INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
Nama : NUR ALEEYA MYSARA BINTI YUSRIZAM
Angka Giliran : 2021252310083
No. K/P : 030520-01-0980
Program :
PPISMP
Ambilan :
Kumpulan/Unit JUN 2021
Kod/Nama Kursus
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar F2D / BAHASA MELAYU
: PALS1012 ASAS KELESTRAIAN DAN
TEKNOLOGI HIJAU
DR.HJH. FAZLIZA BINTI CHE AMAT
:
8 MEI 2022
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 8 MEI 2022
TUGASAN 3 : PALS1012
“ BANGUNAN HIJAU “
( 2000 patah perkataan )
Masih ramai rakyat Malaysia yang masih lagi janggal dengan perkataan
bangunan hijau atau green building. Bahakan mereka semestinya tertanya0-tanya
apakah yang dimaksudkan dengan bangunan hijau? Dan adakah ia membawa manfaat
atau memberi kemudaratan kepada kita?.Secara umumnya “ Bangunan Hijau” atau
“Green Building” merupakan bangunan yang yang mempunyai ciri teknologi
berasaskan binaan semula jadi dan mesra alam.Malahan bangunan ini bukan sahjaa
menjimatkan jenis tenaga elektrik,air,angin serta kos,malah ianya juga dapat memberi
keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada penghuninya.Kini,teknologi mesra alam
ini semakin digunakan secara meluas termasuklah bangunan pejabat,kompleks
membeli belah,sekolah,rumah kediaman dan banyak lagi.Selain itu,bangunan ini
mempunyai suatu struktur direkabentuk,dibina,diubahhsuai dan digunakan dalam
ekologi dan pelbagai tujuan dengan mengggunakan sumber secara berkesan dan tidak
membazir sepanjang kitar hidup bangunan itu.Ciri-ciri bangunan hijau pula kebiasaanya
menggunakan elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditaman sama ada
didalam dan luar bangunan.
Rajah 1. Bangunan Hijau
Bangunan hijau adalah bangunan yang mengamalkan konsep mesra alam
dalam seluruh kitar hidupnya termasuklah,dari aspek perancangan,reka
bantuk,pembinaan ,penjagaan dan perobohan.Selain itu ,rumah hijau direka khas
untukk menoptimumkan penggunaan sumber tenaga alam sekitar tanpa sebarang
pembaziran.Misalnya,akan ada reka bentuk rumah yang mempunyai siling tinggi untuk
aliran udara yang baik dan tingkap penuh untuk mencerahkan rumah bagi penggunaan
sumber tenaga dengan bijak.Malahan ,rumah hijua dapt memotong kos
penyelenggaraan dan uliti,dapat mengurangkan penerapan haba dan penggunaan
tenaga.Sebagai contoh, ada rumah yang mempunyai sistem pengumpulan air hujan
yang berungsi untuk menjimatkan air.
Rajah 2 & 3 Konsep Bangunan Hijau
Tujuan bangunan Hijau ini ditubuhkan adalah bagi memberi impak positif kepada
alam sekitar,penghuninya dan bangunan itu sendiri.Antara tujuan bangunan rumah hijau
ialah,menjimatkan penggunan tenaga,air dan sumber - sumber lain.Dalam konteks
ini,penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan
pencahayaan,kesegaran dalam bangunan dan sebainya secara berkesan dan tidak
membazir. Hal ini demikian,dapat menggalakkan tenaga ini dikurangkan dan diganti
dengan sumber semula jadi yang lebih bersih dan berkualiti.
Tujuan yang kedua ialah, melindungi penghuni daripada mengalami “building
sick” dan meningkaytkan produktiviti para pekerja di dalam bangunan tersebut.Seperti
mana yang dapat dilihat ialah, kebnayakkan bangunan yang dibina pada zaman kini
menggalakkan penghuninya memasang penyaman udara untukmenyergasrkan
persekitaran .Tujuan yang terakhir ialah,mengurangkan pencemaran,pembaziran dan
masalah alam sekitar.Malah penjimatan tenaga elektrik ini dapat mengurangkan suhu
global,Hal ini dapat diperoleh apabila struktur bangunan yang dibina ini dibentuk
semata-mata untuk mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan
tingkap kaca yang boleh mengalakkan pancaran matahari masuk kedalam ruang
bangunan .Secara tidak langsung ,haba yang dibebaskan dari lampu kedalam tempat
yang sepatutnya.
Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan
tersebut,penghuninya, dan juga alam sekitar.Bangunan hijau ini telah memberikan
kebaikan kepada alam sekitar,ekonomi dan kesihatan dan komuniti.Antara kebaikan
bangunan hijua kepada alam sekitar ialah,meningkatkan kualiti udara dan air.Selain
itu,dapat mengurangkan pembuangan bahan tercemar,melindungi sumber asli semula
jadi dan meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidupan.
Manakala,kebaikan bangunan hijau kepada ekonomi pula ialah,dapat
mengurangkan kos operasi,meningkatkan produtiviti dan kepuasan pekerja.Selain
itu,dapat meningkatkan nilai aset dan keuntungan dan menoptimumkan prestasi kitar
hidup ekonomi.Kebaikan kepada kesihatan dan komuniti pula ialah,meningkatkan kualiti
hidup,mengurangkan kualiti hidup,mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan
meningkatkan kualiti udara,terma dan bunyi di persekitaran.
Kos kitar hidup bangunan adalah lebih rendah kerana kurang melakukan
penyelenggaraan mesin-mesin dan peralatan bangunan.Malahan ianya mampu
mengurangkan liaibiti bangunan,lebih mesra alam.Malahan,kos rekbentuk bangunan
juga jimat dan ianya meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih
menggunakan elemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding
bangunan yang tertutup kerana lebih nyaman dan selesa.
Rajah 4 Reka bentuk bangunan hijau
Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para perekabentuk
bangunan telah cuba mencari kaedah alternatif dalam mereka bentuk infrastruktur bagi
mementingkan keselesaan dan kesihatan penghuninya. Akhirnya,dengan memasukkan
elemen semulajadi ke dalam rekaan bangunan, bangunan hijau berjaya dihasilkan.
Sehinggakini bangunan hijau masih dalam kajian bagi menambahbaik fungsi dan
keberkesanan kepada penghuni dan lam sekitar.
Di dalam bangunan hijau tersebut terdapat semua yang diperlukan oleh
penghuninya.Bukan itu sahaja,bangunan hijau juga turut kurang kerja-kerja
penyelenggara, kurang penggunaan tenaga elektrik , udara dalam bangunan yang segar
dan sentiasa berlaku peredaran udara dalam dan luar bangunan, kurang penggunaan
air dan lain-lain. Pembinaan bangunan hijau ini perlulah dibuat dari peringkat awal lagi
iaitu ketika proses mereka bentuk bangunan tersebut.Pengurusan elemen-
elemen hijau juga perlu diwujudkan agar ianya berterusan memainkan peranan dalam
mengujudkan bangunan hijau.
Rajah 5 Contoh rekabnetuk berkonsepkan bangunan hijau
Penggunaan kaca dalam pembinaan bangunan telah sering digunakan
terumanaya pada bangunan pencakar langit.Contohnya,Menara Berkembar
Petrnas,Malaysia (KLCC).Hal ini demikian,pemggunaan kaca dapat menngurangkan
penggunaan pencahayaan yang menggunkan tenaga elektrik seperti lampu.Ianya
kerana cahaya dari luar dapat menyinari ruanagn bangunan tersebut.Tambahan
lagi,penggunaan laNgsir adalah tidak digalkaan kerana ia akan meminimakan cahaya
yang masuk ke dalam ruangan itu.Buakn itu sahaja,kaca juga mudah untuk dibersihan
kerana permukaannya yang licin dan berkilat.
Rajah 6 Rumah bertingkap kaca
Tumbuhan hijau merupakan elemem utama dalam bangunan hijau.Ianya
menjadi nadi kepada bangunan tersebut.Selain itu,tumbuhan tersebut berperanan untuk
menghasilkan oksigen dan menyerap kasrbon dioksida.Bukan itu sahaja,dengan
meletakkan tumbuhan hijau dalam bangunan ,ianya dapat menyegarkan pandangan
penghuninya dan meeujudkan suasan yang tenang.Tumbuhan ini juga boleh membantu
untuk menyerap haba kepanasan dalam sesuatu bangunan dengan membebaskan wap
air ketika manjalankan proses fotosintesis.Terdapat kajian sains yang menyatakan
bahawa tumbuhan hijau mampu mengurangka tekanan di tempat kerja.
Rajah 7 Tumbuhan dalam bangunan
Kos penggunaan tenaga solar sememangnya mahal kerana kos pembelian dan
kos pemasangannya.Namun pada jangka masa panjangmtenaga solar ini amat
menjimatkan kerana tenaga ini boleh diperbaharui dan sangtsesuai digunakan di negara
lita yang mengalami hujan dan panas sepanjang tahun.Peralatan ini kebiasaanya
dipasang pada atas atap atau di satu ruang yang lapang yang terdedah kepada cahaya
matahari.
Rajah 8 Panel suria dia atas bumbung rumah
Bahan kitar semual merupakan suatu proses kreatif keranan menggunakan
bahan buangan untuk digunakan semual bagi tujuan kegunaan lain.Kaedah kitar
semula dapat mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam smeula
jadi.Contohnya, air yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk boleh
digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.
Seterusnya,penggunaan cat pada bangunan amat mempengaruhi kadar
penyerapan haba.Oleh itu,penggunaan warna yang cerah dapat memantulkan haba
lebih tinggi berbanding warna gelap dan ianya dapat menjadikan ruangan lebih sejuk
dan kelihatan lebih luas.Jelaslah warna bangunan mempengaruhi kadar kepanasan dan
keselesaaan dan keluasan pandangan dalam bangunan.
Selain itu,kebiasaanya rumah Melayu mempunyai siling yang tinggi dan
mempunyai bukaan pada dindingnya.Ianya menujukkan bahawa rumah
tradisional ,mempunyai ciri-ciri bangunan hijau.Bahkan,rumah tersebut akan berasa
lebih sejuk berbanding rumah konkrit.Secara teorinya, rumah melayu mempunyai
kerawang bagi membenarkan udara panas keluar dari rumah. Manakala udara sejuk
akan masuk ke dalam rumah melayu bukaan lain seperti pintu, tingkap dan bukaan lain.
Rajah 9 Rekabentuk rumah Melayu
Terdapat beberapa teknik atau kaedah selian menggunkana elemen bangunan
hijau.Antaranya ialah,menentukan orientasi bangunan dan penggunaan bahan campur
dalam penyediaan konkrit.Orientasi bangunanpula merupakan kedudukan posisi
bangunan tersebut.Menurut kajianpakar arkitek,orientasi bangunan perlu diambil kira
terbit dan terbenamnya matahari bagi memaksimumkan cahaya pasif datang dari
cahaya matahari.Bukan itu sahaja,kedudukan terletaknya ruang tingkap dan pintu perlu
diperbuat daripada kaca dan tidak dipasang tabir bagi memaksimumkan pengcahayaan
masuk ke dalam bangunan.Bahkan ianya secara tidak langsung,dapat menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik.
Umumnya,bangunan tinggi memerlukan konkrit sebagai bahan asas dalam
prose pembinaan,contohnya bangunan hijau One Bryant Park,Mathattan,New
York.Elemen ini bermula dari peringkat awal pembinaan dan asas elemen bagi
bangunan ini adalah besi yang diperbuat daripada campuran besi buang yang diproses
menjadi besi bangunan yang berkekuatan tinggi pada mampatan dan
teganganya.Manakala sisa besi pula akan digunakan dalam campuran penyediaan
konkrit.Melalui proses campuran ini,ianya dapat mengurangkan kadar pembebasan
karbon dioksida ke udara dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan rumah
hijau.
Berdasarkan konsep One Bryant Park , arkitek berkenaan menyatakan dalam
channel Discovery Channel, bangunan ini mempunyai udara dalam bangunan yang
lebih bersih dari luar bangunan.Mengikut rekaan bangunan tersebut, 100 kaki dan ke
atas bangunan ini akan memperolehi udara bersih dan udara ini akan memasuki ke
seluruh ruang dalam bangunan tersebut pada bila-bila masa sahaja. 95% daripda
bangunan ini adalah menggunakan udara semula jadi sebagai pengudaraannya. Oleh
itu penjimatan penggunaan penyaman udara dan pembebasan CFC secara langsung
dapat dikurangkan.
Bangunan hijau memberikan banyak kesa positif terhadap pelbagai
aspek,contohnya ianya dapat menjimatkan kos dalam menjaga
bangunan,Seterusnya,menjaga kesihatan dan meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan pembaziran dan mencegah pencemaran alam sekitar.
Di Malaysia ,kita menyebutnya “Green Building Index” ( GBI) dan ianya dibina
oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Association of Conculting Engineers
Malaysia (ACEM) ,manakala di luar negara mereka mengelarkanya seperti,LEED di
Amerika,Green Start di Australia dan GREENMARK di Singapura.Selain itu,di Malaysia,
terdapat sistem pengiktirafan yang mengambil kira iklim dan pembangunan
sosial,infrastruktur dan ekonomi di Malaysia.Selai itu, i-City telah menjalin kerjasama
strategik dengan China Mobile (CMIM) untuk mempertingkatkan lagi i-City, bandar
teknologi No. 1 Malaysia dengan membangunkan bangunan hijau pintar pertama di
negara ini.Tambahan lagi,GBI ini akan menilai dan mengiktiraf bangunan hijau
berdasarkan enam aspek iaitu,kecekapan penggunaan sumber
tenaga,inovasi,kecekapan penggunaan air,bahan-bahan dan sumber,kualiti dan
pengurudsan tapak dan perancangan dan pengurusan tapak.Contohnya,bangunan
boleh mengurangkan pengumpulan haba yang diterima dengan tidak perlu memasang
lampu.Selain itu,bagi perancangan dan pengurusan tapak,sistem pengangkutan awam
akan membantu dalam mengurangkan penggunaan kereta di jalan raya dan secara
langsung mengurang kan pelepasan karbon dioksida yang boleh mencemarkan alam
sekitar.Setiap kriteria akan menyumbang markah kepada bangunan tersebut bagi
mendapat pengiktirafan bangunan hijau iaitu 50 markah.Semakin tinggi markah,maka
semakin berpeluang mendpat pengiktirafan mengikut peringkat sepeti perak,emas dan
platinum.
Konsep bangunan hijau ini bukan hanya perlu dilakukan dan dititikberatkan
kepada bangunan besar sahaja,namun rumah kita juga perlu tergolong dalam
meralisasikan konsep bangunan hijau ini.Terdapat banyak cara mengamalkan konsep
bangunan hijaudi rumah,anataranya ialah,dengan menukarkan lampu kepada LED.Hal
ini kerana mentol LED boleh memancarkan lebih banyk cahaya dan ianya hanya
menggunakan kadar cas elektrik yang rendah.Harganya dalah sedikt mahal namun
kegunaannya amat berbaloi dan dapat menguragngkan tenaga dalam jangka masa
panjang.Selain itu,cara yang kedua ialah,kita boleh mengunakan cara menguruskan
sampah-sampah mengikut jenis seperti plastik,kertas,kaca dan tin.Selain itu terdapat
cara lain seperti mengurankan penggunaan tin denagn menggunkaan penapis air dan
masaka bahan-bahan yang mudah lupus dalam tanah.
Cara yang ketiga ialah,menggunakan pengdingin hawa dengan bijak.Seperti
yang kita tahu,cuaca di Malaysia sememangnya panas.Oleh hal demikian,hampir setiap
rumah memngunakan penghawa dimgin dan ianya merupakan penyumbang terbesar
dalam bil elektrik.Justeru itu,kita perlu pastikan tingkap dan pintu ditutup semasa
membuka “air-cond” bagi mengelakkan pembaziran.Cara yang keempat
ialah,mengggunakan peralatan elektrik 5 bintang.Oleh itu,kita perlu prihatin dan meneliti
pada peralatan elektrik yang dibeli dan pastikan ianya mempunyai pelekat 5-bintang
oleh Energy Efficiency Label bagi peralatan elektrik yang menggunkan elektrik secara
bijak.
Cara yang kelima ialah,menanam pokok dan bunga di rumah.Hal ini
disebabkan,pokok akan membantu melancarkan sistem pengudaraan dalam rumah
kerana ianya mengeluarkan oksigen.Misalnya meletakkan pokok di penjuru dinding
dalam rumah,pokok bunga kecil di meja makan,dan di halaman luar
rumah.Seterusnya,cara yang terakhir ialah, kompos sisa makanan.Misalnya kulitbuah
oren boleh dikompos untuk mengahislkan baja organik dan digunakan pada
tamanan.Bukan itu sahaja,penggunana baja organik mampu menyuburkan tanaman
dan dalam masa yang sama dapat mengurnagkan pencemaran dan penambahan kdar
pelupusan sampah.
Kini terdapat banyak bangunan hijau telah dibangunkan di negara
Malaysia.Kebiasaaanya kawasan ini mempunyai kebun bunga dan pokok-pokok di
sekitar kawasan perbandaran masing-masing.Antaranya ialah,Leisure 1Farm Resort
Central Spine di Iskandar Malaysia Johor.Kawasan tersebut berkeluasan 1,765
ekar.Jenis hartanahnya ialah rumah bandar,rumah semi-D,banglo dan villa.Selain
itu,harga pelancarannya sekitar RM480,000 hingga RM,350,000 dan anggaran GDVnya
ialah RM550 juta.
Bangunan yang kedua ialah,Eco MAJESTIC DI Semenyih,Selangor.Kawasan ini
beraiz 1,089 ekar,manakala jenis hartanahnya ialah rumah
teres,apartmen,banglo,rumah semi-D, dan rumah kluster.Harga pelancarannya sekitar
Rm100,000 hingga RM645,000 dan dalam anggaran GDV ialah RM11 billion.Bangunan
yang ketiga ialah,Bandar Gamuda Gardens di Kuang,Selangor yang berkeluasan 810
ekar.Jenis hartanahnya pula rumah teres,apartmen berservis,rumah D berkembar dan
rumah selangorku.Harga pelancarannya sekitar RM180,000 hingga Rm1.23 juta dan
anggaran GDVnya sekitar RM10.1 billion.Bangunan yang keempat ialah,Sunway Resort
City di Bandar Sunway,Selangor yang bersaiz 808 ekar dan bangunan yang kelima
ialah,Bukit Bintang City Centre (BBCC) di Kuala Lumpur yang bersaiz
19.4ekar.Bangunan yang keenam ialah Marvelane Homes By The Lake di Subang
Jaya,Selangor dengan keluasan 16 ekar dan anggaran GDV sebanyak RM800
juta.Bangunan yang terakhir ialah,Tun Razak Exchange (TRX) dengan keluasan 70 ekar.
Keimpulannya ,isu “global warming” merupakan isu global yang terhangat yang
dibincangkan dalam kebanyakkan kongres antarabangsa.Global warming berpunca
daripada kerakusan manusia yang mengejar pembangunan dan tidak mengutamakan
peranan alam sekitar.Kini,barulah kita menjalankan penyelidikan berkenaan bangunan
hijau serta peranannya kepada manusia seletah sekian lamanya tiada yang ambil
peduli.Pada ketika ini telah banyak bangunan hijau telah dibina dan masihdalam
penyelidikan bagi menambahbaik lagi fungsi dan sumber-sumbernya.Bukan itu
sahaja,penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tidak membazir boleh mewujudkan
bangunan hijau yang efektif.
RUJUKAN
Alta.id.(2019 Februari 27).Pemahaman rancangan bangunan hijau energi terbarukan-
Green Building Sustainable Energy Design.Altategra
https://altaintegra.com/id/publikasi/artikel/pemahaman-rancangan-bangunan-
hijau-energi-terbarukan-green-building-sustainable-energy-design/
ADMIN. (2021, MAC 12). Apa itu konsep bangunan hijau di Malaysia?.PropertyGuru.
https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/apa-itu-konsep-
bangunan-hijau-di-malaysia-23913
Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2015, Mac 13). Teknologi hijau tingkat kualiti
hidup, pacuekonomi negara. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara
Dr Sulzakimin Mohamed. (2019, November 20). Pembangunan lestari berteras
konsephijau. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/11/630176/pembangunan-lestari-
berteras-konsep-hijau
Dr Farah Ayuni Mohd Hatta. (2020, Oktober 22). Pokok sebagai aset semulajadi perlu
dilindungi. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/744791/pokok-sebagai-
aset-semula-jadi-perlu-dilindungi
PropertyGuru Editorial Team.(20201,Mac 12).Apa Itu Konsep Bangunan Hijau Di
Malaysia?.PropertyGuru
https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/apa-itu-konsep-
bangunan-hijau-di-malaysia-23913
Paul Brown. Beberapa Kebaikan Mengejutkan dari Bagunan Hijau. Rangkaian Berita
Iklim.Laman Web.
https://ms.innerself.com/sosial/persekitaran/10591-beberapa-faedah-yang-
mengejutkan-daripada-bangunan-hijau.html