The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifana88, 2017-06-18 12:57:21

PANDUAN PENGAJARAN PK TAHUN 6

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

Keywords: PANDUAN PDP PK TAHUN 6

KESIHATAN MENTAL PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
EMOSI DAN SOSIAL

Standard Kandungan
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan

dalam aspek kesihatan keluarga.

Standard Pembelajaran
2.2.1 Memahami proses perubahan mental, emosi, dan sosial remaja dalam institusi

kekeluargaan.

Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 dan 2 - Contoh luahan hati di laman sosial.

Langkah Pembelajaran
1 Baca contoh luahan hati seorang remaja (Lampiran 1 dan Lampiran 2).

2 Perbincangan tentang catatan luahan hati tersebut.
3 Secara berkumpulan senaraikan perubahan mental, emosi, dan sosial yang dialami oleh

remaja dalam keluarga (Lembaran 1).
4 Laporkan hasil perbincangan.

5 Rumusan.

42

KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL

01.01.2015
Hari ini Zaini, sahabatku menyambut ulang tahun yang ke 12. Ayah
tak mengizinkan aku menghadiri jamuannya. Aku mengurung diri di
dalam bilik sebagai tanda membantah. Ayah tak mengendahkanku.
Aku menangis.

03.01.201

Abang-abangku tidak lagi mahu bermain denganku. Mereka sudah
mempunyai teman-teman yang lebih dewasa dariku.

05.01.2015

Ibu sentiasa mengikut aku ke mana sahaja aku nak pergi. Rimaslah.
Ayah pula selalu keluar dengan abang-abangku.

43

KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL

06.01.2015
Ayah dan ibu benarkan aku ke kem Jati Diri di Janda Baik, Pahang.
Banyak perkara aku cuba buat sendiri seperti abseiling, flying fox
dan sebagainya.

07.01.2015
Abang memarahi aku kerana memakai seluar pendek dengan
kemeja-T celoreng. Katanya aku bukan budak kecil lagi. Aku kena
berpakaian lebih sopan. Aku sudah dewasa katanya.

08.01.2015
Ibu membawaku bertemu dengan rakannya. Rakan ibu membantu
menggayakan aku dengan gaya remaja terkini. Aku suka.

44

KESIHATAN MENTAL Lembaran kerja 1
EMOSI DAN SOSIAL

Senaraikan perubahan alam kanak-kanak dan alam remaja dari segi
emosi, mental dan emosi dalam keluarga.

Alam Kanak-kanak Alam Remaja

MENTAL

EMOSI

SOSIAL

45

KESIHATAN MENTAL KEKELUARGAAN
EMOSI DAN SOSIAL

Standard Kandungan
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi

kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.

Standard Pembelajaran
2.2.2 Menganalisis peranan remaja dalam memperkukuh institusi kekeluargaan.

2.2.3 Menilai kepentingan peranan remaja dalam memperkukuh institusi kekeluargaan.

Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Gambar keluarga

Langkah Pembelajaran
1 Paparkan Lampiran 1.
2 Bincangkan mengenai peranan setiap ahli keluarga.

3 Edarkan lembaran kerja 1.
4 Bincangkan peranan remaja untuk memperkukuh institusi kekeluargaannya.

5 Rumusan.

46

KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL

Saya dan sepupu saya, Abil
47

KESIHATAN MENTAL Lampiran 2
EMOSI DAN SOSIAL

Contoh jawapan

Bagaimanakah saya dapat memperkukuh institusi kekeluargaan saya?

Bil Peranan Saya Bagaimana ? Kepentingan?

1 Berfikir secara matang Memberi pendapat Dapat membantu
menyelesaikan masalah

2 Bertanggungjawab Membantu ibu bapa Meringankan beban
tugas
3 Menghormati dan Patuh dan mendengar
menghargai ibu bapa nasihat Mengeratkan hubungan
kekeluargaan

4 Menggunakan masa Mengurus masa dengan Disiplin diri, menepati
dengan baik baik masa dan sistematik

5 Bersahsiah mulia dan Berbicara dengan Menjadi anak yang baik
berbudi bahasa. beradab dan bertingkah
laku yang sopan
6 Bertoleransi
Bertimbang rasa dan Menjaga perhubungan
7 Belajar bersungguh- berempati yang baik dalam
sungguh. keluarga

8 Berusaha mengatasi Memberi tumpuan Masa depan yang lebih
kelemahan diri sewaktu belajar dan baik dan menjadi
motivasi diri yang tinggi seorang yang berjaya

Dapat menerima teguran Membaiki kelemahan diri

daripada orang lain dan meningkatkan

motivasi diri

9 Berdisiplin dan menjauhi Mengisi masa dengan Menjaga maruah

kegiatan yang negatif aktiviti yang berfaedah keluarga dan diri sendiri

10 Berdikari Mampu melakukan kerja Mampu menguruskan

tanpa disuruh diri sendiri

48

KESIHATAN MENTAL Lembaran kerja 1
EMOSI DAN SOSIAL

Bagaimana saya dapat memperkukuh institusi kekeluargaan saya?

Bil Peranan Saya Bagaimana ? Kepentingan?

1 Berfikir secara matang

2 Bertanggungjawab

3 Menghormati dan
menghargai ibu bapa

4 Menggunakan masa dengan
baik

5 Bersahsiah mulia dan
berbudi bahasa

6 Bertoleransi

7 Belajar bersungguh-sungguh

8 Berusaha mengatasi
kelemahan diri

9 Berdisiplin dan menjauhi
kegiatan yang negatif

10 Berdikari

49

KESIHATAN MENTAL PERHUBUNGAN
EMOSI DAN SOSIAL

Standard Kandungan
2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam

kehidupan harian.

Standard Pembelajaran
2.3.1 Menganalisis situasi tekanan daripada rakan sebaya.

2.3.2 Mengaplikasi cara mengurus tekanan daripada rakan sebaya melalui komunikasi
berkesan.

Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - ‗Pokok Maklumat‘
Lampiran 2 - Permainan ‗Kami Boleh…‘.
Lembaran kerja 1

Langkah Pembelajaran
1 Teliti ‗Pokok Maklumat‘ (Lampiran 1).
2 Bincang dan kenal pasti tekanan berdasarkan ‗Pokok Maklumat‘.
3 Permainan ‗Kami Boleh…‘ dan menulis respons (Lampiran 2).
4 Ceritakan cara mengurus tekanan daripada rakan sebaya berdasarkan permainan

‗Kami Boleh…‘ (Lembaran 1).
5 Rumusan.

50

KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL
Tekanan emosi:
Baca dan kaji ‗Pokok Maklumat‘.
IDOLA
Tekanan lisan:
Sekumpulan individu
DISISIH yang popular suka

Mengugut untuk membeli, memakai atau
meninggalkan kawan membuat sesuatu.

atau memutuskan Mereka ini menjadi ikutan
persahabatan. ramai.

Tekanan emosi: Tekanan lisan:

JELINGAN MENYINDIR

Sekumpulan individu Menghina atau
yang suka menjeling memanggil nama
orang lain. Jelingan itu yang menyebabkan
bermaksud “Saya hebat seseorang berasa
atau cantik dan awak
tidak selesa.
tidak…”
Tekanan emosi:
Tekanan lisan:
KOMPLOT
MEMBUAT
PERTIMBANGAN Sekumpulan individu
berbisik dan ketawa
Memberi alasan untuk membuat sambil melihat sesuatu
sesuatu atau kenapa ianya boleh yang anda tidak nampak
serta membelakangi
dibuat atau diikuti.
orang lain.

51

KESIHATAN MENTAL Lampiran 2
EMOSI DAN SOSIAL

 Permainan ini boleh dimainkan lebih daripada empat orang dalam satu kumpulan.

 Setelah membentuk kumpulan, seorang ketua mesti dilantik. Setiap kumpulan diberi
satu senario di mana mereka mesti menyelesaikannya.

 Senario untuk dibincangkan:

1. Kawan-kawan anda mula belajar merokok. Dia juga mahu anda mencubanya.
Apakah keputusan anda? Mengapa?

2. Salah seorang kawan anda mahu menyisihkan salah seorang teman rapat
anda. Mereka memberitahu sekiranya anda tidak mahu mengikut, mereka akan
berhenti bercakap dengan anda. Apakah keputusan anda? Mengapa?

3. Ketika berjalan ke kantin, rakan anda telah menyerahkan sebuah telefon bimbit
kepada anda. Dia meminta anda menyimpannya di dalam beg anda kerana dia
tidak mahu ditangkap memiliki telefon bimbit. Anda tidak mahu terlibat dengan
masalah tersebut tetapi anda telah diberitahu bahawa anda tiada pilihan.
Sekiranya enggan, anda akan dipukul. Apakah keputusan anda? Mengapa?

4. Kawan-kawan anda telah memakai tatu palsu. Ibu bapa anda telah melarang
anda memakainya. Kawan-kawan anda memberitahu sekiranya anda tidak
memakainya bermaksud anda tidak setia pada kawan-kawan anda dan mereka
menyisih anda. Apakah keputusan anda? Mengapa?

5. Ketika anda memasuki tandas sekolah, anda terlihat beberapa orang murid
membuli seorang murid yang lain. Mereka mengajak anda membuli bersama.
Sekiranya anda enggan, mereka akan memberitahu guru bahawa anda yang
membuli murid tersebut. Apakah keputusan anda? Mengapa?

 Murid dikumpulkan untuk melakonkan senario di atas. Contoh soalan:

1. Adakah sukar untuk berkata TIDAK? Mengapa?

2. Adakah anda berkeyakinan untuk menggunakan kemahiran berkata TIDAK
terhadap tekanan rakan sebaya?

52

MODUL 2 Lembaran kerja 1

KESIHATAN MENTAL,
EMOSI DAN SOSIAL

Anda dikehendaki mengenal pasti jenis tekanan dan perasaan yang dihadapi
di dalam senario yang dilakonkan oleh rakan-rakan anda.

Senario Tekanan Tekanan
Lisan Emosi

Senario 1

Senario 2

Senario 3
Senario 4

Senario 5

53

54

55

KESIHATAN PENYAKIT
PERSEKITARAN

Standard Kandungan
3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam

kehidupan harian.

Standard Pembelajaran
3.1.1 Mengetahui penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.

3.1.2 Mengetahui gejala dan tanda penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.

Bahan Bantu Belajar
Risalah
Lembaran kerja 1

Langkah Pembelajaran
1 Cerita mengenai pengetahuan sedia ada tentang cirit-birit atau keracunan makanan.
2 Cari maklumat penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air. Bincangkan gejala

dan tanda penyakit-penyakit tersebut.

3 Lengkapkan lembaran kerja 1 berdasarkan maklumat yang diperolehi.

4 Rumusan.

Nota guru: Guru mendapatkan risalah mengenai penyakit tidak berjangkit dari klinik
kesihatan yang berhampiran atau laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).

56

KESIHATAN Lembaran kerja 1
PERSEKITARAN TANDA

Isi maklumat yang diperolehi di dalam jadual di bawah.

BIL PENYAKIT CARA JANGKITAN GEJALA
1 Cirit birit

2 Taun
(Cholera)

3 Hepatitis A

4 Demam kepialu

57

KESIHATAN PENYAKIT
PERSEKITARAN

Standard Kandungan
3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam

kehidupan harian.

Standard Pembelajaran
3.1.3 Menganalisis cara merebak dan cara mencegah penyakit bawaan makanan, dan penyakit

bawaan air.

Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Keratan akhbar

Langkah Pembelajaran
1 Edar dan baca keratan akhbar (Lampiran 1).

2 Isi maklumat berpandukan gambar (Lembaran kerja 1, 2, 3 dan 4).
3 Bentangkan hasil kerja kumpulan.
4 Rumusan.

58

MODUL 3 Lampiran 1
KESIHATAN
PERSEKITARAN

Jaga kesihatan ketika musim banjir

Oleh Zana Muni

Musim tengkujuh sudah tiba. Sejak pertengahan November lalu beberapa negeri dilanda
banjir akibat hujan lebat berterusan. Ini menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke
pusat penempatan sementara mangsa banjir.

Bagi menjaga kebajikan mangsa banjir di pusat penempatan sementara, pihak berkuasa
melengkapi pusat itu dengan kemudahan asas, makanan dan keperluan diri yang selesa,
termasuk menyediakan kawalan keselamatan dan pemeriksaan kesihatan.

Namun, tanggungjawab menjaga kesihatan diri sebenarnya bergantung kepada individu
terbabit. Ini kerana, banjir juga mengundang penyakit berjangkit disebabkan bawaan air
dan hanya kesedaran diri sendiri mampu mengelak menghidap penyakit seperti taun,
Hepatitis A dan demam kepialu.

Penyakit yang kerap dihidapi mangsa di pusat penempatan ini adalah taun yang
menyebabkan cirit-birit teruk. Seseorang yang menghidap taun dapat dikesan melalui
gejala seperti cirit-birit mendadak yang banyak dan cair. Manakala Penyakit Hepatitis A
pula, berjangkit melalui air, makanan atau susu dicemari najis mengandungi virus
Hepatitis A. Ia cepat berjangkit namun tidak menyebabkan kematian, tetapi ia akan
menghasilkan imuniti terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Demam kepialu juga adalah
penyakit kerap dilaporkan di kalangan mangsa banjir disebabkan bakteria iaitu seseorang
yang dijangkiti membawa bakteria itu dalam darah dan usus.

Justeru, mangsa banjir perlu menitikberatkan kebersihan untuk mengelak dijangkiti
penyakit terbabit. Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sempurna,
terutama selepas banjir atau bencana alam. Elak makanan berisiko seperti sayuran
mentah dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih. Minum air yang dimasak
atau air dari bekalan botol.

59

KESIHATAN Lembaran kerja 1
PERSEKITARAN

Berpandukan Gambar 1, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 1: Cirit-birit

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

60

KESIHATAN Lembaran kerja 2
PERSEKITARAN

Berpandukan Gambar 2, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 2 : Taun / Cholera

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

61

KESIHATAN Lembaran kerja 3
PERSEKITARAN

Berpandukan Gambar 3, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 3: Demam Kepialu

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

62

KESIHATAN Lembaran kerja 4
PERSEKITARAN

Berpandukan Gambar 4, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 4: Hepatitis

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

63

KESIHATAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Standard Kandungan
3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran

kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran
3.2.1 Menilai pengaruh komuniti kepada keselamatan.
3.2.2 Mengaplikasi cara-cara menangani pengaruh yang mengancam keselamatan.

Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1- Kad situasi

Langkah Pembelajaran
1 Setiap kumpulan akan menerima sekeping kad situasi (Lampiran 1).

2 Lakon dan tunjukkan cara-cara menangani pengaruh yang mengancam keselamatan.

3 Terangkan pengaruh komuniti yang dapat dikesan dalam lakonan.

4 Rumusan.

64

KESIHATAN Lampiran 1
PERSEKITARAN

Nilai pengaruh positif dan negatif dalam situasi di bawah.

Ali mengajak anda memer- Kamu diarahkan oleh rakan
sAeknedlaasdiaurnatuhkkanmoenlechurriakdaunit
as uAglui tmemnugriadjaktaahunnda3 di rsaekakneldais uknetluaks smebeenlcahu.ri duit
sekomlaehm. eras ugut murid
rakan di kelas sebelah.
Tahun 3 di sekolah.

Aisyah mengajak kamu Seorang kawan mengajak
meAnzisiayraahhimjeirnagnajkaakmaundyaang kSameouramngemkabwanatun mgeunrugaPjaJkK
smedeannzgiasraakhiti. jiran anda yang menagnedmaasmsetomr bsaunktaun guru
mengemas stor buku teks.
sedang sakit.

dkpRmeiaRabrmtekuaeamuammrknspapaaa-bennheremara-lrpuarnkmaaemwa-rkaknsmaaiaaanhamnamianaubddnandeiiamraadksnaeanibkmmwtdeaaapaarmwm-esslaaaaaasnnmwiannaa Rakan mengajak kamu
permainan. menyaksikan perlumbaan
haSreamorang rakan mengajak
Rakan mengajak kamu pergi
keSekoarfaensgibrearkaunntmukenbgearmjaakin anda menyaksikan
pearnmdaainapnevrgidiekoe kafe siber perlumbaan haram.
untuk bermain permainan
Seorang rakan mengambil
video. rSokeookrabnagparnaykaandamnemngeangmabjailk
kamurokobkerbsaampa-nsyaamdaancuba
menmgehinsgapajraokkoaknda untuk

menghisap rokok.

65

KESIHATAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Standard Kandungan
3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran

kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran
3.2.3 Mengamalkan cara-cara memperkukuh pengaruh positif untuk keselamatan.

Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Kad situasi ‗Gallery Walk’
Sticky notes

Langkah Pembelajaran
1 Situasi (Lampiran 1) dilekatkan pada dinding kelas.
2 Setiap kumpulan akan bergerak ke stesen situasi yang telah disediakan.
3 Setiap kumpulan memberi komen atau cadangan terhadap semua situasi di atas ‗sticky

notes‘ dan ditampalkan pada kad situasi.
4 Rumusan.

66

KESIHATAN Lampiran 1
PERSEKITARAN

Kad Situasi

STESEN PERTAMA: STESEN KEDUA:

Seorang kanak-kanak yang Seorang murid yang lambat
ditinggalkan bersendirian di diambil oleh ibu bapa atau

rumah. penjaga selepas waktu
persekolahan.

STESEN KETIGA: STESEN KEEMPAT:

Seorang murid yang berjalan Seorang murid yang
bersendirian pulang ke rumah berpindah ke sekolah baharu.

atau pergi ke kedai.

STESEN KELIMA: STESEN KEENAM:

Seorang murid yang rumahnya Seorang murid yang
berdekatan dengan jalan raya menghadapi masalah untuk
yang sering digunakan untuk
menjauhkan diri daripada
perlumbaan haram. rakannya yang merupakan

seorang kaki buli.

67

KESIHATAN PERTOLONGAN CEMAS
PERSEKITARAN

Standard Kandungan
3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut

situasi.

Standard Pembelajaran
3.3.1 Mengenal pasti kandungan peti pertolongan cemas yang lengkap serta fungsinya.

Bahan Bantu Belajar
Kad gambar
Peti pertolongan cemas

Langkah Pembelajaran
1 Selerakkan kad gambar di atas meja.

 Gambar bahan dalam peti pertolongan cemas
 Gambar bukan bahan dalam peti pertolongan cemas

2 Secara berkumpulan, murid mendapatkan kad gambar yang betul untuk dimasukkan ke
dalam peti pertolongan cemas masing-masing dalam masa yang diberikan.

3 Murid membandingkan isi peti pertolongan cemas masing-masing dengan peti pertolongan
cemas yang ditunjukkan oleh guru.

4 Edarkan lembaran kerja 1.

68

KESIHATAN Lampiran 1
PERSEKITARAN

SENARAI SEMAK GURU
PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peralatan dan Ubat-ubatan Fungsi
Pembalut tiga segi Membuat anduh dan pembalut
Pembalut gulung pelbagai saiz
Kapas Membalut luka

Membersih luka, membuat alas dan
melumur ubat

Kertas nipis Membersih luka dan kegunaan lain
Pin penyemat
Gunting Menyemat anduh dan sebagainya

Penyepit Memotong pembalut gelung dan
sebagainya

Mengeluarkan serpihan, menyepit kapas
dan sebagainya

Iodin atau Blue solution Ubat luka
Pisau kecil Memotong pita pelekat
Risalah kecil bantu mula Rujukan merawat
Antiseptik Membasuh luka
Paracetamol Selesema, demam dan sakit kepala

Minyak angin atau ubat gosok Sakit perut, gigitan serangga dan
selesema

Pita pelekat Melekat balutan

Pita luka Membalut luka kecil

Nombor telefon klinik dan hospital yang Mendapatkan bantuan segera
berhampiran

Rujuk laman web untuk nama peralatan dan fungsi.
69

KESIHATAN Lembaran Kerja 1
PERSEKITARAN

Nama Kumpulan: ___________________________ Tahun: _________________

Lengkapkan fungsi peralatan/ubat-ubatan di bawah.

Peralatan dan Ubat-ubatan Fungsi
Pembalut tiga segi
Pembalut gulung pelbagai saiz
Kapas
Kertas nipis
Pin penyemat
Gunting
Penyepit
Iodin atau Blue solution
Pisau kecil
Risalah kecil bantu mula
Antiseptik
Paracetamol

Minyak angin atau ubat gosok

Pita pelekat

Pita luka

Nombor telefon klinik dan hospital
yang berhampiran

70

KESIHATAN PERTOLONGAN CEMAS
PERSEKITARAN

Standard Kandungan
3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut

situasi.

Standard Pembelajaran
3.3.2 Mengaplikasikan penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula.

Bahan Bantu Belajar
Peti pertolongan cemas
Lampiran 1

Langkah Pembelajaran
1 Edarkan sampul yang mengandungi situasi lakonan bantu mula kecederaan ringan pada

setiap kumpulan (Lampiran 1).

2 Bincang dan lakonkan situasi bantu mula dengan menggunakan peti pertolongan cemas.

3 Rumusan.

71

KESIHATAN Lampiran 1
PERSEKITARAN

Tergelincir di tepi parit. Kaki terseliuh.

Tolak-menolak ketika beratur.
Terjatuh dan luka pada kedua-dua lutut dan tapak tangan.

Terjatuh dari tangga semasa menuju ke kantin.

72

KESIHATAN PERTOLONGAN CEMAS
PERSEKITARAN

Standard Kandungan

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak
mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

3.3.3 Mengaplikasikan penggunaan bahan alternatif dalam bantu mula sekiranya tiada
peti pertolongan cemas.

Bahan Bantu Belajar

Kain selendang
Tuala kecil
Sapu tangan
Tali
Riben
Ranting kayu
Langkah Pembelajaran

Aktiviti Meneroka.

1 Dalam kumpulan kecil, seorang murid menjadi mangsa (lakonan tanpa suara).
Murid dikehendaki mengenal pasti jenis kecederaan dan memilih cara bantu mula
yang sesuai.

2 Contoh situasi:

a. Siku melecet akibat terjatuh ketika bermain.

b. Jari luka ketika memotong buah-buahan.

c. Kaki terseliuh akibat terjatuh tangga.

d. Terhantuk kepala dan benjol.

3 Rumusan.

73

74

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8, BLOK E 9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

TEL: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

75


Click to View FlipBook Version