The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZhongHan_F1048, 2020-11-17 02:45:04

E-folio

E-folio

E – FOLIO

Kod khusus : MPU23042- NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

ANCAMAN JENAYAH SIBER

Bil. Nama No. Matrix
1. Nge Kai Meng 25DET19F1110
2. Vasselionel Arquette 25DET19F1128
3. Devon Edison Ung 25DET19F1005

Sesi Jun 2020
Nama pensyarah : Puan Asmah Binti Awang

1

INDEKS Muka Surat
3
Bil. Perkara 4
1 Penghargaan 5
2 Pengenalan 6-8
3 Definisi 8-9
4 Faktor terjadinya ancaman jenayah siber
5 Kesan ancaman jenayah siber 9-11
6 Langkah untuk mengatasi anacaman tersebut 12
7 Kesimpulan 13
8 Lampiran 13
9 Rujukan

2

Penghargaan

Tugasan ini akhirnya telah diselesaikan dengan jayanya. Kami berterima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Puan Asmah binti Awang , bagi subjek nilai masyarakat Malaysia atas
pemberian nasihat dan peluang untuk membuat E-folio. Tidak dilupakan juga ahli kumpulan iaitu
vasselionel dan devon yang terlibat dalam proses pelaksanaan tugasan tersebut. Jasa mereka
yang sudi meluangkan masa, menyumbang tenaga untuk menyiapkan bahagian tugasan masing-
masing dan perkongsian idea yang amat dihargai. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa
dan rakan-rakan yang memberi sokongan dan buah fikiran sepanjang tempoh pelaksanaan
tugasan tersebut. Sekian, terima kasih.

3

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, internet mejadi suatu kewajiban dalam kehidupan masyarakat
moden. Selain itu, pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet seharian.
Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan hanya melayari
internet. Remaja kini juga telah terdedah dengan pelbagai media sosial yang ada di internet.
Bagaimanapun, disebalik manfaatnya internet ini masih terdapat sesetengah pihak yang
menjadikan internet ini sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah yang di
alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Seterusnya, penipuan juga merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya
terjadi apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat yang tertentu.
Misalnya, terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan.
Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja
sudah dapat untuk menciplak laman web perbankan. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui
internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya. terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan
boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini
terjadi apabila pengguna internet tidak berhati–hati dengan maklumat peribadi
mereka.Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini disebabkan
penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil bagi mengatasi masalah
ini seperti memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun, penyebaran virus juga sentiasa ada yang
terbaru.

Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal
dikalangan pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod
keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang
komputer dan internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini
boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui
maklumat sulit sesebuah syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan.

4

Definisi

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber
ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data
komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat
komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan
maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber,
berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau
salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini
menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbiran sesetengah negara yang selama ini mahu
mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

5

Faktor terjadinya jenayah siber

Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya
maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi dan
maklumat ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna.
Kebanyakannya yang menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan
ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi.
Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan,
menyebabkan yang ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan
kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan
Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna.
Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu dapat mempamerkan butir-butir
peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh itu, individu
yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk mengaut
keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak
hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat komunikasi
terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh
kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi
mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.Menurut Cybersecurity Malaysia,
peningkatan kadar jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan
mendadak pengguna Internet setiap tahun. Seterusnya, sikap manusia yang negatif (sekadar
suka-suka) juga antara salah satu punca jenayah siber tersebar,kerana jenayah siber sering
dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka akan menyerang sistem
hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu baru yang mereka pelajari.Kebanyakan mereka
ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an. Golongan remaja ini mempunyai sikap
yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang
mereka lakukan. Tambahan pula , sifat ketamakan manusia juga antara punca jenayah siber
terjadi. Antaranya keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan
kaedah alternatif. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil
peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut, oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah
siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu
melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya merompak. Disebabkan sikap
manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang

6

melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang
mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun
mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam
lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010,
dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan
remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan
Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat
menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada
Februari 1997.

Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang
untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan
teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000,
pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan,
dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan
tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika
Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang
juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel. Soalannya dari mana
remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir
tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari
ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba

Di samping itu, graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan
perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Aplikasi pembayaran melalui
atas talian atau online telah mendapat tempat dalam kalangan pihak perbankan,pentadbir dan
laman sesawang untuk membeli-belah atas talian atau shopping online. Mudah, menjimatkan
masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan
aplikasi ini. Tiada lagi ramai beratur membayar bil di bank mahupun di pejabat pos malahan
membeli-belah atas talian juga menjadi ikutan pengguna terutamanya golongan remaja.Antara
laman web yang menawarkan aplikasi ini ialah Amazon.com yang memasarkan buku-buku,
pengiklanan produk-produk terbaru dan tawaran promosi melalui tempahan dan pembayaran,
yang kesemuanya diurus secara online.Begitu juga seperti syarikat-syarikat penerbangan di
Malaysia seperti Airasia, Fireflyz dan Malaysia Airline yang menjalankan urusniaga seperti
tempahan tiket dan pembayaran online. mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT

7

berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan. “Pembangunan
teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan,” kata Gillespie dan
Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. “Namun begitu, teknologi juga
menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan
yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak. Oleh itu
undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negatif dan
menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.

Kesan jenayah siber

Terdapat pelbagai kesan yang menyumbang kepada jenayah siber. Aplikasi atas talian
akan memberi impak buruk kepada penguna jika tiada sekuriti atau keselamatan dalam proses
transaksi pembayaran online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses berbankan online akan
memudaratkan pengguna iaitu tanpa sedar,mereka sebenarnya telah memberi kata laluan atau
password kepada penjenayah siber. Hal ini akan memudahkan penjenayah siber untuk
menggodam atau mencuri informasi perbankan pengguna bertujuan mencuri atau memindahkan
wang pengguna kepada akaun penjenayah siber. Selain pengguna, organisasi atau laman
sesawang yang mengunakan aplikasi online ini juga akan menerima ancaman dan gangguan
daripada penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit organisasi dengan niat untuk
membantutkan operasi organisasi tersebut. Jenayah siber seperti ini pernah berlaku kepada
perbankan Maybank pada tahun 2007 apabila pengguna Maybank telah menggunakan laman
web tidak rasmi dalam proses transaksi pemindahan wang dalam akaun. Malang sekali,
pengguna tersebut kehilangan sejumlah wang apabila maklumat transaksi perbankan diakses
mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun membuka banyak mata pihak organisasi dan
pengguna dalam berhati-hati mengunakan aplikasi perbankan, pemindahan atau pembayaran
wang secara online.

Di samping itu, Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Hanya satu klik sahaja,
pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya
dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Contonhya dalam kes penyebaran
maklumat palsu mengenai kematian Ketua Polis Diraja Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh pihak
tidak bertanggungjawab. Maklumat palsu ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan
pihak pentadbir dalam dan luar negara. Maka daripada kes ini, jelaslah penyampaian dan

8

penerimaan maklumat dan informasi tanpa ditapis akan menyumbang kepada gejala jenayah
siber.

Langkah-langkah untuk mengatasi ancaman jenayah siber

Antara langkah untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran
kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan
mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai
seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan
teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap
mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya
masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila
menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap
inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-
taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan
jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam
memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman
keselamatan siber.

Seterusnya, mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber. Pihak berkuasa
seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah
siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam
konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan
seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah
rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula
harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang
kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa
dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan
menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan
seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi
teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar

9

keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi
dalam negara dan menarik pelabur asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur
yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan.

Selain itu, memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber. Kita juga
sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi
pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar
sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul.
Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam
membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat.
Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta
tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih
perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh
dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak
kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi
kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan
kepentingan keselamatan siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah.

Akhir sekali, bekerjasamaekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah
siber. Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara.
Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain
dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan
keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju
yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan
agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku
transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan
kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya
menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak
berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan
sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jikasebliknya hanya
kerugian akan kita dapat.

10

Kesimpulan

11

Kesimpulannya, gejala jenayah siber ini haruslah dibanteras segera kerana kesan gejala
ini telah mencetuskan pelbagai masalah dalam negara kita misalnya menjejaskan hubungan
politik, ekonomi dan sosial di rantau ini. Hal Ini kerana, penyebaran maklumat yang tidak tepat
dan mengelirukan melalui internet itu boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kestabilan
serantau dan global.jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan
tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana kesukaran
mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang
perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang – undang seperti Akta Percetakan,
Akhbar dan Penerbitan 1984.

12

Lampiran

Rujukan

• https://nrulcool.weebly.com/punca-punca.html
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
• https://pengajianamcgsue.forumms.net/t1131-jenayah-siber

13


Click to View FlipBook Version