Teks Ucapan Pengerusi Mesyuarat MGPK Negeri |[1]
TEKS UCAPAN PENGERUSI
MGPK NEGERI SABAH
Puan Hajah Sufiah Haji Ati B.S.K
Pengerusi MGPK Negeri Sabah
MESYUARAT BIL.1/2020
MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS NEGERI SABAH
TAHUN 2020
1
Teks Ucapan Pengerusi Mesyuarat MGPK Negeri |[2]
Terima kasih pengacara majlis…
Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.w.w dan salam sejahtera.
Yang Dihormati
Encik Adzrul Puddin
Penolong Pengarah Unit Bahasa
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Para Pegawai Meja Pemulihan Khas ( Sebagai Pemerhati )
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Yang Berusaha,
Encik Suardi Abdullah,
Timbalan Pengerusi Majlis Guru Pemulihan Khas Negeri Sabah
Encik Ahmad Fadzley Mohd Satneh
Setiausaha Agong MGPK Negeri Sabah
Puan Maryani Hj Kasirun
Bendahari Kehormat MGPK Neger Sabah
Serta rakan-rakan AJK Tertinggi MGPK Negeri Sabah dan
Semua pengerusi MGPK dari 24 Daerah di Negeri Sabah.
2
Teks Ucapan Pengerusi Mesyuarat MGPK Negeri |[3]
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana atas rahmat dan kurnianya, kita
dapat berkumpul walaupun secara maya pada pagi ini. Rasanya ini
bukan kali pertama kita bermesyuarat secara online, seingat saya ini
merupakan mesyuarat kali ke-3 secara online tapi kali pertama
bersemuka secara maya melalui google meet.
Dalam kesempatan ini, kita mendoakan semoga wabak covid 19 yang
melanda dunia pada hari ini cepat berlalu. Fenomena Covid ini banyak
merubah cara hidup harian kita. Namun kita akur serta mengharapkan
keluarga kita, khasnya rakyat Malaysia terpelihara dari wabak ini.
Tuan puan yang dikasihi sekalian.
Dalam mesyuarat kita pada pagi ini, ingin saya menyentuh beberapa
aktiviti kita yang tertangguh dari Tahun 2019 hinggalah ke Tahun 2020
ini. Insha Allah aktiviti ini akan kita bawa lagi ke tahun hadapan iaitu
Tahun 2021 dan dengan izin Allah, kita akan cuba laksanakannya satu
persatu.
Salah satu aktiviti kita yang tertangguh ialah Jaringan Kerjasama Dengan
Perpustakaan Negeri Sabah. Kertas kerja untuk Jaringan ini telah lama
diluluskan oleh mantan pengarah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.
Tapi kekangan masa dalam beberapa siri perjumpaan terpaksa ditunda
dan secara ringkasnya berikut adalah antara aktiviti yang tertangguh:
3
Teks Ucapan Pengerusi Mesyuarat MGPK Negeri |[4]
TAHUN AKTIVITI TERTANGGUH CATATAN
Jaringan Kerjasama MGPK Negeri Sabah Dengan Kertas kerja
Perpustakaan Negeri Sabah, sudah
diluluskan
- Ditunda 3 kali:
1. 13.02.2019
2. 13.03.2019
3. 10.07.2019
2019 Larian Amal Majlis Guru Pemulihan Khas Negeri Sabah
- Cadangan Tarih yang tertunda
1. 09.09.2019
Lawatan & Perkongsian Amalan Terbaik ke Pantai
Timur iaitu Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu
Buketin MGPK Negeri Sabah Edisi ke-4
Justeru itu, mesyuarat pada hari ini adalah merupakan
kesinambungan dari usaha-usaha murni yang telah kita laksanakan
sebelumnya.
Tuan Puan Yang Dirahmati Allah,
Sesuai dengan fungsi dan peranan MGPK itu sendiri sebagai satu
platform untuk menjaga kebajikan rakan-rakan Guru-Pemulihan
Khas, maka MGPK Negeri bersama MGPK Daerah Kota Kinabalu telah
menziarahi dan menghulurkan sedikit sumbangan untuk khairat
kematian seorang rakan Guru Pemulihan Khas kita dari Daerah Kota
4
Teks Ucapan Pengerusi Mesyuarat MGPK Negeri |[5]
Kinabalu, Al-Marhumah Cikgu Alimah Osman, Guru Pemulihan Khas
di SK Tg Aru 1.
Tuan Puan Yang dihormati sekalian,
Dalam Negara kita dilanda musibah coronavirus ini, Majlis Guru
Pemulihan Khas Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah juga telah berjaya menghasilkan satu Bahan Alternatif
untuk pengajaran dan pembelajaran Murid Pemulihan Khas di
rumah. Semoga dengan adanya bahan ini, kita mengharapkan murid-
murid pemulihan khas tidak ketinggalan dalam proses pendidikan
seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain di kelas perdana.
Tuan Puan yang dihormati sekalian,
Rasanya, saya tidak ingin bercakap panjang lebar kerana selepas
pengesahan minit mesyuarat kita nanti, kita akan mendengar
Laporan Setiausaha Agong dan Bendahari Kehormat kita. Mesyuarat
kita pada kali ini mempunyai sedikit perubahan sebagai satu usaha
penyuntik semangat untuk kita terus bergerak cergas ke hadapan
memandangkan berlaku perubahan mendadak dalam dunia
pendidikan dan pekerjaan kita pada hari ini.
5