PROSEDUR KAJIAN KEBERKESANAN
INPUT PERTANIAN BAGI BAJA BIO
DENGAN MIKROB BERFUNGSI
ISI KANDUNGAN SOP BAJA BIO |1
NO PERKARA
MUKASURAT
1 Objektif Kajian 2
2 Metodologi Kajian 2
3 Rekabentuk Kajian (Elemen 3
kajian yang melibatkan statistik) 4
4 Parameter Kajian 6
5 Tempoh Kajian 7
6 Kawalan kualiti baja bio
1
SOP BAJA BIO |2
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Menguji kesan penggunaan baja bio dengan mikrob tempatan berfungsi
terhadap kesuburan tanah
ii. Menguji kesan penggunaan baja bio dengan mikrob berfungsi terhadap
pertumbuhan pokok
iii. Menguji kesan penggunaan baja bio dengan mikrob berfungsi terhadap
hasil, kompoenen hasil dan kualiti padi/beras
iv. Menguji kesan penggunaan baja bio dengan mikrob berfungsi terhadap
kadar pengambilan nutrien pokok padi
v. Menentukan kadar penggunaan baja bio dengan mikrob berfungsi yang
optimum bagi tanaman padi di Malaysia
vi. Membangunkan formulasi baharu baja bio dengan mikrob berfungsi bagi
tanaman padi di Malaysia
vii. Menguji kesan penggunaan baja bio dengan mikrob berfungsi terhadap
perubahan nutrien atau populasi mikrob dalam tanah
viii. Menguji kemandirian (survival rate) mikrob berfungsi di dalam
botol/medium sekurang-kurangnya selama 6 bulan dari tarikh dikilangkan
ix. Mematuhi minimum populasi mikrob mengikut standard baja bio
Malaysia/akta baja
x. Mendapat kelulusan/permit dari JKMOBO (Jabatan Pertanian) bagi
mengimportan mikroorganisma dan organan
2.0 METODOLOGI KAJIAN
i. Menjalankan analisa fizikal, kimia dan mikrob (Total Plate Count dan
populasi spesifik mikrob berfungsi) tanah lokasi kajian
ii. Memperincikan SOP/manual cara penyimpanan baja bio dengan mikrob
tempatan berfungsi
iii. Memperincikan cara bancuhan dan aplikasi baja bio dengan mikrob
tempatan berfungsi
iv. Memperincikan setiap rawatan kajian seperti kadar dan masa aplikasi
v. Memperincikan karakter untuk diuji (contoh: pertumbuhan pokok, hasil
padi, komponen hasil, “nutrient uptake”, dll)
2
SOP BAJA BIO |3
vi. Pemilihan prosedur bagi mengukur karakter tersebut.
vii. Memperincikan prosedur yang menentukan sama ada ukuran yang dibuat
menyokong hipotesis.
viii. Memperincikan lokasi, tempoh kajian, saiz petak kajian dan varieti yang
digunakan.
ix. Menilai data menggunakan analisa statistik
3.0 REKABENTUK KAJIAN (ELEMEN KAJIAN YANG MELIBATKAN STATISTIK)
Elemen utama:
3.1 Anggaran terhadap ralat
i. Replikasi diperlukan bagi mengukur ralat kajian
Bilangan replikasi ditentukan dengan mengambil kira degree of freedom of
error ≥ 12. Boleh dikira melalui formula berikut:
Df(e) ≥ 12
Df(T) x df(R) ≥ df(E)
(T-1) x (R-1) ≥12
ii. Kaedah rawak (Randomization) bagi memastikan setiap
perlakuan/treatment dapat diuji dengan adil.
3.2 Kawalan terhadap ralat
i. Blocking
(single-factor experiments (CRD,RCBD,Latin square design, Lattice design,
etc); two-factor experiment (Split-plot design, strip-plot design, etc); three-
or-more factor experiment (Split-split-plot design, fractional factorial design,
etc)
3
SOP BAJA BIO |4
ii. Teknik plot yang betul (proper plot technique)
• Pengurusan kepelbagaian tanah: pemilihan kawasan kajian
mengikut keperluan kajian. Contoh: kawasan berbukit, tanah OCM
dan lain-lain.
• Pengurusan kesan persaingan: persaingan terhadap baja seperti
rumpui, perosak dan penyakit.
iii. Analisa data
• Pemilihan penggunaan analisa data yang bersesuaian dengan
objektif kajian.
3.3 Tafsiran terhadap keputusan kajian dalam bentuk laporan
4.0 PARAMETER KAJIAN
Status kimia dan mikrob tanah(sebelum dan selepas kajian). Analisa kimia tanah
semasa kajian dijalankan adalah bergantung kepada objektif kajian tersebut.
4.1 Analisa kimia tanah seperti berikut:
No. Parameter
1 pH
2 Conductivity S/cm
3 Total N (%)
4 Ammonium-N (mg/L)
5 Nitrate-N (mg/L)
6 Organic Carbon (%)
7 C:N ratio
8 Available-P (ppm)
9 Total P (ppm)
10 Exchangeable K (cmol(+) kg-1)
11 Exchangeable Na (cmol(+) kg-1)
12 Exchangeable Ca (cmol(+) kg-1)
13 Exchangeable Mg (cmol(+) kg-1)
4
SOP BAJA BIO |5
14 Exchangeable Fe (cmol(+) kg-1)
15 Exchangeable Al (cmol(+) kg-1)
16 CEC (cmol(+) kg-1)
17 Available Cu (ppm)
18 Available Zn (ppm)
19 Total B (ppm)
20 Sulfur (%)
21 Unsur lain (nyatakan)
4.2 Analisa mikrob tanah seperti berikut (bergantung kepada mikrob berfungsi
yang terdapat dalam produk tersebut):
i. Teknik pencairan sampel baja bio atau tanah untuk pengiraan mikrob
ii. Analisis Total Plate Count (TPC)
iii. Analisis teknik Most Probable Number (MPN) untuk Rhizobia
iv. Analisis bakteria pengikat nitrogen
v. Analisis cyanobacteria atau blue-green bacteria
vi. Analisis mycorrhizal spores
vii. Analisis mikrob pelarut phosphate
viii. Analisis mikrob pelarut potassium
4.3 Pertumbuhan pokok
i. 4 sampel (25 cm x 25 cm kuadrat) di penjuru setiap petak
ii. 2 sampel pokok di penjuru bagi kajian menggunakan “trough”
iii. Parameter pertumbuhan : Tinggi pokok, panjang tangkai, bilangan
anak pokok di setiap peringkat tumbesaran pokok.
4.4 Status kandungan nutrien pokok secara “destructive” dan “non-
destructive sampling”
5
SOP BAJA BIO |6
i. Destructive” : Diambil sekurangnya 3 kali iaitu di peringkat
pembiakan vegetatif, pembentukan tangkai dan peringkat
pengisian biji padi. Elemen dianalisa (N,P,K,Mg,Ca,B Cl, S)
bergantung kepada objektif kajian dan bahan yang diuji dalam
kajian.
ii. “Non-destructive” : Bacaan meter SPAD
4.5 Komponen hasil pokok padi (menggunakan sampel pokok yang sama
untuk data pertumbuhan)
i. Bilangan tangkai padi per meter persegi
ii. Peratus padi bernas dan hampa
iii. Bilangan biji per tangkai
iv. Berat 1000 biji pada kelembapan 14%
4.6 Hasil padi
i. Berat bersih padi pada kelembapan 14%
4.7 Indeks tuaian
i. Berat kering biomas keseluruhan komponen pokok padi.
4.8 Rekod perosak dan penyakit secara observation sahaja bagi produk yang
tiada tuntutan berkaitan kawalan P&D.
5.0 TEMPOH KAJIAN
i. Bagi produk bukan organik atau bukan campuran mikrob yang disasarkan
bagi kawasan penanaman 2 musim, kajian perlu dijalankan sekurangnya
sebanyak 4 musim berturutan.
ii. Bagi produk bukan organik atau bukan campuran mikrob yang disasarkan
bagi kawasan penanaman 1 musim, kajian perlu dijalankan sebanyak 2
musim
iii. Bagi produk organik atau campuran mikrob yang disasarkan bagi kawasan
penanaman 2 musim, kajian perlu dijalankan sekurangnya sebanyak 4
musim berturutan.
6
SOP BAJA BIO |7
iv. Bagi produk organik atau campuran mikrob yang disasarkan bagi kawasan
penanaman 1 musim, kajian perlu dijalankan sebanyak 2 musim
v. Penilaian keberkesanan di plot peningkatan skala di kawasan penanaman
padi perlu disertakan plot kawalan pada lokasi sama dengan keluasan satu
hektar.
6.0 KUALITI BAJA BIO
i. Produk baja bio BEBAS daripada 4 jenis pathogen (manusia, haiwan,
tanaman & akuatik) yang disenaraikan dibawah*:
1. E-coli
2. Salmonella
3. Pseudomonas aeruginosa
4. Staphylococus aureus
ii. Mempunyai sekurang-kurangnya minimum 105 CFU/ml Total Plate Count
(TPC) mikrob bermanfaat*
iii. Pihak pengeluar perlu mengisytiharkan fungsi mikrob bermanfaat dalam
produk
*Pihak pengeluar perlulah mengemukakan sijil analisa keputusan makmal mikrob
yang diakreditasi/ISO sebelum sebarang kajian lapangan dilakukan
7