The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by riyani_2808, 2020-02-15 01:23:01

TEKS UCAPAN PENGETUA penetapan target

TEKS UCAPAN PENGETUA penetapan target

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK PADANG TEMBAK :
MAJLIS PENETAPAN TARGET 2019.

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang dihormati saudara/saudari pengerusi majlis,
Yang berusaha Tuan Hj Ahmad Faizul B.Hj Muhamad Hasbi, naib
pengerusi bersama PIBG SMK Padang Tembak,
Barisan AJK PIBG
Barisan Penolong-Penolong kanan, ketua-ketua bidang, guru-guru, para
ibu bapa serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang
Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
kita berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi
agenda dalam takwim sekolah iaitu Majlis Penetapan Target PT3 dan
SPM khusus bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan awam
pada tahun ini. Sukacita Bonda ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada para guru SMK Padang Tembak atas
curahan idea, semangat dan kerjasama yang mantap dalam menjayakan
beberapa program yang dirancang sepanjang tahun ini. Terima kasih
tidak terhingga juga kepada Naib Yang Dipertua PIBG serta ahli
jawatankuasanya kerana memberikan komitmen yang tinggi sehingga
majlis ini berjaya dilaksanakan. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan

semua dapat menyuntik semangat dan iltizam para guru dan murid
SMKPT untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Program penetapan target merupakan salah satu aktiviti bagi

memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran dan kecemerlangan anak-
anak. Majlis ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada para ibu
bapa dan para guru untuk saling mengenali lebih dekat lagi. Bonda
berharap majlis ini dapat menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu
pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik. Pada kesempatan
keemasan ini, bonda berharap pihak sekolah dapat berkongsi idea
dengan para ibu bapa murid SMK Padang Tembak mengenai usaha dan
harapan kita untuk melahirkan murid yang memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kita. Semoga SMK Padang Tembak dapat
melakarkan sejarah kegemilangan dalam kalangan sekolah-sekolah
terbaik di peringkat zon Keramat, negeri dan seterusnya kebangsaan.

Di kesempatan ini juga, Bonda juga ingin berkongsi keputusan
PT3 2018 yang telah diumumkan pada 13 Disember yang lalu dimana
murid tingkatan 3 sekolah ini telah menyumbang pencapaian yang
cemerlang dengan GPS 2017 3.61 ke GPS 2018 3.50.

PT3

BIL TAHUN GPS +/-
-
1 2016 3.52 +0.09
-0.11
2 2017 3.61

3 2018 3.50

Manakala GPS bagi keputusan SPM untuk tiga tahun berturut-
turut iaitu bermula dari tahun 2015 sehingga 2017 adalah seperti berikut:

SPM

BIL TAHUN GPS +/-
-
1 2015 5.89 - 0.09
-0.51
2 2016 5.80

3 2017 5.29

Pihak sekolah sedang giat berusaha untuk menjadikan SMKPT
sebagai sekolah cemerlang pada tahun 2019. Terdapat rombakan
program kurikulum, diantaranya ialah Kelas Tambahan Bestari
Cemerlang yang diberi secara percuma kepada semua murid PT3 dan
SPM. Tiada seorang murid pun yang akan tertinggal di dalam
transformasi ini. Program ini telahpun bermula pada 22 Januari dan
akan dijalankan sepanjang tahun sehingga bulan Oktober 2019. Kelas
tambahan ini diadakan pada setiap minggu iaitu pada hari Isnin dan
Selasa bermula jam 2.00 – 3.00 petang.

Hadirin sekalian,
Bonda ingin menyeru kepada para murid agar sentiasa

berusaha dan memberi kerjasama kepada para guru yang berusaha
menjayakan beberapa program khusus untuk anda semua. Bonda
berbesar hati dan bersyukur beberapa program seperti program JUARA,
program Juara Junior Matematik, Kelas Tuisyen PIBG, program Mentor
Mentee, program Butang Syabas, program motivasi ‘Cakna Ilmu’,
Majlis Penetapan Target PT3/SPM, Dialog Prestasi Bersama Murid,
Program Kolaborasi, program Sentuhan Kasih PT3/SPM, Program Pasca
Peperiksaan Akhir Tahun, dan Program Detik Akhir dan Rumah
Terbuka Aidilfitri yang telah dijalankan sebelum ini telah memberi
impak positif dalam merealisasikan kejayaan para murid.

Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-
sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat
anak-anak kita.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan murid bukan sahaja diukur dari segi pencapaian

akademik semata-mata tetapi turut merangkumi pembabitan murid
dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, sahsiah yang baik juga turut
menjadi penanda aras bagi seseorang murid. Sebagai pengetua, Bonda

akan memastikan bahawa hala tuju sekolah ini selari dengan dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dapat melahirkan modal insan
yang berwibawa dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Akhir kata, besarlah harapan Bonda agar kita sama-sama dapat
memacu nama, melakar sejarah dan meraih kecemerlangan sepanjang
tahun ini. Semoga semua warga SMK Padang Tembak dapat bersama-
sama berganding bahu dan berpenat lelah dalam mengejar harapan,
usaha dan cita-cita sekolah. Selamat maju jaya Bonda ucapkan kepada
anak-anak dan para pendidik SMK Padang Tembak.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version