SOP BAJA KIMIA |0
PROSEDUR KAJIAN KEBERKESANAN
INPUT PERTANIAN BAGI BAJA DAN
BAHAN PELENGKAP
0
SOP BAJA KIMIA |1
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKASURAT
1 Objektif Kajian 2
2
2 Metodologi Kajian 2
3 Rekabentuk Kajian (Elemen
kajian yang melibatkan
statistik)
4 Parameter Kajian 4
5 Tempoh Kajian 5
1
SOP BAJA KIMIA |2
A. Objektif Kajian
1. Menguji kesan penggunaan baja/bahan pelengkap terhadap pertumbuhan
pokok
2. Menguji kesan penggunaan baja/bahan pelengkap terhadap hasil,
kompoenen hasil dan kualiti padi/beras
3. Menguji kesan penggunaan baja/bahan pelengkap terhadap kadar
pengambilan nutrien pokok padi
4. Menentukan kadar penggunaan baja/bahan pelengkap yang optimum bagi
tanaman padi di Malaysia
5. Membangunkan formulasi baharu baja/bahan pelengkap bagi tanaman
padi di Malaysia
6. Menguji kesan penggunaan baja/bahan pelengkap terhadap perubahan
nutrien atau mikrob dalam tanah
B. Metodologi Kajian
a. Menjalankan analisa fizikal dan kimia tanah lokasi kajian
b. Memperincikan setiap rawatan kajian seperti kadar dan masa aplikasi
c. Pemilihan bahan uji bagi kajian (contoh: unsur N daripada sumber Urea,
Ammonium nitrate dan lain-lain.)
d. Memperincikan karakter untuk diuji (contoh: pertumbuhan pokok, hasil
padi, komponen hasil, “nutrient uptake”, dll)
e. Pemilihan prosedur bagi mengukur karakter tersebut.
f. Memperincikan prosedur yang menentukan sama ada ukuran yang dibuat
menyokong hipotesis.
g. Memperincikan lokasi, tempoh kajian, saiz petak kajian dan varieti yang
digunakan.
h. Menilai data menggunakan analisa statistik
C. Rekabentuk Kajian (Elemen kajian yang melibatkan statistik)
Elemen utama:
a. Anggaran terhadap ralat
2
SOP BAJA KIMIA |3
i. Replikasi diperlukan bagi mengukur ralat kajian
Bilangan replikasi ditentukan dengan mengambil kira degree of freedom of
error ≥ 12. Boleh dikira melalui formula berikut:
Df(e) ≥ 12
Df(T) x df(R) ≥ df(E)
(T-1) x (R-1) ≥12
ii. Kaedah rawak (Randomization) bagi memastikan setiap
perlakuan/treatment dapat diuji dengan adil.
b. Kawalan terhadap ralat
i. Blocking
(single-factor experiments (CRD,RCBD,Latin square design, Lattice design,
etc); two-factor experiment (Split-plot design, strip-plot design, etc); three-
or-more factor experiment (Split-split-plot design, fractional factorial design,
etc)
ii. Teknik plot yang betul (proper plot technique)
• Pengurusan kepelbagaian tanah: pemilihan kawasan kajian
mengikut keperluan kajian. Contoh: kawasan berbukit, tanah OCM
dan lain-lain.
• Pengurusan kesan persaingan: persaingan terhadap baja seperti
rumpui, perosak dan penyakit.
iii. Analisa data
• Pemilihan penggunaan analisa data yang bersesuaian dengan
objektif kajian.
c. Tafsiran terhadap keputusan kajian dalam bentuk laporan
3
SOP BAJA KIMIA |4
D. Parameter Kajian
a. Status fizikal (sebelum kajian) dan kimia (sebelum dan selepas kajian). Analisa
kimia tanah semasa kajian dijalankan adalah bergantung kepada objektif
kajian tersebut.
i. Fizikal tanah: Coarse sand, Fine sand, Slit, Clay, Bulk density, Siri tanah
ii. Analisa kimia tanah seperti berikut:
No. Parameter
1 pH
2 Conductivity S/cm
3 Total N (%)
4 Ammonium-N (mg/L)
5 Nitrate-N (mg/L)
6 Organic Carbon (%)
7 C:N ratio
8 Available-P (ppm)
9 Total P (ppm)
10 Exchangeable K (cmol(+) kg-1)
11 Exchangeable Na (cmol(+) kg-1)
12 Exchangeable Ca (cmol(+) kg-1)
13 Exchangeable Mg (cmol(+) kg-1)
14 Exchangeable Fe (cmol(+) kg-1)
15 Exchangeable Al (cmol(+) kg-1)
16 CEC (cmol(+) kg-1)
17 Available Cu (ppm)
18 Available Zn (ppm)
19 Total B (ppm)
20 Sulfur (%)
21 Unsur lain (nyatakan)
4
SOP BAJA KIMIA |5
b. Pertumbuhan pokok
- 4 sampel (25 cm x 25 cm kuadrat) di penjuru setiap petak
- 2 sampel pokok di penjuru bagi kajian menggunakan “trough”
i. Parameter pertumbuhan : Tinggi pokok, panjang tangkai, bilangan anak
pokok di setiap peringkat tumbesaran pokok.
c. Status kandungan nutrien pokok secara “destructive” dan “non-destructive
sampling”
i. “Destructive” : Diambil sekurangnya 3 kali iaitu di peringkat pembiakan
vegetatif, pembentukan tangkai dan peringkat pengisian biji padi. Elemen
dianalisa (N,P,K,Mg,Ca,B Cl, S) bergantung kepada objektif kajian dan
bahan yang diuji dalam kajian.
ii. “Non-destructive” : Bacaan meter SPAD
d. Komponen hasil pokok padi (menggunakan sampel pokok yang sama untuk
data pertumbuhan)
i. Bilangan tangkai padi per meter persegi
ii. Peratus padi bernas dan hampa
iii. Bilangan biji per tangkai
iv. Berat 1000 biji pada kelembapan 14%
e. Hasil padi
i. Berat bersih padi pada kelembapan 14%
f. Indeks tuaian
i. Berat kering biomas keseluruhan komponen pokok padi.
g. Rekod perosak dan penyakit secara observation sahaja bagi produk yang
tiada tuntutan berkaitan kawalan P&D.
E. Tempoh Kajian
i. Bagi produk bukan organik atau bukan campuran mikrob yang disasarkan
bagi kawasan penanaman 2 musim, kajian perlu dijalankan sekurangnya
sebanyak 4 musim berturutan.
5
SOP BAJA KIMIA |6
ii. Bagi produk bukan organik atau bukan campuran mikrob yang disasarkan
bagi kawasan penanaman 1 musim, kajian perlu dijalankan sebanyak 2
musim
iii. Bagi produk organik atau campuran mikrob yang disasarkan bagi kawasan
penanaman 2 musim, kajian perlu dijalankan sekurangnya sebanyak 4
musim berturutan.
iv. Bagi produk organik atau campuran mikrob yang disasarkan bagi kawasan
penanaman 1 musim, kajian perlu dijalankan sebanyak 2 musim
v. Penilaian keberkesanan di plot peningkatan skala di kawasan penanaman
padi perlu disertakan plot kawalan pada lokasi sama dengan keluasan satu
hektar.
6