The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e-Pustaka cg.@riff, 2020-11-20 07:59:32

Simpulan Bahasa

Bahasa Melayu Tahun 3

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada
jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan
jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.

SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH
AYAT.
1. ada hati

Maksud : ada keinginan yang melebihi
kesanggupan.

Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak
hartawan itu.

2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licin
Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil

untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu
Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai

alas perut.

1

4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari

segi tingkah laku dan peraturan.
Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di

depan ibu bapanya.

5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti

anak sendiri
Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik

Rahman.

6. anak bongsu
Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga
Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya

atau majikannya.
Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak

hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan
Adnan.

2

8. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan

Puan Faridah.

9. angkat bakul
Maksud : orang yang suka memuji atau

meninggikan diri.
Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul

apabila bercerita tentang dirinya.

10. atas angin
Maksud : Negara-negara barat
Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh

negara-negara atas angin.

11. banyak mulut
Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu

tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

12. batu api
Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik.

Janganlah kamu menjadi batu api pula.

3

13. batu loncatan
Maksud : sesuatu yang digunakan untuk

mencapai sesuatu tujuan
Ayat : Diterimanya tawaran kerja sementara

itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh
pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan
Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan

Clementina.

15. bergadai nyawa
Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri

demi mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai

nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.

16. buah mulut
Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis

Inggeris pulang telah membawa buah mulut seluruh
kampung.

4

17. buah tangan
Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti

membawa buah tangan untuk kami.

18. bulat kata
Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat

kata untuk bergotong royong membersihkan
kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh
Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak

disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Ayat : Wanita itu mendapat durian runtuh

apabila membeli-belah di pasar raya itu.

20. gaji buta
Maksud : gaji yang diterima dengan tidak

bekerja sungguh-sungguh
Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat

daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

5

21. ikat perut
Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di

sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan
wang saku kepadanya.

22. iri hati
Maksud : perasaan cemburu
Ayat : Perempuan itu iri hati melihat

jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu
Maksud : tidak mendapat kata sepakat
Ayat : Mesyuarat itu terpaksa

diberhentikan kerana menemui jalan buntu.

24. keras kepala
Maksud : tidak mahu mengalah
Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada

terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.

6

25. khabar angin
Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari

kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar
tentang dirinya.

26. langkah kanan
Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat : Hari ini langkah saya langkah kanan

kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal
di pesta buku itu.

27. langkah seribu
Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya

kerana takut
Ayat : Budak yang menghendap di dusun itu

membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah
saya.

28. mandi peluh
Maksud : basah dengan peluh
Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi

peluh mengusahakan kebun sayurnya.

7

29. mata duitan
Maksud : orang yang mementingkan wang saja
Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana

kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

30. pilih kasih
Maksud : melebihkan pertimbangan kepada

orang yang dikasihi
Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam

memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.

31. rambang mata
Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk ke

kedai pakaian itu.

32. ringan tangan
Maksud : suka menolong orang
Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua orang

akan menyayangi kita.

33. ringan tulang
Maksud : rajin bekerja
Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu

bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

8

34. sampai hajat
Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek hendak

ke Makkah.

35. saudara baru
Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam
Ayat : Vincent telah menjadi saudara baru

sejak bulan lepas lagi.

36. senyum kambing
Maksud : senyum mengejek
Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing

melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata
Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat : Dania memberikan sehelai selendang

kepada Lina sebagai tanda mata.

9

38. tangan terbuka
Maksud : suka menolong orang yang dalam

kesusahan
Ayat : Keluarga Hasnan menerima

kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.
39. tangkai jering

Maksud : orang yang kedekut
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma
daripada dia kerana dia tangkai jering.
40. ulat buku
Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat : Maniam gemar membaca buku
sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat
buku.

10


Click to View FlipBook Version