The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36338988, 2021-10-07 22:19:47

Tentatif Program

Tentatif Program

ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

SK KLANG 2021

2:30 petang : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor
2:45 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Guru Besar SK Klang
Pn Rozana binti Adam
: Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Klang
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Klang 2021
: 10 Minit Pegawai Seranta
Sarjan Detektif NurAzmi b Dulla
: Persembahan Video
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 dimulakan
: Majlis Bersurai

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42 SK KLANG

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Klang kali ke – 42 bagi tahun
2021.. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021 yang
telah berusaha secara bersungguh- sungguh untuk menjayakan program ini . Sesungguhnya Mesyuarat
Agong PIBG kali ini adalah sangat istimewa kerana buat pertama kalinya diadakan secara maya melalui
Google Meet. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, guru2 dan ibu bapa yang dapat
hadir pada mesyuarat kali ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah. Dalam suasana norma baharu dunia Pendidikan sekarang ini,, kita berharap ibubapa
dapat bersama-sama berganding bahu membantu dan membimbing anak-anak di rumah agar mereka
tidak tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sesuai dengan matlamat sekolah untuk berada dalam 30 kelompok terbaik di daerah Klang, kita
juga berharap dapat merealisasikan misi sekolah iaitu untuk melahirkan insan cemerlang dalam
aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah berlandaskan aspirasi negara. Justeru, PIBG perlu
menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam
dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu, atas rasa tanggungjawab
dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum mahupun sahsiah di SK Klang.

Sesungguhnya, PIBG telah memainkan peranan yang hebat dalam membantu pihak
sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak kita. Sokongan
padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui sarana ibubapa dalam menyumbang idea, material,
sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita bersama. Sarana sekolah menjadi
permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk
warga SK Klang. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad ,
memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T
hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda
pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Klang terus mara dan proaktif dalam membina
kecemerlangan SK Klang.

SKK SEDERAP MENGGARAP KECEMERLANGAN

ROZANA BINTI ADAM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Klang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya
dapat bersama-sama kita menjayakan mesyuarat Agung kali ke-42 pada tahun ini.

Saban tahun program ini dijalankan secara bersemuka namun kerana kita sedang di dalam
tempoh fasa Pelan Pemulihan Negara tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Namun begitu
teknologi yang ada masa kini tidak menjarakkan hubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa
di mana kita masih lagi boleh berinteraksi secara atas talian. Sokongan sebegini amat diharapkan
agar segala program PIBG yang telah dirancang dapat dijayakan dalam membantu pihak sekolah
untuk menuju kecemerlangan. Ini juga merupakan wadah dan sarana untuk menjalinkan
permuafakatan antara ibubapa dan guru.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pentadbir dan guru-guru
yang berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak SK Klang. Jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawantankuasa PIBG sesi 2018/2020 yang telah
membantu pihak sekolah dalam menjalankan tugas dengan baik. Dalam segala keadaan kami
sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak di sekolah ini khususnya. Sumbangan
dari tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu kami dalam
menambahbaik kemudahan sekolah di samping memberi sokongan kepada semua aktiviti-aktiviti
yang telah direncanakan untuk anak-anak SK Klang.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan bekerjasama
sepanjang saya memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG dan ajk 2018/2020. Mohon ampun
dan maaf di atas segala khilaf dan kekurangan. Sekian, terima kasih.

NOOR ZAITUL AKMAR BINTI HJ MAT SANIP
YDP PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK KLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG
SESI 2020/2021

Penasihat : Pn Rozana binti Adam
Yang Dipertua : Pn Noor Zaitul Akmar binti Mat Sanip
Naib Yang Dipertua : En Zuraidi bin Bialin
Setiausaha : Pn Siti Hajar bt Taib
Naib Setiausaha : Pn Nornadiah bt Senin
Bendahari : Pn Zuraina bt Zainal Mohthar
AJK Guru : En Abd Rahim b Sabran
Pn Maziana bt Adnan
AJK Ibubapa Pn Normarziah bt Mat Isa
Pn Sasirega a/p Narayasamy
Pemeriksa kira-kira Pn Nur Izzati bt Abd Halim
: En Nazri Adhwan bin Norashid
: Pn Rozita bt Rosli
: Pn Noor Zaitul Akmar bt Md Sanip
: Pn Salha Salwa bt Mohd Rosli
: En Fairuz b Hashim
: Pn Siti Masriza binti Mohd Hairi
Pn Roziah binti Mohd Yusof

JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -42

Penasihat I : Pn Rozana binti Adam
Penasihat II : Pn Zuraidah binti Kamsah
: Pn Suzana binti Aziz
Yang Dipertua : En Mohd Nasrul bin Hussin
Naib Yang Dipertua : En Ahmad Nazri bin Salleh
Setiausaha : Pn Noor Zaitul Akmar binti Mat Sanip
Naib Setiausaha : En Zuraidi bin Bialin
Bendahari : Pn Siti Hajar binti Taib
: Pn Nornadiah binti Senin
: Pn Zuraina binti Zainal Mohthar

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42

Pendaftaran Kehadiran Bacaan Doa
Pn Maziana bt Mohd Adnan (K) En Azman b Dahali
Pn Nor Hazita bt Hassan Siaraya
Siti Hawa Ruslaini (K)
Buku Program Pn Yusfauzilah binti Mohd Yunus

Pn Siti Hajar bt Taib (K) Fotografi & Video
Pn Zuraina bt Zainal Mohthar Pn Hjh Fairoes bt Abd Shukor (K)
Pn Siti Zaliha bt Kassim

Jurukira Undi Laporan & Dokumentasi

Pn Mas Iza binti Abd Rahman (K) Cik Nazirah bt Alan Hafifi(K)
Cik Esther Joan Dawson
Pengacara Majlis Puan NorNadiawani binti

Pn Nornadiah binti Senin Persembahan Murid

Pengerusi Sementara Pn Maisarah bt Ishak (K)
Pn Yushanthini a/p Sathasivam
En Mohd Zaidon bin Din Cik Vutayathaanu a/p Chandra Sekaran

Pencatat Minit
Cik Nur Syarafina Awanis bt Abdul Rahman (K)
Pn Nur Najwa bt Abd Latif
Pn Helda anak Mapan

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG

1. Ucapan Penasihat ( Guru besar SK Klang)
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2020/2021
3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke-42
4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020/2021
5. Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG

berakhir pada Disember 2020
6. Membahaskan usul / cadangan ( Jika ada)
7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020
8. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021
9. Pemilihan Juruaudit Dalaman.
10. Hal-hal lain.
11. Ucapan penangguhan.

Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
Masa KALI KE-41 TAHUN 2020
Tempat
Kehadiran : 09 Februari 2020 (Ahad )
: 8.30 pagi
: Dewan Sekolah Kebangsaan Klang
: 150 orang

1.0 UCAPAN PENASIHAT - ENCIK MOHD HASNI BIN ABDUL HAMID
(GURU BESAR SK KLANG)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran dan merakamkan ucapan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah
meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG SK Klang kali ke 41.

1.2 Guru Besar sedia membuka ruang dan peluang kepada ibu bapa hadir ke sekolah untuk berbincang
sebarang permasalahan. Selain itu, mesyuarat agung PIBG ini juga merupakan wadah terbaik untuk
meluahkan sebarang pendapat atau cadangan. Oleh itu menjadi tanggungjawab semua ahli Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Klang untuk menghadirkan diri ke mesyuarat agung tahunan PIBG.

1.3 Ahli PIBG juga seharusnya merujuk kepada Perlembagaan PIBG supaya semua ahli faham tentang
peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Klang. Antaranya PIBG boleh membantu pihak sekolah akan
tetapi ahli PIBG tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Segala
keputusan yang telah diputuskan di dalam mesyuarat agung PIBG semua ahli kena patuhi dan hormati.

1.4 Asas hubungan yang kukuh antara pihak sekolah dan ibu bapa boleh membantu melonjakkan
prestasi anak-anak dalam pelajaran, seterusnya dapat melahirkan individu yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.

1.5 Mengharapkan sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Ibu bapa disaran membuat
ulangkaji pelajaran bersama anak-anak dan bantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah di rumah.

1.6 Ibu bapa jangan ikut sangat kehendak anak-anak. Jika anak-anak terlalu dimanjakan ia akan
merugikan masa depan anak-anak dan ibu bapa pada masa akan datang.

1.7 Latih anak-anak datang awal ke sekolah kerana kelas bermula pada jam 7.30 pagi. Bagi anak-anak
yang demam atau muntah minta mereka rehat di rumah supaya dapat meneruskan pembelajaran pada
keesokkan harinya.

1.8 Pendidikan yang baik adalah modal yang paling mahal untuk mengubah masa depan anak-anak. Ibu
bapa seharusnya menyemai benih-benih ilmu dalam diri anak-anak supaya hasilnya dapat dituai dengan
kebahagiaan dan kesenangan. Ibu bapa turut diingatkan agar mendidik anak-anak dengan proses yang
betul, supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1.9 Untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
kemudahan logistik dan prasarana serta keceriaan sekolah yang baik dan selamat turut membantu pihak
sekolah untuk menjayakan hasrat tersebut. Oleh itu diharapkan ibu bapa dapat bekerjasama dengan
saf-saf kepimpinan yang ada di sekolah demi potensi anak-anak.

1.10 Guru Besar berharap agar semua ibu bapa sama-sama bergerak aktif dengan pihak sekolah demi
memperkasakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Klang menjayakan program yang akan dirancang
untuk mengisi dan memenuhkan tabung PIBG.

1.11 Program-program yang akan dirancang untuk menyediakan kemudahan murid-murid di SK Klang.
Guru Besar turut memaklumkan bahawa telah sekian lama tiada program dilaksanakan untuk
menambah dana PIBG. Antara kemudahan yang akan disediakan hasil dari dana PIBG ialah :

1. Tempat menunggu waktu balik.

2. Membaik pulih tandas yang rosak.

3. Menaik taraf dewan – memasang penghawa dingin supaya agensi luar boleh menyewa
dewan sekolah untuk mengadakan sebarang program.

4. Padang – menaik taraf padang dengan membuat longkang untuk laluan air, supaya air boleh
keluar ke jalan raya sekiranya hujan turun.

5. Membaiki lampu dan kipas kelas yang rosak.

6. Menaik taraf tapak perhimpunan.

1.12 Guru Besar percaya sekiranya landskap persekitaran dan struktur fizikal sekolah ini ditambah baik
dan diubah suai ianya akan menjadi faktor pendorong kepada motivasi murid untuk belajar bersungguh-
sungguh. Oleh itu, Guru Besar mencadangkan supaya ahli PIBG membuat beberapa program keceriaan,
misalnya :

1. Gotong-royong Perdana.

2. Gotong-royong menceriakan kelas anak masing-masing.

3. Karnival peringkat sekolah.

1.13 Sumbangan PIBG sebanyak RM100.00 untuk satu keluarga bukanlah paksaan,
walaubagaimanapun semua program dan penambahbaikan prasarana sekolah yang dicadangkan
hanya boleh dijayakan sekiranya PIBG mempunyai dana yang mencukupi. Oleh itu, beliau menyeru
semua ahli PIBG bersama-sama pihak sekolah mencari duit dan memberi sumbangan kepada sekolah
demi untuk kebaikan anak-anak murid SK Klang.

1.14 Duit yang disumbangkan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah sebenarnya adalah untuk kegunaan
anak-anak dan keselesaan ibu bapa juga. SK Klang adalah hak anak-anak dan ibu bapa manakala saf-
saf kepimpinan sekolah hanya mengurus dengan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang
dianugerahkan Allah.

2.0 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG – PUAN ROZIDAH BINTI YUSOF

2.1 Mengucapkan terima kasih kerana ibu bapa sudi meluangkan masa menghadiri
mesyuarat PIBG kali ke 41.
2.2 Menyatakan tujuan mesyuarat agung ini diadakan adalah untuk mencari kata sepakat di antara ibu
bapa dan pihak sekolah untuk membincangkan peningkatan pelajaran anak-anak.
2.3 Diharapkan semua ibu bapa akan sentiasa memberikan kerjasama yang erat demi kecemerlangan
SK Klang.

3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 40
3.1 Minit mesyuarat dicadang untuk diterima dan disahkan.

Pencadang : En Shamsul Baharin
Penyokong : Puan Ainiza binti Selim

3.2 Minit mesyuarat agung PIBG kali ke 40 diterima dan disahkan tanpa sebarang pindaan.

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2018 /2019

4.1 Laporan aktiviti tahunan PIBG dicadang untuk diterima dan disahkan.
Pencadang : En Mohd Azmi b Dullah
Penyokong : Puan Norashikin bt Yusof

5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG
BERAKHIR DISEMBER 2019.

5.1 Penyata kewanganPIBG dicadang untuk diterima dan disahkan.
Pencadang : En Harun b Nahwari

Penyokong : Puan Mas Iza bt Abd Rahman

6.0 MEMBAHASKAN USUL / CADANGAN.

6.1 Usul : Waktu Kokurikulum pada sebelah pagi.

Guru Besar menjelaskan bahawa waktu kokurikulum sebenarnya tidak boleh dilaksanakan pada waktu
pagi. Beliau mendapatkan pandangan daripada ibu bapa sekiranya waktu kokurikulum ditukar pada
sebelah petang selepas waktu persekolahan. Terdapat dikalangan ibu bapa yang kurang bersetuju
dengan cadangan tersebut kerana ia melibatkan urusan anak-anak hendak ke sekolah petang.

Hasil perbincangan : Ibu bapa sebulat suara bersetuju kokurikulum dijalankan pada waktu pagi.

6.2 Waktu tamat persekolahan diawalkan kepada jam 1.10 pm.

Ulasan : Masa persekolahan telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan
dasar kerajaan sekiranya ibu bapa hendak berbincang kena pergi ke Parlimen.

6.3 Kelas Tambahan Khusus bagi murid yang belum mahir membaca.
Ulasan : Murid yang belum menguasai 3M ( membaca, mengira dan menulis ) memang disediakan kelas
khas, guru yang mengajar ialah guru yang terlatih. Kebiasaannya murid akan dikeluarkan waktu Pdp dan
belajar di dalam kelas pemulihan. Sekiranya ada ibu bapa yang mencadangkan kelas tambahan di luar
waktu sekolah, pihak sekolah perlu melihat bilangan murid yang akan daftar dan kelas tersebut juga
akan dikenakan bayaran untuk guru yang mengajar.

6.4 Pengawal Keselamatan lalulintas.

Ulasan : Tugas pengawal keselamatan sekolah ialah menjaga keselamatan dalam sekolah sahaja. Di
luar kawasan sekolah bukan tanggungjawab pengawal keselamatan, kerana mereka tidak dilindungi
insurans. Sekolah boleh menyediakan pengawal lalulintas tapi dengan syarat ibu bapa kena membayar
upah pengawal keselamatan yang dilantik sekolah.

6.5 Adakan ‘bump’ dihadapan sekolah.
Ulasan : Jalan dihadapan sekolah adalah dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR). Zebra Crossing
pun tak boleh dibuat kerana jalan tersebut telah diwartakan sebagai laluan sultan.

6.6 Tempat perhimpunan berbumbung.
Ulasan : Cadangan ini akan difikirkan kerana ianya perlukan dana yang banyak. Walaubagaimanapun
jika tapak perhimpunan berbumbung dibina, ianya akan mengganggu pemandangan sekolah dari luar,
berlaku juga masalah lain contohnya lori yang keluar masuk menghantar barang dan juga masalah
tempat letak kereta guru. Namun, boleh dicadangkan untuk membina tapak perhimpunan berbumbung
ditepi padang sekolah.

6.7 Storage Box
Ulasan : Perlu fikirkan di mana lokasi yang sesuai untuk letak storage box.

6.8 Gotong-royong ibu bapa dan guru.
Ulasan : Guru Besar mencadangkan supaya ibu bapa datang melawat kawasan-kawasan di sekitar
sekolah dan memikirkan apa yang hendak dibuat untuk meningkatkan keceriaan sekolah.

6.9 Masalah pengusaha van yang tidak mengambil murid di hadapan sekolah.
Ulasan : Guru Besar memberikan peringatan kepada ibu bapa supaya memaklumkan kepada pengusaha
van jangan meletak kenderaan di seberang jalan. Hal ini kerana, Guru Besar sendiri pernah melihat
murid SK Klang lari melintas jalan dan perkara ini sangat membahayakan keselamatan murid-murid.
Beliau turut mencadangkan supaya diadakan majlis dialog untuk membincangkan masalah antara ibu
bapa dan pengusaha van.

6.10 Wujudkan zon sekatan di hadapan sekolah supaya tidak menghalang lalu lintas.
Ulasan : Guru Besar menjelaskan bahawa perbuatan menghalang lalu lintas ini sebenarnya adalah sikap
ibu bapa sendiri yang kurang prihatin dan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna
jalan raya yang lain.

6.11 Membaik pulih persekitaran sekolah.
Ulasan : Akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG.

6.12 Membaik pulih buku bacaan Braille.
Ulasan : Buku Braille tidak boleh dibaiki kerana ia dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dan harganya pula mahal, manakala kelas Pembelajaran Masalah Penglihatan hanya di SK Klang
sahaja. Pihak sekolah akan berusaha mendapatkan buku bacaan Braille dari Pejabat Pendidikan Daerah
Klang dalam masa terdekat.

7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2019
7.1 Pengerusi sementara mengumumkan bahawa AJK Guru dikekalkan untuk sesi 2020/2021.
7.2 Naib Yang Dipertua PIBG membubarkan ahli jawatankuasa Ibu bapa sesi 2018/2019.

8.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2020/2021.
8.1 Pengerusi sementara memaklumkan pelantikan ahli jawatankuasa ibu bapa yang baru mestilah dari
kalangan ibu bapa yang hadir mesyuarat, dengan syarat anaknya masih bersekolah di SK Klang.

8.2 Senarai ahli jawatankuasa ibu bapa sesi 2020/2021.
Yang Dipertua PIBG : Pn. Noor Zaitul Akmar binti Sanip
Naib Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Zuraidi
AJK Ibu bapa :
1. En. Fairoes bin Hashim
2. En. Nazri Adwan
3. En. Abdul Jalil bin Wahab
4. Pn. Rozita binti Rosli
5. Pn. Nor Salha Salwa
Juruaudit : Pn. Rozidah binti Mohd Yusof

9.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN
9.1 Tiada pembentangan kertas kerja.

10.0 HAL-HAL LAIN.
10.1 Encik Fairoes bin Hashim mencadangkan supaya dibuat laluan alternatif untuk mengatasi isu
pengusaha van yang meletak kenderaan di seberang jalan. Contohnya, membuka pintu pagar belakang
yang berhampiran stadium.
Ulasan : Pintu pagar sebelah kantin memang dibuka untuk ibu bapa menurunkan murid. Pihak sekolah
bersetuju membuka pintu pagar bersebelahan kedai buku sekolah bermula 10 Februari 2020 bagi
memudahkan pengusaha van menurun dan mengambil murid yang menaiki van.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN.

11.1 Guru Besar menyeru ibu bapa bersama-sama melahirkan cendiakawan dan pemimpin tersohor
yang boleh membanggakan suatu hari nanti. Gunakan segala rasa cinta dan sayang untuk mengeratkan
hubungan ahli PIBG dan sekolah demi kecemerlangan SK Klang.

11.2 Guru Besar turut menegaskan untuk bekerjasama dengan beliau semua ahli PIBG perlu
mengamalkan slogan “ Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa “.

11.3 Yang Dipertua PIBG, Pn. Noor Zaitul Akmar binti Md Sanip mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan yang diberi oleh semua ibu bapa. Walaubagaimanapun beliau mengharapkan bantuan
daripada ibu bapa untuk memperkasakan SK Klang menjadi lebih terbilang.

11.4 Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Zuraidi mengharapkan barisan AJK PIBG yang baru dilantik
dapat bekerjasama antara satu sama lain dan juga pihak sekolah.

11.5 Semua barisan AJK PIBG yang baru dilantik mengharapkan agar semua ibu bapa dapat
memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak sekolah pada setiap masa. Adalah diharapkan apa
yang disarankan oleh Guru Besar akan dapat dilaksanakan sekurangnya 80%.

11.6 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 tengahari.

Pencatat Minit : Disemak oleh :

MASHALIZA BINTI MASDAR NOOR ZATUL AKMAR MAT SANIP
Pencatatt Minit YDP PIBG
Mesyuarat Agung ke-41 Sekolah Kebangsaan Klang
Disahkan oleh :

MOHD HASNI BIN ABDUL HAMID
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Klang

Tarikh :
09 Februari 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2020

Penerimaan Nota RM Pembayaran Nota RM

Baki Awal 16,323.71 6,628.17
2,170.00
Yuran PIBG T1 10,100.00 Perbelanjaan Kemudahan Sekolah B1 1,553.00
Tabung Infaq 2,426.96
Sumbangan Individu T2 225.87 Perbelanjaan Pembelajaran Murid B2
Komisyen SSPN-i 619.80
Dividen Bank T3 1,350.00 Perbelanjaan Aktiviti Sukan / Program Luar Murid B3 81.00
Pusat Zakat
Hasil Jualan T4 60.00 Perbelanjaan Mesyuarat Agung Tahunan B4

T5 5.85 Perbelanjaan Aktiviti AJK PIBG B5

T6 260.00 Lain-Lain B6

T7 193.00

JUMLAH Baki Akhir Di Tangan 2,683.40
Baki Akhir Di BIMB 12,335.22
RINGKASAN: Baki Akhir Di BKRMB
BAKI AWAL TAHUN 20.88
TERIMAAN TAHUN SEMASA 28,518.43 JUMLAH
BAYARAN TAHUN SEMASA 28,518.43
BAKI AKHIR TAHUN 16,323.71
12,194.72
(13,478.93)
15,039.50

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh: _________________________
PN. ZURAINA BINTI ZAINAL MOHTHAR

Bendahari

Disemak Oleh:

_________________________ ___________________________
PN. ROZIDAH BINTI MOHD YUSOF PN. SITI MASRIZA BINTI MOHD HAIRI

Juruaudit 1 Juruaudit 2

PERSATUAN IBU
SEKOLAH KEBA

NOTA KEPADA AKAUN T

No. T1 T2 T3 Ko
Bulan Yuran PIBG Tabung Sumbangan SS
Januari Infaq
Februari Individu -
Mac 6,450.00 32.21 100.00 -
April
Mei 1,300.00 193.66 1,250.00
Jun -
Julai 650.00 - -
Ogos -- -
September -- -
Oktober -- -
November -
Disember 200.00 - -
JUMLAH -
400.00 - -
-
600.00 -
-- 1,350.00
--

500.00 -

10,100.00 225.87

U BAPA DAN GURU
ANGSAAN KLANG

TAHUN 2020 - PENERIMAAN

T4 T5 T6 T7 JUMLAH
omisyen Dividen Bank Pusat Hasil
BIMB BKRMB Zakat Jualan 6,851.58
SPN-i - 2,745.40
7.50 1.84 0.03 260.00 651.15
- - 0.58
- 1.72 0.02 - 0.30
- - - 12.03
- 1.12 0.03 - 204.53
- - - 400.03
0.55 0.03 - 797.53
12.00 - - 0.03
4.50 0.27 0.03 4.53
- 193.00 527.03
- - 0.03 - 12,194.72
4.50 -
- 0.03 - -
-
4.50 - 0.03 - 193.00

27.00 - 0.03 -
60.00
- 0.03 -

- 0.03 -

- 0.03 -

5.50 0.35 260.00



SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG RM

NOTA KEPADA AKAUN TAHUN 2020 - PEMBAYARAN 1,200.00
660.00
No 500.00
. Tarikh Perihal 268.17
B1 Perbelanjaan Kemudahan Sekolah
02/02/20 Pembelian Aircond Bilik PIBG 4,000.00
12/03/20 Pembaikan Tandas 6,628.17
12/03/20 Pembelian Hand Sanitizer
13/07/20 Pembelian Spray Sanitasi 300.00
17/08/20 Perbelanjaan Pengurusan Covid-19 720.00
Jumlah 1,150.00
2,170.00
B2 Perbelanjaan Pembelajaran Murid
24/06/20 Taklimat Google Classroom (JU) 200.00
26/06/20 Pembelian box untuk latihan murid 60.00
03/03/20 Pembelian Kertas A4
Jumlah 120.00
60.00
B3 Perbelanjaan Aktiviti Sukan / Program Luar Murid 30.00
29/01/20 Pembelian Air Mineral Program Merentas Desa
05/02/20 Kejohanan Bola Sepak (Persahabatan) 180.00
10/02/20 Kejohanan Bola Sepak MSSD 30.00
11/02/20 Kejohanan Bola Sepak MSSD 90.00
14/02/20 Program Kembara Masjid
14/02/20 Program Kembara Masjid 593.00
17/02/20 Program Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 90.00
27/02/20 Program MQSS
12/03/20 Yuran Penyertaan Aktiviti Ko-Kurikulum 100.00
12/03/20 Program MQSS 1,553.00
27/07/20 Program PPKI Smart
Jumlah 4.80
300.00
B4 Perbelanjaan Mesyuarat Agung Tahunan 196.95
17/01/20 Fotostat Minit Mesyuarat AGM
04/02/20 Cenderahati Murid UPSR 2019 (AGM) 15.00
04/02/20 Cabutan Bertuah AGM 44.91
04/02/20 Sijil Murid UPSR 2019 (AGM) 21.00
05/02/20 Air Mineral AGM 25.40
06/02/20 Sticker Cabutan Bertuah AGM 220.00
06/02/20 Banner AGM 182.40
06/02/20 Cenderahati AJK PIBG (AGM) 30.00
07/02/20 Goodies AGM 126.50
07/02/20 Saguhati perasmi AGM 1,260.00
09/02/20 Buku Program AGM 2,426.96
09/02/20 Makan Minum AGM
Jumlah 100.00
100.00
B5 Perbelanjaan Aktiviti AJK PIBG
17/01/20 Makan Minum Mesyuarat AJK PIBG 75.00
02/02/20 Makan Minum Mesyuarat AJK PIBG
06/02/20 Toner printer

06/02/20 Fail AJK PIBG 19.20
04/03/20 Fotostat Perlembagaan PIBG 17.60
12/03/20 Makan Minum Mesyuarat AJK PIBG 100.00
13/07/20 Makan Minum Mesyuarat AJK PIBG 120.00
19/12/20 Makan Minum Mesyuarat AJK PIBG 88.00
Jumlah 619.80

B6 Lain-Lain 80.00
24/02/20 Cenderahati Perpisahan Puan Ainun 0.50
03/03/20 Caj Bank 0.50
17/08/20 Caj Bank
Jumlah 81.00

JUMLAH PEMBAYARAN 13,478.93

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PIBG SK KLANG
SESI 2020/2021

BIL AKTIVITI
1 Pembinaan bumbung menunggu murid

2 Pembelian keperluan pencegahan Covid-19

3 Memberi sumbangan bagi program Pencinta Al-Quran bagi mencetus
motivasi kepada murid untuk berusaha dalam bacaan Al-Quran hingga
khatam dalam tempoh yang ditetapkan.

4 Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64

5 Perlaksanaan bacaan Yassin kerjasama anjuran Panitia Pendidikan Islam

6 Pemberian sumbangan bagi Program Jawi Brille anjuran Pendidikan Khas
Inregrasi

7 Sumbangan Program Superior Student (PSS)

8 Food Bank Covid-19

9 Sumbangan naiktaraf Anjung Nilam

10 Sumbangan Majlis Apresiasi Murid (MAM)

USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42 PIBG

SK KLANG 2021

USUL/CADANGAN IBUBAPA/PENJAGA

BIL CADANGAN NAMA PENCADANG

1 1.Sesi persekolahan selang sehari mengikut tahun. Contoh:Isnin Mohd Zainurwardi
1-3, Selasa 4-6 dan seterusnya.
2. Perbanyakkan latihan dalam talian. Latihan diberi setiap hari.

BIL CADANGAN NAMA PENCADANG

2 1. Adakan penilaian bagi mengetahui tahap kefahaman murid Mohammad Najib
Tahun 1

BIL CADANGAN NAMA PENCADANG

3 1. Gubal jadual dan kurangkan masa( masalah masa ke sekolah Abdul Hafiz
agama)

BIL CADANGAN NAMA PENCADANG
Muhammad Nizam
4 1.Kelas tahap 1 diberi kelas yang bersesuaian atas
keselamatan.
2.Tempat khas van sekolah untuk keselamatan murid

BIL CADANGAN NAMA PENCADANG
5 1.Memperbanyak latihan Pdpr 1. Zairulnizam
BIL CADANGAN
NAMA PENCADANG

6 1.Selenggara dan penjagaan kebeersihan tempat. Mohd Heldrzrie
Contoh : Tempat Dropbox

BIL CADANGAN NAMA PENCADANG

7 1. Wujudkan komunikasi yang efektif antara ibubapa/penjaga Muhammad Ridzwan
dan guru
2.Perbanyak kelas Google Meet( anak teruja lihat rakan dan
guru)
3.Lebih focus latihan subjek, latihan tambahan di dalam buku
sekolah.

USUL/ CADANGAN SEKOLAH CADANGAN
2. Sumbangan murid Tahun 6
BIL
1 1.

BIL CADANGAN
2 1. Tabung Khas Keceriaan

BIL CADANGAN
3 1. Sumbangan 1 Keluarga 1 Pokok

BIL CADANGAN
4 1. Sumbangan kertas A4

JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG

SESI 2021/2022

Penasihat :
Yang Dipertua :
Naib Yang Dipertua :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :
AJK Guru :
1.
Pemeriksa kira-kira 2.
3.
4. (Guru)
5. (Ibubapa)
6.
:
1
2.


Click to View FlipBook Version