CERPEN
BANJIR DI MATA EMAK
Sinopsis :
Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya
tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah
menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya,
Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada
bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah
sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya)
kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya,
abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung
walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.
Sambungan
Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang
sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat
malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi
panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada
kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan
makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya
sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak
menelefon untuk bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya"
berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada
Mak Piah.
Sambungan
"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab
pangilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar
tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada "saya"agar
menjaga anak dan suaminya baik-balk.
"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu
terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah
merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan alamat
Mak Piah di dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah
dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan
ceria.
Sambungan
Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah memberitahu "saya"
bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya.
"Saya" bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan.
Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu
kerana keadaannya yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik
air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya"
selepas mendengar kata-kata "saya" itu.
"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak dan menyuruh
"saya" menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong
dan menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan
"saya" menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke
dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi.
Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam kepada anaknya, Nana.
Sambungan
Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah sihat,
"saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila
"saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak
Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa
hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal.
Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa
Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa
sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon
emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui
betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk
menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya
terhadap emaknya selama ini.
TEMA
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan
kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.
Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui
anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk
pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan
suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian.
"Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah
kembali kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan
"saya" dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang
menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran
Mak Piah membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.
PERSOALAN
a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya.
(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang.
Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-
lamanya.
(c)Kasih ibu tidak berbelah bahagi.
Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di
hadapan jiran-jirannya.
(d) Menyesal kemudian tiada gunanya.
Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi
meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.
(e) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan
pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu
mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri.
PLOT
(a) Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai
ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak
menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya
yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.
(b) Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah.
Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah
menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah
memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia
akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak berjumpa
dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke rumah
Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan
kiriman daripada anak perempuannya, Nana.
(c) Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus
pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang
berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut jenazah
Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.
(d) Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan membantu emak
mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah selepas
banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta
tempat berlakunya kejadian banjir.
(b) Rumah "saya".
( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" membuat panggilan telefon
(d) Tanah perkuburan. ke rumah Mak Piah.
Tempat "saya" menemui Mak Piah yang
tinggal keseorangan.
Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.
(a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama empat hari
empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan
makanan kerana banjir yang melanda
kampung Mak Piah sudah sampai ke paras
dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama
lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan
kepalanya cedera ketika membersihkan
rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah
meninggal dunia selepas kejadian banjir
melanda kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan
(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan
masyarakat yang tinggal di kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin.
Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat tentang
(c) Masyarakat yang tidak keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.
bertanggungjawab.
Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka
(d) Masyarakat yang mementingkan hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau
kasih sayang. menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan
rumah emaknya.
(e) Masyarakat yang terlalu merindui
ibunya. Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui
anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada
(f) Masyarakat yang taat akan dalam keadaan baik..
perintah agama.
Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang telah
meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan
Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.
Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun
keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.
"Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.
Mak Piah
(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.
Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.
Nilai Pengajaran Contoh
( a) Kasih sayang
Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang
terhadap anak-anak mereka. kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan
menyayangi anak-anaknya.
(b) Keprihatinan. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan "Saya" sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan
dan tolong-menolong sesama manusia. hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati dengan membantu "saya" membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang
golongan warga emas. telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir.
(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan yang susah. "saya" berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui
anak-anaknya.