PEMANTAPAN BUKU PANDUAN PEKERJA HOSPITAL KENINGAU
PENGENALAN
Unit Perkhidmatan & Perjawatan Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
dengan dibantu oleh seorang Ketua Pembantu Tadbir(P/O) Gred N26, seorang Pembantu Tadbir(P/O)
N22(Hakiki),dua orang Pembantu Tadbir(P/O) Gred N22(KUP), lima orang Pembantu Tadbir(P/O) Gred
N19. Unit ini bertanggungjawab terhadap pengurusan perkhidmatan semua pegawai, pengurusan
perjawatan, HRMIS dan tatatertib. Unit ini terbahagi kepada beberapa sub unit seperti berikut:
i. Perjawatan
ii. Pengurusan perkhidmatan
iii. HRMIS
iv. Pengurusan Tatatertib
Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
Bahagian Pengurusan Perkhimatan & Perjawatan bertanggungjawab menguruskan bagi aktiviti-aktiviti
seperti berikut:
Bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan setiap lapisan jawatan pegawai seperti berikut:
I. lantikan dalam perkhidmatan,pengesahan perlantikan / perkhidmatan.
II. pemberian taraf berpencen.
III. Permohonan cuti dalam perkhidmatan, cuti atas sebab kesihatan,cuti haji, cuti latihan, cuti
tanpa/separuh gaji,cuti tanpa rekod dan cuti bergaji penuh.
IV. Pengurusan permohonan kursus dan latihan.
V. Memproses pemangkuan dan tanggung kerja
VI. Memproses permohonan kenaikan pangkat semua gred pegawai TBK1/TBK2
VII. Anugerah dalam perkhidmatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
VIII. Memproses persaraan wajib/pilihan semua pegawai
IX. Membantu mengurus kemudahan-kemudahan yang melayakkan sepanjang perkhidmatan
pegawai seterusnya mengemaskini maklumat aktiviti ke dalam buku rekod perkhidmatan pegawai
X. Memproses tatatertib bagi kes yang dilaporkan (syor) oleh ketua jabatan.
XI. Memproses kelulusan mengunjungi wilayah asal,kelulusan lawatan ke luar Negara,kelulusan
pinjaman kerajaan seperti rumah/kenderaan/computer/telefon bimbit.
XII. Mengemaskini data HRMIS & Mengemaskini data perjawatan serta memproses data perjawatan
dengan mengemukakan laporan setiap bulan kepada JKNS.
Bagi mana-mana anggota ataupun staf yang baru lapor diri di fasiliti Hospital Keningau,anda dikehendaki
untuk melapor diri di Pejabat Pengurusan.
---------------tolong sambung ya-------------
---------
Proses peyambungan kakitangan kontrak bagi MO/MA/Juruxray…………………sila sambung
Proses penebusan awal GCR/Gcr staf kontrak……………….
Tlg masukan carta alir setiap proses kerja kamurang cth TMWA/cuti bersalin/cuti tanpa gaji
PENYELARASAN DALAM SISITEM HRMIS
Penjawat awam tak kira yang telah lama atau baru berkhidmat tentu telah diperkenalkan dengan sistem
HRMIS dan pernah login HRMIS sejak pertama kali dilantik.Ini kerana, HRMIS adalah aplikasi perdana
Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia
di semua agensi awam seluruh Malaysia termasuklah di fasiliti Hospital Keningau.
Secara ringkasnya, sistem HRMIS ini,
• Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula
perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan.
• Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara
digital.
• Dapat mempercepatkan proses HR (sumber manusia).
Setiap anggota yang melapor diri di Hospital Keningau akan diberi penerangan oleh penyelaras HRMIS di
Unit Sumber Manusia tentang tatacara penggunaan Sistem HRMiS. Antara tugas-tugas penyelaras Sistem
Hrmis adalah;
i. Mewujudkan maklumat dalam sistem bagi pegawai lantikan baharu yang lapor diri kali pertama
ii. Penetapan LNPT/SKU bagi setiap kompentensi
iii. Penetapan carta aliran bagi penyokong & pelulus cuti
iv. Penyemakan cuti,perisytiharan harta,pengemaskinian profil perkhidmatan & perkhidmatan dan
persaraan pegawai.
PENGURUSAN TATATERTIB
1. Sebagai unit Pengurusan aduan yang menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan /
maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika.
2. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika
organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.Melaporkan salahlaku jenayah
kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
3. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
4. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
5. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
6. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
7. Mengurus setiakan dan membentangkan laporan/ kes untuk tindakan Mesyuarat Lembaga
Tatatertib peringkat Hospital Keningau
8. Mengendalikan urusan tatatertib seperti menerima laporan tatatertib dan menyediakan
dokumen untuk prosedur tatatertib, selaras dengan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam, pekeliling-
pekeliling dan garis panduan yang berkuatkuasa.
ETIKA BERPAKAIAN
Seperti mana yang kita sedia maklum apabila kita melangkah masuk mana-mana jabatan kerajaan di
sebalik keceriaan & kekemasan ruang pejabat, penampilan dan tatacara berpakaian akan menjadi
tanggapan pertama pelanggan.
Objektif utama garis panduan ini diterbitkan adalah untuk dijadikan rujukan kepada penjawat awam
Hospital Keningau supaya wujud keseragaman (uniformity) dan konsistensi cara berpakaian dan
penampilan diri bagi melahirkan imej korporat Hospital Keningau. Dengan adanya panduan ini
menjelaskan secara terperinci mengenai tatacara berpakaian berdasarkan peraturan-peraturan yang
sedang berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Penjawat awam Hospital
Keningau hendaklah memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan ini boleh menyebabkan penjawat awam Hospital Keningau boleh dikenakan
tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993.
Hospital Keningau mematuhi segala peraturan mengenai etiket pakaian pegawai awam semasa bertugas
dinyatakan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
[P.U.(A) 395/1993] yang dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai
Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.
Perenggan 2.2.1 pekeliling ini menyatakan "slacks" atau pakaian seluar tidak dibenarkan pemakaiannya
bagi pegawai wanita semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi. Maka dengan itu suatu dasar baru
telah dibuat oleh kerajaan yang mana ianya bersesuaian dengan kepelbagaian bidang yang diceburi oleh
kaum wanita dalam perkhidmatan awam ketika ini, maka Kerajaan membenarkan pemakaian two/three
- piece pant suit bagi pegawai awam wanita semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali
upacara tersebut telah menetapkan pakaian tertentu.Cara berpakaian melambangkan keperibadian
pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Oleh itu, cara berpakaian yang bersih, kemas
dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada pagawai dan staf. Peraturan-
peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat hendaklah dipatuhi.
GARIS PANDUAN WAKTU BEKERJA
Garis panduan ini dikeluarkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Khas, Kementerian
Kesihatan Malaysia Bilangan 3 Tahun 20'19 pada 24 Julai 20i9 agar suatu penjelasan dikeluarkan kepada
Kelua Jabatan dan pegawai berhubung dengan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi memastikan
pelaksanaannya teratur.
Berikut merupakan jadual bekerja Kategori 1 dan Kategori 2 bagi anggota staf Klinikal yang terlibat.Garis
panduan ini dibuat bertujuan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan waktu operasi sedia ada
di fasiliti ini tidak terjejas.