The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saripah_e, 2021-01-27 01:16:15

1.2 Analisis Fungsi

1.2 Analisis Fungsi

Keywords: Sistem fungsi

Rabu 27 Januari 2021
Kelas 2 Uthman

TOPIK: 1.0 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
STANDARD KANDUNGAN: 1.2 Analisis Fungsi
STANDARD PEMBELAJARAN: Murid Boleh;
1.2.1 Membuat hubungkait antara produk dengan objek dari

segi fungsinya.
1.2.2 Mengenalpasti komponen dan fungsi komponen dalam produk
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Murid dapat:
1. Menyatakan maksud produk, objek , fungsi dan sistem
2. Menyenaraikan komponen dan fungsi komponen
3. Melukis sistem fungsi

Produk: Rak Kasut
Komponennya: Kayu
beroti, paku dan skru
Fungsi komponen?
Kayu beroti untuk…
Skru, paku untuk……

Sistem merupakan beberapa elemen yang
berkait antara satu sama lain dan saling
mempengaruhi dalam sesuatu pembinaan
produk agar produk tersebut dapat
berfungsi dengan sempurna.

Proses penyelesaian masalah inventif;

Analisis fungsi bertujuan ;
• untuk membantu mengenalpasti sistem

yang ada pada sesebuah produk.
• Fungsi setiap komponen yang

melengkapkan sesuatu produk akan
dinyatakan

Produk terdiri daripada gabungan beberapa
komponen yang membentuk produk.

Fungsi ialah tugas yang dilakukan oleh
produk untuk merubah objek sasaran.

Objek pula menerima kesan daripada fungsi
produk .

Fungsi komponen ialah melaksanakan tugas yang tertentu
bagi melengkapkan sistem fungsi produk.

Contoh: meja
Lihat sistem fungsinya…rujuk jadual

Rujuk Jadual 1.2.2
Meja mempunyai fungsi memegang sebuah buku.
Memegang bermaksud , meja dijadikan fungsi sebagai tempat
untuk meletakkan buku.

Aspek fungsi- komponen meja yang memegang buku iaitu
bahagian muka meja.

Rangkaian fungsi terbentuk pada bahagian komponen meja, iaitu
bermula dari lantai yang memegang kaki meja.

Lantai ialah supersistem. Supersistem ialah faktor persekitaran
yang memberikan kesan terhadap produk seperti lantai, cahaya
dan kelembapan.

Sistem fungsi komponen dapat dilukis melalui rajah model fungsi
(Rajah 1.2.2)
Rangkaian pada komponen meja menggambarkan keadaan
komponen meja melalui hubungan anak panah.

LATIHAN

1. Isikan ruangan kosong dengan perkataan yang sesuai bagi menerangkan maksud setiap yang berikut.
a) Produk terdiri daripada ………………….beberapa…………………komponen yang membentuk produk

lengkap. Produk ini membentuk suatu…………….bagi produk itu sendiri.
b) Fungsi ialah……………….yang dilakukan oleh produk untuk ……………objek sasaran.
c) Objek ialah penerima………………akibat daripada kefungsian sesuatu produk.
(6 Markah) TP 1
2. Rajah di bawah merupakan sebuah produk yang berfungsi.

a) Lengkapkan jadual di bawah berkaitan dengan fungsi komponen yang terdapat dalam
produk tersebut

Komponen Fungsi Objek
Muka rak
Kerangka rak
Skru
Lantai

(8 markah) TP 2

SAMBUNGAN

2 b) Berdasarkan analisis fungsi produk rak ini, (jadual di bawah) lukiskan lukisan sistem bagi produk
tersebut yang berada dalam keadaan baik dan cekap dalam ruang kosong yang disediakan.

Produk (sistem) Fungsi Objek
Rak kasut Memegang Kasut

(6 Markah )TP 3


Click to View FlipBook Version