BAB 1
JAWAB SEMUA SOALAN
1.1 LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
1. Kedudukan Raja dalam sistem pentadbiran di alam Melayu diperkukuhkan dengan bantuan
A Hamba
B Tentera
C Pembesar
D Golongan agama
2. Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan
A Dewa Siva
B Dewa Brahma
C Dewa Visnu
D Dewa Murugan
3. Gambar 1 menunjukan sebuah buku undang-undang kerajaan Majapahit.
Gambar 1
Apakah undang-undang tersebut?
A Tripitaka
B Yajur Veda
C Katara manawa
D Dhammapada
1
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
4. Maklumat berikut berkaitan Kerajaan Funan.
Wilayah pengaruh kerajaan Funan merangkumi Sungai
Mekong,Telok Cham Ranh,Selatan Myanmar dan
Segenting Kra
Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh?
A Negara yang mempunyai undang-undang
B Rakyat memperakui pemerintahan raja
C Raja menjadi tonggak kerajaan
D Pengamalan adat istiadat
5. Bagaimanakah rakyat Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada pemerintah?
I Terlibat dalam peperangan
II Upacara persetiaan
III Meminum air sumpah
IV Membayar ufti
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6. Gambar 2 menunjukan sebuah Inkripsi Telaga Batu yang digunakan oleh Kerajaan Srivijaya.
Gambar 2
Apakah fungsi Inskripsi tersebut ?
A Upacara penyembahan
B Upacara pertabalan raja
C Upacara pemakaman
D Upacara persetiaan
2
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
7. Srivijaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud
I bercahaya
II bergemelapan
III kegemilangan
IV kemenangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8. Maklumat berikut berkaitan sebuah upacara kerajaan Srivijaya.
Air akan dituang keatas Inskripsi Telaga Batu dan air mengalir
di corong dibawahnya. Air tersebut akan ditadah dan di minum
oleh rakyat
Apakah tujuan rakyat meminum air tersebut ?
A Membersihkan jiwa
B Meningkatkan semangat juang
C Kesetiaan kepada pemerintah
D Tanda penghormatan kepada dewa
9. Bagaimanakah kerajaan Johor-Riau melaksanakan ciri-ciri negara bangsa?
A Penekanan aspek politik
B Penekanan aspek Islam
C Penekanan aspek ekonomi
D Penekanan aspek kebudayaan
3
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
10. Gambar 3 menunjukan salah seorang pemerintah Srivijaya.
Gambar 3
Bagaimanakah Raja Srivijaya dikenang oleh rakyat?
A Pembinaan sistem pengairan
B Hasil pertanian yang banyak
C Monumen yang dibina
D Jumlah ketulan emas
1.2 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA
11. Maklumat berikut berkaitan sistem pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Raja merupakan pemerintah tertinggi dan
dAibantu oleh para pembesar
Apakah sistem pemerintahan tersebut?
A Sistem Pembesar Empat Lipatan
B Sistem Raja berkuasa mutlak
C Sistem Musyawarah
D Sistem Penasihat
12. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah Kerajaan Melaka selepas kedatangan Islam?
A Amir
B Sultan
C Devaraja
D Bayangan Allah
4
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
13. Rajah menunjukan golongan rakyat yang terdapat di Melaka.
Rakyat Melaka Orang Melayu
X
X merujuk kepada
A Golongan peranakan
B Orang dagang
C Pendakwah
D Orang Laut
14. Gambar 4 menunjukan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka.
Gambar 4
Golongan rakyat merujuk kepada
I golongan merdeka
II bangsawan
III pedagang
IV hamba
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
15. Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?
A Lambang kebesaran
B Lambang kemuliaan
C Lambang kekuasaan
D Lambang kemegahan
5
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
16. Kerajaan Dinasti Ming telah mengiktiraf kedaulatan kerajaan Melaka.
Bagaimanakah pengiktirafan ini dilaksanakan?
A Menghantar bantuan senjata
B Menghantar utusan
C Menghantar penasihat
D Menghantar ufti
17. Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar seorang Laksamana beragama Islam untuk
mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Melaka.
Siapakah laksamana tersebut?
A Shih Huan Ti
B Moa Tze Tung
C Cheng Ho
D Sun Tzu
18. Peta 1 menunjukan wilayah pengaruh kerajaan Kesultanan Melaka
Peta 1
Bagaimanakah wilayah pengaruh yang luas ini diperolehi?
I Kegiatan keilmuan
II Perdagangan
III Penaklukan
IV Perkahwinan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
19. Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah taklukan?
A Diperoleh melalui peperangan
B Diperoleh melalui perkahwinan
C Diperoleh melalui perdagangan
D Diperoleh melalui persahabatan
20. Maklumat berikut berkaitan wilayah pengaruh kerajaan Kesultanan Melaka.
Kerajaan Lingga
Pattani
Kedah
Bagaimanakah kerajaan Melaka memperoleh wilayah tersebut?
A Perkahwinan
B Peperangan
C Perdagangan
D Naungan
21. Perkahwinan diraja antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Majapahit telah mengukuhkan
hubungan kedua-dua kerajaan.
Apakah kelebihan perkahwinan tersebut kepada kerajaan Melaka?
A Memperoleh Inderagiri
B Memperoleh Rokan
C Memperoleh Kampar
D Memperoleh Siantan
22. Undang-undang sangat penting untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
Apakah undang-undang yang digunakan oleh kerajaan Melayu Melaka?
I Hukum Kanun Melaka
II Hukum kanun Manu
III Undang-undang adat
IV Undang laut Melaka
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
23. Cop mohor sering digunakan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah fungsi cop mohor tersebut?
A Lambang kekayaan
B Lambang keagungan
C Pengesahan arahan Sultan
D Menunjukan pengaruh Islam
1.3 KEUNGGULAN SISTEM PENTADBIRAN DAN UNDANG-UNDANG
24. Maklumat berikut berkaitan keistimewaan yang diberikan oleh Sultan Melaka kepada para
pembesar.
Para Pembesar Berempat diberikan kuasa oleh
Sultan untuk memerintah atau mentadbir sesuatu
wilayah,sungai atau pulau.
Senarai kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai
A kawasan naungan
B kawasan pegangan
C kawasan taklukan
D kawasan kekuasaan
25. Gambar 5 menunjukan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Gambar 5
Apakah tugas dan peranan Bendahara?
I Ketua pentadbir
II Ketua tentera
III Ketua hakim
IV Ketua pungutan cukai
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
26. Apakah tugas Penghulu Bendahari dalam kerajaan Melayu Melaka?
A Mengutip cukai
B Menjaga keamanan
C Menjaga keselamatan
D Menguruskan perbendaharaan
27. Maklumat berikut berkaitan tugas seorang pembesar.
mengutip cukai di pelabuhan
Siapakah yang menjalankan tugas tersebut?
A Bendahara
B Syahbandar
C Laksamana
D Penghulu bendahari
28. Rajah 2 berkaitan sumber pendapatan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
Urusan perdagangan
Pendapatan Cukai
Y
Pendapatan Y merujuk kepada
A Ufti
B Pertanian
C Rempah ratus
D Bunga Keti
9
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
29. Gambar 6 menggambarkan kemakmuran dan kemajuan yang telah dicapai oleh Kerajaaan
Kesultanan Melayu Melaka.
Gambar 6
Bagaimanakah keadaan ini boleh tercapai?
A Keselamatan pengairan
B Kebijaksanaan pemerintah
C Rakyat yang rajin berusaha
D Cukai perdagangan yang rendah
30. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem keselamatan yang kemas dan teratur.
Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk tugas tersebut?
I Bendahara
II Penghulu Bendahari
III Temenggung
IV Laksamana
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
31. Maklumat berikut berkaitan seorang pembesar Kesultanan Melayu Melaka.
- Paling lama berkhidmat dalam Kesultanan
Melayu Melaka
- Telah berkhidmat untuk empat orang Sultan
Melaka
Pembesar yang dimaksudkan ialah
A Bendahara Tun Ali
B Bendahara Tun Perak
C Bendahara Tun Mutahir
D Bendahara Seri Amar Diraja
10
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
1.3 UNDANG-UNDANG
32. Perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri dikenakan hukuman yang
setimpal ketika pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah undang-undang yang menjadi rujukan bagi hukuman tersebut?
A Ungdang Laut Melaka
B Undang-Undang Adat
C Hukum kanun Manu
D Hukum Kanun Melaka
33. Maklumat berikut berkaitan hukuman yang dijatuhkan oleh pemerintah Melaka keatas pesalah
jenayah.
Membunuh orang lain tanpa pengetahuan
Raja atau pembesar akan dihukum bunuh
Apakah Fasal yang digunakan untuk kesalahan tersebut?
A Fasal 13.3
B Fasal 1
C Fasal 5.1
D Fasal 26
34. Andaikan anda seorang rakyat ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Anda telah mengingkari perintah Sultan dan memalsukan titah Sultan.
Apakah bentuk hukuman yang akan diterima oleh anda?
A Direjam sampai mati
B Dipotong tangan
C Dipenjarakan
D Dihukum bunuh
35. Dalam Hukum Kanun Melaka terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh
raja.
Apakah perkataan tersebut?
I Titah
II Kurnia
III Bersiram
IV Beradu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
36. Fasal berikut berkaitan tugas dan tanggungjawab pembesar seperti yang termaktub dalam
Hukum Kanun Melaka.
Fasal X Menjelaskan tugas Sultan
Menjelaskan tugas Bendahara, Temenggung dan
Penghulu Bendahari
Apakah Fasal X tersebut?
A Fasal 4
B Fasal 26
C Fasal 1
D Fasal 30
37. Isu kekeluargaan sangat diberi perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Mengapakah undang-undang keluarga diwujudkan?
A Menjaga keselamatan
B Menjaga ketenteraman
C Menjaga kemuafakatan
D Menjaga keharmonian
38. Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang perkahwinan Kerajaan Kesultanan
Melaka.
Hamba abdi dan wanita tidak boleh
menjadi saksi pernikahan
Apakah Fasal yang menjadi rujukan tersebut?
A Fasal 4
B Fasal 26
C Fasal 1
D Fasal 30
39. Rajah 3 berkaitan peraturan perdagangan yang ditetapkan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Fasal 30 Riba diharamkan
Peniaga hendaklah akil baligh dan siuman
X
Apakah X tersebut?
A Melafazkan niat jual beli
B Mementingkan kejujuran
C Melaksanakn konsep hutang
D Mengunakan matawang emas
12
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
1.3 UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
40. Andaikan anda seorang nakhoda kapal zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah yang anda perlu lakukan sekiranya anda ingin singgah di tempat yang tiada dalam
senarai persinggahan?
A Menetapkan arahan kepada anak kapal
B Memaklumkan kepada jurumudi
C Mendapatkan kebenaran Sultan
D Mengadakan mesyuarat
41. Maklumat berikut berkaitan Fasal 9 undang-undang Laut Melaka.
Sekiranya berlaku pelanggaran dan kerosakan terhadap
kapal, malim akan dihukum
Apakah hukuman yang diterima oleh malim tersebut?
A Dibunuh
B Ditamatkan kerja
C Dipenjarakan
D Membayar gantirugi
42. Seorang malim kapal perlu mempunyai kemahiran ilmu pelayaran.
Apakah tujuan kemahiran tersebut?
A Pelayaran cepat
B Pelayaran selamat
C Mendapat upah yang tinggi
D Memudahkan pentadbiran
43. Dalam Fasal 6.3 undang-undang Laut Melaka, nakhoda menentukan jumlah cukai keatas
penumpang kapal.
Apakah cukai tersebut?
A Satu Persepuluh dari hasil penumpang
B Dua Persepuluh dari hasil penumpang
C Satu Persepuluh dari hasil dagangan
D Dua Persepuluh dari hasil dagangan
13
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
1.4 PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT
44. Apakah tanggungjawab Sultan kepada rakyat?
I Menjaga keselamatan
II Menjaga kebajikan
III Mengutip hasil cukai
IV Mewujudkan perpaduan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
45. Maklumat berikut berkaitan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
- Memelihara keamanan
- Mengutip hasil melalui sistem
serah
- Membekalkan tenaga tentera
Tugas tersebut dilaksanakan oleh
A hamba
B sultan
C pembesar
D rakyat bebas
46. Golongan ulama memainkan peranan yang sangat penting dalam pemerintahan.
Apakah kedudukan golongan tersebut dalam Kerajaan kesultanan Melayu Melaka?
A Golongan ilmuan
B Golongan diperintah
C Golongan pemerintah
D Golongan rakyat bebas
47. Apakah yang dimaksudkan dengan Tulah?
A Kedaulatan
B Pengiktirafan
C Penderhakaan
D Kecelakaan
14
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
48. Gambar 7 menunjukan sebuah Waadat antara Sang Purba dengan Demang Lebar Daun.
Gambar 7
Apakah yang dimaksudkan dengan waadat?
A Pengistiharan
B Perjanjian
C Makalah
D Gurindam
49. Apakah tugas rakyat dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
A Membina jalan
B Mengutip cukai
C Memelihara keamanan
D Menjaga kawasan pegangan
50. Pepatah berikut berkaitan hubungkait antara pemerintah dan rakyat.
“Rakyat itu umpama akar,raja umpama pohon..Jika tiada akar nescaya pohon tidak dapat
berdiri..
Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada pepatah tersebut?
A Sayang menyayangi
B Berkeyakinan
C Hubungan baik
D Bertoleransi
15
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA
16
MOHD RADZI MRSM TUN GHAFAR BABA