DEFINISI KONSEP
BAB 4
PERNIAGAAN
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna bagi mendapatkan keuntungan.
UNIT PERNIAGAAN
Pemilikan tunggal
Perkongsian
Syarikat sendirian berhad
Syarikat awam berhad
Koperasi
PEMILIKAN TUNGGAL
Perniagaan yang ditubuhkan,dimilik, dibiayai
dan diurus oleh seorang individu
PERKONGSIAN
Perniagaan yang dimiliki oleh 2-20 orang
bertujuan mendapatkan keuntungan
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
Perniagaan yang dimiliki oleh 2-50 orang
yang melaburkan modal
SYARIKAT AWAM BERHAD
Perniagaan yang ditubuhkan oleh 2 orang
dan tiada had maksimum dengan
menjemput orang ramai melabur dengan
membeli saham dan menjadi pemegang
KOPERASI
Perniagaan yang dijalankan oleh
sekumpulan individu secara sukarela untuk
menjaga kebajikan ahli-ahlinya
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Perusahaan yang mempunyai nilai hasil
jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta
atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 200 orang
CIRI-CIRI PKS
Berintensifkan buruh
Keupayaan modal kecil
Keluaran pengguna dan barang pengganti
Organisasi mudah, berskala kecil
SUMBANGAN PKS TERHADAP EKONOMI
Peningkatan dalam keluaran negara
Peningkatan dalam guna tenaga
Peningkatan dalam eksport
MASALAH PKS
Kekurangan modal
Masalah pemasaran
Masalah lokasi
Kekurangan teknologi
Kekurangan kepakaran dan TB mahir
Kekurangan bahan mentah
PERANAN KERAJAAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PKS
Program rantaian industri
Melalui Program Pembangunan Vendor, PKS
menjadi pembekal komponen untuk industri
besar
Contoh: vendor Proton
PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
Kerajaan menyediakan infrastruktur
seperti tapak kilang yang sesuai bagi
membantu perkembangan aktivitik PKS
PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN
TEKNOLOGI
Kerajaan menyediakan geran untuk
pembelian peralatan berteknologi tinggi
dan pelesenan teknologi
PROGRAM PEMBANGUNAN PEMASARAN
Menyediakan kemudahan untuk
memasarkan produk PKS
Membantu PKS menembusi pasaran
eksport
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN
Menyediakan pembiayaan untuk
meningkatkan kemahiran dan keupayaan
pekerja PKS di peringkat teknikal dan
pengurusan
PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI
Pengambilan satu industri dalam satu
daerah sebagai anak angkat oleh agensi
kerajaan untuk memajukan dan
membangunkan industri luar bandar
AGENSI-AGENSI MEMBANTU PKS
SME bank
SMIDEC
PKEN
FAMA
MARDI
SOALAN STPM
BAB 4
2013
Jelaskan 3 langkah kerajaan bagi memajukan PKS di
Malaysia [ 6M ]
(i) mewujudkan sistem vendor antara PKS dengan syarikat
besar dengan PKS membekalkan peralatan & komponen
atau perkhidmatan kepada syarikat besar
- Contoh: vendor PROTON
2013
Jelaskan 3 langkah kerajaan bagi memajukan PKS di
Malaysia [ 6M ]
(ii) menyediakan tapak kilang atau premis perniagaan yang
sesuai untuk PKS.
- Contoh: disediakan oleh MARA dan UDA.
2013
Jelaskan 3 langkah kerajaan bagi memajukan PKS di
Malaysia [ 6M ]
(iii) menyediakan kemudahan untuk memasarkan produk
PKS. Contoh: pasar tani, ekspo, pameran dilakukan oleh
FAMA
-membantu mengeksport barang seperti memberi insentif
eksport. Contoh melalui MATRADE. .
2013
Jelaskan 3 langkah kerajaan bagi memajukan PKS di
Malaysia [ 6M ]
(iv) Menggalakkan penggunaan ICT dengan menyediakan
kemudahan telekomunikasi dan maklumat serta teknologi
dalam pengeluaran.
Contoh: beri geran untuk beli peralatan teknologi
2013
Jelaskan 3 langkah kerajaan bagi memajukan PKS di
Malaysia [ 6M ]
(v) Memberi kursus, latihan dan seminar kepada pengusaha
PKS bagi meningkatkan kemahiran dari segi teknikal dan
pengurusan.
Contoh: pengurusan akaun, kewangan dan latihan dalam
pengeluaran yang disediakan oleh MARA
2013(U)
(a) Nyatakan 2 masalah yang sering dihadapi oleh PKS di
Malaysia [ 2M ]
- Kekurangan modal dan sumber kewangan terhad kerana
tiada cagaran
- Penggunaan teknologi yang lemah dan usang
merendahkan produktiviti
- Masalah pekerja kurang kemahiran dan pusing ganti
pekerja yang tinggi
(b) Jelaskan dua sumbangan PKS terhadap pembangunan
ekonomi negara [ 4M ]
(i) Meningkatkan hasil negara
PKS memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan
ekonomi negara melalui cukai yang dibayar.
(ii) Menyediakan peluang pekerjaan
PKS mengurangkan kadar pengangguran.
(b) Jelaskan dua sumbangan PKS terhadap pembangunan
ekonomi negara [ 4M ]
(iii) Mengurangkan pergantungan kepada import
PKS dapat mengeluarkan pelbagai jenis barang yang
dahulunya tidak dihasilkan di dalam negara dan perlu
diimport dari luar negara
2014
Jelaskan perbezaan syarikat Sdn Bhd dgn Awam Berhad
dari aspek yg berikut
(a) Bilangan ahli [ 2M ]
(b) Pemilikan saham [ 2M ]
(c) Pindah hak milik saham [ 2M ]
(a) Bilangan ahli syarikat sdn bhd (SSB) ialah 2-50 orang
manakala syarikat awam bhd (SAB) ialah 2 – tiada had
maksimum
2014
Jelaskan perbezaan syarikat Sdn Bhd dgn Awam Berhad
dari aspek yg berikut
a.Bilangan ahli [ 2M ]
b.Pemilikan saham [ 2M ]
c.Pindah hak milik saham [ 2M ]
(b) Pemilikan saham bagi SSB terhad kepada individu tetentu
manakala pemilikan saham bagi SAB terbuka kepada orang
ramai
2014
Jelaskan perbezaan syarikat Sdn Bhd dgn Awam Berhad
dari aspek yg berikut
a.Bilangan ahli [ 2M ]
b.Pemilikan saham [ 2M ]
c.Pindah hak milik saham [ 2M ]
(c) Pindah hak milik saham bagi SSB tidak boleh dilakukan
tanpa persetujuan daripada pemegang saham yg lain.
Manakala bagi SAB saham bebas dipindah milik melalui jual
beli di Bursa Saham
2014(U)
Jelaskan 2 peranan agensi kerajaan yang berikut dalam membantu
PKS
(a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) [2M]
(b) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC) [2M]
(c) Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) [2M]
(a)- menyediakan tapak perniagaan seperti pasar borong
dan pasar tani
- membantu dalam aktiviti pemasaran produk PKS
2014(U)
Jelaskan 2 peranan agensi kerajaan yang berikut dalam membantu
PKS
(a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) [2M]
(b) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC) [2M]
(c) Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) [2M]
(b)- menyelaraskan pembangunan PKS
- menyediakan program latihan dan kursus
2014(U)
Jelaskan 2 peranan agensi kerajaan yang berikut dalam membantu
PKS
(a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) [2M]
(b) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC) [2M]
(c) Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) [2M]
(c)- membuat penyelidikan untuk menghasilkan bijih benih
bermutu
- memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan kepakaran
dalam bidang makanan dan industri makanan
2015
Jelaskan 3 program kerajaan bagi membantu
pembangunan PKS [ 6M ]
(i) Program Rantaian Industri (ILP)
- wujudkan sistem vendor di mana PKS membekalkan
peralatan atau komponen kepada syarikat besar
(ii) Program Infrastruktur
- Kerajaan menyediakan kemudahan prasarana dan tapak
untuk perniagaan
2015
Jelaskan 3 program kerajaan bagi membantu
pembangunan PKS [ 6M ]
(iii) Program Pembangunan Pemasaran
- Kerajaan menyediakan kemudahan untuk memasarkan
produk PKS
(iv) Program peningkatan kemahiran
- Kerajaan memberi latihan, kursus, seminar kepada
pengusaha PKS dalam pengurusan perakaunan, kewangan
dan latihan dalam pengeluaran
2015(U)
Terangkan dua masalah yg dihadapi oleh PKS di Malaysia
dari setiap aspek yang berikut:
(a) Pemasaran [2m]
(b) Bahan mentah [2m]
(c) Teknologi [2m]
(a)- Keluaran PKS kurang berdaya saing dengan perusahaan
besar dari segi harga dan kualiti
- Akses pasaran yang terhad/produk kurang dikenali
kerana kurang promosi
- Rantaian saluran pemasaran yang tidak cekap.
2015(U)
Terangkan dua masalah yg dihadapi oleh PKS di Malaysia
dari setiap aspek yang berikut:
(a) Pemasaran [2m]
(b) Bahan mentah [2m]
(c) Teknologi [2m]
(b)- Tidak mampu membeli secara pukal, harga bahan
mentah mahal .
- Sukar mendapatkan bahan mentah secara berterusan
kerana tempat simpanan terhad
- Sukar untuk mendapatkan bahan mentah secara kredit
2015(U)
Terangkan dua masalah yg dihadapi oleh PKS di Malaysia
dari setiap aspek yang berikut:
(a) Pemasaran [2m]
(b) Bahan mentah [2m]
(c) Teknologi [2m]
(c)- Kaedah pengeluaran secara yang berintensifkan buruh,
daya pengeluaran rendah
-Tidak mampu beli alatan moden kerana kewangan terhad.
- Tiada kemahiran mengendalikan mesin yang canggih kerana
kurang pendidikan.
2016
Jelaskan unit perniagaan yang berikut dari aspek pemilikan
dan modal
(a) Pemilikan tunggal [ 2M ]
(b) Syarikat Sdn Berhad[ 2M ]
(c) Syarikat Awam Berhad [ 2M ]
(a)
Milikan – dimiliki seorang individu
Modal – diperoleh dari simpanan pemilik sendiri atau
pinjaman bank
2016
Jelaskan unit perniagaan yang berikut dari aspek pemilikan
dan modal
(a) Pemilikan tunggal [ 2M ]
(b) Syarikat Sdn Berhad[ 2M ]
(c) Syarikat Awam Berhad [ 2M ]
(b)
Milikan – dimiliki 2-50 orang pemegang saham tertentu
Modal – diperoleh daripada pemegang saham melalui
penerbitan saham atau pinjaman dari institusi
kewangan
2016
Jelaskan unit perniagaan yang berikut dari aspek pemilikan
dan modal
(a) Pemilikan tunggal [ 2M ]
(b) Syarikat Sdn Berhad[ 2M ]
(c) Syarikat Awam Berhad [ 2M ]
(c)
Milikan – dimiliki minimum 2 orang pemegang saham dan
tiada had maksimum
Modal - diperoleh melalui terbitan saham dan bon atau
terbitan debentur
2017
(a) Berikan takrif PKS bagi sektor pembuatan dari aspek
yang berikut
i. Nilai jualan tahunan [ 1M ]
ii. Bilangan pekerja [ 1M ]
i. Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta
ii. Bilangan pekerja tidak melebihi 200 orang
(b) Nyatakan 2 agensi kerajaaan yang membantu
usahawan PKS dari aspek
i. Memberi pembiayaan atau pinjaman modal [ 2M ]
ii. Memberi khidmat nasihat perniagaan [ 2M ]
- SME Bank
- Agro bank
- MARA
- Bank Simpanan Nasional
- TEKUN
- AIM
2018
Terangkan tiga sumbangan PKS terhadap ekonomi negara
[6m ]
(i) Keluaran negara
Melalui pengeluaran barang dan perkhidmatan akhir untuk
pasaran tempatan dan luar negara
(ii) Guna tenaga
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
dan warga asing
2018
Terangkan tiga sumbangan PKS terhadap ekonomi negara
[6m ]
(iii) Eksport meningkat
PKS yang berorientasikan eksport dapat meningkatkan
eksport negara
(iv) Industri penggantian import meningkat
PKS dapat mengeluarkan barang yang dapat menggantikan
barang import
2019
Nyatakan jenis unit perniagaan berdasarkan ciri berikut
(a)(i)Ahli lembaga pengarah dilantik dikalangan pemegang
saham masa mesyuarat [ 1m ]
ii) Ahli lembaga pengarah dilantik dalam kalangan pemegang
atau orang luar [ 1m ]
iii) Pemilik menguruskan perniagaan sendiri dgn bantuan
keluarga [ 1m ]
iv)Ahli lembaga pengarah dipilih oleh ahli kumpulan melalui
undi semasa mesyuarat [1m]
(i) Syarikat Sendirian Berhad
(ii) Syarikat Awam Berhad
2019
Nyatakan jenis unit perniagaan berdasarkan ciri berikut
(a)(i)Ahli lembaga pengarah dilantik dikalangan pemegang
saham masa mesyuarat [ 1m ]
ii) Ahli lembaga pengarah dilantik dalam kalangan pemegang
atau orang luar [ 1m ]
iii) Pemilik menguruskan perniagaan sendiri dengan bantuan
keluarga [ 1m ]
iv)Ahli lembaga pengarah dipilih oleh ahli kumpulan melalui
undi semasa mesyuarat [1m]
(iii) Pemilikan tunggal
(iv) Koperasi
(b) Nyatakan perbezaan antara Syarikat sendirian Berhad
dgn Syarikat Awam Berhad dari segi pemilikan modal [2M ]
- Syarikat Sendirian berhad memiliki modal melalui
penjualan saham dalam kalangan orang tertentu
- Manakala Syarikat Awam berhad memiliki modal
melalui terbitan saham yang dijual kepada orang
ramai