MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2022/2024
Tarikh : 24 JULAI 2022 (AHAD)
Masa : 12 TENGAH HARI
Tempat : MAKMAL ICT SK PAYA BESAR
Kehadiran : 19 orang
1. Pn. Rozita binti Azmi - Penasihat PIBG (Guru Besar)
2. En. Yaafat bin Ishak - YDP PIBG
3. Pn. Busyra bt. Abdul Rahman - NYDP PIBG
4. Pn. Hasnah bt Hussain - Setiausaha
5. Pn. Robia’toladawiyah bt Ab. Rahim - Bendahari
6. En. Hasri bin Ishak - Ajk Guru
7. En. Mohammad Shayuti bin Abdul Razak - Ajk Guru
8. En. Andisyam bin Ahmad - Ajk Guru
9. Pn. Nur Shahida bt. Hassim - Ajk Guru
10. Pn. Normala binti Ya’acop - Ajk Guru
11. Pn. Sarina bt. Ghazali - Ajk Waris
12. Pn. Yussafiza@Aishah bt. Mohamed Rohani - Ajk Waris
13. Pn. Nor Asiah binti Salleh - AJK Waris
14. Pn. Farah Wahida bt. Abd Rahman - Ajk Waris
15. En. Mohd Nazme bin Muhammad Nasir - Ajk Waris
16. En. Muhd Hishamudin bin Dolah - Ajk Waris
Turut Hadir : - PK HEM
1. En. Abdullah bin Abdul Rahman - PK Pentadbiran
2. En. Mohd Faisol bin Othman - PK Kokurikulum
3. En. Azahar bin Md Rodizh
Tidak Hadir : Seorang
1. En. Zulkefli bin Mat Jab - AJK Waris
AGENDA MESYUARAT :
I. Aluan YDP PIBG – En. Yaafat bin Ishak
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Paya Besar, En. Yaafat bin Ishak.
2. En. Yaafat bin Ishak, menyatakan kesyukuran kehadrat Allah kerana memberi kesempatan untuk
mesyuarat pada hari ini.
3. Beliau berterima kasih kepada semua AJK di atas kesudian melapangkan masa untuk hadir ke
mesyuarat AJK PIBG pada kali ini.
4. Beliau memaklumkan agar AJK dapat mengemukakan sebarang cadangan atau masalah yang
dihadapi untuk dibincangkan dalam mesyuarat dan PIBG akan cuba selesaikan apa-apa saja
masalah yang ada.
5. Seterusnya beliau menjemput Pn. Guru Besar, Pn. Rozita Bt. Azmi untuk memberikan ucapan.
Tindakan : Makluman
II. Ucapan Penasihat PIBG– Pn. Rozita Bt. Azmi( Guru Besar )
6. Pn. Rozita Bt. Azmi, selaku guru besar mengucapkan terima kasih kepada En. Yaafat Bin Ishak
dan menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana dapat menghadiri mesyuarat AJK PIBG kali
pertama sesi 2022/2024
7. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat meluangkan masa untuk
mesyuarat pada hari ini dan juga mengucapkan syabas dan tahniah atas perlantikan jawatan AJK
PIBG.
8. Beliau berharap agar semua AJK yang dilantik dapat membantu guru mencari dana untuk
sekolah.
9. Beliau memberitahu beberapa perkara penting sepanjang minggu ini dan sepanjang bulan Ogos
26 Julai 2022- Lawatan dari Klinik Pergigian, sehingga beberapa minggu.
27 Julai 2022-Program motivasi untuk semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas di Masjid Nurul Ehsan, Kg Paya Besar. AJK PIBG
dijemput hadir.
28 Julai 2022- Perkhemahan Pengakap di SMK Jerai- 8 orang murid SKPB terlibat.
9 Ogos 2022- Sukantara jam 8.00 Pagi
11 Ogos 2022 – Kejohanan Olahraga Sekolah akan dirasmikan oleh YB Mejar (B) Mansor Bin
Zakaria, ADUN Kuala Ketil.
11 Ogos 2022- Perkhemahan PPIM Peringkat Negeri Kedah di Daerah Pendang. 3 orang
murid terlibat dan seorang guru PPIM.
13 Ogos 2022 – Program Komuniti bersama orang Asli di Ulu Legong, Baling.Tujuannya
untuk mengenali orang Asli dengan lebih dekat. Melibatkan murid tahun enam dan semua
guru. Bertolak dari sekolah jam 8.30 pagi. Semua murid dan tiga orang guru akan menaiki
bas ke sana. AJK PIBG dijemput untuk menyertainya.
10. Pn. Guru Besar masih mencari dana untuk pembangunan sekolah. Masih menunggu sumbangan
dari YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Ahli Parlimen Baling), seperti yang
dijanjikan.
11. Akhir sekali, Pn Guru Besar mewakili Guru-guru SKPB Memohon peruntukan daripada pihak
PIBG sebanyak RM 500.00 untuk aktiviti Kejohanan Olahraga SKPB.
Tindakan : Makluman
III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
12. Pengerusi mesyuarat meminta Setiausaha membentangkan minit mesyuarat AJK PIBG kali ke
enam 2019/2021-22 untuk di semak dan disahkan.
13. Setiausaha PIBG, Pn. Hasnah Bt. Hussain membentangkan minit mesyuarat kali ke enam
2019/2021-22 untuk di semak dan disahkan.
(Rujuk : Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke enam, 2019/2021-22)
14. Cadangan pengesahan minit mesyuarat AJK PIBG kali ke enam, 2019/2021-22 oleh Pn. Sarina Bt.
Ghazali dan disokong oleh Pn. Yussafiza@Aishah bt. Mohamed Rohani
Tindakan:Setiausaha PIBG
IV. PERKARA BERBANGKIT
15. Agenda VII, perkara 28,Cikgu Andisyam bertanyakan tentang sumbangan kepakaran waris. PIBG
akan berusaha untuk melatih murid asas kawad kaki. Bagi permainan bola jaring ,telah dibantu
oleh Pn. Sarina dan waris yang lain.
V. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
16. Pengerusi mesyuarat meminta bendahari untuk membentangkan Penyata Kewangan PIBG untuk
disahkan.
17. Bendahari PIBG, Pn. Robia’toladawiyah bt Ab. Rahim membentangkan Penyata Kewangan yang
berakhir pada 24/07/2022 untuk disahkan.
(Rujuk Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 24.07.2022)
18. Cadangan pengesahan penyata kewangan PIBG oleh Pn. Farah Wahida bt. Abd Rahman dan
disokong oleh Pn. Nor Asiah binti Salleh
Keputusan : Terima sebulat suara.
Tindakan:Bendahari PIBG
VI. MENYEMAK MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE 45 TAHUN 2022
19. Pengerusi menyatakan bahawa Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 diterima dan dipersetujui
oleh semua ahli mesyuarat dan tiada sebarang penambahan dalam minit mesyuarat tersebut.
VII. KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA SKPB 2022
20. Kejohanan sukan dan olahraga akan diadakan pada 11 Ogos 2022. Acara sebelum hari
kejohanan ialah :
Sukantara
Pra sukan
Raptai
Merentas Desa
21. Acara sukaneka untuk waris dikendalikan oleh PIBG, dan juga hamper untuk pemenang
disediakan oleh PIBG.
22. AJK PIBG juga akan terlibat menjadi hakim semasa kejohanan. Semua AJK dijemput hadir.
23. PIBG juga perlu menyediakan khemah untuk kejohanan Sukan.
24. Gerai jualan di buka kepada waris dengan bayaran RM 20.00 untuk satu tapak.
25. Ahli Mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan daripada Pn. Guru Besar sebanyak RM500.00
untuk kegunaan kejohanan sukan dan olahraga.
VIII. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KOMUNITI
26. Sambutan pada 30 Ogos 2022
27. Permohonan sumbangan telah dihantar kepada Pejabat Penerangan Baling.
28. Jemputan Dato’ Hj Najmi Bin Hj Ahmad, ADUN Kupang.
29. Melibatkan PIBK
30. AKTIVITI – Perarakan motor berhias-waris
- Basikal berhias
- Sukaneka waris dan murid
- Bayaran peserta RM 5.00 seorang , manakala murid tidak dikenakan bayaran.
IX. HAL-HAL LAIN
31. En. Mohd Faisol bin Othman, PK Pentadbiran, mencadangkan PIBG memohon sumbangan untuk
pembelian kerusi murid melalui kaedah Wakaf .Semua AJK bersetuju dengan cadangan tersebut.
Setiausaha dan Bendahari akan ambil tindakan segera.
32. Pn. Yussafiza bt. Mohd Rohani memberitahu tentang kelas KAFA berjalan seperti biasa.
33. En. Mohammad Shayuti bin Abdul Razak meminta senarai nama guru KAFA kepada Pn. Yussafiza
bt. Mohd Rohani , untuk menjadi hakim pada hari sukan nanti.
34. En. Abdullah bin Abdul Rahman (PK HEM), memberitahu tentang program ceramah Kepimpinan
di Masjid Nurul Ehsan pada esok hari, Semua AJK dijemput hadir.
35. En. Andisyam bin Ahmad mencadangkan supaya memberi hadiah saguhati kepada setiap murid
yang bertanding ,mewakili sekolah ke peringkat Daerah.
36. En. Mohd Nazme bin Muhammad Nasir memuji program PROMAK kerana sangat memberikan
kelegaan kepada ibu bapa. Dan beliau menyarankan supaya pihak sekolah dapat memberikan
surat penghargaan kepada Yayasan Al-Bukhary.
37. En. Mohd Nazme bin Muhammad Nasir juga menyokong penuh program wakaf kerana tidak
melanggar syarat-syarat untuk mengutip derma.
38. En. Hasri bin Ishak memberitahu tentang Nyanyian solo lagu kerohanian , murid perempuan
mendapat tempat kedua, manakala murid lelaki mendapat tempat ke lima dalam Daerah Baling.
Lanjutan daripada itu beliau akan meneruskan latihan nyanyian/nasyid dan memerlukan
kewangan untuk menyediakan pakaian bagi peserta nyanyian/ nasyid. Pihak pengurusan PIBG
akan ambil tindakan.
39. Pn. Nur Shahida bt. Hassim, memberitahu tentang PBD dan PBS. Untuk soalan pertengahan
tahun, sekolah yang akan sediakan soalan, manakala akhir tahun disediakan oleh KPM
40. Pn. Nur Shahida bt. Hassim juga memberitahu bahawa guru-guru sukar melakukan pentaksiran
kepada murid yang selalu ponteng sekolah.
41. YDP PIBG, En. Yaafat bin Ishak menyatakan bahawa guru-guru perlu ikhlas kepada murid-murid
dalam membuat pentaksiran. Gredkan kumpulan murid mengikut kemampuan mereka, jangan
pilih kasih. Ini hasil dapatan perjumpaan YDP PIBG bersama JPN Di Sri Mentalon baru-baru ini.
42. Pn. Guru Besar memberitahu akan diadakan gotong-royong untuk AJK PIBG sahaja pada hari
Jumaat 29 Julai 2022, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Diharap semua dapat hadir bersama.
43. Akhir sekali YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir pada hari ini dan
memohon maaf sekiranya ada kekhilafan ketika mempengerusikan mesyuarat pada kali ini.
44. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-asr
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang Disahkan oleh,
Disediakan oleh,
___________________ ___________________
(HASNAH BT. HUSSAIN) (YAAFAT BIN ISHAK)
Setiausaha PIBG 2022/2024 YDP PIBG 2022/2024
SK Paya Besar, SK Paya Besar,
09300 Kuala Ketil,Kedah. 09300 Kuala Ketil,Kedah.