The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 PENULISAN - LESLIE TING CHAI YEE (KERETA HIBRID)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leslieting0424, 2022-04-25 01:03:36

TUGASAN 3 PENULISAN - LESLIE TING CHAI YEE (KERETA HIBRID)

TUGASAN 3 PENULISAN - LESLIE TING CHAI YEE (KERETA HIBRID)

PALS1012

KERETA
HIBRID

Disediakan Oleh Leslie Ting Chai Yee (RBT B)

ISI KANDUNGAN

1 Penghargaan
2 1.0 Pengenalan
3 2.0 Isu Semasa Global Mengenai Alam Sekitar
4 3.0 Fungsi Kereta Hibrid
5 4.0 Kelebihan Kereta Hibrid
6 5.0 Kekurangan Kereta Hibrid
7 6.0 Penambahbaikan Kereta Hibrid
8 7.0 Kaedah Pengendalian Kereta Hibrid
9 8.0 Rumusan
10 Rujukan
11 Lampiran

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan……
Salam sejahtera saya ucapkan. Saya amat bersyukur

kepada Tuhan kerana sentiasa memberi kepercayaan dan
keberanian ketika saya menghadapi masalah. Saya juga
amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat berjaya
menyiapkan kerja kursus tersebut dalam masa yang
ditentukan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Dr Shuhairi Bin Abdul Razak kerana
sentiasa memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-
cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa
saya dan ahli keluarga yang tidak jemu memberi sokongan
kepada saya sehingga dapat menghasilkan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan mereka, saya berkemungkinan tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja ini. Hal ini demikian kerana kerja
kursus tersebut memerlukan motivasi, usaha, dan buah
fikiran. Mereka sentiasa memberi dorongan dan sokongan
kepada saya ketika saya menghadapi masalah.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan saya iaitu Siti Nur Aqilah Binti Adnan dan
Ng Xin Yi yang sentiasa memberi pandangan kepada saya
ketika saya menghadapi masalah dalam kerja kursus ini.
Mereka bersabar mengajar saya sehingga saya dapat
memahami secara sepenuhnya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
sekali lagi kepada semua orang yang pernah membantu saya
sehingga menyiapkan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) telah berjaya dicapaikan dan diwujudkan di dunia ini termasuklah negara kita, Malaysia.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), teknologi maklumat dan komunikasi bermaksud
teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Perkembangan ICT
telah mempengaruhi dan membawa banyak kesan kepada seluruh dunia tanpa ragu-ragu
dalam pelbagai aspek. Menurut Wan Idros Wan Sulaiman et al., (2017), ICT telah
mempengaruhi dan membawa perubahan kepada setiap aspek kehidupan manusia pada era
yang modenisasi ini termasuklah pekerjaan, perniagaan dan juga pendidikan. Oleh itu, ICT
boleh dikatakan sebagai kurniaan yang dianugerahi oleh Tuhan kerana perkembangan ICT
telah membawa ramai kebaikan dan kemudahan kepada semua orang di dunia ini.
Walaubagaimanapun, apabila masa berlalu, beberapa jenis isu yang mengenai alam sekitar
semakin meningkat semasa perkembangan ICT. Kemudahan dan hiburan yang dibawa dalam
perkembangan ICT telah menyebabkan orang ramai mengabaikan isu-isu yang berkaitan
dengan alam sekitar seperti pencemaran. Menurut Shaharudin Idrus (2015), kesedaran orang
ramai di Malaysia terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan serta penjagaan alam sekitar
adalah semakin rendah dan hampir mengecewakan. Oleh itu, kalau keadaan tersebut
diteruskan tanpa kawalan, alam sekitar akan dimusnahkan dan kehidupan depan kita akan
menghadapi kesukaran dan kesusahan sama ada dari segi makanan atau minuman secara
tidak langsung. Secara tidak langsung, memang tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan
ICT juga boleh menjadi satu rangkaian dan memberi perubahan kepada tahap kesedaran
rakyat Malaysia terhadap alam sekitar. Dalam generasi kini, terdapat pelbagai jenis produk
teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global telah diciptakan atau direalisasikan
untuk menangani isu-isu yang mengenai alam sekitar. Salah satu produk teknologi hijau
tersebut termasuklah kereta hibrid.

2.0 ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI


ALAM SEKITAR

Secara umumnya, kelestarian alam sekitar adalah amat
signifikan dan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar. Menurut Ramzi, H. (2021), kelestarian alam sekitar
yang dilanjutkan secara selama-lamanya dapat menunjukkan
kadar penuaian sumber yang boleh diperbaharui, pengurangan
kadar pencemaran dan juga penambahan sumber yang boleh
diperbaharui. Di samping itu, kelestarian alam sekitar juga
mampu memastikan keperluan manusia dalam generasi ini tanpa
menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk mencapai
keperluan mereka. Oleh itu, setiap orang harus mengambil
tindakan dan tanggungjawab untuk meningkatkan tahap
kesedaran terhadap semua punca yang boleh membawa kepada
kegagalan kelestarian alam sekitar. Kesedaran terhadap
kepentingan kelestarian alam sekitar harus dibangkitkan kerana
masih ada pihak yang tidak mengambil kira terhadap isu alam
sekitar yang berkaitan. Menurut Xu, L. et al., (2018), salah satu
isu semasa global yang mengenai alam sekitar termasuklah
pemanasan global. Seperti namanya, pemanasan global adalah
fenomena peningkatan suhu bumi yang melebihi paras normal.
Menurut Nazura (2021), pemanasan global adalah fenomena di
mana gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon
monoksida, klorofluorokarbon, metana, dan nitrogen oksida
menghalang dan memerangkap haba yang dilepasi dari bumi
daripada dibebaskan ke angkasa. Tanpa kawalan yang ketat,
pemanasan global akan menyebabkan berlakunya peningkatan
suhu permukaan bumi secara berterusan dan peningkatan paras
air laut. Bukan itu sahaja, pencemaran juga merupakan salah
satu isu yang amat hangat yang mengenai alam sekitar pada
masa kini. Menurut Cik Aidea (2017), pencemaran adalah satu
perbuatan yang menghalang dan menjejaskan kebersihan alam
sekitar iaitu, pencemaran udara dan pencemaran air. Pelepasan
gas rumah hijau seperti nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon
dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada
alam sekitar. Oleh itu, satu produk teknologi hijau telah dicipta
dan diwujudkan, iaitu kereta hibrid bagi menyelesaikan isu-isu
tersebut.

3.0 FUNGSI KERETA HIBRID

Kereta hibrid merupakan salah satu produk teknologi hijau yang diciptakan
pada generasi kini untuk menghapuskan masalah-masalah yang dihadapi
terhadap alam sekitar. Secara umumnya, kereta hibrid dikuasakan oleh enjin
pembakaran dalaman dan motor elektrik. Dengan ini, kenderaan yang lebih
hijau ini membolehkan pemandu mengalami penjimatan bahan api yang lebih
baik berbanding kereta yang biasa atau konvensional. Menurut Teoh, C.W.
(2015), kereta hibrid adalah salah satu produk teknologi hijau utama yang boleh
membantu dalam mengurangkan tahap pencemaran dengan mengitar semula
sisa haba dan tenaga dalam kehidupan. Konsep kereta hibrid adalah
menggunakan lebih daripada satu jenis tenaga, iaitu menggabungkan enjin
petrol atau diesel dengan motor elektrik, dan kedua-dua sistem akan berfungsi
antara satu sama lain untuk menggerakkan kenderaan. Hal ini dapat
membolehkan kereta mengambil sedikit petrol, dan mencapai kecekapan bahan
api yang lebih baik daripada enjin tradisional yang menggunakan bahan api
semata-mata pada masa yang sama. Hal ini demikian kerana kuasa elektrik
berfungsi untuk meningkatkan prestasi enjin. Menurut Nuff Nang (2011),
terdapat pelbagai jenis kenderaan hibrid telah direalisasikan dan antaranya
termasuklah hibrid selari (parallel hybrids), hibrid siri (series hybrids), dan juga
hibrid plug-in (plug-in hybrids).

Hibrid selari adalah sejenis hibrid yang paling biasa di mana
motor elektrik dan enjin petrol disambungkan dalam
penularan biasa yang menggabungkan kedua-dua sumber
kuasa. Kenderaan dikuasakan sama ada secara langsung
oleh enjin gas, oleh motor elektrik sahaja, atau oleh
gabungan kedua-duanya. Bagi hibrid siri, enjin petrol
kenderaan adalah tidak disambungkan ke roda dan hanya
digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi penjana
yang mengecas semula bateri dalam reka bentuk ini. Motor
elektrik hanya berfungsi untuk menyediakan semua
pendorongan. Bagi hibrid plug-in, bateri boleh dicas semula
dengan memasangkan sumber elektrik luaran. Hibrid plug-in
mempunyai bateri yang amat besar sehingga perjalanan
harian boleh diselesaikan dengan kuasa elektriknya sahaja.
Sebagai tambahan, selepas bekalan elektrik dihabiskan,
kereta itu akan berfungsi sebagai hibrid selari konvensional.

4.0 KELEBIHAN KERETA HIBRID

Kebelakangan ini, kereta hibrid telah menjadi Dalam nada yang serupa, memang tidak dapat
semakin popular dan biasa. Hal ini dikatakan dinafikan bahawa pemanduan atau penggunaan
sedemikian kerana kereta hibrid telah membawa kereta hibrid adalah amat senyap jika berbanding
banyak kebaikan dan kelebihan kepada keduadua dengan kereta konvensional merupakan salah satu
kehidupan harian kita dan juga alam sekitar. kelebihan kereta hibrid. Hal ini dikatakan sedemikian
Sehubungan dengan ini, salah satu kelebihan terbesar kerana ukuran enjin yang digunakan dalam kereta
kereta hibrid berbanding dengan kereta konvensional hibrid adalah lebih kecil. Menurut Nadhirah Rashid
ialah kereta hibrid adalah lebih mesra alam. Hal ini (2021), walaupun kereta hibrid mempunyai enjin
demikian kerana kenderaan hibrid menggunakan enjin berukuran yang lebih kecil daripada enjin kereta
berkuasa berkembar, iaitu enjin petrol dan motor konvensional, ia masih mampu menampung kapasiti
elektrik yang mengurangkan penggunaan bahan api yang sama dengan enjin kereta konvensional.
dan menjimatkan tenaga. Kereta hibrid juga berjalan Sebagai tambahan, Nadhirah Rashid juga
lebih bersih dan mempunyai perbatuan gas yang lebih menerangkan bahawa enjin kereta hibrid adalah
baik, yang menjadikannya mesra alam. Menurut mengaplikasikan penggunaan sistem arus ulang-alik
Anonymous (2018), kereta hibrid adalah bermampu (AC). Ia adalah berdasarkan pengurusan terma
untuk menjimatkan penggunaan bahan api dan ia juga bank bateri dengan kabin secara melalui penukar
hanya menghasilkan asap bertoksik yang bertahap haba yang berasingan yang disambungkan secara
rendah. Jadi, selain daripada dapat mengurangkan termal ke sarung bateri. Dengan ini, pemanduan
pencemaran udara yang disebabkan oleh pengeluaran kereta hibrid yang senyap dapat mengelakkan
asap toksik, kereta hibrid juga mampu mengurangkan berlakunya kesusahan dalam kalangan kejiranan
dan menjimatkan kos penggunaan bahan api secara dan perselisihan faham atau pergaduhan juga dapat
tidak langsung. Menurut Benjamin Hunting (2021), dielakkan secara tidak langsung akibat pencemaran
kereta hibrid seperti “Ford Fusion Hybrid” bukan sahaja bunyi. Jadi, salah satu kebaikan pembelian kereta
berjimat cermat dalam mengurangkan jumlah petrol hibrid adalah pemanduan kereta hibrid yang lebih
yang perlu dibeli, ia juga berfungsi kepada senyap berbanding dengan kereta konvensional.
pengurangan ketara dalam jumlah gas rumah hijau
yang dihasilkan. Kereta hibrid membantu dalam
memastikan kebersihan udara, terutamanya di
kawasan bandar utama di mana kesesakan jalan raya
boleh menghasilkan asap akibat pengumpulan bahan
pencemar atmosfera. Oleh itu, salah satu kebaikan
kereta hibrid adalah ia lebih mesra alam berbanding
kereta konvensional di mana kereta hibrid dapat
mengurangkan berlakunya pencemaran udara.

Dalam pada itu, kelebihan kereta hibrid juga termasuklah kereta hibrid selalunya hanya
memerlukan penyelenggaraan yang sedikit. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kereta
hibrid mempunyai dua sumber kuasa, iaitu enjin gas dan motor elektrik. Bukan itu sahaja,
terdapat juga kurang haus dan lusuh biasa pada enjin kereta. Kereta hibrid juga kurang
memerlukan minyak atau penyejuk, dan rutin penyelenggaraan yang lebih sedikit daripada
kereta yang hanya bergantung pada enjin bahan api pembakaran. Jadi, jumlah
penyelenggaraan kereta hibrid adalah lebih kurang jika berbanding dengan kereta
konvensional kerana pembaikan terhadap kereta hibrid adalah lebih rendah. Menurut
Athir, M.I. (2021), penggunaan kereta hibrid telah meningkat sebanyak 45% daripada
penggunaan kereta konvensional atau kereta tradisional kerana penyelenggaraan kereta
hibrid yang lebih rendah. Oleh itu, suatu kebaikan kereta hibrid termasuklah kereta hibrid
adalah kurang memerlukan penyelenggaraan.

5.0 KEKURANGAN KERETA HIBRID

Kereta hibrid amat mendapat sambutan yang besar kerana membawa
banyak kelebihan dan kebaikan kepada kita. Walaubagaimanapun, kereta
hibrid juga mempunyai kekurangan yang tersendiri. Pertamanya, salah satu
kekurangan yang terdapat dalam kereta hibrid tersendiri termasuklah harga
kereta hibrid adalah lebih mahal daripada kereta konvensional. Kos awal
pembelian kereta hibrid adalah lebih tinggi daripada kereta konvensional.
Bukan itu sahaja, kos penyelenggaraan kereta hibrid juga amat lebih mahal
jika berbanding dengan kereta konvensional. Hal ini dikatakan sedemikian
kerana enjin kereta hibrid yang unik dan pembangunan berterusan dalam
teknologi telah menyebabkan kesusahan untuk mencari mekanik dengan
kepakaran yang diperlukan untuk membaiki kereta hibrid. Sebagai
tambahan, pengguna kereta hibrid juga akan terkena bayaran yang tinggi
untuk penyelenggaraan dan pembaikan kereta hibrid masing-masing. Kos
operasi bagi kereta hibrid juga amat mahal apabila menggantikan bateri.
Menurut Farhan, M.A. (2020), bateri kereta hibrid adalah terdiri daripada
bahan-bahan yang berkos tinggi seperti logam nikel metal hibrid dan juga
ion lithium. Jadi, kos menggantikan bateri kereta hibrid adalah sungguh
tinggi yang seramai RM 5480 jika berbanding dengan kereta konvensional
apabila berlakunya kemalangan. Bukan itu sahaja, Farhan, M.A. juga
menerangkan bahawa kereta hibrid terpakai berharga yang paling tinggi
setakat ini ialah kereta Toyota Camry Hibrid, yang berharga sebanyak RM
75,000. Oleh itu, salah satu kekurangan yang terdapat dalam kereta hibrid
tersendiri termasuklah kedua-dua harga kereta hibrid dan juga kos
penyelenggaraan kereta hibrid adalah lebih tinggi dan mahal daripada
kereta konvensional.

Dalam nada yang serupa, kekurangan kereta hibrid juga
termasuklah pengendalian kereta hibrid adalah lemah. Sebuah
kereta hibrid menempatkan enjin berkuasa petrol, enjin elektrik
yang lebih ringan dan satu pek bateri berkuasa. Hal tersebut
telah menyebabkan penambahan berat dan ruang tambahan
dalam kereta. Berat tambahan akan mengakibatkan
ketidakcekapan bahan api dan pengeluar mengurangkan berat,
dan akhirnya mengakibatkan pengecilan motor dan bateri serta
kurang sokongan dalam penggantungan dan badan. Kereta
hibrid mempunyai lebih banyak jentera daripada kereta
konvensional, yang menambah berat tambahan dan
mengurangkan kecekapan bahan api. Jadi, pengeluar kereta
hibrid terpaksa membuat enjin dan bateri yang lebih kecil untuk
mengurangkan berat. Walaubagaimanapun, hal ini telah
mengakibatkan pengurangan kuasa untuk kenderaan dan
sokongan dalam badan dan penggantungan. Oleh itu, dapat
buktikan salah satu kekurangan kereta hibrid tersendiri ialah
pengendalian kereta hibrid adalah lemah.

6.0 PENAMBAHBAIKAN KERETA HIBRID

Keseluruhannya, kereta hibrid telah membawa kemudahan dan kebaikan
kepada kehidupan seharian kita sama ada dalam mengurangkan pencemaran dan
juga dalam kemudahan pengangkutan. Walaubagaimanapun, kereta hibrid juga
mempunyai kekurangan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, beberapa
tindakan mestilah dilakukan untuk menambahbaikkan kereta hibrid supaya dapat
meningkatkan kecekapan kereta hibrid dalam kehidupan kita. Pada hemat saya,
berat kereta hibrid boleh diringankan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bateri
yang dipasangkan pada kereta hibrid pada generasi ini adalah sangat berat dan ia
akan mempengaruhi pemanduan kereta hibrid kerana tidak mampu bergerak pada
kepantasan maksimum. Menurut Reggie Kumar (2013), kereta atau kenderaan
hibrid adalah kirakira 10 peratus lebih berat daripada kenderaan standard lain
termasuklah kereta konvensional. Jadi, saya bercadang untuk meringankan atau
mengecilkan saiz dan berat bateri, serta mengekalkan tenaga bateri lalu kepada
bateri yang ditambahbaik. Dengan ini, berat kereta hibrid akan menjadi ringan dan
kecekapan penggunaan kereta hibrid juga akan ditingkatkan secara tidak langsung.

7.0 KAEDAH PENGENDALIAN KERETA HIBRID

Bagi menjamin kereta hibrid dapat ditahan dengan secara selama-lamanya,
pengendalian dan penjagaan kereta hibrid mestilah dilakukan sebaik-baiknya. Pertamanya,
insurans adalah paling utama untuk menjamin keselamatan atau pertahanan sesuatu
barangan. Insurans bukan sahaja dapat melindungi kereta hibrid kita, insurans juga dapat
melindungi kita dari segi liabiliti kewangan, perbelanjaan perubatan, dan juga daripada
akibat undang-undang. Jadi, insurans adalah amat penting terhadap kedua-dua kereta dan
juga pemilik kereta. Menurut Logan, S. & Kara, M. (2020), insurans kereta boleh
melindungi kerosakan pada kenderaan atau sebarang perbelanjaan perubatan sama ada
terhadap sendiri atau penumpang selepas berlakunya kemalangan atau perlanggaran.
Selain itu, pemandu kereta hibrid juga mestilah memberi perhatian kepada kelajuan atau
kepantasan semasa memandu kereta hibrid. Menurut Nadhirah Rashid (2021), memandu
kereta hibrid dalam kelajuan yang terlalu tinggi akan memaksa enjin bekerja lebih keras
supaya dapat menghasilkan kuasa ekstra atau tambahan. Akhirnya, bekalan elektrik dalam
bateri akan dihabiskan secara cepat sehingga enjin tidak sempat untuk mengecas semula
bateri. Oleh itu, bagi menjadi kereta hibrid yang dimiliki dapat ditahan dengan lama, pemilik
atau pemandu kereta hibrid mestilah membeli insurans kereta bagi kereta hibrid
masingmasing, dan juga sentiasa memandu dalam kelajuan yang sederhana.

8.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, pada era modenisasi ini, kemudahan
dan hiburan yang dibawa dalam perkembangan ICT telah
menyebabkan orang ramai mengabaikan isu-isu alam sekitar
seperti pencemaran air, pencemaran udara, pemanasan global
dan lain-lain lagi. Jadi, perkembangan ICT boleh menjadi satu
rangkaian dan memberi perubahan kepada tahap kesedaran
rakyat Malaysia terhadap isu-isu mengenai alam sekitar yang
sedang berlaku di sekeliling kita. Dalam generasi kini, terdapat
pelbagai jenis produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu
semasa global telah diciptakan atau direalisasikan untuk
menangani isu-isu yang mengenai alam sekitar, dan salah satu
produk teknologi hijau tersebut termasuklah kereta hibrid.
Fungsi terutama kereta hibrid sebagai produk teknologi hijau
adalah untuk menangani atau mengatasi isu-isu alam sekitar
seperti mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan
mengelakkan berlakunya pencemaran udara serta pemanasan
global boleh dipulihkan. Walaubagaimanapun, kereta hibrid juga
mempunyai kekurangan yang tersendiri. Oleh itu, pelbagai jenis
tindakan mestilah dilakukan untuk menambahbaikkan kereta
hibrid setakat ini untuk meningkatkan kecekapan dan kegunaan
kereta hibrid dalam generasi ini. Secara pendek kata, saya
berharap semua orang sama ada rakyat Malaysia atau
penduduk negara lain boleh meningkatkan kesedaran terhadap
kereta hibrid dan menggunakan kereta hibrid dalam kehidupan
harian untuk mengekalkan dan menjamin kelestarian alam
sekitar.

RUJUKAN

RUJUKAN

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version