Cerpen Legasi
Tapai Ubi
Kajian aspek komsas oleh Aleya
Ameera, Balqis Batrisyia, Nur
Suhailah, Shafiqah Miza
karya
Ghazali Lateh
Sinopsis
Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual
tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang
sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan
tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo
Tapai’. Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak
pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak
boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan
daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh
membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya
berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di
matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah
memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi
membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan
serangan kanser.
Sinopsis
Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia
mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat
bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan
sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan
daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada peringkat
antarabangsa.
Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis
konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen
Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr.
Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan
bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai
Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana
permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo menjadi
pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi
tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai
jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.
Tema
Kesungguhan seorang anak
kepada peniaga tapai ubi yang
ingin membuktikan bahawa
makanan tradisional tersebut
mampu menjadi penawar
penyakit berbahaya seperti
kanser.
Persoalan
1) Ketaatan seorang anak kepada
ibu bapa.
2) Ketelitian semasa melakukan
sesuatu.
3) Kanser yang boleh
mengakibatkan kematian.
4) Pengorbanan ibu bapa untuk
menyekolahkan anak-anak.
5) Menghargai pengorbanan dan
membalas jasa ibu bapa.
gaya bahasa
1) Laras bahasa Sains
Contohnya: - bakteriosin, manihot, esculanta,
metastasis
2) Peribahasa
Contohnya : alah bisa tegal biasa
3) Repetisi (Pengulangan Kata)
Contohnya : Tapai! Tapai! Tapai!
4) Sinkope (Penyingkatan Kerja)
Contohnya : “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu
orang tahu”
binaan
plot
1. Permulaan – Sejak kecil lagi, Parjo 3. Klimaks – Parjo berjaya
membantu emak dan bapanya membuktikan bahawa tapai ubi
menjual tapai ubi sehingga
dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dapat mengurangkan risiko
dia berasa muak dengan panggilan penyakit kanser. Kajian Parjo
itu, namun lama-kelamaan dia
sudah terbiasa dengan gelaran telah diiktiraf oleh pihak
tersebut kerana dia ingin membantu universiti dan dibawa pada
emak dan bapanya mencari rezeki. peringkat antarabangsa. Parjo
berjaya memperoleh ijazah
2. Perkembangan – Proses membuat kedoktoran sekali gus mendapat
tapai ubi agak rumit. Bermula
dengan proses mencabut ubi, gelaran Dr. Parjo.
mengopek kulit, memotong pendek,
menjerang air, merebus sehinggalah 4. Peleraian – Dr. Parjo bertugas
proses memeram sebelum ubi sebagai pensyarah. Dia masih
matang untuk dimakan. Banyak meneruskan kajian tentang
pantang larang yang perlu dipatuhi potensi tapai ubi sebagai
semasa membuat tapai ubi. Melalui pencegah alternatif kepada
hasil jualan tapai ubi itulah Parjo
dan adik-adiknya berjaya pelbagai jenis penyakit yang lain,
menjejakkan kaki ke manara terutamanya penyakit kanser.
gading.
Perniagaan tapai ubi bapanya di
kampung semakin berkembang
sehinggalah terbinanya kilang
Perusahaan Tapai Ubi Wak
Salikon.
Teknik plot
1. Dialog
2. Imbas Kembali
3. Saspens
4. Kejutan
5. Pemerian ( penjelasan, penerangan, pengisahan )
Latar Latar
masa tempat
waktu pagi masyarakat yang bersungguh-
selepas sembahyang sungguh melakukan kerja
isyak masyarakat yang gigih berusaha
permulaan semester untuk mencari rezeki
60 hari masyarakat yang teliti semasa
melakukan sesuatu kerja
masyarakat yang berpandangan
jauh
masyarakat peniaga yang bijak
mengembangkan perniagaan
Latar kantin sekolah
rumah Wak Salikon
tempat fakulti perubatan di universiti
kilang perusahaan Tapai Ubi
Wak Salikon
Nilai
kegigihan
kerajinan
kesyukuran
kasih sayang
kerjasama
Pengajaran
kita hendaklah tabah
mengharungi dugaan dalam
kehidupan agar kita mencapai
kejayaan
kita haruslah rajin untuk mencari
rezeki supaya hidup kita senang
kita perlulah bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu perkara
agar kerana usaha tangga
kejayaan
tapai ubi
ragi tapai
ubi kayu
daun pisang
cara membuat tapai ubi
Potong ubi mengikut saiz yang dikehendaki
Rebus ubi (jangan terlalu empuk), tos dan biarkan sejuk
Susun ubi dalam bekas yang dilapik daun pisang
Masukkan ragi dalam penapis dan gesekkan hingga halus atas
ubi kayu
Tutup bekas dan perap selama 2 hari di dalam peti sejuk
Selepas 2 hari, tapai ubi sedia dimakan !
pinggan ubi kayu
Pinggan ubi kayu dihasilkan daripada bahan semula jadi
dan mesra alam. Ubi kayu boleh dibangunkan menjadi
pinggan yang boleh dimakan dan mudah dilupus sekali
gus membantu meningkatkan ekonomi petani.
Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan
polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk
mesra alam.
Cara pemasaran
promosi melalui media sosial
mengiklankan produk di blog
atau radio
mengedarkan risalah /
menampal poster
mempromosikan produk
kepada orang terdekat dan
meminta maklum balas
Kelebihan
dihasilkan daripada bahan semula
jadi
mesra alam & mudah dilupus
boleh dimakan
mempromosikan penggunaan
produk mesra alam
menurunkan kadar penggunaan
bahan berasakan plastik
ib learner profile
Communicators
Thinkers
Inquirers
ATL skills
Research
Social
Communication
Thinking