The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan NIH, 2020-01-23 20:52:15

Laporan Tahunan KKM 2018_Final

Laporan Tahunan KKM 2018_Final

Sementara itu, sebanyak 8,105 radas penyinaran berdaftar atau berlesen di kedua-dua sektor kerajaan
dan swasta. Bilangan radas penyinaran mengikut jenis modaliti ditunjukkan dalam Jadual 6.20. Selain
radas penyinaran, bahan radioaktif juga digunakan dalam bidang perubatan. Sebanyak 999 punca bahan
radioaktif terdiri daripada 870 punca terkedap dan 129 punca tak terkedap didaftarkan atau dilesenkan
di institusi perubatan kerajaan dan swasta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.21.

Jadual 6.20 Bilangan Radas Jumlah

Bilangan Radas Penyinaran Berdaftar /Berlesen Kerajaan Swasta 3,1271
3,202
Jenis Radas Penyinaran 1,309 1962 708
135
Radiogra Am /Mudah Alih/ Veterinar 796 2406 245
Pergigian (Intra Oral/OPG/CBCT) 238
Fluoroskopi (Statik/ Mudah Gerak) 338 370 23
Angiogra 113
Pengimbas Tomogra Berkomputer 29 106 59
Mammogra 36
Litotripter 74 171 7
Bone Densitometer 7
Pemecut Linear 55 183 23
Linac kV Imaging 5
Intraoperative Radiotherapy (IORT) 10 13 28
Simulator 3
CT Simulator 21 92 8,105
Tomoterapi
PET-CT/ SPECT-CT 18 41
Siklotron Perubatan
Jumlah 13 23

Sumber: Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM 07

3

9 14

14

7 21

12

2,684 5,421

Jadual 6.21

Bilangan Bahan Radioaktif yang Berdaftar/Berlesen

Jenis Punca Perkhidmatan Bilangan Bahan Jumlah

Kerajaan Swasta 471
390 870
Radiotherapi 28 443
9
Punca Terkedap Perubatan Nuklear 147 243 129 129

Penyinaran Darah 54 999

Punca Tak Terkedap Perubatan Nuklear 37 92

JUMLAH 217 782

Sumber: Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM

ii. Aktiviti Pemonitoran dan Penguatkuasaan di Bawah Akta 304
Sebanyak 1,398 buah institusi perubatan telah diperiksa yang merangkumi 224 buah klinik/hospital
kerajaan manakala 1,174 buah premis swasta pada tahun 2018. Keputusan mendapati 1,030 (73.70
peratus) institusi perubatan mematuhi keperluan regulatori manakala 368 (26.30 peratus) institusi
perubatan tidak mematuhi semasa lawatan pemeriksaan dijalankan. Tindakan susulan telah diambil
untuk memastikan semua institusi perubatan mematuhi keperluan regulatori yang telah ditetapkan.
iii. Perkhidmatan Fizik Perubatan
Pada tahun 2018, sebanyak 428 khidmat nasihat teknikal yang berkaitan dengan aktiviti IR/NIR
telah diberikan kepada hospital dan klinik di bawah KKM. Maklumat terperinci adalah seperti yang
disenaraikan dalam Jadual 6.22

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 251

Jadual 6.22

Khidmat Nasihat Teknikal Berkaitan Sinaran Mengion (IR) dan Sinaran Tak Mengion (NIR)

Jenis Aktiviti Total
Penyediaan dan penilaian spesi kasi modaliti IR/NIR & kemudahan berkaitan 54
Lawatan Tapak, Khidmat Nasihat dan Pengujian & Pentauliahan (T&C)
*Penyemakan Technical Speci cation Adhere (TSA) 97
*Kemajuan projek/lawatan tapak/T&C
*Shielding veri cation & shielding integrity test 50
Penyemakan pelan dan perlindungan sinaran untuk projek baru klinik/ hospital kerajaan 191
Veri kasi laporan QC radas penyinaran 36
Lawatan pengujian bagi tujuan veri kasi laporan QC yang disediakan oleh Juruperunding Kelas H 428

Jumlah

Sumber: Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM

Pada tahun 2018, BKRP berjaya menyedia dan mengedarkan sepuluh (10) dokumen perundangan dan bukan
perundangan berkaitan sinaran mengion dan sinaran tak mengion. Senarai tersebut adalah seperti di bawah:
i. Tatacara Pelupusan Radas Penyinaran dan Peranti Yang Menggunakan Bahan Radioaktif Selaras

Dengan Ketetapan di Bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKTA 304)
ii. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil.5 Tahun 2018: Keperluan Regulatori di Bawah Akta

Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKta 304) Bagi Fasiliti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
iii. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil.6 Tahun 2018: Pewujudan Jawatankuasa

Perlindungan Sinaran (JPS) di Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
iv. Pamplet Sinaran Radiofrekuensi (RF) dan Kesihatan
v. Pamplet Radiofrequency (RF) Radiation and Our Health
vi. Pamplet “Medan Elektrik dan Medan Magnet Berfrekuensi Lampau Rendah (ELF-EMFs) dan Kesihatan”
vii. Pamplet “Extremely Low Frequency Electric and Magnetic Fields (ELF-EMFs) and Our Health”
viii. Poster “Permanent Seed Implant/Particle Knife Therapy”
ix. Buku Log Bagi Pengendali Radas Mamografi di bawah Akta 304
x. Buku log Bagi Pengendali Radas CT Scan di bawah Akta 304
iv. Kerjasama Teknikal Inter-Agensi
Aktiviti kerjasama teknikal bersama agensi dalam negara dan antarabangsa seperti Agensi Tenaga
Atom Antarabangsa (IAEA) dan Office of Radiological Security, US Department of Energy (ORS) adalah
termasuk peer review mission, perlindungan fizikal dan sekuriti bahan radioaktif dan program latihan.
Berikut adalah ringkasan penglibatan aktiviti yang dijalankan bersama agensi luar sepanjang tahun 2018:
i. Mesyuarat Bagi Membincangkan Pelaksanaan Program Quality Assurance Audit For Diagnostic

Radiology Improvement And Learning (QUAADRIL) Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 5
Februari 2018
ii. Mesyuarat bersama wakil ORS bagi membincangkan tentang teknologi alternatif bagi menggantikan
punca radioaktif sebagai penyinar serta Lawatan Penilaian Teknikal ORS ke Pusat Darah Negara dan
Jabatan Patologi, Hospital Ampang pada 7 hingga 8 Februari 2018
iii. Mesyuarat Status Penambahbaikan Penemuan Audit Occupational Radiation Protection Appraisal
Services (ORPAS) Bil. 1/2018 bersama National Project Counterpart (NPC) dari Agensi Nuklear
Malaysia telah diadakan pada 26 April 2018.
iv. Lawatan Penilaian Teknikal bersama wakil ORS Dalam Aspek Perlindungan Sekuriti Bagi Pemasangan
Penyinar Darah Di Jabatan Patologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur pada 23 April 2018
v. Misi Pakar IAEA- Lawatan Penilaian Teknikal Sistem Sekuriti pada Kemuadahan Bahan Radioaktif
bagi Fasiliti Perubatan di Bawah Program Intergrated Nuclear Security Support Plan (INSSP) Malaysia
pada 24 hingga 26 Julai 2018
vi. Workshop on Introduction Program Quality Assurance Audit For Diagnostic Radiology Improvement
And Learning (QUAADRIL) pada 18 hingga 19 September 2018
vii. Bekerjasama dengan pihak ORS bagi mengadakan International Response Training Course pada 17
hingga 20 Disember 2018

HALATUJU

Keselamatan sinaran perubatan menjadi semakin penting kerana ia akan menjadi salah satu faktor
penyumbang untuk meningkatkan kualiti penggunaan radas penyinaran dan bahan radioaktif. BKRP akan
menyediakan kepakaran, keupayaan teknikal dan teknologi maklumat berkaitan sinaran mengion dan
sinaran tak mengion untuk perlindungan sinaran yang lebih baik kepada pesakit, pekerja dan orang awam.

252 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Penubuhan BKRP adalah untuk memperkukuh dan memperluaskan aktiviti keselamatan sinaran perubatan sedia
ada bagi mematuhi semua standard dan keperluan peraturan semasa berkaitan dengan keselamatan, sekuriti
dan kawalseliaan untuk keperluan perkhidmatan KKM. BKRP akan terus menyediakan kawalan yang berkesan
dan cekap ke atas penggunaan sinaran mengion dalam bidang perubatan untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pesakit, pekerja dan orang awam terjamin melalui pendekatan transformasi, teknologi, inovasi dan kualiti.
Di samping itu, aktiviti dan program yang sedia ada akan diperluaskan sejajar dengan perkembangan teknologi
yang melibatkan penggunaan modaliti sinaran untuk memenuhi keperluan perubatan yang kompleks disamping
mematuhi standard dan peraturan semasa yang ditetapkan. Ini termasuk usaha-usaha untuk memperluaskan skop
aktiviti berkaitan sekuriti, kawalseliaan dan penglibatan orang awam untuk menyokong Kementerian Kesihatan
menangani isu-isu yang berkaitan dengan kesan radiasi terhadap kesihatan awam.

INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH)

Institut Kesihatan Negara (National Insitutes of Health; NIH) dimulakan pada Rancangan Malaysia ketujuh. Secara
umumnya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Umum (IKU), Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC),
Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK), Institut Penyelidikan Tingkahlaku
Kesihatan (IPTK) dan Urusetia NIH berfungsi menjalankan penyelidikan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) bagi menambahbaik perkhidmatan Kesihatan di Malaysia mengikut skop penyelidikan masing-masing.
NIH bertanggungjawab mengenalpasti bidang keutamaan untuk penyelidikan. Selain itu, NIH juga menyelaras
aktiviti penyelidikan di KKM bermula dengan fasa pelaksanaan, sehingga penggunaan hasil penyelidikan dalam
penggubalan dasar dan polisi kesihatan, pengurusan kesihatan, promosi kesihatan dan perkembangan kaedah
baru dalam diagnosa, kawalan dan rawatan masalah kesihatan.

INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) adalah cabang penyelidikan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia dan fungsi
utamanya adalah untuk menjalankan kajian untuk mengenalpasti, menjelaskan, membendung dan mencegah
penyakit dan masalah kesihatan di dalam negara. Satu lagi sumbangan penting IMR adalah ujian diagnostik khas
yang bertujuan untuk menyokong peranan diagnostik semua fasiliti kesihatan di Malaysia. Perkhidmatan lain yang
disampaikan oleh IMR adalah perkhidmatan perundingan dan program latihan saintifik dan teknikal.

PENYELIDIKAN

Penyelidikan di IMR dikategorikan kepada empat (4) kluster dan sebanyak 82 projek penyelidikan berstatus
baharu/sambungan telah dijalankan dengan peruntukan berjumlah RM8.68 juta di bawah peruntukan Geran
Penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia (Jadual 6.23). Terdapatnya dua (2) projek antarabangsa di bawah
peruntukan extramural iaitu Wolbachia based control of virus transmission by the mosquito Aedes albopictus
dibawah The Wellcome Trust dan Genetic, lipid and other risk factor in early-onset acute myocardial infarction in
Malaysia dibawah Newton-Ungku Omar Fund. Staf IMR telah menerbitkan 124 kertas saintifik dan terlibat dalam
257 pembentangan saintifik iaitu 182 di persidangan tempatan dan 75 di peringkat antarabangsa.

Jadual 6.23

Pecahan Projek Penyelidikan Mengikut Kluster Penyelidikan di Bawah Peruntukan Geran
Penyelidikan KKM

Kluster Burden of disease Non- Sustainable Biomedical Jumlah
penyelidikan (BOD) Communicable Environment and
Disease (NCD) Climate Change 27 82
Bilangan projek 39 3,915,966 8,677,088
Peruntukan (RM) 3,146,398 3 (SECC)
282,600 13

1,332,124

Sumber: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM

PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK 253

IMR menyediakan ujian diagnostik khas dan rujukan yang tidak dijalankan di makmal-makmal lain di
seluruh negara. Pada 2018, IMR menyediakan 450 ujian yang berbeza yang dijalankan oleh 30 unit/
makmal berlainan. Kebanyakan unit di IMR juga berfungsi sebagai pusat rujukan kepada makmal KKM

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

di seluruh negara. Makmal diagnostik utama di IMR adalah di Pusat Diagnostik Khas dan lima (5) ujian
terpenting dari segi bilangan sampel adalah Inborn Errors of Metabolism (IEM), Plasma Amino Acids,
Urine Organic Acids bagi penyaringan bayi baru lahir; ujian Fragile-X Syndrome bagi saringan molekular
genetik dan ujian Serum Protein Electrophoresis (SPE) bagi penentuan penyakit Multiple Myeloma.
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN
Staf IMR menyampaikan khidmat nasihat and perundingan kepada KKM, jabatan kerajaan lain serta
organisasi antarabangsa. Sepanjang tahun 2018, staf IMR terlibat dalam 410 perkhidmatan perundingan
di peringkat negara dan 63 di peringkat serantau/antarabangsa.
PROGRAM LATIHAN SAINTIFIK DAN TEKNIKAL
Aktiviti latihan yang dijalankan oleh IMR terdiri daripada kursus yang ditawarkan setiap tahun, termasuk
kursus pascasiswazah Southeast Asian Ministers of Education Organization - Tropical Medicine and
Public Health Network (SEAMEO-TROPMED) iaitu, Diploma in Applied Parasitology and Entomology
(DAP&E) dan Diploma in Medical Microbiology (DMM). IMR telah memberikan peluang latihan seperti
latihan ad hoc dan ikatan kepada 702 ahli sains, pegawai perubatan dan kakitangan sains bersekutu dari
jabatan lain serta institut tempatan dan luar negara seperti tersenarai dalam Jadual 6.24.

Jadual 6.24 Bilangan dilatih
12
Program latihan yang Diadakan oleh IMR bagi Tahun 2018 11
97
Program latihan oleh IMR 24
1. Latihan industri (2 - 6 bulan)
2. Summer Internship (4 - 6 minggu pengalaman kerja) 556
3. Latihan Sarjana Patologi 3
4. Lawatan sambil belajar dengan Praktikal Makmal
5. Lawatan sambil belajar 702
6. Latihan Berasaskan Kompetensi

Jumlah

Sumber: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM

INSTITUT KESIHATAN UMUM

Institut Kesihatan Umum (IKU) di bawah organisasi Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) memfokus dalam penyelidikan kesihatan awam. Sejajar dengan penstrukturan semula
sistem penjagaan kesihatan Negara Malaysia, IKU akan mengukuhkan kapasiti menjalankan penyelidikan
untuk menyokong perancangan penyampaian perkhidmatan kesihatan oleh KKM di negara ini. Aktiviti-
aktiviti utama IKU adalah seperti berikut:
i. Penyelidikan
ii. Penerbitan
iii. Konsultasi
iv. Pembangunan Pengkalan Data
v. Depository Library for WHO Publications
vi. Konferen, seminar dan bengkel
Aktiviti Penyelidikan
IKU telah menjalankan sejumlah 33 projek penyelidikan yang terdiri daripada 12 aktiviti penyelidikan
peringkat komuniti/populasi/tinjauan, sepuluh (10) aktiviti penyelidikan secara kolaborasi dengan agensi
lain dan 11 aktiviti penyelidikan systematic review/scoping review. Projek utama pada tahun 2018 adalah
seperti Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2018: Kesihatan Warga Emas dan pelbagai lagi
projek-projek kajian lain yang dijalankan (Jadual 6.25 dan Jadual 6.26).

254 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Jadual 6.25

Aktiviti-aktiviti Penyelidikan di IKU

Bil Tajuk Kajian Projek NMRR ID. Principal Investigator

Aktiviti penyelidikan peringkat komuniti/ populasi/ tinjauan

1. Evaluation of Enhanced Primary Health Care (EnPHC): Population NMRR-17-268-34770 Dr Muhammad Fadhli
Based Survey / Dr Maria Safura

2. Kajian bebanan penyakit typhoid di Lembah Klang, Malaysia 2011 NMRR-16-2042-31954 Tee Guat Hiong/Pn
hingga 2015 Eida Nurhadzira

Population-based salt intake survey to support the national NMRR-17-423-34969 Rashidah Ambak
3. salt reduction programme for Malaysia 2017 – 2018 (Malaysian

Community Salt Study – MyCoSS)

4. NHMS 2018: Elderly Health NMRR-17-2655-39047 Dr. Rajini
Sooryanarayana

5. Urinary minerals excretion and association with dietary mineral NMRR-18-308-40320 Dr Noor Sa za
intake among adults in Malaysia Mohamad Nor

6. Prevalence of Hepatitis B and C in Malaysia 2018 NMRR-18-434-40096 Dr Rimah Melati Ab
Ghani

7. Iodine deficiency disorders (IDD) still a challenge in Sarawak: an NMRR-17-2931-39285 Lim Kuang Kuay
evaluation after ten years of universal salt iodisation

8. Pregnant Women in Sarawak are at Risk of Iodine Deficiency: NMRR-17-2932-39316 Lim Kuang Kuay
Cross Sectional Study

9. Mobile Health for Child Injury Prevention in Malaysia (M-CHILD) Dr Nur Liana Abd
NMRR-16-1480-31431 Majid/ Hamizatul

Akmal Abdul Hamid

10. Tuberculosis Contact Investigations Research ID: 42027 Dr. Noor Aliza Lodz

11. Case Control Study for Malnutrition Among Children under 5 years NMRR-18-847-41455 Nor Azian Mohd Zaki/
old in Putrajaya Mohamad Hasnan
Ahmad
12. Malaysian Burden of Disease and Injury Study 2015-2016 NMRR-18-609-41165 Mohamad Fuad
Mohamad Anuar
Aktiviti penyelidikan: Systematic/ Scoping Review
Dr Halizah Mat Ri n
1. A systematic review on effect of kiddie/small cigarette pack on NMRR-18-452-40306 Eida Nurhadzira
smoking Muhammad
Dr Nor Asiah
2. The effectiveness of vaccination and good hygiene practice among NMRR-18-955-41181 Muhamad
food handlers in prevention of typhoid fever: A Systematic Review Dr Nor Asiah
Muhamad
3. Stevia for hypertension. Cochrane sytematic review NMRR-13-602-16768 Dr Nor Asiah
Muhamad
4. Knowledge, attitude and behaviour among food handlers for NMRR-18-814-41552 Dr Nor Asiah
prevention of typhoid disease NMRR-18-591-41138 Muhamad
NMRR-18-592-41139 Dr Rimah Melati Ab
5. Workplace intervention for preventing work-related rhinitis and Ghani
rhinosinusitis

6. Workplace intervention for treating work-related rhinitis and
rhinosinusitis

7. Massage Therapy for Improving Functional Activity after Stroke NMRR-18-434-40096

8. A scoping review on salt reduction intervention NMRR-18-1010-41127 Lalitha Palaniveloo

9. Environmental Risk Factors of Leptospirosis in Urban Settings: A NMRR-18-198-40328 Mohd Hatta Abdul
systematic review NMRR-17-3301-38379 Mutalip
Noraida Mohamad
10. Effectiveness of home visiting to improve social isolation among Kasim
older people in the community: A systematic review

11. Prevalence and aetiology of hearing loss among primary school NMRR-18-2976-41893 Dr Tan Lee Ann
children in Malaysia: a scoping review

Sumber: Laporan Tahunan, Institut Kesihatan Umum (IKU), 2018

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 255

Jadual 6.26

Aktiviti-aktiviti Penyelidikan Peringkat Kolaborasi di IKU

Bil Tajuk Kajian Projek NMRR ID. Principal Investigator Kolaborator

Aktiviti penyelidikan peringkat kolaborasi

Does System Based Intervention Reduce
the progression of Diabetes in Women with
1. History of Gestational Diabetes (SBI-GDM)? - NMRR-15-2000-28718 Dr Mohd Azahadi FMS Selangor

A Prospective, Randomized Controlled Study

Retrospective cohort study among retroviral FMS Selangor
2. disease patients in primary health care clinics NMRR-17-1782-35308 Dr Mohd Azahadi

in Selangor

3. Biomonitoring of urinary metals NMRR-18-204-39712 Rashidah Ambak & Dr IMR
Thamil Arasu

4. Relationship of Dietary Salt and Aldosterone NMRR-17-2797-38196 Rashidah Ambak, HUKM
in a General Population Cohort Dr Thamil Arasu,
Fatimah Othman

5. Research on Trust in Healthcare - Dr Noor Sa za IMU

6. Content Analysis on Students' Reflective - Dr Noor Sa za IMU
Reports
IMR & HUSM
Correlational Study between Vitamin D Level, Mohamad Hasnan
7. Inflammatory Status and Metabolic Syndrome NMRR-15-937-26235 Ahmad & Dr. Tahir JKN Sarawak
Risk in Adolescents Aris PKD Batang

Level of knowledge, attitude, health seeking Reasearch ID: 42716 Dr Nor Asiah Padang
8. behaviour and practice of rabies prevention Muhamad Institute
for Health
among adolescent students in Sarawak Behavioural
Research
9. A Community Survey on Batang Padang NMRR-18-1792-42486 Dr Noor Ani Ahmad
FELDAs Elderly Health 2018

10. Adolescent Sexual and Reproductive Health NMRR-18-840-40524 Dr Noor Ani Ahmad
in Malaysia: a scoping review

Sumber: Laporan Tahunan, Institut Kesihatan Umum (IKU), 2018

PENERBITAN

Sejumlah 56 penerbitan penyelidikan di jurnal sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
pada tahun 2018. Sejumlah 44 penerbitan penyelidikan di kategori impact factor (IF) lebih daripada 0.6
dan sejumlah 12 penerbitan penyelidikan di kategori IF kurang daripada 0.6.

PEMBENTANGAN

Pegawai-pegawai IKU telah membentangkan sejumlah 19 plenari/simposium, 11 free paper, lapan puluh lapan
(88) poster di konferen peringkat kebangsaan/luar negara/mesyuarat saintifik dan 14 pembentangan kepada
stakeholders. Sejumlah 11 pembentang oral dan poster telah menerima anugerah best oral or poster presentation.

KONSULTASI

Sejumlah 108 konsultasi/khidmat nasihat teknikal telah diberikan kepada staf KKM dan agensi lain dalam
pelbagai bidang kepakaran penyelidikan.

256 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

HALATUJU

IKU komited dan tekun bekerja untuk merealisasikan visi kami sebagai autoriti dan pelopor dalam bidang
penyelidikan tinjauan epidemiologi ke atas kesihatan awam dan menterjemah penemuan kami ke bentuk
penggubalan polisi/informasi berasaskan bukti saintifik kepada pihak yang berkepentingan dan penggubal polisi.

PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC)

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan salah satu daripada enam institut penyelidikan di bawah
naungan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah beroperasi
sejak Ogos 2000. CRC merupakan cabang penyelidikan klinikal KKM dan rangkaian CRC kini terdiri daripada
CRC Kebangsaan dan 33 CRC Hospital yang bertanggungjawab mengukuhkan kapasiti penyelidikan klinikal di
semua kemudahan kesihatan KKM. Fungsi utama CRC adalah mengurus, memberi panduan dan menjalankan
aktiviti penyelidikan klinikal berimpak tinggi yang akan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan Malaysia.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PENTING

NATIONAL CONFERENCE FOR CLINICAL RESEARCH (NCCR) KE-12

NCCR ke-12 dengan tema “Patient Centered Research: Digital Health” merupakan tajuk persidangan
yang penting dan sesuai pada masa kini untuk penyelidik, pihak berkepentingan dan pihak yang berminat
dalam bidang penyelidikan yang bertumpukan pesakit. Hubungan di antara penjagaan pesakit dan
kemajuan digitalisasi dalam penjagaan kesihatan senantiasa dipertingkat dan menyumbang kepada era
perubatan yang menjangkau sempadan penjagaan bertumpukan pesakit tradisional.
Teori disruptive innovation pertama kali dibangunkan pada tahun 1995. Kini, disruptive innovation telah
menjadi buzz word dalam bidang perniagaan dan teknologi yang bermaksud idea-idea inovatif yang
berjaya dibangunkan menjadi model yang mampu menggantikan norma yang sedia-ada dan lebih
mantap. Lebih dari satu dekad, digitalisasi telah menghasilkan gelombang perubahan dalam industri
penjagaan kesihatan dengan inovasi yang mencabar di samping mengubah penyampaian penjagaan
pesakit, yang menumpu kepada keperluan pesakit.
Dengan teknologi perubatan, langkah kreatif untuk membawa cara baru dalam perlaksanaan aktiviti
haruslah berdasarkan bukti. Perubatan berasaskan bukti yang dikaji semula adalah asas di mana
penyampaian penjagaan kesihatan bergantung kepada. Justeru, penyelidikan klinikal harus bermula
dari peringkat pengumpulan bukti untuk memastikan aplikasi praktikal penjagaan kesihatan digital
memberikan penjagaan pesakit yang relevan, berkesan dan selamat.
Y.B. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah merasmikan NCCR ke-12 pada 24 hingga
25 September 2018 di Istana Hotel, Kuala Lumpur. Video ucapan yang disampaikan oleh Y.B. Dr. Lee Boon
Chye, Y.Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Y.Bhg. Dato ‘Dr.
Amar Singh HSS boleh diakses dalam pautan ini -> https://www.facebook.com/CRCMalaysia (Imej 6.15)

Imej 6.15
National Conference for Clinical Research (NCCR) Ke-12

Y.B. Dr.Lee Boon Chye Merasmikan NCCR Ke-12 Kumpulan NCCR Ke-12
Sumber: Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), KKM

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 257

MESYUARAT RANGKAIAN CRC

Mesyuarat Rangkaian CRC untuk tahun 2018 telah diadakan pada 10 Julai 2018 di Hospital Rehabilitasi
Cheras bersempena dengan majlis persaraan Dato’ Dr. Amar Singh HSS dan Dr. Maria Lee Hooi Sean.
Dalam mesyuarat ini, Dato’ Dr. Goh Pik Pin (Pengarah, CRC) mengucapkan tahniah kepada semua Hospital
CRC atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2017 dan menggalakkan semua kakitangan untuk
meneruskan komitmen dalam menyediakan perundingan dan latihan penyelidikan kepada penyelidik di
samping melaksanakan penyelidikan klinikal yang berimpak (Imej 6.16).

Imej 6.16
Mesyuarat Rangkaian CRC pada 10 Julai 2018, Hospital Rehabilitasi Cheras

Sumber: Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), KKM

PENCAPAIAN PENYELIDIKAN

Pada tahun 2018, sejumlah 184 artikel telah diterbitkan dalam jurnal saintifik; manakala 955 abstrak
berjaya dibentangkan.
CRC memainkan peranan dalam membantu, menjalankan dan menggalakkan industry sponsored research (ISR).
ISR merupakan salah satu entry point project (EPP) dalam National Key Economic Area (NKEA) dan CRC bersama-
sama dengan Clinical Research Malaysia (CRM) telah diberi mandat untuk memacu Malaysia sebagai destinasi
global pilihan. Pada tahun 2018, sejumlah 168 ISR telah diluluskan oleh MREC (Jadual 6.27) dan ini sejajar dengan
misi Negara untuk mencapai 1000 ujian berterusan di Malaysia menjelang tahun 2020. Di samping itu, CRC berjaya
memperolehi geran ekstramural berjumlah MYR1,386,184.60 di mana sebanyak 85 peratus dibiayai oleh penaja
antarabangsa (Jadual 6.27) dan United State-National Institute of Health (US-NIH) adalah pemberi geran utama
untuk penyelidikan malaria.

Jadual 6.27 Pencapaian
184
Aktiviti Penyelidikan oleh CRC Rangkaian pada Tahun 2018
781
Bil Aktiviti Penyelidikan 174
1. Penerbitan (artikel)
390
Pembentangan (abstrak) 20
2. Tempatan
168
Antarabangsa 119
Konsultasi (perkhidmatan)
3. Tempatan 207,691.00
Antarabangsa 1,178,493.60
Industry Sponsored Research (ISR)
4. Kajian baru yang diluluskan oleh MREC
Kajian berterusan yang dijalankan di fasiliti KKM
Geran ekstramural (RM)
5. Tempatan
Antarabangsa

Sumber: Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK), KKM

258 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

KESIMPULAN

Tahun2018 merupakan tahun yang penuh dengan usaha dan pencapaian. Keseluruhannya, strategi yang
dimulakan oleh CRC semenjak penubuhan pada tahun 2000 amatlah memberangsangkan dan CRC
sentiasa berjaya mencapai petunjuk prestasi utama yang telah ditetapkan.
Kini, CRC bercadang untuk (i) mewujudkan lebih banyak hubungan strategik tempatan dan antarabangsa;
(ii) mendapatkan lebih banyak geran penyelidikan ekstramural yang kompetitif; dan (iii) terlibat secara
aktif dalam terjemahan dan penyebaran hasil penyelidikan, terutamanya ke dalam polisi dan amalan
harian klinikal. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi global pilihan untuk penyelidikan dan
menrealisasikan Malaysia menjadi organisasi penyelidikan klinikal terkemuka di Asia.

INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK)

IPK: 7 TAHUN PENGLIBATAN DI DALAM HOSPITAL KLUSTER

Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) telah terlibat dalam inisiatif Hospital Cluster sejak tahun 2012. IPK telah
memainkan peranan yang aktif dalam memperkenalkan konsep pendekatan Action Research (AR) yang
digunakan oleh setiap hospital yang terlibat dalam inisiatif Hospital Kluster semasa fasa perancangan,
tindakan dan penilaian. Kaedah ini dipilih kerana ianya fleksibel dan boleh memenuhi pelbagai situasi dalam
setiap kluster. Pendekatan AR untuk Hospital Cluster merupakan analisis strategik situasi, pengenalan isu
dan penglibatan pihak stakeholder sebelum pelaksanaan projek Hospital Kluster. Oleh itu, ia menggalakkan
pendekatan bottom-up dan pemilikan pihak stakeholder terhadap projek berkenaan. Hospital Kluster adalah
konsep di mana semua hospital kerajaan berhampiran berkongsi dan mengembangkan sumber perubatan,
perkhidmatan dan kepakaran mereka, termasuk pediatrik dan perkhidmatan pembedahan.
Inisiatif Hospital Kluster bermula dengan tiga (3) projek perintis (Imej 6.17) di Temerloh (Jengka dan
Jerantut), Melaka (Jasin dan Alor Gajah) dan Tawau (Kunak dan Semporna) dan pelbagai pencapaian telah
diperhatikan. Masa menunggu untuk pembedahan dan prosedur telah dipendekkan dengan penggunaan
sumber dan kemudahan yang lebih baik. Penjagaan pakar lebih dekat dengan rumah pesakit yang tinggal
di pinggir bandar. Malah tahap kompetensi kakitangan penjagaan kesihatan terutama di hospital daerah
bertambah baik. Pada tahun 2018, projek Hospital Kluster telah diperluaskan kepada tiga (3) lagi kluster
iaitu di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan yang membentuk 13 kluster di seluruh negara dan lebih
banyak lagi hospital akan terlibat pada masa hadapan.

Imej 6.17
Implementasi Projek Hospital Kluster

Pemberian token penghargaan Majlis perasmian hospital kluster baru
kepada Datin Dr. Norih Bidin di atas
sumbangan beliau selama 7 tahun dalam
perlaksanaan projek Hospital Kluster

Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 259

Selain sumbangan dari segi latihan, IPK turut ditugaskan dari aspek penerbitan yang berkaitan dengan
inisiatif Hospital Kluster. IPK menerbitkan Laporan Kompilasi Pelaksanaan Hospital Kluster ini untuk
berkongsi pencapaian, hasil dan prestasi terkini dari Kluster Kedah Utara, Seberang Perai, Kelantan Utara
dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN). Berbanding dengan dua edisi terdahulu, laporan kompilasi
projek perintis Hospital Kluster, IPK ingin mempamerkan Kluster yang lebih baru yang menunjukkan
tahap dedikasi, daya tahan dan pencapaian yang tinggi sejak penubuhannya (Rajah 6.9).

Rajah 6.9
Pelan Tindakan Hospital Kluster

Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), KKM

Sehingga kini, IPK telah menyelesaikan tiga (3) projek penyelidikan:
i. Cost Effectiveness of Cluster Hospital Pilot Projects,
ii. Patients’ Experience on Cluster Hospital Implementation dan
iii. Exploring Barriers and Boosters towards Cluster Hospital Sustainability among Healthcare Providers.
Melalui penemuan kajian ini, IPK berhasrat untuk menyumbang dalam memperbaiki dan menyempurnakan
pelaksanaan Hospital Kluster. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan keterangan, pembuat
polisi boleh menggunakan penemuan penyelidikan supaya pelaksanaan Hospital Kluster akan lebih
berobjektif, adil dan realistik. Hospital Cluster adalah inisiatif jangka panjang Kementerian Kesihatan
Malaysia. Sejajar dengan itu, IPK berhasrat akan menjadi sebahagian daripada pasukan pelaksanaan
Hospital Kluster dan membantu dalam memperluaskan inisiatif Hospital Kluster di seluruh negara.

INSTITUT PENYELIDIKAN SISTEM KESIHATAN

Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) merupakan salah satu dari enam institut di bawah Institut
Kesihatan Negara (NIH), KKM. Institut ini melaksanakan penyelidikan Health Policy and Systems
Research (HPSR) dengan menghasilkan bukti saintifik dan menggalakkan penggunaan bukti (evidence-
based medicine) bagi menyokong penggubalan dasar-dasar kesihatan dan menambahbaik sistem
kesihatan negara. HPSR adalah bidang penyelidikan yang berteraskan World Health Organisation
(WHO) Health Systems Framework yang meliputi bidang penyelidikan dalam blok-blok utama seperti
tadbirurus kesihatan, maklumat kesihatan dan teknologi, ekonomi serta pembiayaan kesihatan dan
penyampaian perkhidmatan.
IPSK telah diiktiraf sebagai WHO Collaborating Centre bagi Penyelidikan Sistem Kesihatan dan
Peningkatan Kualiti. Insitut ini bekerjasama dengan WHO dan rangkaian institusinya untuk membangunkan
penyelidikan sistem kesihatan dan meningkatan kualiti penjagaan kesihatan di Malaysia dan di peringkat
antarabangsa. IPSK juga telah dipertanggungjawabkan sebagai Sekretariat Jaminan Kualiti (QA)
Kebangsaan yang bertindak sebagai pusat penyelarasan untuk penyelidikan, latihan dan pembangunan
Program QA di seluruh negara.
Aktiviti utama IPSK termasuklah penyelidikan, perundingan dan latihan dengan objektif untuk
meningkatkan dan memperkasakan sistem penjagaan kesihatan, sesuai dengan sasaran kesihatan global
seperti Sustainable Development Goals (SDGs) untuk kesihatan, Universal Health Coverage, Rancangan
Malaysia ke-11 dan objektif Transformasi Penjagaan Kesihatan.

260 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

PENYELIDIKAN

Pada tahun 2018, IPSK telah menjalankan projek yang berkaitan dengan Health Policy and Systems
Research yang berpotensi untuk memaklumkan dasar kesihatan. Tiga (3) projek merupakan kajian
kolaboratif dengan organisasi tempatan dan antarabangsa. Projek penyelidikan yang telah tamat pada
tahun 2018 disenaraikan di dalam Jadual 6.28. Sejumlah lima (5) projek penyelidikan masih aktif pada
tahun yang sama.
Hasil penyelidikan IPSK telah diterbitkan di dalam enam (6) artikel dalam jurnal antarabangsa pada tahun
2018. Selain itu, Institut telah menghasilkan 28 terbitan dalam bentuk research highlight, laporan teknikal,
policy brief, ringkasan eksekutif, lembaran fakta dan lain-lain. IPSK Juga telah mengambil bahagian
dalam 71 pembentangan di Malaysia (6 pembentangan poster dan 65 pembentangan lisan) dan 31
pembentangan di peringkat antarabangsa.

Jadual 6.28

Projek Penyelidikan di IPSK, 2018

Bil Tajuk Projek Tahun
2014 hingga 2018
The Jom Mama Trial: Pre-Pregnancy Intervention to Reduce the Risk of Diabetes and
1. Pre-diabetes 2016 hingga 2018
2015 hingga 2018
NMRR-14-904-21963 2017 hingga 2018
2017 hingga 2018
Process Evaluation of A Pre-Pregnancy Intervention to Reduce the Risk of Diabetes & 2017 hingga 2018
2. Pre-Diabetes 2017 hingga 2018
2017 hingga Ogos 2019
NMRR-16-387-29002
2018 –
3. Complex Community Intervention Programme: an Economic Evaluation (EECCIP) Jun 2018 –
NMRR-15-2333-28679
2018 –
4. Revision of Healthcare Demand Questionnaire for NHMS 2019
NMRR-17-905-35933

5. Enhanced Primary Healthcare - Process Evaluation (EnPHC-PE)
NMRR-17-295-34771

6. Cost Benefit Analysis of Pneumococcal Vaccination Among Malaysian Hajj Pilgrims
NMRR-17-471-34944

7. Evaluation of Full Paying Patient (FPP) Services: Implication on Equity
NMRR-17-575-35270

Pilot Costing of Pregnancy Care Services in Selected Primary Healthcare Facilities in
8. Negeri Sembilan

NMRR-17-788-34998

9. Primary Care Systems for Person Centred Provider Practices
NMRR-18-309-40447

10. Rising Healthcare Costs: A Review
NMRR-18-1021-40745

11. Prevention & Control of Hypertension: A Policy Evaluation
NMRR-18-968-41433

Sumber: Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK), KKM

LATIHAN

Pada tahun 2018, IPSK telah menganjurkan program-program latihan dan bengkel yang merangkumi
pengetahuan dan kemahiran dalam Health Policy and Systems Research. Program-program tersebut
disenaraikan di dalam Jadual 6.29. Seramai 1226 kakitangan dari IPSK dan institusi NIH yang lain telah
menyertai program ini.

PERUNDINGAN (CONSULTANCY)

IPSK menyediakan sejumlah 98 perkhidmatan perundingan pada tahun 2018; 86 daripada jumlah ini melibatkan
perundingan bersama agensi-agensi KKM, 6 dengan organisasi bukan KKM dan 6 di peringkat antarabangsa.
Perkhidmatan perundingan yang disediakan berkaitan dengan Health Policy and Systems Research.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 261

Jadual 6.29

Latihan di IPSK, 2018

Bahagian Latihan Tarikh
Penyelidikan Healthcare Costing Methodology Workshop 12 hingga13 Feb
Ekonomi Kesihatan Economic Evaluation in Healthcare Workshop
The Application of Econometrics in Health Economics 2018
19 hingga 20 Feb

2018
22 hingga 25 Jun

2018

Data Envelopment Analysis 30 hingga 31 Jul 2018

Penyelidikan Kualiti Bengkel Lean Data Management and Analysis 23 hingga 26 Jan
Kesihatan Quality Manager untuk Inisiatif Lean Healthcare 2018
Bengkel Latihan Lean Awareness Untuk Jabatan Ortopedik Dan
Oftalmologi 23 hingga 24 Feb
Bengkel Lean Healthcare Klinik 2018
Bengkel Writing For Q Bulletin: Polish & Publish
13 hingga 15 Mac
2018

6 hingga 8 Mac, 13
hingga 15 Mac 2018
27 hingga 29 Aug,

1 Nov 2018

Urusetia Quality Bengkel QA: Implementing Quality: From Zero To Champion 17 hingga 19 Jul 2018
Assurance (QA) Bengkel QA: Comment & Critique 31 Okt, 1 Nov 2018

Kajian dan Analisis Bengkel Knowledge Translation 24 Okt 2018
Dasar Kesihatan Introduction Of Statistical Process Control Tools For Improving Outcomes 10 hingga 12 Okt
Statistik Perubatan In Healthcare
dan Pengurusan Kursus Microsoft Access 2018
Data & ICT Research Methodology - Qualitative Methods for Health Systems 19 hingga 20 Sep
Improvement
2018
9 Feb 2018

Bengkel Qualitative Data Collection 19 Apr 2018

Healthcare Services Bengkel Questionnaire Development 21- 22 Mei 2018
Research 1 Ogos 2018
Penyelidikan Impak Bengkel "Questionnaire Reliability And Validity Testing" 25 Okt 2018
Kesihatan Bengkel Susulan Penyelidikan Primary Care Systems for Person Centred
Provider Practices 12 hingga 13 Nov 18
Latihan Penyediaan “Research Highlight” untuk warga Institut 12 hingga 13 Feb 18
Penyelidikan Sistem Kesihatan 26 hingga 28 Feb 18
Health Outcomes Research Methodology
31 Okt hingga
Health Outcomes Research Methodology For Nurses 2 Nov 18

Bengkel Maera In Country Training

Sumber: Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK), KKM

HALATUJU

IHSR berhasrat untuk memperkukuh kapasitinya sebagai institut penyelidikan dengan menambahbaik
sistem penjagaan kesihatan negara melalui Health Policy and Systems Research yang dilaksanakan
seiring dengan penyelidikan-penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH).

262 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

INSTITUT PENYELIDIKAN TINGKAHLAKU KESIHATAN (IPTK)

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan
salah satu daripada enam (6) institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Negara (National Institute
of Health) Kementerian Kesihatan Malaysia. Fungsi IPTK adalah menjalankan penyelidikan, latihan,
memberi khidmat nasihat dan konsultansi dalam bidang penyelidikan tingkahlaku kesihatan. Antara
bidang spesifik penyelidikan yang dijalankan merangkumi faktor penentu tingkahlaku, tingkahlaku
berisiko, penilaian program, pembentukan instrumen kajian dan komunikasi kesihatan.

AKTIVITI 2018

PENYELIDIKAN

Sepanjang tahun 2018, Institut ini telah melaksanakan empat buah aktiviti penyelidikan seperti berikut:
i. Kajian Evaluation for ChildSafe Application (M-Child) (International Collaboration with John
Hopkins University) - Kajian ini merupakan koloborasi di antara Institut Kesihatan Umum dan John
Hopkins University. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanaan aplikasi Childsafe yang
dimuat turun dalam telefon bagi membantu ibubapa/penjaga menilai bahaya yang mungkin berlaku di
rumah supaya kecederaan kepada kanak-kanak dapat dicegah. IPTK berperanan dalam melaksanakan
penilaian kualitatatif yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas terhadap aplikasi ini dari pengguna
ii. Kajian Adolescents Sexual And Reproductive Health In Malaysia: A Scoping Review - Objektif kajian
ini adalah untuk mengenal pasti hasil penemuan kajian-kajian lepas berkaitan dengan isu kesihatan seksual
dan reproduktif remaja di Malaysia, terutamanya dalam aspek pengetahuan, sikap dan amalan, intervensi
yang pernah dijalankan dan faktor -faktor yang berkaitan dengan kesihatan seksual dan reproduktif remaja.
iii. Kajian Adaptasi Instrumen Literasi Kesihatan dalam Konteks Malaysia - Kajian ini merupakan
koloborasi bersama Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Objektif kajian
ini adalah untuk meringkaskan dan mengadaptasi borang soal -selidik HLS-Q47 yang bersesuaian untuk
konteks masyarakat Malaysia. Hasil kajian ini merupakan borang soal selidik HLS - Q18 yang akan digunakan
untuk mengukur tahap literasi kesihatan masyarakat kita dalam National Morbidity Health Survey 2019.
iv. Kajian Penggunaan Perubatan Herba Dan Tradisional Dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis
2 Di Negeri Sembilan (Sambungan Fasa 2) - Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka amalan
penggunaan perubatan herba dan tradisional dalam kalangan pesakit diabetes di Negeri Sembilan.
v. Kajian Enhanced Primary Health Care: Process Evaluation (Sambungan Fasa 3 Kajian) - Kajian
kualitatif ini adalah koloborasi di antara Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan dan Institut Penyelidikan
Sistem Kesihatan dan dilaksanakan untuk menilai tahap kesediaan dan penerimaan intervensi EnPHC
dalam kalangan anggota kesihatan di klinik-klinik kesihatan yang terlibat. Dalam Fasa Ke-3, penilaian
kajian adalah terhadap tahap penerimaan pesakit dan anggota kesihatan ke atas intervensi EnPHC di
fasiliti kesihatan yang terlibat.

PENERBITAN (KERTAS SAINTIFIK)

Terdapat 10 kertas saintifik diterbitkan sepanjang tahun 2018 oleh IPTK, dimana 8 kertas saintifik
diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa dan 2 kertas saintifik dalam Jurnal Tempatan (Jadual 6.30).

PEMBENTANGAN (POSTER & ORAL)

Institut ini berkongsi hasil kajian dengan melakukan pembentangan berikut sepanjang tahun 2018:
a. Pembentangan poster
Sebanyak 15 poster telah dibentangkan di persidangan atau seminar tempatan. Tiga (3) pembentangan
poster dengan tajuk berikut telah berjaya memenangi anugerah :
i. Knowledge VS Altruism: Towards Organ Donation among Final Year Students, Faculty of Medicine,

UKM Kuala Lumpur. Saini N & Normawati A - Anugerah Best 6 Poster Award di Seminar Saintifik
Persatuan Transplant Malaysia yang ke 21 pada 4 hingga 5 Mei 2018, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 263

Jadual 6.30 Taraf Jurnal /
Aktiviti Penerbitan (Kertas Saintifik) IPTK 2018 Impact Factor (IF)

Diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa 3.56
Bil Tajuk Penerbitan

Norbaidurah Ithnain, Shazli Ezzat Ghazali, Norrafizah Jaafar. Relationship
1. between smartphone addiction with anxiety and depression amongundergraduate

students in Malaysia. Int J Health Sci Res. 2018; 8(1):163-171.

Nor Asiah Muhamad, Norazilah Mohd Roslan, Aziman Mahdi, Norbaidurah 1.29
Ithnain, Normi Mustapha, Noor Aliza L,Rimah Melati AG & Suraiya SM.
2. Association between Health Risk Behavior and Suicidal Ideation, Continuous
Sadness and Depression among Malaysian Youth Global Journal of Health
Science. 2018; 10(1):11-17.

Albeny Joslyn Panting, Haslinda Abdullah, Ismi Ariff Ismail, Samsilah Roslan. International, double-blind,
Information- Seeking Behaviour on Sexual and Reproductive Health among Rural peer-reviewed and open-
3. Adolescents in Sarawak Malaysia. International Journal of Public Health and
access ejournal.
Clinical Sciences. Vol.5:No. 1 January/February 2018 (En. Albeny PHD Paper) 2.814
3.56
Wan Mohd Zahiruddin, Wan Nor Ari n, Shafei Mohd-Nazri, Surianti Sukeri,
Idris Zawaha, Rahman Abu Bakar, Rukman Awang Hamat, Osman Malina,
Tengku Zetty Maztura Tengku Jamaludin,Arumugam Pathman, Ab Rahman Mas-
Harithulfadhli-Agus, Idris Norazlin, Binti Samsudin Suhailah,Siti Nor Sakinah Saudi,
4. Nurul Munirah Abdullah, Noramira Nozmi, Abdul Wahab Zainuddin and Daud

Aziah. (2018). Development and Validation of a New Knowledge, Attitude, Belief
and Practice Questionnaire on Leptospirosis in Malaysia. BMC Public Health. 18.
10.1186/s12889-018-5234-y.

Albeny Joslyn Panting, Zaikiah Mohd Zin, Norrafizah Jaafar,Komathi
Perialathan,
Sheikh Shafizal Sheikh Ilman, Muhd Ridwan Zakaria. 2018. Potential Factors
5. Contributing to Vaccine Hesitancy among Parents in Malaysia: An Overview.

International Journal of Health Sciences & Research (www.ijhsr.org) 360 Vol.8;
Issue: 7; Julai 2018

Albeny JP, Haslinda A, Ismi AI & Samsilah R. 2018. Contributing Social Factors for SCOPUS/Q3/IF: 0.2.
6. Teenage Pregnancy in Sarawak: A Review. Pertanika Journal of Social Science and

Humanities. Accepted Disember 2018

Komathi Perialathan, Abu B. Rahman, Kuang H. Lim, Yusoff Adon, Azman 2.092
Ahmad, Nurashma Juatan, Norrafizah Jaafar Prevalence and Associated h-index (June 2018): 32
7. Factors with Electronic Cigarettes Vaping: Findings from Hospitals and Health
Clinics Based Study in Malaysia. Tob. Induc. Dis. 2018;16 (November):55DOI:
https://doi.org/10.18332/tid/99258
Siti Nur Farhana Harun, Mazrura Sahani & Mohammad Zabri Johari. Factors
Affecting the Decision Making of HPV Vaccination Uptake among Female Youth
8. in Klang Valley (Influencing Factors): A Qualitative Study. Global Journal of Health
Science; Vol. 11, No. 1; 2018. Online Published: Disember 13, 2018 doi:10.5539/
gjhs.v11n1p36

Norbaidurah Ithnain, Dr Shazli Ezzat Ghazali & Norrafizah Jaafar. Ketagihan
9. Telefon Pintar dalam Kalangan Mahasiswa. Published Malaysian Journal of Youth

Studies (MYJS) VOL.18 JUN 2018

Albeny Joslyn Panting, Haslinda Abdullah, Ismi Ariff Ismail, Samsilah Roslan.
2018. Tingkahlaku Pencarian Maklumat Kesihatan Reproduktif dan Seksual dalam
10. Kalangan Remaja Sarawak. Published Malaysian Journal of Youth Studies (MYJS)

VOL.18 JUN 2018

Sumber: Laporan KPI (Key Performance Indicator) Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), KKM

264 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

ii. Unraveling the Hidden Evidence: Sexual Behaviour among Adolescents in Sarawak, Malaysia,
Albeny Joslyn Panting, Dr. Haslinda Abdullah, Dr. Samsilah Roslan, Pises Busu, Teresa Yong Sui Mien -
Anugerah Poster Kedua Terbaik (Kesihatan Awam) di Hari Penyelidikan Jabatan Kesihatan Negeri 2018
yang ke 10 pada 13 hingga 14 Sept 2018, CRC Auditorium, Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak

iii. Knowledge and Attitude Ageing Generation: Online Health Seeking Behaviour in Malaysia Masitah
A., Normawati A., Teresa Yong, Komathi P, Nurashma J & MZ Johari - Anugerah 3 Pembentangan
Poster Terbaik di Konferan Promosi Kesihatan yang ke 4 pada 3 hingga 4 Oktober 2018, Hotel
Premiera, Kuala Lumpur

b. Pembentangan oral
12 pembentangan lisan telah dilaksanakan dan 3 daripadanya di peringkat antarabangsa/luar negara
seperti berikut :
i. Characteristics of Female Shisha Smokers : A Qualitative Exploration dibentangkan oleh

Nurashma Juatan di Kuala Lumpur Nicotine Addition International Conference yang berlangsung
pada 10 hingga 11 Julai 2018
ii. Health Information Seeking Behaviour among Elderly Who Use Internet in Malaysia dibentangkan
oleh Dr. Normawati Ahmad di International Public Health Conference 2018, Bangkok Thailand yang
berlangsung pada 15 hingga 17 Julai 2018
iii. Sex in the City ; Sexual Behaviour among Adolescents in Kuching, Sibu and Miri dibentangkan
oleh Albeny Joslyn Panting di Alliance for Healthy Cities Global Conference 2018, Borneo Convention
Centre Kuching Sarawak yang berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober

LAIN-LAIN PENERBITAN

Satu (1) Laporan Teknikal telah dihasilkan oleh IPTK pada tahun 2018 iaitu:
i. Awareness, Perception and Behaviours towards Electronic Cigarette (E-cig) in Malaysia Norrafizah Jaafar,

Komathi Perialathan, ,Abu Bakar Rahman, Norazilah Md. Roslan, Zaikiah Mohd Zin, Azman Ahmad

KESIMPULAN

Program Penyelidikan & SokonganTeknikal akan terus menyokong semua program dan aktiviti dalam
Kementerian Kesihatan dan juga sektor-sektor lain untuk mencapai tahap yang terbaik dalam segala
usaha berkaitan kesihatan. Program ini memainkan peranan penting dalam memastikan aktiviti KKM
menjurus ke arah pencapaian matlamat negara. Aktiviti penyelidikan akan terus menyokong program-
program lain dengan memberikan maklumat sokongan dan pembuktian bagi penggubalan dasar
seterusnya menambah baik perkhidmatan kesihatan dan sistem penyampaian kesihatan.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 265



KESIHATAN

07PERGIGIAN



KESIHATAN 07
PERGIGIAN

PENGENALAN

Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) memainkan peranan utama
dalam menentukan halatuju dan tadbir urus perkhidmatan kesihatan pergigian di negara ini. Ia merangkumi
pembangunan polisi kesihatan pergigian, perundangan dan penguatkuasaan berkaitan amalan pergigian
ke arah kesihatan mulut yang baik di kalangan rakyat Malaysia. Struktur organisasi PKP KKM adalah
seperti di bawah (Rajah 7.1).

Rajah 7.1
Carta Organisasi PKP KKM, 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 269

Pada tahun 2018, jumlah keseluruhan belanja mengurus PKP KKM ialah RM929,898,860.01 di bawah
kod aktiviti seperti di Jadual 7.1.

Jadual 7.1 Perbelanjaan (RM)
83,864,604.38
Jumlah Keseluruhan Belanja Mengurus PKP KKM, 2018
646,928,552.64
Aktiviti dan Kod 50,201,965.13
Pengurusan (030100)
Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer (030200) 148,903,737.86
Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat (030300) 929,898,860.01
Penjagaan Kersihatan Pergigian Kepakaran (030400)

Jumlah

Sumber: PKP KKM, 2018

EPIDEMIOLOGI DAN PENYELIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

Aktiviti penyelidikan kesihatan pergigian dan agenda pengurusan penyelidikan kesihatan pergigian
telah dijalankan untuk menyokong penggubalan dasar kesihatan pergigian yang berasaskan bukti. Hasil
penemuan kajian peringkat kebangsaan telah dibentang kepada pihak berkepentingan melalui pelbagai
platform. Sepanjang tahun 2018, aktiviti -aktiviti berikut telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai
agensi dari dalam dan luar KKM di peringkat kebangsaan dan program:

PROJEK PENYELIDIKAN DAN INISIATIF PERINGKAT NASIONAL

i. National Health & Morbidity Survey 2017 (NHMS 2017): Adolescent Health Survey 2017. Pembentangan
poster bertajuk Personal Hygiene among Adolescents in Malaysia: National Survey Findings in
2017 telah dibentang di International Association for Dental Research (IADR) Vietnam, yang telah
berlangsung pada 11 hingga 14 September 2018.

ii. National Health & Morbidity Survey 2018 (NHMS 2018): Elderly Health telah diketuai oleh Institut
Kesihatan Umum, KKM. Bagi modul kesihatan pergigian, penyediaan dummy table, pengesahan
kemasukan data dan penulisan laporan telah dibuat.

iii. National Health and Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019): Healthcare Demand telah diketuai oleh
Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, KKM. Penyediaan soalan kajiselidik untuk modul kesihatan
pergigian telah disediakan dan dimuktamadkan.

PROJEK PENYELIDIKAN PERINGKAT PROGRAM

i. NHMS 2017: National Oral Health Survey of Schoolchildren (NOHSS 2017). Pembentangan poster
bertajuk Oral Health Status of Schoolchildren - The NHMS 2017: NOHSS 2017 Survey Findings
telah dibentang pada 14th National Symposium on Adolescent Health (NSOAH) yang berlangsung
di Institute of Leadership and Development, UiTM Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan pada 20
dan 21 April 2018.

ii. National Health and Morbidity Survey 2020: National Oral Health Survey of Adults 2020 (NHMS 2020:
NOHSA 2020). Kajiselidik Kesihatan Mulut Kebangsaan ke-4 ini adalah dibawah naungan Institut
Kesihatan Umum, KKM. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2018 adalah seperti:
• Skop kajiselidik kesihatan mulut di kalangan orang dewasa telah disediakan dan dibentang
semasa mesyuarat pertama Penasihat Teknikal NHMS 2020: NOHSA 2020 dan telah dipersetujui
di mesyuarat tersebut.
• Benchmark & gold standard examiners telah dilantik oleh Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian.
• Ahli Core Team Analysis dikenalpasti dan telah lantikan oleh Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian.
Pembangunan Syntax bagi analisa data juga telah disediakan
• Cadangan kajian telah dibentang kepada JPP-NIH pada 18 Disember 2018

270 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

LAIN-LAIN AKTIVITI PENYELIDIKAN KESIHATAN

Lain-lain aktiviti penyelidikan kesihatan pergigian yang dijalankan pada tahun 2018 adalah seperti berikut:
i. Health System Research (HSR). Mesyuarat tahunan koordinator HSR negeri telah dijalankan pada

28 Ogos 2018. Mesyuarat ini merupakan satu platform bagi koordinator untuk membincangkan isu-
isu pelaksanaan di negeri. Pembentangan pencapaian peringkat negeri, permohonan kebenaran
menjalankan kajian baharu, kebenaran bagi pembentangan dan penerbitan telah disampaikan.
ii. Oral Health Research Day 2018 telah dilaksanakan pada 3 Oktober 2018 di Putrajaya Convention
Centre (PICC). Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan KKM. Sebanyak 14 pembentang oral
dan 15 pembentang poster telah menyertai majlis ini. Pembentangan dipilih berdasarkan kajian tesis
semasa pascasiswazah.
iii. Menyemak permohonan dari agensi lain untuk menjalankan penyelidikan di kemudahan pergigian di KKM.
iv. Menandatangani MOA kolaborasi antara PKP KKM dan UKM bagi dua (2) projek kajian:
• The heritability of palatal arch dimensions and palatal-rugae morphology in full siblings:

3-dimensional approach
• Comparison of relapse of arch width in modified vacuum formed retainers covering the palate vs

Hawley retainer: A prospective RCT
v. Pemantauan projek HSR yang dijalankan di negeri, kompilasi untuk penerbitan Compendium of

Abstracts 2017 and 2018.
vi. Menyemak manuskrip penyelidikan kesihatan pergigian untuk penerbitan dan abstrak untuk

pembentangan hasil penemuan kajiselidik di KKM.
vii. Semakan etikal bagi cadangan penyelidikan kesihatan pergigian di bawah Jawatankuasa Etika

Perubatan di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. PKP KKM adalah ahli tetap jawatankuasa ini.

PERKEMBANGAN PROFESION PERGIGIAN

LATIHAN KEPAKARAN PERGIGIAN

Program Pasca Siswazah bidang Pergigian merupakan program latihan utama yang melahirkan pakar
pergigian di KKM meliputi sembilan (9) bidang kepakaran pergigian. Selaras dengan Dasar Kerajaan,
latihan kepakaran pegawai pergigian diadakan di dalam negara untuk menjimatkan kos latihan,
kecuali bidang Pergigian Forensik dan Pergigian Keperluan Khas yang belum ditawarkan oleh mana-
mana universiti di dalam negara. Namun kapasiti universiti awam adalah terhad dan tidak berupaya
memaksimumkan penghasilan Pakar Pergigian. Pada tahun 2018, program latihan kepakaran ditawarkan
di lima (5) buah universiti awam tempatan.
Saban tahun, slot Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang ditawarkan kepada pegawai pergigian untuk
latihan kepakaran terhad kepada 45 slot sahaja sedangkan bilangan permohonan yang diterima semakin
meningkat setiap tahun. Kekurangan tenaga pengajar juga menyebabkan latihan kepakaran hanya dapat
ditawarkan pada tahun-tahun yang tertentu secara alternate year.
Mulai pertengahan tahun 2017, usaha dipergiatkan untuk meningkatkan kapasiti latihan kepakaran
pergigian selaras dengan inisiatif membangunkan tenaga kerja kesihatan yang berbakat dan melahirkan
lebih ramai pakar untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kepakaran pergigian negara khususnya
di KKM. Pada tahun 2018, PKP KKM telah bekerjasama dengan Fakulti Pergigian Universiti Malaya
untuk meningkatkan kapasiti latihan kepakaran pergigian bermula dengan Kepakaran Bedah Mulut dan
Maksilofasial dan Kepakaran Ortodontik.
Slot latihan bagi dua (2) bidang kepakaran ini akan dipertingkatkan pada tahun 2019. PKP KKM
bertanggungjawab menyediakan tempat latihan sangkutan dan Pakar Pergigian KKM sebagai penyelia
dan memantau keperluan latihan. Adalah diharap, jalinan kerjasama ini dapat menyumbang kepada
peningkatan kapasiti latihan dalam bidang kepakaran pergigian dan seterusnya memantapkan bidang
kepakaran pergigian negara amnya.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 271

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN FASILITI KESIHATAN PERGIGIAN

PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH RMK-11

Pada tahun 2018, 12 projek pembangunan kesihatan pergigian diluluskan di bawah pusingan ke tiga
(RP3). Projek adalah sambungan daripada RMK-10 dan pusingan pertama yang telah dibawa ke hadapan.
Senarai projek adalah seperti di bawah:
i. Klinik Pergigian Standalone:
• Klinik Pergigian Bukit Selambau, Kedah.

• Klinik Pergigian Kluang, Johor.
• Klinik Pergigian Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
• Blok Pergigian di Klinik Kesihatan Sungai Tekam Utara, Jerantut, Pahang.
• Klinik Pergigian Daro, Mukah, Sarawak.
• Klinik Pergigian Pasir Akar, Besut, Terengganu.
• Naiktaraf Klinik Pergigian Tronoh, Kinta, Perak.
ii. Klinik Pakar Pergigian Kota Setar, Kedah.
iii. Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Pusat Pakar Pergigian Presint 6, Putrajaya.
iv. Pusat Pakar Pergigian Kota Kinabalu, Sabah.
v. Kuarters Klinik Pergigian Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.
vi. Naik taraf Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka, Melaka.
Dua (2) dari projek tersebut telah siap dibangunkan dan sudah beroperasi sepenuhnya iaitu Blok Pergigian
di Klinik Kesihatan Sungai Tekam Utara, Jerantut, Pahang dan Klinik Pakar Pergigian Kota Setar, Kedah.

NORMA DAN GARIS PANDUAN BAGI FASILITI BARU

Deraf Dasar Operasi Dan Perancangan Pembangunan Fasiliti Pergigian KKM (2019 hingga 2025) telah
dibangunkan dan diedar ke semua negeri sebagai panduan dalam perancangan projek fasiliti pergigian.
Medical Brief of Requirements (MBoR) dan senarai piawai peralatan, spesifikasi peralatan lain-lain bagi
keperluan fasiliti pergigian baharu telah dikaji semula dan dikemaskini:
Medical Brief of Requirement;
• Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Jenis 3, Presint 6, WPKL & Putrajaya
• Pusat Pakar Pergigian Cahaya Suria Sinar Kota, WPKL & Putrajaya
Senarai piawai Peralatan;
• Pasukan Pergigian Bergerak
• Klinik Pergigian Bergerak
Spesifikasi Peralatan;
• Peralatan Berat (Senarai 1 - untuk fasiliti pergigian)
• Peralatan Makmal Pergigian

PENSWASTAAN PERKHIDMATAN SOKONGAN KLINIK

Aktiviti pemantauan terhadap perlaksanaan program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) oleh
Syarikat Quantum Medical Solutions (QMS) di Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian telah dijalankan melalui
Audit Teknikal MEET yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM yang melibatkan:
i. Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Kuala Lumpur, WPKL & Putrajaya.
ii. Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Seri Kembangan, Selangor.
iii. Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Rembau, Negeri Sembilan.
iv. Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Sandakan, Sabah.
Di samping itu, Cawangan Audit Dalam (CAD) KKM juga telah menjalankan pengauditan terhadap
pengurusan MEET di Klinik Pergigian Miri, Sarawak dan Klinik Pergigian Jalan Perak, Pulau Pinang.
Peluasan perkhidmatan Perkhidmatan Sokongan Klinikal (PSK) di bawah Pelan Perluasan Projek PSK di
11 negeri telah dijalankan manakala PSK di negeri Pahang tidak diluluskan. Pemantauan pelaksanaan
PSK sediada di Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian masih dilaksanakan. Pada tahun 2018, lawatan
Audit teknikal dan dokumen PSK oleh Audit Negara telah dilaksanakan di Klinik Kesihatan dan Klinik
Pergigian Kepala Batas. Aktiviti telah diselaraskan oleh Seksyen Operasi Klinik, Bahagian Perkhidmatan
Kejuruteraan, KKM dan melibatkan penyertaan wakil klinik dari negeri ini.

272 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

PKP KKM juga terlibat sebagai ahli jawatankuasa spesifikasi teknikal dalam penyediaan dokumen tender
untuk kontrak baru PSK 11 buah negeri, Pahang dan Sabah kerana kontrak PSK akan berakhir pada
2018. Selain itu, Seksyen Operasi Klinik, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan telah menyelaraskan
pembangunan aplikasi dikenali sebagai Sistem Maklumat Aset Dan Perkhidmatan Klinik (CASIS) untuk
pengurusan kontrak PSK Sarawak di bawah ADL System Sdn Bhd.

LATIHAN

Cawangan Pembangunan dan Perkembangan Fasiliti Kesihatan Pergigian berkolaborasi dengan
Juruteknologi Pergigian KKM dalam menganjurkan kursus Pengurusan Fasiliti Pergigian Ketika Berlakunya
Bencana Alam. Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Straits & Suites pada 27 hingga 29 Jun 2018.
Objektif utama kursus adalah untuk mewujudkan Panduan Amalan Piawai bagi pengurusan aset ketika
berlaku bencana alam seperti banjir.

TEKNOLOGI KESIHATAN PERGIGIAN

PANDUAN AMALAN KLINIKAL

PKP KKM telah menerbitkan sebanyak 13 buah Panduan Amalan Klinikal (PAK). Sehingga Disember
2018, 10 PAK berusia kurang dari 5 tahun dan tiga (3) buah PAK yang berusia lebih 5 tahun sedang
dikemaskini (Jadual 7.2).

Jadual 7.2 Penerbitan Edisi Status
Panduan Amalan Klinikal Sehingga 31 Disember 2018 (Tahun)
2005 1st Sedang dikemaskini
Tajuk PAK 2005 1st Sedang dikemaskini
Management of Mandibular Condyle Fracture 2010 2nd Sedang dikemaskini
Management of Unerupted & Impacted Third Molar
Management of Avulsed Permanent Anterior Teeth in Children

Sumber: PKP KKM, 2018

APPROVED PURCHASE PRICE LIST (APPL)

Aktiviti pada tahun 2018 termasuk menghadiri mesyuarat yang diselaraskan oleh Bahagian Perolehan
dan Penswastaan KKM. Cawangan ini terus aktif memantau perkara berkaitan APPL termasuk penalti
lewat hantar dan aduan terhadap produk.

PENGURUSAN PERTANYAAN BERKAITAN TEKNOLOGI PERGIGIAN

Pencarian literatur kertas saintifik telah dilakukan bagi perkara berikut:
• Pandangan Berkenaan Penggunaan Racun Local Anaesthetics di bawah Akta Racun 1952
• Nickel-chromium alloys for crown restoration
• Pengambilan X-ray IOPA dan Oklusal oleh Pembantu Pembedahan Pergigian
• Oral Dental Probiotics

PENGURUSAN MAKLUMAT KESIHATAN PERGIGIAN

TELEPRIMARY CARE-ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM
(TPC-OHCIS)

TPC-OHCIS adalah merupakan versi digital bagi rekod perubatan dan pergigian individu yang mana
sedia ada menggunakan kertas. Sistem ini dijalankan di 13 klinik rintis (6 Klinik Kesihatan dan 7 Klinik
Pergigian) di Negeri Sembilan mulai 1 Jun 2017. Sebagai tambahan kepada 7 klinik pergigian rintis, ianya

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 273

juga dijalankan di tiga (3) lagi klinik pergigian iaitu Klinik Pergigian Sendayan, Klinik Pergigian Rantau dan
Klinik Pergigian Quarters KLIA menjadikan klinik rintis sebanyak 10 buah (Imej 7.1).

Imej 7.1
Pemasangan Sistem TPC-OHCIS di Klinik Pegigian Sendayan dan KLIA

Sumber: PKP KKM

Memandangkan TPC-OHCIS berpotensi untuk dilaksanakan di seluruh negara, pelan penyelenggaraan
sistem TPC-OHCIS perlu diberi perhatian. Sehubungan itu, Proof of Concept (POC) of Cloud Computing
Based telah dilaksanakan pada bulan November 2018 di KK Sikamat, Negeri Sembilan. TPC-OHCIS sedia
ada yang di bawah pengurusan Agen Fasiliti tempatan akan diubah kepada cloud-based architecture
sepenuhnya. Secara keseluruhan, POC of Cloud Computing Based telah berjalan lancar semasa tempoh
ujian diadakan pada 12 hingga 16 November 2018 (Imej 7.2).

Imej 7.2
POC Cloud Computing Based di KK Sikamat, Negeri Sembilan

Sumber: PKP KKM

KKM telah merangka teras strategik ICT ke arah pengwujudan Life Time Health Record (LHR) selaras
dengan misi dan visi Pelan Strategik Teknologi Maklumat KKM (ISPMOH) 2016 hingga 2020. PKP KKM
menyokong usaha penggunaan Modul Pencartaan Pergigian piawai oleh pelbagai sistem di KKM.
Modul Pencartaan Pergigian dari aplikasi TPC-OHCIS digunakan sebagai prototaip dalam Projek Clinical
Documentation (CD) Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) dan Projek Operating Theatre Management System
(OTMS) HIS@KKM Fasa 1. Pasukan CD SPP dan OTMS telah bekerjasama dengan Pasukan TPC-OHCIS dalam
pembangunan Modul Pencartaan Pergigian meliputi sub module Dental Charting, Intraoral Examination dan Lesion.
Bagi Projek CD SPP, Modul Pencartaan Pergigian bermula sejak tahun 2017. Projek masih di peringkat
pembangunan dan kajian rintis akan dijalankan di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh pada tahun
2019. Pembangunan Modul Pencartaan Pergigian bagi Projek OTMS sedang dijalankan dan kajian rintis
akan dilaksanakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada tahun 2019 (Imej 7.3).
PELUASAN ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (OHCIS)
Pembiayaan sebanyak RM13.3 juta telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun
2015 untuk pelaksanaan sistem TPC-OHCIS di kemudahan pergigian di negeri Johor, Selangor, Negeri
Sembilan dan Persekutuan Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti peningkatan infrastruktur ICT
di 20 fasiliti, pemasangan infrastruktur ICT dan perkakasan di 54 klinik pergigian tanpa sistem OHCIS

274 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Imej 7.3
Modul Pencartaan Pergigian

Sumber: PKP KKM

telah selesai pada Januari 2018. Oleh kerana sumber yang terhad, peluasan sistem TPC-OHCIS di fasiliti
pergigian akan diteruskan pada tahun 2019, di bawah projek perluasan TPC-OHCIS dalam RMK11-RP4
bersama dengan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Bahagian Sistem Pengurusan, KKM.

PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

KONVENSYEN IKON GIGI (i-GG)

Konvensyen bertujuan untuk memperkasa sukarelawan daripada kalangan masyarakat dan bertindak
sebagai pemudahcara dalam menghebahkan kesedaran kesihatan pergigian kepada masyarakat. Konvesyen
telah diadakan pada 11hingga 12 Ogos 2018 bertempat di Dewan Sri Tanjong, Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan. Seramai 300 peserta iGG dan fasilitator telah hadir di konvensyen ini (Imej 7.4).

Imej 7.4
Konvensyen Ikon Gigi (iGG) di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Sumber: PKP KKM

KESIHATAN ORAL TANPA ASAP ROKOK (KOTAK)

Kursus bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian berkaitan
tembakau dan kesannya (Imej 7.5).

PELANCARAN MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

Pelancaran ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran berkaitan kesihatan pergigian dalam bentuk
aktiviti kepada masyarakat. Tema tahun ini ialah “Kesihatan Gusi Tanggungjawab Bersama”. Pelancaran
Minggu Promosi telah diadakan pada 2 September 2018 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja
Laut, Kuala Lumpur (Imej 7.6).

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 275

Imej 7.5
Program KOTAK di Avillion Cove, Port Dickson

Sumber: PKP KKM

Imej 7.6
Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sumber: PKP KKM

PELANCARAN MOBILE APPLICATION & VIDEO- DENTISTRY GOING
DIGITAL: CONNECTING THE COMMUNITY

Mobile Application & video - Dentistry Going Digital: Connecting the community ini dibangunkan dengan
tujuan untuk mentransfomasikan kaedah penyampaian maklumat dan pendidikan kesihatan pergigian
dengan menggunakan kaedah teknologi digital (Imej 7.7).

Imej 7.7
Dentistry Going Digital di Perhimpunan Bulanan, Aras 8, Blok E7, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: PKP KKM

276 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER

PERLUASAN DAN PENGUKUHAN PENYAMPAIAN PENJAGAAN KESIHATAN
PERGIGIAN PRIMER

KKM merupakan agensi utama dalam menyediakan perkhidmatan pergigian kepada rakyat, yang meliputi
kumpulan sasaran; kanak-kanak toddler (0 - 4 tahun), kanak-kanak prasekolah (5 - 6 tahun), murid
sekolah (7 - 17 tahun), kanak-kanak keperluan khas, ibu mengandung, orang dewasa dan warga emas.
Golongan dewasa muda merupakan tambahan kepada kumpulan sasaran pada tahun ini. Garis panduan
“Oral Healthcare for Young Adults in Malaysia” telah disediakan untuk meningkatkan akses kumpulan ini
kepada perkhidmatan kesihatan pergigian di samping memberi rawatan pergigian yang komprehensif
kepada yang memerlukan. Garis panduan telah dipersetujui oleh ahli Mesyuarat Jawatankuasa Dasar &
Perancangan Kesihatan Pergigian (JDPKP) pada November 2018 dan akan dimulakan secara berperingkat
di tahun hadapan. Buat permulaan, fokus diberi kepada pelajar tingkatan enam di sekolah di ikuti dengan
pelajar di kolej komuniti dan seterusnya kepada golongan dewasa muda lain.
Panduan amalan piawai “Management of periodontal conditions at primary oral healthcare clinics” telah
disediakan bertujuan untuk membantu dalam pelaksanaan saringan kesihatan periodontal, pengurusan
kes periodontal bukan surgikal dan rujukan kes periodontal yang kompleks secara lebih sistematik. Latihan
kepada fasilitator negeri telah dilaksanakan pada Ogos 2018. Panduan amalan piawai akan digunapakai
mulai Januari 2019 dan isu pelakanaan dan perkara yang berkaitan akan dipantau, dibincangkan dan
penyelesaian bagi perkara berkaitan akan dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik.
Dalam tahun 2018, beberapa siri perbincangan diadakan untuk menambahbaik sistem pengumpulan
data dan kebolehpercayaan terhadap data kesihatan pergigian. Kerjasama di antara PKP KKM, Health
Information Management System (HIMS) and MIMOS Bhd telah menyediakan business architecture
yang baharu bagi pengurusan data. Penyediaan reference set akan diteruskan pada tahun hadapan.
Perkhidmatan endodontik di peringkat primer diperkukuhkan dengan menambah kriteria rujukan
Restorative Dentistry Index of Treatment Needs (RDITN). Aktiviti dibawah KOSPEN Plus di tempat kerja
juga dijalankan termasuk saringan risiko kesihatan, pembelajaran kesihatan, aktiviti fizikal dan rujukan
bagi anggota yang memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjutan.
Perkhidmatan pergigian pesakit luar telah ditambah baik seperti berikut:
i. Bilangan klinik pergigian yang menyediakan perkhidmatan pergigian setiap hari meningkat daripada

523 (2017) kepada 553 (2018).
ii. Peratus pesakit yang menerima gigi palsu dalam tempoh 3 bulan bertambah baik daripada 83.1

peratus (2017) kepada 85.2 peratus (2018).
iii. Peratus pesakit yang berumur 60 tahun dan ke atas menerima gigi palsu dalam tempoh 8 minggu

meningkat daripada 63.9 peratus (2017) kepada 67.3 peratus (2018).

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER

Pencapaian program dipantau setiap suku tahun dan laporan dibentang di mesyuarat Teknikal PKP dan
mesyuarat JDPKP sekali setahun. Pada keseluruhannya, kedatangan pesakit di perkhidmatan pergigian
primer telah meningkat daripada 25.3 peratus (2017) kepada 25.8 peratus (2018) (Rajah 7.2).
Terdapat sedikit peningkatan liputan kanak-kanak toddler dari 18.1 peratus (2017) kepada 18.3 peratus
(2018) (Rajah 7.3). Pemeriksaan ringkas mulut dengan cara- ‘lift-the-lip’ – dijalankan di taska atau di
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Prosedur pencegahan klinikal seperti sapuan fluorida turut dijalankan
bagi yang memerlukan. Bagi kanak-kanak prasekolah, bilangan kanak-kanak yang menerima rawatan
meningkat daripada 1,045,193 (2017) orang kepada 1,146,680 (2018) orang (Rajah 7.4).
Impak indikator perkhidmatan pergigian sekolah juga dipantau. Terdapat peningkatan peratus bebas
karies bagi murid 6, 12 dan 16 tahun, namun terdapat penurunan murid sekolah rendah yang “Tidak Perlu
Rawatan” (TPR)” pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 (Rajah 7.5).
Bilangan Kanak-kanak Keperluan Khas yang menerima perkhidmatan pergigian primer meningkat setiap
tahun. Pada tahun 2018, sebanyak 68,339 Kanak-kanak Keperluan Khas telah menerima perkhidmatan
penjagaan kesihatan pergigian primer (Rajah 7.6).

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 277

Rajah 7.2
Liputan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer Mengikut Kategori Pesakit (2014 hingga 2018)

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

Rajah 7.3
Peratus Kanak-kanak Toddler Menerima Perkhidmatan Penjagaan kesihatan Pergigian Primer,
2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

Rajah 7.4
Bilangan Kanak-kanak Prasekolah Menerima Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pergigian
Primer, 2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM (data preliminari 2018)

278 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Rajah 7.5
Petunjuk Impak Perkhidmatan Pergigian Sekolah, 2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

Rajah 7.6
Kanak=kanak Keperluan Khas yang Menerima Perkhidmatan Penjagaan Pergigian Primer,
2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

Usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kedatangan ibu mengandung di klinik pergigian termasuk
rujukan daripada Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak menjadi sebahagian daripada
pemeriksaan rutin ibu mengandung. Pada 2018, liputan ibu mengandung meningkat dari 44.1 peratus
pada tahun 2017 kepada 47.0 peratus (2018) (Rajah 7.7).

Rajah 7.7
Peratus Liputan Ibu Mengandung, 2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 279

Perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian untuk orang dewasa disediakan melalui kemudahan seperti
perkhidmatan outreach termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
dan peningkatan klinik pergigian yang menyediakan perkhidmatan pesakit luar setiap hari. Sehubungan
dengan itu, terdapat peningkatan jumlah orang dewasa yang menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan
pergigian primer pada tahun 2018 sementara itu pula terdapat penurunan peratus warga emas yang
menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian primer pada tahun 2018 (Rajah 7.8 dan Rajah 7.9).

Rajah 7.8
Populasi Orang dewasa yang Menerima Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer,
2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

Rajah 7.9
Peratus Warga Emas yang Menerima Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer,
2014 hingga 2018

Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM 2018

PENJAGAAN KESIHATAN KEPAKARAN PERGIGIAN

Terdapat 9 bidang kepakaran pergigian di bawah KKM iaitu Bedah Mulut & Maksilofasial, Ortodontik,
Pergigian Pediatrik, Periodontik, Perubatan Mulut dan Patologi Mulut, Pergigian Restoratif, Pergigian
Keperluan Khas, Pergigian Forensik dan Pergigian Kesihatan Awam. Pada tahun 2018 terdapat sejumlah
289 Pakar Pergigian Klinikal di KKM (Jadual 7.3).
Selain itu, terdapat seramai 86 orang Pakar Pergigian Kesihatan Awam di bawah KKM (Rajah 7.10).
Pemetaan untuk perkhidmatan kepakaran pergigian dilakukan bagi memastikan taburan perkhidmatan
kepakaran pergigian adalah mengikut keperluan dan bagi mengenalpasti keperluan latihan di masa
hadapan. Perkhidmatan baharu bagi 5 bidang kepakaran pergigian telah diwujudkan di 9 buah fasiliti
pergigian pada tahun 2018 (Jadual 7.4).

280 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Jadual 7.3

Pakar Pergigian Klinikal telah Warta KKM, 2013 hingga 2018

Tahun

Bidang Kepakaran 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Bedah Mulut & Maksilofasial 55 56 60 64 75 77
52 64 70
Ortodontik 46 48 47 38 38 45
24 36 41
Pergigian Pediatrik 33 35 39
11 15 15
Periodontik 24 29 34
24 28 34
Patologi Mulut & Perubatan 9 10 11 4 4 6
Mulut 1 1 1

Pergigian Restoratif 20 20 20 218 261 289

Pergigian Keperluan Khas 233

Pergigian Forensik 111

Jumlah Pakar Klinikal 190 202 215

Sumber: PKP KKM, 2018. (Tidak termasuk Pakar Pergigian Sedang Warta dan Pakar Pergigian Kontrak)

Rajah 7.10
Pakar Pergigian Kesihatan Awam, 2013 hingga 2018

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM, 2018

Jadual 7.4

Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Baharu 2018

Bidang Kepakaran Hospital / Fasiliti Pergigian
Bedah Mulut & Maksilofasial Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Sultan Abdul Halim
Pergigian Pediatrik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Raja Perempuan Zainab II
Ortodontik KP Sungai Chua
Restoratif Pusat Pakar Pergigian Jalan Zaaba
Periodontik KP Cahaya Suria, KP Presint 18

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM, 2018.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 281

Data perkhidmatan setiap dikumpulkan melalui sistem HIMS. Beban kerja bagi setiap bidang kepakaran
diterjemah melalui nisbah pakar kepada bilangan pesakit (Jadual 7.5).

Jadual 7.5

Beban Kerja Pakar Pergigian Mengikut Bidang, 2014 hingga 2018

Bidang kepakaran Pakar: Bilangan Pesakit

Bedah Mulut & Maksilofasial 2014 2015 2016 2017 2018
Ortodontik 1:3,843 1:3,817
Pergigian Pediatrik 1:3,689 1:3,823 1: 3,954 1:3,358 1:3,424
Periodontik 1:2,676 1:3,743
Patologi Mulut & Perubatan Mulut 1:1,368 1: 4,083 1: 4,055 1:3,554 1:1352
Pergigian Restoratif
1:848 1:2,427 1: 2,730 1:3,005 1:953
1:1,658 1:1321
1:1,312 1: 1,491 1:1,466

1:744 1: 869 1:833

1:1,732 1: 1,439 1:1,294

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM, 2018.

KESIHATAN PERGIGIAN MASYARAKAT

PROGRAM PEMFLOURIDAAN AIR

Terdapat 501 buah Loji Rawatan Air (LRA) di Malaysia. Kebanyakan LRA telah diswastakan sepenuhnya
kecuali di Perak, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Sebanyak 309 LRA (61.7 peratus) telah dilengkapkan
dengan fluoride feeder, 249 (80.6 peratus) masih aktif manakala 60 (19.4 peratus) tidak aktif disebabkan
kekurangan kewangan untuk pembelian kompaun flourida atau mengalami kerosakan fluoride feeder
yang memerlukan pembaikan atau penggantian.
Pada tahun 2018, dianggarkan 74.1 peratus daripada populasi menerima bekalan air berflorida.
Walaubagaimanapun, liputan pemflouridaan di Pahang telah menurun daripada 1.4 peratus (2017)
kepada 0.9 peratus (2018). Sementara itu, kurang daripada 50 peratus LRA di Sarawak, Sabah, Kelantan
dan Pahang menghasilkan air berfluorida. Selain dari itu, 83.3 peratus daripada bacaan paras flourida di
retikulasi mencapai julat yang disarankan (Rajah 7.11).

Rajah 7.11
Bacaan Paras Flourida Bekalan Air Awam yang Mencapai Julat (0.4-0.6PPM), 2006 hingga 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

PENCEGAHAN PRIMER DAN PENGESANAN AWAL PRA-KANSER DAN
KANSER MULUT

Sejumlah 194 (baru) dan 16 (ulangan) kampong/estet/komuniti berisiko tinggi telah dilawati dan seramai
4,149 penduduk berusia 20 tahun dan ke atas telah disaring untuk lesi mulut. Sejumlah 115,479 pesakit
telah disaring di klinik pergigian secara oportunistik. Dari jumlah pesakit yang disaring, seramai 1,234
pesakit mempunyai lesi oral dan 366 kes telah dilihat oleh Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial/Pakar
Patologi & Perubatan Mulut untuk siasatan lanjut dan 24 peratus didapati mempunyai lesi malignan.

282 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN PROFESIONAL DAN AUKSILIARI

PEMBANGUNAN KERJAYA DAN KEBAJIKAN

• Penjenamaan semula Kepakaran Bedah Mulut kepada Bedah Mulut & Maksilofasial. Gelaran baharu
ini menggambarkan kompetensi dan selaras dengan kelayakan yang diberikan oleh Institusi Pengajian
Tinggi. Ia juga akan menyeragamkan gelaran yang digunakan di KKM dan di peringkat antarabangsa.

• Pegawai Pergigian Lantikan Secara Kontrak Gred UG41 telah mendapat kelulusan untuk menjalani
LOKUM selepas tamat tempoh Khidmat Wajib. Ini dapat memberi peluang kepada pegawai untuk
mendapatkan pengalaman serta boleh membantu pegawai dalam membuat keputusan sebelum
menceburi sektor swasta.

• 310 orang Juruteknologi Pergigian telah dipilih untuk mengikuti 5th Malaysian Dental Technologist
Conference and Trade Exhibition 2018 pada 21 hingga 23 April 2018 : Dental Technologist - Forging
Towards Global Professsional Excellence.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

• Outfit Perjawatan dikaji semula (Draf 8) dengan mengambil kira keperluan anggota mengikut fungsi
dan aktiviti di PKP KKM.

• Polisi Pengejatan Sektor Awam masih berkuat kuasa di mana tiada jawatan baru diwujudkan. Pegawai
Pergigian Gred UG41 dilantik secara kontrak bermula pada 9 Januari 2017 untuk tempoh maksima
tiga (3) tahun. Pada tahun 2018 seramai 1,125 orang Pegawai Pergigian telah dilantik secara kontrak,
menjadikan jumlah keseluruhan terkini seramai 2,454 orang di KKM.

AKREDITASI DAN GLOBALISASI PROGRAM PERGIGIAN

KEMASKINI GARIS PANDUAN AKREDITASI PROGRAM PENGAJIAN ASAS
PERGIGIAN

Kesemua garis panduan akreditasi telah dikemaskini dan dikompilasi bersama-sama dengan Sistem
Rating ke dalam satu dokumen yang dinamakan sebagai Kod Amalan Akreditasi Program - Ijazah Sarjana
Muda Pergigian, 2019 [COPPA (Dental), 2019]. Semasa mesyuarat ke-124 bertarikh 26 Julai 2018, Majlis
Pergigian Malaysia (MPM) bersetuju supaya garis panduan ini diguna pakai untuk penilaian akreditasi
program program Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.

SEMINAR COPPA (DENTAL), 2019 DAN SISTEM RATING

Bersama-sama dengan Agensi Kelayakan Malaysia, seminar kesedaran mengenai COPPA (Dental), 2019
dan Sistem Rating telah diadakan di Mercu MQA, Cyberjaya pada 20 Ogos 2018. Seramai 34 peserta
terdiri daripada ahli panel penilai, dekan pergigian serta wakil fakulti pergigian dan Jabatan Pendidikan
Tinggi telah menghadiri seminar satu hari tersebut.

MORATORIUM PROGRAM PERGIGIAN

Pada bulan Jun 2018, Kementerian Pendidikan telah mengedar draf memorandum Jemaah Menteri
berhubung moratorium program pergigian kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan
maklumbalas. Susulan itu, satu mesyuarat antara Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan bersama-
sama pihak berkepentingan telah dijadualkan pada 19 November 2018 di bangunan Parlimen. Walau
bagaimanapun, atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan, mesyuarat tersebut telah dibatalkan.

AKREDITASI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN

• UIAM: Lawatan penilaian ke UIAM telah diadakan dari 23 hingga 25 Januari 2018. Berdasarkan
penemuan panel penilai, program BDS UIAM diberi perakuan akreditasi untuk tempoh 3 tahun mulai
16 April 2018 hingga 15 April 2021.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 283

• UiTM: Lawatan penilaian ke UiTM telah diadakan dari 25 hingga 27 Julai 2018. Berdasarkan penemuan
panel penilai, program BDS UiTM diberi perakuan akreditasi untuk tempoh 5 tahun mulai 1 November
2018 hingga 31 Oktober 2023.

• PIDC: Lawatan penilaian telah diadakan pada 19 dan 20 April 2018 ke kampus PIDC di Salem, India
dan 23 dan 24 April 2018 ke kampus PIDC di Butterworth, Pulau Pinang. Berdasarkan penemuan
panel penilai, program BDS (VMRF) PIDC diberi perakuan akreditasi untuk tempoh 3 tahun mulai 1
November 2018 hingga 31 Oktober 2021.

• MMMC: Lawatan penilaian telah diadakan pada 4 September 2018 ke kampus Melaka. Berdasarkan
penemuan panel penilai, MMMC diminta mematuhi standard berkaitan nisbah staf akademik klinikal kepada
pelajar (dengan turut mengambilkira staf dari kalangan warga tempatan). Jika gagal berbuat demikian, kuota
pengambilan pelajar mereka boleh dikurangkan mengikut kapasiti staf mereka sedia ada.

• LUC: Lawatan penilaian telah diadakan pada 21 dan 22 Mei 2018 ke LUC. Berdasarkan penemuan
panel penilai, LUC diminta mengambil tindakan ke atas areas of concern di dalam laporan panel
serta mematuhi standard berkaitan nisbah staf akademik klinikal kepada pelajar. Jika gagal berbuat
demikian, pengambilan pelajar mereka boleh digantung (suspended).

PENILAIAN PENAMBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR

• IMU: Lawatan penilaian telah diadakan pada 26 dan 27 Februari 2018 ke IMU. Berdasarkan penemuan
panel penilai dan syor JKTAP, MPM bersetuju bahawa IMU mempunyai kapasiti dan boleh dibenarkan
mengambil tambahan 25 pelajar antarabangsa bagi program BDS (laluan Partner Dental School).

• SEGi: Lawatan penilaian telah diadakan pada 28 Februari dan 1 Mac 2018 ke Universiti SEGi.
Berdasarkan penemuan panel penilai dan syor JKTAP, MPM bersetuju bahawa SEGi mempunyai
kapasiti dan boleh dibenarkan mengambil tambahan 15 pelajar antarabangsa bagi program BDS.

• UM: Lawatan penilaian telah diadakan pada 5 November 2018 ke UM. Berdasarkan penemuan panel
penilai dan syor JKTAP, MPM bersetuju bahawa UM mempunyai kapasiti dan boleh dibenarkan
mengambil tambahan 6 pelajar antarabangsa bagi program BDS.

KOLABORASI PENANG INTERNATIONAL DENTAL COLLEGE (PIDC) -
UNIVERSITI MAHSA

Susulan permohonan PIDC ke Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menukar lokasi latihan pra-klinikal
program BDS dari Salem, India ke Universiti MAHSA, satu lawatan penilaian telah diadakan pada 4 dan 5
Januari 2018 ke Universiti MAHSA. Berdasarkan penemuan panel penilai dan syor JKTAP, MPM bersetuju
bahawa Universiti MAHSA mempunyai kapasiti dan boleh dibenarkan menjalankan latihan pra-klinikal
program BDS PIDC dengan satu pengambilan pelajar sahaja setahun.

GLOBALISASI DAN LIBERALISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN

MESYUARAT JOINT COORDINATING COMMITTEE DENTAL PRACTITIONERS
(AJCCD)

Dua (2) mesyuarat AJCCD telah diadakan pada tahun 2018:
• Mesyuarat AJCCD ke-21: pada 15 dan 16 Januari 2018 di Bangkok, Thailand
• Mesyuarat AJCCD ke-22: pada 6 November 2018 di Nay Pyi Taw, Myanmar.
Input teknikal diberi berhubung perkara berikut:
• ASEAN Minimum Common Competency Standards for Undergraduate Dental Education
• ASEAN Dental Practice Standards
• Mechanism to enhance mobility of ASEAN dentists
• Country database on practitioners from ASEAN countries

284 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

PAKEJ ASEAN FRAMEWORK AGREEMENT ON SERVICES (AFAS)

Input teknikal juga diberi berhubung pakej tawaran ke-10 Malaysia di bawah AFAS bagi perkhimatan
kesihatan pergigian.

LAIN-LAIN RUNDINGAN BILATERAL/MULTILATERAL ANTARA MALAYSIA
DAN NEGARA NEGARA LAIN

Input teknikal/maklumbalas diberi berhubung:
• Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Agreement: Malaysia’s Revised Reservation

Lists for Investment and Trade in Services”
• Proposed Offer List For Services Under Malaysia -Turkey Free Trade Agreement

PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

PENDAFTARAN KLINIK PERGIGIAN BAHARU

Pada tahun 2018, sebanyak 290 permohonan untuk pendaftaran klinik pergigian swasta telah diterima dan
sebanyak 201 telah mematuhi Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].
Senarai klinik yang disyorkan untuk pendaftaran telah dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Permohonan
Lesen dan Pendaftaran Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Rajah 7.12).

Rajah 7.12
Permohonan Pendaftaran Klinik Pergigian Baharu, 2006 hingga 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

Pemeriksaan pra-pendaftaran dan pasca-pendaftaran telah dijalankan untuk memastikan pematuhan
klinik-klinik berdaftar. Pemantauan juga dilaksanakan bagi klinik-klinik yang tidak patuh kepada keperluan
pendaftaran (Rajah 7.13).

Rajah 7.13
Pemeriksaan Kepatuhan Pendaftaran Dan Pemantauan, 2009 hingga 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 285

AKTA PERGIGIAN 2018 [AKTA 804]

Bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Pergigian di Parlimen telah dibentangkan pada
2 April 2018 untuk dibahas dan diluluskan. Pembentangan di Dewan Negara adalah pada 4 April 2018.
Pada 26 Jun 2018, RUU telah diwartakan dan telah dinamakan sebagai Akta Pergigian 2018 [Akta 804].

PERUNTUKAN PENGUATKUASAAN DALAM AKTA PERGIGIAN 2018

Latihan untuk Pegawai Penguatkuasa dilaksanakan berdasarkan peruntukan penguatkuasaan dalam Akta
Pergigian 2018 dan lantikan pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini akan dibuat sebaik Akta dikuatkuasa.

PERATURAN-PERATURAN PERGIGIAN

Deraf Peraturan-Peraturan Pergigian telah disiapkan pada Jun 2014 dan telah ditambahbaik mengikut
peruntukan Akta Pergigian 2018. Deraf telah dibentang dan diluluskan oleh Ahli MPM pada 29 November
2018. Pada 28 Disember 2018 deraf telah dihantar kepada PUU KKM bagi tujuan semakan sebelum
dihantar kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

SIASATAN ADUAN

Pada tahun 2018, sebanyak 141 aduan telah diterima dan 120 adaripadanya adalah berkaitan pengamal
pergigian haram. Aduan-aduan ini telah dirujuk kepada pegawai penguatkuasa negeri yang berkenaan
untuk siasatan. Selain itu, sebanyak 30 aktiviti penguatkuasaan termasuk 15 serbuan, telah dijalankan.

PEMERIKSAAN KLINIK PERGIGIAN SWASTA

Pada tahun 2018, sebanyak 1,006 (48.6 peratus) daripada klinik pergigian swasta berdaftar di semua
negeri telah diperiksa, iaitu 97.7 peratus daripada yang disasarkan (Rajah 7.14).

Rajah 7.14
Pemeriksaan Klinik Pergigian Swasta, 2009 hingga 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN

Audit Keselamatan dan Kesihatan di Klinik Pergigian Kerajaan telah dilakukan sepanjang tahun 2018, di
mana sejumlah 1,136 klinik telah diaudit.

MESYUARAT PEGAWAI PENGUATKUASA

Mesyuarat Pegawai Penguatkuasaan telah diadakan pada 5 hingga 6 Julai 2018. Antara isu yang
dibincangkan ialah:
• Laporan Penguatkuasaan dan Pencapaian 2017
• Pelan Tindakan dan Sasaran bagi tahun 2018
• Aktiviti rentas-sempadan

286 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

• Isu pelaksanaan Akta Pergigian baharu
• Isu pengamal pergigian haram
• Skop tugas pegawai penguatkuasa
• Deraf Prosedur Operasi (SOP) aduan dan penguatkuasaan

KUALITI KESIHATAN PERGIGIAN

QUALITY ASSURANCE (QAP)

Program QAP adalah untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
kesihatan termasuk kesihatan mulut. QAP memudahkan penilaian penyampaian perkhidmatan berkualiti
dijalankan secara sistematik dan terancang. QAP juga bertujuan untuk memastikan ‘optimum achievable
benefit’ dapat dicapai walaupun kekurangan sumber.

NATIONAL INDICATOR APPROACH (NIA)

National Indicator Approach (NIA) telah digunapakai di dalam QAP KKM. Pemantauan di peringkat
kebangsaan dijalankan dua (2) kali setahun. Indikator juga di kajisemula supaya sesuai dan masih relevan.
Pada tahun 2018, empat (4) indikator NIA telah dipantau untuk menentukan pencapaian peringkat primer.
Pencapaian pada tahun ini ialah seperti di bawah (Jadual 7.6).

Jadual 7.6
Oral Health Indicators NIA, Januari hingga Disember 2018

Bil. Indikator Piawai Pencapaian SIQ
(%) (%) Ya/Tidak
1. Percentage of primary schoolchildren maintaining orally-fit status ≥ 65 62.6
≥ 80 67.7 Ya
2. Percentage of secondary schoolchildren maintaining orally-fit status ≤ 25 16.6 Ya
≤7 0.5 Tidak
3. Percentage of non-conformance of fluoride level at reticulation Tidak
points (Level < 0.4ppm)

4. Percentage of non-conformance of fluoride level at reticulation
points (Level > 0.6ppm)

Sumber: PKP . KKM, 2018

Pada tahun 2018, “Percentage of non-conformance of fluoride levels at reticulation points (Level <
0.4ppm) telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas (Jadual 7.6). Namun pencapaian paras
fluorida perlu dipantau secara berterusan untuk mendapatkan keberkesanan yang maksima.
Pencapaian murid sekolah rendah mencapai status ‘orally-fit’ meningkat dari tahun 2010 hingga 2013.
Walaubagaimanapun terdapat penurunan pada tahun 2014 disebabkan pengukuran ‘Gingival Index
Status (GIS)’ Sasaran tercapai pada tahun 2016 tetapi pencapaian menurun kepada 62.6 peratus pada
tahun 2018 (Rajah 7.15).
Peratus murid sekolah menengah mencapai ‘Orally-fit Status ‘juga di dapati meningkat dari tahun 2010
hingga 2013. Penurunan berlaku apabila GIS diperkenalkan pada tahun 2014 kepada murid sekolah
menengah. Pencapaian terus menurun pada tahun 2018 (Rajah 7.16).
Pencapaian ketidakpatuhan kepada paras fluorid tidak menentu dari 19.6 peratus (2010) kepada 16.6
peratus (2018) pencapaian terbaik dalam tempoh tujuh (7) tahun. Peratusan ketidakpatuhan tahap
optimum fluorida untuk> 0.6 ppm bagi 2018 juga menurun kepada 0.5 peratus (Rajah 7.17).

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 287

Rajah 7.15
Pencapaian Murid Sekolah Rendah Mencapai Status Orally-Fit, 2010 hingga 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

Rajah 7.16
Peratus Murid Sekolah Menengah Mencapai Orally-fit Status, 2010 hingga 2018

Sumber: PKP KKM, 2018

Rajah 7.17
Pencapaian Ketidakpatuhan Tahap Florida di Retikulasi (Paras<0.4ppm, Paras>0.6ppm)
2010 hingga 2018

Sumber: Program Kesihatan Pergigian, 2018

288 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

STATUS PERSIJILAN

Di seluruh negara, daripada 669 klinik pergigian dengan penjagaan kesihatan mulut primer, 495 klinik pergigian
(74.0 peratus) telah mendapat pensijilan ISO. Negeri yang belum mendapat persijilan MS ISO 9001:2015 adalah
Pulau Pinang, Pahang and Sarawak sementara Perak and Sabah dalam proses mendapatkan sijil ISO terbaru.

ANUGERAH INOVASI KKM (AIKKM) 2018

Anugerah ini adalah kerjasama PKP KKM sebagai Sekretariat dengan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan,
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa dan Bahagian
Pengurusan Maklumat KKM. Majlis Perasmian Penutup AIKKM 2018 telah disempurnakan oleh Pengarah
Kanan Kesihatan Pergigian selaku Pengerusi Jawatankuasa AIKKM pada 24 Oktober 2018 di Hotel Summit
USJ Subang Jaya. Sesi penyampaian anugerah dan wang saguhati pula telah disempurnakan oleh YB
Timbalan Menteri Kesihatan semasa Hari Inovasi KKM 2018 yang telah diadakan pada 14 Disember 2018.
Objektif program adalah untuk:
i. Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh warga KKM
ii. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan.
iii. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah bersama.
iv. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan pelanggan. Kategori pemenang

bagi projek inovasi KKM adalah seperti di Jadual 7.7.

Jadual 7.7

Pemenang Pertama Anugerah Inovasi KKM 2018

Inovasi Projek Organisasi Negeri
Produk Smart Magic Pen Unit Kawalan Penyakit (TB/Kusta) Selangor
Perkhidmatan Blind and Visually Impaired Registry Klinik Oftalmologi, Hospital Miri Sarawak
Teknologi Suction Tube Soaker Hospital Sibu Sarawak

Sumber: PKP . KKM, 2018

CABARAN DAN HALA TUJU MASA HADAPAN

Garis panduan amalan piawai pelaksanaan saringan kesihatan periodontal telah disediakan pada tahun ini dan
saringan akan dimulakan di klinik pergigian mulai tahun hadapan. Namun pengetahuan oang awam berkaitan
kesihatan periodontal masih rendah dan ini boleh menjejaskan kesediaan mereka untuk menerima saringan
kesihatan periodontal. Sehubungan itu maklumat berkaitan kesihatan periodontal perlu disebarkan dengan
lebih meluas menggunakan saluran media sedia ada. Usaha berterusan untuk meningkatkan keupayaan dan
kebolehan anggota dalam menyampaikan pesanan berkaitan kesihatan periodontal perlu ditekankan.
Pada tahun 2018, kajisemula garis panduan ‘Primary Prevention and Early Detection of Oral Potentially
Malignant Disorders and Oral Cancers’ telah dibangunkan bersama-sama dua (2) garis panduan amalan
piawai berkaitan pengurusan pesakit dengan lesi mulut dan faktor risiko. Tren data kanser mulut telah
menimbulkan isu-isu seperti ketidakhadiran pesakit yang dirujuk ke klinik pakar serta keperluan untuk
intervensi bagi pesakit-pesakit yang mempunyai faktor berisiko. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan
kedua-dua garis panduan dan SOP pada tahun ini, tindakan sedang diambil untuk memantapkan
mekanisma rujukan pesakit yang mempunyai faktor risiko dan yang mempunyai lesi kanser mulut
Ke arah pembangunan sistem rekod kesihatan elektronik (EMR), tumpuan perlu diberikan kepada
pembangunan kepakaran di dalam IT Kesihatan dan peruntukan yang lebih diperlukan untuk meningkatkan
kesediaan fasiliti pergigian kepada pelaksanaan OHCIS dan TPC-OHCIS. Pada masa ini klinik pergigian
di negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan WPKL/Putrajaya menggunakan sistem ini. Kaedah EMR
membolehkan pengumpulan data yang lebih efektif dan data dapat diperolehi dengan lebih mudah.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 289



08FARMASI



08FARMASI

PENGENALAN

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, merupakan agensi utama yang
bertanggungjawab memastikan keluaran farmaseutikal yang digunakan di dalam negara adalah mematuhi
standard, berkualiti, selamat dan berkesan, melindungi kepentingan rakyat dengan menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan berkaitan farmaseutikal dan memastikan ubat-ubatan digunakan secara
rasional oleh professional kesihatan dan juga pengguna. Program ini terdiri daripada lima (5) Bahagian
utama yang diketuai oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan setiap Bahagian mempunyai
peranan yang penting dalam aspek yang berbeza dengan satu matlamat yang sama iaitu untuk
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat (Rajah 8.1).

Rajah 8.1
Bahagian-bahagian dalam Program Perkhidmatan Farmasi

Sumber: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi,KKM

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

Rajah 8.2 menunjukkan jenis dan bilangan ahli farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi
Perolehan dan Perbelanjaan Ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Pada tahun 2018, nilai perolehan ubat-ubatan di semua hospital, institusi dan klinik kesihatan KKM
ialah sebanyak RM2,324.25 juta. Nilai perbelanjaan bagi ubat-ubatan tersebut menurun sebanyak
2.45 peratus berbanding tahun 2017. Nilai stok penutup bagi ubat pada bulan Disember 2018 adalah
RM277,558,270.40, iaitu kira-kira 1.35 (median) bulan simpanan stok (Jadual 8.1).
Ubat-ubatan ini diperolehi melalui syarikat konsesi (APPL), kontrak pusat serta pembelian terus dan
sebut harga seperti pecahan berikut (Rajah 8.3):

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 293

Rajah 8.2
Jenis dan Bilangan Ahli Farmasi yang Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia

* Nisbah merujuk kepada jumlah Ahli Farmasi
mengamal berdasarkan Sijil Tahunan 2018 kepada
populasi penduduk Malaysia seramai 32.4 juta orang.

Sumber: Lembaga Farmasi Malaysia

Jadual 8.1

Perbelanjaan Ubat-Ubatan KKM, 2012 hingga 2018

Tahun Jumlah Perbelanjaan (RM juta) Peratus peningkatan berbanding tahun sebelum (%)
2012 1,983.51 12.21
2013 2,200.43 10.94
2014 2,384.64 8.37
2015 2,323.12 -2.58
2016 2,107.61 -9.28
2017 2,382.55 13.05
2018 2,324.25 -2.45

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi,KKM

Rajah 8.3
Jenis Perolehan Ubat-Ubatan pada Tahun 2018

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi,KKM

Pendispensan Ubat di Hospital dan Klinik Kesihatan KKM
Pada tahun 2018, terdapat peningkatan sebanyak 2.4 peratus bagi jumlah preskripsi pesakit luar yang
diterima di hospital dan klinik kesihatan berbanding tahun sebelumnya. Jumlah preskripsi yang diterima
di fasiliti-fasiliti kesihatan awam ialah 60.2 juta di mana 38.4 juta preskripsi diterima di klinik kesihatan
(KK) dan 21.8 juta preskripsi diterima di hospital (Rajah 8.4). Terdapat penurunan sebanyak 6.9 peratus
bagi jumlah preskripsi pesakit dalam yang diterima di hospital di mana jumlah keseluruhannya ialah 17.7
juta preskripsi (Rajah 8.5).

294 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Rajah 8.4
Jumlah Preskripsi Pesakit Luar yang Diterima, 2015 hingga 2018

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM

Rajah 8.5
Jumlah Preskripsi Pesakit Dalam yang Diterima, 2014 hingga 2018

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM

Pendaftaran Produk
Pada tahun 2018, sebanyak 1,566 produk (Rajah 8.6) telah didaftarkan dengan 55 peratus produk tempatan
dan 45 peratus produk import. Kumulatif produk berdaftar sehingga 31 Disember 2018 adalah 24,052 produk.

Rajah 8.6
Peratusan Produk yang Didaftar pada Tahun 2018

Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 295

Pasca Pendaftaran Produk
Aktiviti pasca pendaftaran produk adalah penting untuk mengatasi isu-isu produk farmaseutikal yang palsu,
dipalsukan dan substandard di pasaran Malaysia. Pada tahun 2018, Malaysian Adverse Drug Reaction (ADR)
Monitoring Program menerima sejumlah 26,110 laporan, kira-kira 63.8 peratus lebih tinggi berbanding tahun
sebelumnya (15,936 laporan) (Rajah 8.7). Sejumlah 3,711 produk telah disampel pada tahun 2018 di bawah
Market Surveillance for Registered Products and Notified Cosmetics Programme. 1,123 aduan diterima
pada tahun 2018 dan 75.2 peratus (844 aduan) daripadanya melibatkan produk preskripsi. Aduan produk
yang diterima dinilai, disiasat, dan tindakan berpatutan diambil berdasarkan hasil siasatan (Rajah 8.8) .

Rajah 8.7
Bilangan Laporan Kesan Advers Ubat, 2014 hingga 2018

Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

Rajah 8.8
Jumlah Penerimaan Aduan, 2014 hingga 2018

Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

Komplians dan Pelesenan
Sebanyak 2,018 premis berlesen yang terdiri daripada pengilang (tidak termasuk pengilang bagi produk
kosmetik), pengimport dan pemborong dikenalpasti bagi tahun 2018 (Rajah 8.9). 440 Pemeriksaan
Amalan Perkilangan Baik (APB) telah dilakukan ke atas premis-premis pengilangan produk farmaseutikal,
tradisional/suplemen kesihatan, kosmetik dan lain-lain premis di Malaysia dan luar negara (Rajah 8.10).
Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
Sehingga akhir tahun 2018, terdapat sebanyak 1,678 persediaan yang merangkumi 854 entiti kimia telah
tersenarai dalam Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) (Rajah 8.11).
Ubat Kelulusan Khas oleh Ketua Pengarah Kesihatan atau Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kelulusan khas daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)/ Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF)
diperlukan untuk memperoleh dan menggunakan ubat yang tidak tersenarai dalam FUKKM termasuk ubat
berdaftar atau ubat tidak berdaftar. Permohonan bagi kelulusan khas ini hanya dipertimbangkan untuk
rawatan alternatif terakhir setelah semua ubat-ubatan yang terdapat dalam FUKKM digunakan. Sepanjang

296 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Rajah 8.9
Bilangan Premis Berlesen, 2014 hingga 2018

Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

Rajah 8.10
Bilangan Pemeriksaan Premis, 2014 hingga 2018

Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

Rajah 8.11
Jumlah Ubat Tersenarai dalam FUKKM, 2014 hingga 2018

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 297

tahun 2018, terdapat 6,506 permohonan yang telah diterima daripada fasiliti-fasiliti KKM dengan
peningkatan sebanyak 21.0 peratus berbanding tahun 2017 (5,375 permohonan). Secara keseluruhan,
93.7 peratus (6,095 permohonan) telah diluluskan dengan anggaran kos sebanyak RM137.5 juta.
Berdasarkan Sistem Klasifikasi Anatomical Therapeutic Chemical (ATC), permohonan bagi kelulusan khas
yang tertinggi adalah melibatkan ubat-ubatan yang tergolong dalam kumpulan terapeutik Anti-Neoplastic
and Immunomodulating Agents dan Anti-Infective for Systemic Use bagi kedua-dua ubat berdaftar dan
ubat tidak berdaftar (Rajah 8.12).

Rajah 8.12
Kelulusan Ubat Khas di Fasiliti KKM, 2016 hingga 2018

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM

Hari Farmasi Sedunia 2018
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Persatuan Farmasi Komuniti
Malaysia (MCPG), Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA), Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia
(MOPI), dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) telah berjaya menganjurkan Hari
Farmasi Sedunia 2018 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur pada 20 hingga 21 Oktober 2018.
Tema aktiviti tersebut adalah ‘Pharmacists: Your Medicines Expert’. Objektif aktiviti tersebut adalah:
i. Berkongsi dengan orang ramai mengenai peranan ahli farmasi yang berkhidmat dalam pelbagai sektor

seperti sistem/institusi, kesihatan awam, pendidikan, pertahanan dan swasta
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti dan selamat di

kalangan penduduk umum
iii. Mengukuhkan hubungan antara ahli farmasi dan pengguna/pihak berkepentingan melalui aktiviti

interaktif, pameran dan hiburan
iv. Mengiktiraf sumbangan ahli farmasi dalam penjagaan kesihatan di Malaysia
Aktiviti ini dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad. Beliau turut
menyarankan agar ahli farmasi memberi komitmen dan peranan yang terbaik dalam semua bidang dan aspek
demi memberikan kesihatan yang terbaik kepada rakyat. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari
tersebut adalah seperti ceramah, ruangan informasi kesihatan, perkhidmatan kaunseling ubat secara percuma
oleh Ahli Farmasi yang bertauliah, pemeriksaan kesihatan, latihan fizikal, forum dan video pendidikan, permainan
dan kuiz. Aktiviti ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang awam. Secara ringkasnya,
aktiviti ini adalah satu momen yang bersejarah kerana ianya berjaya menyatukan ahli farmasi dari semua sektor
sebagai satu entiti untuk memperingati sumbangan mereka kepada negara (Imej 8.1).
Anugerah Leadership Award in Intellectual Property and Access to Medicines
17 Januari 2018 menyaksikan satu detik bersejarah yang mana Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian
Kesihatan Malaysia telah menerima anugerah Leadership Award in Intellectual Property and Access to
Medicines. Dr. Salmah binti Bahri, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, telah menerima pengiktirafan
ini bagi pihak Kerajaan Malaysia. Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh Wame Mosime, Director of
Global Programs and Advocacy, International Treatment Preparedness Coalition (ITPC) semasa Global
Summit of Intellectual Property and Access to Medicines yang berlangsung di Marrakech, Morocco.
Malaysia telah menerima pengiktirafan antarabangsa tersebut berikutan kejayaan Malaysia mendapatkan
akses kepada ubat Hepatitis C pada harga berpatutan menerusi ‘Compulsory Licensing’. Malaysia
merupakan negara pertama yang memperoleh ‘Compulsory License’ pada September 2017 bagi
mendapatkan produk Sofosbuvir untuk kegunaan dalam negara. ‘Compulsory License’ ini membuka
ruang kepada Malaysia untuk mendapatkan ubat sofosbuvir generik pada harga yang lebih rendah untuk
kegunaan rawatan kepada lebih 400,000 pesakit Hepatitis C di Malaysia (Imej 8.2).

298 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018

Imej 8.1
Hari Farmasi Sedunia 2018

Majlis Pembukaan Dirasmikan Oleh Bicara Berirama Dikir Farmasi
Menteri Kesihatan Malaysia

Sumber: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi,KKM

Imej 8.2
Anugerah Leadership Award in Intellectual Property and Access to Medicines di
Marrakech, Morocco

Sumber: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi,KKM

Projek ‘Broken Windows’ 2018
Penjualan produk farmaseutikal dalam talian merupakan tren masa kini. Kemudahan capaian pengguna terhadap
laman sosial media baru mendedahkan mereka kepada penjualan produk tidak berdaftar dan produk/kosmetik
dicemari racun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Konsep Broken Windows menggunapakai metafora
yang menyatakan jenayah kecil yang dilakukan perlu dibendung bagi mengelak berlakunya jenayah yang lebih
besar dan serius. Oleh yang demikian, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
memperkenalkan konsep ini dengan objektif bagi mengurangkan aktiviti penjualan produk-produk tidak berdaftar
dan produk/kosmetik dicemari racun oleh peruncit-peruncit kecil secara dalam talian, seterusnya mendapatkan
pembekal-pembekal utama melalui analisa peranti digital yang dirampas.
Pada tahun 2018, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah berjaya menyelaraskan tiga (3) Operasi Broken
Windows iaitu OPS BW1.0, OPS BW2.0 dan OPS BW3.0. Melalui operasi tersebut, sejumlah 232 item rampasan
dengan nilai sebanyak RM168,214 dan sembilan (9) rampasan peranti digital telah direkodkan (Imej 8.3).
Tindakan Khas Penguatkuasaan
Pada tahun 2018 Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
melaksanakan tindakan khas penguatkuasaan terhadap produk kosmetik yang mengandungi racun
berjadual, produk E-Liquid Vape yang mengandungi Nicotin dan produk kesihatan bina badan yang
banyak dijual di pasaran termasuk di medium internet. Selaras dengan itu, tindakan penguatkuasaan telah
diambil terhadap produk-produk berkenaan di seluruh negara. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan
melebihi RM2 Juta (Imej 8.4).

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018 299

Imej 8.3
Projek ‘Broken Windows’ 2018

Rampasan dan Analisa Peranti Digital dan Produk Tidak Berdaftar

Vaksin dan Produk Tidak Berdaftar dan Mengandungi Racun Yang Dirampas
Sumber: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM

Imej 8.4
Tindakan Khas Penguatkuasaan

Sumber: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM

Operasi Pangea XI
Operasi Pangea XI bermula pada 9 hingga 16 Oktober 2018 telah disertai oleh Bahagian Penguatkuasaan
Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan lain
dari 116 buah negara di dunia. Sebanyak 403 laman web dan 723 akaun di laman sosial yang didapati
menjual produk Farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan telah
dipantau, disiasat dan diambil tindakan. Sebanyak 339 peniaga di laman e-dagang yang mengiklankan
produk Farmaseutikal yang tidak berdaftar, dicampur racun dan juga kosmetik yang mengandungi racun
untuk tujuan jualan telah dikenalpasti dan diambil tindakan.

300 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2018


Click to View FlipBook Version