sangkutan
industri sekurang – kurangnya selama sebulan di syarikat atau industri yang
berkaitan.
Tindakan : Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Cik Suriyah binti Hassan meminta bekas toner dan catridge yang telah digunakan bagi
mesin pencetak disimpan di makmal dan tempat yang sesuai.
5.2 Beliau juga turut memaklumkan terdapat program Business Canvas iaitu program yang
dianjurkan oleh unit kluster pada 18 Januari 2020. Pelajar yang terlibat dari Jabatan
Teknologi Maklumat adalah enam pelajar tahun 2 SVM. Enam pelajar Tahun 1 DVM
dan 6 pelajar dari Tahun 2 DVM. Oleh yang demikian penasihat pelajar bagi kelas yang
berkenaan diminta untuk membuat pemilihan pelajar yang sesuai.
5.3 Bagi aktiviti Persatuan Pelajar Teknologi Maklumat pula perlu mempunyai aktiviti yang
berkaitan dengan teknologi.
5.4 Pensyarah penasihat persatuan pelajar pula akan dilantik bagi setiap awal tahun. Oleh
yang demikian pada tahun 2020 , pensyarah penasihat yang terlibat adalah Puan
Yussalina binti Md Yusop, Encik Muhammad Taqiyuddin bin Dzulkrinain dan juga Puan
Nurul Syuhada binti Mazlina.
5.5 Puan Mastura binti Md Hassan meminta pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat
untuk menghasilkan laporan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mengikut format yang
telah disediakan.
5.6 Encik Muhammad Taqiyuddin telah memberikan pertanyaan berkaitan dengan
Pertandingan World Skill yang akan dianjurkan di Melaka. Cik Suriyah binti Hassan telah
memberikan respon dengan menyatakan bahawa perlu mendaftar pelajar yang
berminat sahaja. Manakala bagi pertandingan KV Skills pula pelajar yang terlibat adalah
Aliff Omar dari kelas 1 DKA 1.
Tindakan : Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat

Lampiran 4
BKU-05-04

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan datang akan
dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..........................................……… ..........................................………
(NURUL SYUHADA BINTI MAZLINA) (MASTURA BINTI MD HASSAN)
Setiausaha Pengerusi
Mesyuarat Program Sistem Pangkalan Data dan Bertarikh: 07 Januari 2020
Aplikasi Web
Jabatan Teknologi Maklumat
Bertarikh: 07 Januari 2020


Click to View FlipBook Version