PKSK KE TINGKATAN 1 2023
OLEH: NUR FATIMAH RAZALI
DI ISI OLEH MURID TAHUN 6 (2022/2023)
Dua pilihan yang ada untuk murid
tahun 6
1.Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2.Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA)
OLEH: NUR FATIMAH RAZALI
Apakah Pentaksiran kemasukan ke
sekolah khusus?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat
bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke
Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang
menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang
menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi
kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM).
NUR FATIMAH RAZALI
Apakah sekolah khusus?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada
Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah Menengah Teknik (SMT),
Kolej Vokasional (KV) dan
Maktab Tentera Diraja (MTD)
NUR FATIMAH RAZALI
SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia
2.Mendaftar dalam sistem APDM KPM
3.Murid Tahun 6 Tahun 2022
1. Berumur 12 tahun atau
2. Lahir pada 2 Januari 2010 – 1 Januari 2011
4.Murid Tingkatan 3 2022
1. Berumur 15 tahun atau
2. Lahir pada 2 Januari 2007 – 1 Januari 2008
NUR FATIMAH RAZALI
CARA PERMOHONAN
Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara
online melalui:
•Tingkatan Satu boleh diakses melalui
pautan https://spskt1.moe.gov.my
•Tingkatan Empat melalui
pautan https://spskt4.moe.gov.my
NUR FATIMAH RAZALI
Pemohon perlu memuatkan nombor kad
pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor
MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm
APDM) untuk memasuki sistem.
Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid
yang terdapat dalam APDM.
NUR FATIMAH RAZALI
Pemohon boleh membuat pilihan jenis
Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD),
jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang
dipohon, nama sekolah pilihan, pusat
pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain
yang diperlukan.
NUR FATIMAH RAZALI
Tarikh Permohonan PKSK 2023/2024
Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah
diumumkan oleh KPM seperti berikut:
•Tarikh buka: 30 September 2022
•Tarikh tutup: 30 November 2022
NUR FATIMAH RAZALI
TARIKH SEMAKAN PUSAT PKSK
Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran
bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tarikh yang bakal
diumumkan nanti.
Pada tahun lalu, tarikh menduduki PKSK bermula pada :
•Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022 melalui
pautan https://spskt1.moe.gov.my
•Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022 melalui
pautan https://spskt4.moe.gov.my/
NUR FATIMAH RAZALI
TARIKH UJIAN PKSK 2023
Ujian PKSK akan diadakan pada tarikh yang akan
dimaklumkan kelak.
Bagi tahun 2021, ia dilangsungkan pada tarikh berikut:
•Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022
•Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022
NUR FATIMAH RAZALI
TARIKH KEPUTUSAN KEMASUKAN
Keputusan pemilihan murid akan diumumkan oleh KPM.
Bagi sesi 2021/2022, ia diumumkan pada 15 Mac 2022.
Pautan semakan adalah seperti berikut:
•Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
•Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
NUR FATIMAH RAZALI
TARIKH PENDAFTARAN
Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2022
1.Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di
SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022
2.Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah
pada 5 April 2022
3.Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan
dimaklumkan oleh KPM
4.Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT
dan KV adalah pada 7 April 2022
5.Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui
laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my
NUR FATIMAH RAZALI
TARIKH RAYUAN
Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat
permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Sila rujuk: Semakan Rayuan Sekolah Khusus 2022 & Tarikh
Pendaftaran Online
NUR FATIMAH RAZALI
MATLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran
Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web
rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-
lazim-faq/3665-maklumat-umum-pentaksiran-kemasukan-
sekolah-khusus-pksk/file
NUR FATIMAH RAZALI