TEMA KESELAMATAN
FAKTOR
KJEAMLAANLARNAGYAAN
NAMA: WHILLYMINA ICHA KELAS: 4AL-DINAWARI NO MAKTAB: SC190106
PENGENALAN
TAJUK
Kemalangan jalan raya merupakan kejadian tragedis yang tidak
diingini. Pada masa dahulu, kemalangan jalan raya jarang berlaku.
Malangnya pada era moden ini, kadar kemalangan jalan raya
semakin meningkat setiap tahun dengan berlakunya kemajuan
teknologi di negara kita. Setiap hari mesti akan ada berita
menyatakan berlakunya kemalangan jalan raya yang telah
meragut nyawa manusia. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros
Adhanom Ghebreyesus pernah berkata "Kematian ini ialah harga
yang tidak seharusnya dibayar untuk tujuan pengangkutan." .
Persoalannya, apakah faktor berlakunya kemalangan jalan raya?
FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA
MENGAPA SAYA MEMILIH
TAJUK INI?
Saya memilih tajuk ini kerana kemalangan jalan raya
merupakan hal penting yang harus diketengahkan. Oleh itu,
terdapat banyak faktor yang dapat dibincangkan untuk
memahami kenapa berlakunya kemalangan jalan raya supaya
dapat mengurangkan kadarnya.
ISI 1
Pada pendapat saya, faktor berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap
pemandu itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana pemandu tersebut
bersikap cuai dan mementingkan diri ketika memandu. Sebagai contoh,
pemandu menukar lorong tanpa isyarat, memandu melebihi had laju dan
melanggar lampu isyarat. Tindakan-tindakan ini bukan sahaja
membahayakan keselamatan pemandu itu sendiri malah merisikokan
keselamatan pengguna jalan raya lain yang di sekeliling. Jelaslah bahawa,
setiap pemandu haruslah mengamalkan sikap yang berhemah ketika
memandu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
ISI 2
Selain itu, keadaan kenderaan yang diselenggara dengan tidak baik oleh
pemandu merupakan antara sebab yang mempengaruhi kadar kemalangan
jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana penyelenggaraan berkala wajib
dilakukan bagi memastikan kenderaan sentiasa berada pada tahap yang
optimum. Sebagai contoh, brek kenderaan gagal berfungsi dengan baik
ketika memandu. Impaknya, pemandu akan mengalami kesukaran untuk
mengawal kenderaan pada saat-saat genting. Jelaslah bahawa,
penyelenggaraan berkala harus dilaksanakan mengikut jadual untuk
memastikan pemanduan yang selamat.
ISI 3
Sementara itu, cuaca merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
berlakunya kemalangan jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana cuaca
buruk dapat mempengaruhi pemanduan. Sebagai contoh, memandu semasa
hujan lebat. Hal ini akan menyebakankan jalan licin dan berbahaya. Contoh
lain pula ialah memandu semasa keadaan jerebu. Kesannya, penumpuan
pemandu akan diganggu akibat pandangan yang kurang jelas. Jelaslah
bahawa, pemandu harus mencari tempat untuk berhenti sekejap atau
memandu dengan perlahan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.
ISI 4
Di samping itu, punca kemalangan jalan raya berlaku juga ialah akibat
keadaan struktur jalan raya yang buruk . Hal ini dikatakan demikian kerana
struktur jalan raya yang tidak bagus akan pasti mendatangkan bahaya
kepada pengguna jalan raya. Sebagai contoh, struktur jalan raya yang terlalu
sempit, tidak rata dan berlubang-lubang. Impaknya, pemandu yang tidak
biasa menggunakan jalan tersebut akan besar kemungkinan untuk terlibat
dalam sebuah kemalangan jalan raya. Jelaslah bahawa, pemandu kenderaan
harus lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan yang mengalami
kerosakan.
PERIBAHASA 1
Biar lambat asalkan selamat
PERIBAHASA 2
Bagai melepaskan batuk di tangga
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa, kemalangan jalan raya adalah sangat
berbahaya sehingga dapat meragut nyawa. Masyarakat haruslah
mengambil berat tanggungjawab masing-masing semasa
memandu. Saya berharap agar semua pengguna jalan raya lebih
berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang tersayang.
Kesimpulannya, kejadian kemalangan jalan raya tidak boleh
dihentikan sepenuhnya tetapi sentiasa dapat dicegah.
-TAMAT-
SEKIAN
TERIMA KASIH!
Semoga berinformasi!