The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahun 1 Amanah
29 Jun 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adanan Herang, 2020-06-28 21:16:02

Kata arah

Tahun 1 Amanah
29 Jun 2020

Kata Arah

1. Kata arah ialah bentuk kata yang menunjukkan
kedudukkan sesuatu tempat atau benda.

2. Kata arah didahului oleh kata sendi nama dan diikuti
oleh frasa nama.

Kata arah Penjelasan/maksud
Hadapan Bahagian di sebelah muka
Kiri Bahagian yang berlawanan dengan kanan
Belakang Bahagian yang dianggap sebagai lawan
hadapan
Kanan Bahagian yang berlawanan dengan kiri
Atas Tempat atau bahagian yg lebih tinggi
berlawanan bawah
Bawah Arah atau bahagian yg lebih rendah
berlawanan atas

Kata arah Contoh ayat

hujung Rumah Razali terletak di hujung kampung.
penjuru Aina menyusun buku-buku itu di penjuru
meja tulisnya.
samping Dia duduk di samping neneknya semasa
menonton televisyen.
tengah Kamal menendang bola ke tengah padang.
tepi Banyak gerai buah-buahan di tepi jalan.
seberang Kedai runcit terletak di seberang jalan itu.
pinggir Azli dan rakan-rakannya berehat di pinggir
sungai.
luar Kakak menjemur pakaian di luar rumah.
penjuru Aina menyusun buku-buku itu di penjuru
meja tulisnya.
Sebelah Rumah Ali terletak di sebelah rumah Cikgu
Azmani.
sisi Isteri Ridzuan berada di sisinya sebelum
dia meninggal dunia.
sudut Ibu meletakkan pasu antik di sudut ruang
tamu.
barat Kami akan bertolak ke barat Perak pada
hari Rabu ini.
selatan Pendatang-pendatang asing dari selatan
Sulawesi telah dihantar pulang.
timur Kami akan berkhemah di timur Pulau
Pangkor.
utara Pulau Pinang merupakan salah sebuah
negeri yang terletak di utara Semenanjung
Malaysia.


Click to View FlipBook Version