Siri Nilai Insani
Si Uli yang
Baik Hati
Cerita:
Nurul Huda Mohd Sofe
Ilustrasi:
Mohd Lutfi Mohd Sofe
Cetakan 2021
© Nurul Huda Mohd Sofe
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
daripada terbitan ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa-apa cara juga sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada WSJ Resources.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
(Butiran ISBN & PDP)
Penasihat Akademik: Diterbitkan oleh:
Dr. Zainiah Mohamed Isa (UPSI) WSJ Resources,
No. 27A, Kg. Matang Kong,
Timbalan Penasihat Akademik: Batu 9, Jalan Gunung,
Dr. Hasrina Baharom (UPSI) 06570 Alor Setar, Kedah.
E-mel: [email protected]
Editor, susun letak dan reka bentuk kulit:
Hamidi Md. Yudin Percetakan diuruskan oleh:
Hamidi Md. Yudin,
11, Kg. Sentang, Kechau,
27200 Kuala Lipis, Pahang.
E-mel: [email protected]
Di dalam hutan, tinggal seekor ular sawa
batik bernama Si Uli. Dia suka melilitkan
badannya di atas pokok sambil memerhatikan
suasana hutan.
Si Uli baik hati. Dia selalu membantu haiwan
yang dalam kesusahan. Sang Gajah suka ber-
kawan dengan Si Uli.
23
Pada suatu hari, Sang Gajah mengadu
kepada Si Uli. Sang Gajah berkata, “Seekor ibu
burung mengadu kepada saya, banyak
telurnya telah dicuri daripada sarangnya.”
“Tiada haiwan lain yang nampak siapa
pencurinya. Bolehkah awak bantu dengan
memantau dari atas pokok? Pandangan mata
awak sangat tajam,” kata Sang Gajah lagi.
“Baiklah, Sang Gajah. Saya akan membantu
ibu burung yang malang itu,” kata Si Uli.
45
Si Uli mula berjaga dan sentiasa
memerhatikan sarang burung itu. Si Uli
berpurapura tidur.
Tidak lama selepas itu, Si Uli ternampak
seekor biawak. Sang Biawak sedang terhendap-
hendap menghampiri sarang burung di pokok
yang bersebelahan.
67
“Sss...! Wahai Sang Biawak, mengapa awak
mengambil telur burung itu?” tanya Si Uli dengan
suara bernada rendah.
“Err… A… A… Anak saya sakit. Dia mahu
makan telur burung,” jawab Sang Biawak yang
berasa ketakutan.
“Awak tidak boleh mengambil telur itu sesuka
hati. Sepatutnya awak meminta izin terlebih
dahulu,” nasihat Si Uli dengan suara yang lembut.
Dia tidak mahu perasaan Sang Biawak terguris.
Si Uli meminta Sang Biawak tunggu sebentar.
89
“Cari daun ajaib di tepi hutan. Bentuknya
lebar dan bersinar-sinar apabila terkena cahaya
matahari. Gunakanlah daun ajaib itu sebagai
penawar sakit anak Sang Biawak,” kata Sang
Rama-rama.
Sang Gajah dan Si Uli terus mencari daun ajaib
itu. Sang Biawak turut serta mencari.
Si Uli memanggil Sang Gajah dan berbincang 11
seketika. Sang Gajah mendapat satu idea.
“Apa kata, kita bersama-sama membantu
anak Sang Biawak yang sakit,” cadang Sang
Gajah.
Mereka pun ke rumah Sang Rama-Rama.
Sang Rama-Rama memang pandai mengubati
penyakit.
10
Si Uli menemukan daun ajaib itu. Sang Semasa mengubati anaknya, anak Sang
Biawak sungguh terharu atas pertolongan Si Uli Biawak mengaduh kesakitan.
dan Sang Gajah.
“Aduh, sakitnya! Daun apa ini?” jerit anak
“Terima kasih, Si Uli dan Sang Gajah.” Sang Sang Biawak dengan nyaringnya. Kakinya
Biawak pun membawa daun ajaib itu pulang ke dibentak-bentak.
sarangnya.
Sang Biawak dengan penuh kasih sayang
menjawab, “Ini ubat untuk memulihkan kamu.”
12 13
Sehari kemudian, anak Sang Biawak pun
sihat. Dia mengajak ibunya pergi berjumpa Si Uli
yang baik hati untuk mengucapkan terima kasih.
“Sayangilah ibu kamu kerana dia bersusah
payah menjaga dan mengubatimu. Bercakaplah
dengan baik dan bantulah ibumu selalu,” pesan
Si Uli kepada anak Sang Biawak.
Sang Gajah berasa gembira kerana Si Uli,
kawannya itu seekor haiwan yang berperkerti
mulia.
14 15
Moral:
Amalkan sikap suka
membantu.
Sayangi dan beradap
sopan dengan ibu kita.
16