UNIT 8
PSV
CANTIK
BERCAHAYA
NOTA
RENJISAN DAN
PERCIKAN
UNIT 8 :CANTIK BERCAHAYA
Apakah percikan dan renjisan?
Satu teknik memindahkan warna
dari suatu alat ke suatu
permukaan untuk menghasilkan
corak.
Renjisan dan percikan dibuat
secara sengaja dengan cara
menghambur titik-titik warna air
yang berselerakan menggunakan
berus, semburan atau berus gigi.
Renjisan dan percikan boleh
berlaku ke atas permukaan kering
atau lembap.
Kesan warna yang direnjis atau
dipercik menghasilkan corak
terancang dan tidak terancang .
Tokoh seni percikan dan renjisan
⸙ Paul Jackson Pollock
⸙ Karyanya berjudul “Autumn Rhythm”.
⸙ Dihasilkan dengan cara mencurah,
merenjis dan menyapu cat dengan
pergerakan anggota badan secara
keseluruhan.
TEKNIK CORAK RENJISAN PADA
KERTAS
Bahan yang diperlukan :
Warna air, kertas lukisan, berus
lukisan, span, sikat dan berus gigi.
Langkah 1 :
Bancuhkan warna yang dikehendaki.
Langkah 2 :
Celup berus gigi ke dalam warna dan
gosok pada sikat.
Percikan warna akan terhasil
memenuhi ruangan kertas lukisan.
Langkah 3 :
Tukarkan warna lain dengan
menggunakan aktiviti yang
sama. Warna akan bertindih dan
membentuk corak menarik. Ulang
dengan seberapa banyak warna yang
disukai.
Kesan renjisan dan percikan
pada permukaan berbeza
berdasarkan faktor berikut :
Kedudukan atau jarak alat
Kekuatan daya
Jenis alat / bahan yang
digunakan
Medium renjisan dan percikan
boleh dilakukan di atas:
Kertas
Kain
Kanvas
Plywood
Permukaan dinding
Lantai dan lain-lain
Kaedah renjisan; dan percikan
Kaedah renjisan; dan percikan
RUJUK BUKU TEKS PENDIDIKAN
KESENIAN M/S 66 – 69 untuk
lebih kefahaman.
*Sila baca nota ini untuk
persediaan kuiz minggu hadapan.
GOOD LUCK!