The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bhaicheesaaaa, 2022-07-14 23:17:59

ssems

BUKU PROGRAM

ISI KANDUNGAN

TARIKH 0830-1230 1400- 1930- LOKASI

23 JAN 1630 2130
2022
AHAD Ketibaan LPM dan Pentaksir Hotel(Penyera
24 JAN
2022 han Fail
ISNIN
25 JAN Eviden)
2022
SELASA PSP PSP - Pusat Sumber

26 JAN (Pembenta (Pembent SSEMS
2022
RABU ngan) angan)

27 JAN Apresiasi(P Tarian -Tarian Pusat Sumber
2022
KHAMIS embentan (Solo) Solo SSEMSAuditori
28 JAN
2022 gan) -Tarian um SSEMS
JUMAAT
Kumpul

an

(Video)

Koreografi Koreografi - Auditorium

Tari(Perse Tari SSEMS

mbahan (Persemb

Karya ahan

Ciptaan) Karya

Ciptaan)

Koreografi Koreografi - Pusat Sumber

Tari(Pemb Tari(Pemb SSEMS

entangan) entangan)

Rumusan Perjalanan pulang LPM & Pentaksir



0900 : Ketibaan tetamu dan VIP
0930 : Video Montaj
0940 : Ucapan Pengarah Produksi
0945 : Persembahan Sesi 1

- Segmen 1
- Segmen 2
1200 : Rehat Tengahari
1400 : Persembahan Sesi 2
- Segmen 3
- Segmen 4
1600 : Finale
1615 : Sesi Fotografi
1630 : Bersurai



ALLEESYA FARZANA BT ABDULLAH

Tajuk : PREMA
Genre : Kreasi Baharu
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :
Tarian ini menceritakan tentang
kisah percintaan di antara
Ramayana dan Sita Dewi yang telah
jatuh cinta pada pandangan pertama.
Untuk mengahwini Sita Dewi,
Ramayana perlu mencabut sebilah
pedang daripada sebuah batu.
Ramayana berjaya mencabut sebilah
pedang tersebut lalu mereka
meraikan khabar gembira tersebut
bersama.

LNNARD RYSDDERCH AK LUBANG

Tajuk : MIMPI RAWAN
Genre : Kreasi Baharu
Tema : Irama & Lagu

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan seorang bomoh
yang mengubati seorang perempuan yang
mengalami mimpi buruk. Bomoh tersebut
akan dIbantu oleh sekumpulan perempuan
dalam proses perubatan ritual ini. Mimpi
buruk yang dialaminya menandakan
bahawa bala atau malapetaka akan
berlaku. Bomoh tersebut akan
menggunakan dua bilah parang dan
sehelai Kain Pua Kumbu semasa proses
perubatan ini berlangsung. Setelah
selesainya proses ritual perubatan ini,
perempuan tersebut akan kembali sihat
dan hidup seperti sedia kala.

RALFWIN ANAK JELEMBAI

Tajuk : BAKEH’
Genre : Kreatif
Tema : Integrasi

Sinopsis :

Tarian ini menceritakan tentang
persahabatan gadis Orang Ulu dan jejaka
Iban yang ditarikan oleh sekumpulan gadis
Orang Ulu dan jejaka ban sambil
membawa alat muzik sape dan ketebong
sebagai simbolik menyambut perayaan
hari Gawai. Minuman tuak dihidangkan dan
menjadi tanda persabahatan dan alat
muzik dimainkan untuk meraikan pesta.
Dengan ini wujudnya keharmonian dan
penyatuan antara dua kaum melalui
persahabatan.

DAYANG AZRAH UMRAH BT AWANG
AZMI

Tajuk : ADUH KEKANDA
Genre : Kreasi
Tema : Irama & Lagu

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang seorang
gadis pergi memujuk pasangannya yang
sedang merajuk dan dia telah ditemani
oleh 3 orang rakannya. Si gadis itu,
berusaha memujuk pasangannya supaya
dia tidak lagi marah terhadapnya sambil
membawa payung dengan mengada-ada
untuk pasangannya menumpu perhatian
terhadapnya.

SEBASTIAN AUSTIN UNJIE AK ROBIN

Tajuk : NIAN GUAWU
Genre : Kreatif
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian Nian ini diadaptasikan daripada
sebuah buku yang bertajuk Celebrating
Chinese New Years yang ditulis oleh
Sanmu Tang. Buku ini menceritakan
tentang raksasa Nian turun dari
pengunungan untuk mencari manusia
sebagai makanannya pada malam Tahun
Baru Ilmek (Tahun Baru Cina). Tarian ini
mengisahkan tentang sekumpulan lelaki
pergi menghalau raksasa Nian yang
menggangu perkampungan mereka
menggunakan tanggu (Dram Cina) yang
akan dipalu dan kain merah akan dikibar
kerana dipercayai Nian takut akan bunyi
bising dan warna merah.

JOHANES BECKHAM AK JOHNUN

Tajuk : PINGUNGIN
Genre : Kreatif
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini menggambarkan sekumpulan
wanita yang melakukan penyembahan
kepada batu (Nini Sit). Sebelum pesta
gawai bermula, penari-penari wanita akan
membawa sebahagian daripada makanan
mereka dengan menggunakan dulang
untuk diberikan kepada Nini Sit, isteri, dan
cucu-cucunya (batu-batu). Selain itu,
mereka akan membawa bendera berwarna
merah, hitam dan putih, dan ia mesti
dikibarkan di sekeliling batu-batu tersebut
sambil ditiup angin. Mereka akan berpesta
dan bersuka ria di atas pentas semasa
pesta gawai dan akhirnya akan kembali ke
tempat Batu Nini Sit untuk memberi
penghormatan kepadanya.

MOHD AIZUL AZWAN BIN AHMAD

Tajuk : TIREI
Genre : Kreatif
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Dalam tarian ini, sekumpulan wanita
membuat upacara ritual di tiang ibu dengan
mengorbankan seorang wanita kerana
pada zaman dahulu mereka mempercayai
bahawa jika penduduk kampung ingin
membina rumah panjang baru mereka
akan mengorbankan seorang hamba di
bawah tiang ibu untuk memastikan rumah
panjang itu akan kekal teguh. Setelah
wanita itu dikorbankan, rohnya berkeliaran
di sekitar tiang tersebut kerana jiwa yang
tidak aman dan tenteram. Roh wanita
tersebut kekal selamanya di tiang itu yang
dipanggil sebagai “Tirei” dalam dialek
Melanau Sarawak.

MAXWELL JOK LAING

Tajuk : NGAYAU
Genre : Kreasi
Tema : Integrasi

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang
sekumpulan kaum Iban dan Bidayuh
mencari kawasan untuk didiami dan
dikuasai. Semasa kedua-dua kaum
tersebut tengah mencari kawasan, kedua-
dua kaum tersebut telah bertemu di suatu
kawasan yang sesuai untuk didiami.
Pertemuan mereka telah mencetuskan
sebuah peperangan di antara kaum.

KHAIRUNNISA QURRATU AINI

Tajuk : KUNJUNG PEKAN
Genre : Kreasi
Tema : Irama & Lagu

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang sebuah
irama pergerakan wanita yang hendak
pergi ke pekan Melaka bersama
penunggang kereta lembu. Gerakan ini
menonjolkan wanita yang manja ketika
diusik oleh penunggang kereta lembu
semasa dalam perjalanan. Dalam
perjalanan pasti ada gurauan dan tarian ini
dicipta dengan iringan irama dan lagu joget
kereta lembu.

MUHD FAHRUZI BIN KAMALUDDIN
KICHI

Tajuk : PELIAN BUNSU JAGU
Genre : Kreasi
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan sekumpulan
manang lelaki mengubati seekor Bunsu
Jagu yang telah jatuh sakit akibat tertelan
alir mekang. Mereka melakukan aktiviti
ritual iaitu belian dan kesembuhan Bunsu
Jagu itu dapat dilihat pada mayang pinang
yang kelihatan sempurna ketika dipisahkan
daripada kulitnya. Mereka berjaya
mengubati bunsu jagu tersebut lalu
dihadiahkan sebuah Guci (sejenis tajau)
sebagai tanda terima kasih.

MOHD IRFAN BIN HAIRANI

Tajuk : GAMBUH MENENUN
Genre : Kreasi
Tema : Irama & Lagu

Sinopsis :

Joget Gamelan Gambuh Menenun dicipta
khas bagi menghargai dan memartabatkan
aktiviti dalam menenun kain songket asli
Terengganu. Tarian ini juga merupakan
satu tarian kreasi baru yang diadaptasi dari
tarian Joget Gamelan Gambuh Menyanyi.
Dalam tarian ini, sekumpulan gadis
menunjukkan gerak-gerak dalam menenun
kain songket dan persiapan sebelum mula
menenun. Gerakan dalam tarian ini masih
mengekalkan gerak asal seperti lemah
gemalai dan melakukan gerakan secara
mengalir. Joget Gamelan ini ditarikan
mengikut irama lagu Gambuh Menenun dan
melakukan pergerakan atau lakon
berdasarkan lirik lagu yang telah dicipta
semula.

MOHD SANAZUA NIEZAM BIN
SANUSI

Tajuk : PENGANTIN BARU
Genre : Kreasi
Tema : Integrasi

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang
perkahwinan di antara jejaka Johor dan
wanita Sarawak dalam tarian ini para lelaki
menarikan zapin pengantin baru ini di
hadapan pengantin perempuan bagi
menyambut kedatangan para tetamu.
Karya ini dicipta dalam menggabungkan
gerak dua jenis zapin yang berbeza iaitu
Zapin Kores dan Zapin Sebat dengan satu
iringan muzik yang sama.

FATIN NAZURAH BINTI LATIP

Tajuk : BOIE GHOPEH
Genre : Kreatif
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang 7 orang
puteri bunian yang diberi makan oleh
penduduk kampung. Sajian itu bertujuan
menyelamatkan nyawa seorang nelayan
yang tidak sedarkan diri akibat kedatangan
ribut yang dahsyat. Pemberian makan
kepada puteri bunia adalah sebagai tanda
terimakasih dan balasan agar keselamatan
nelayan tersebut terjamin.

NUR EXFAREZZA BALQIS BT
ISWANDI

Tajuk : RAIH PULANG
Genre : Kreasi
Tema : Irama & Lagu

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang anak-anak
yang sedang bermain di halaman rumah
lalu ibu mereka mengkhabarkan bahawa
bapa mereka akan pulang daripada bekerja
sebentar lagi. Mereka pun berasa gembira
dan tidak sabar untuk menanti kepulangan
bapanya.

NUR ELIYA BALQIS BT RAMZI

Tajuk : MELAMAR MINANG
Genre : Kreatif
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan tentang
sekumpulan pengiring istana yang
meraikan seorang perempuan menerima
lamaran daripada seorang lelaki dan juga
mengadakan pesta jamuan untuk lamaran
tersebut. Lelaki datang ke rumah
perempuan untuk melamar perempuan
tersebut lalu mereka bersama-sama saling
mencintai antara satu sama lain.

ERICA CRISTY JAFAREE

Tajuk : NGELU’AN TAM
Genre : Kreasi
Tema : Irama & Lagu

Sinopsis :

Jatung Utang merupakan salah satu dari
irama muzik tradisional suku kaum Orang
Ulu yang sangat terkenal di kalangan etnik
Kayan dan Kenyah. Jatung Utang biasanya
dimaikan di daerah dan kampung di
kawasan Belaga. Dalam tarian ini,
keindahan muzik jatung utang disertai
sape akan mengiringi persenbahan tarian
sambutan yang diadakan di rumah panjang
semasa perayaan bagi menandakan
kemeriahan.

ELVIANA EWINA AK SIMON

Tajuk : PIMASSI
Genre : Kreasi
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini menggambarkan upacara ritual
yang dilakukan untuk menyembuhkan
seorang budak yang telah menerima
sumpahan. Dalam tarian ini, sekumpulan
kanak-kanak akan meminta pertolongan
daripada roh baik untuk menyembuhkan
sumpahan tersebut. Untuk menyembuhkan
sumpahan tersebut, mereka perlu
mengambil madu yang terletak berdekatan
dengan sebatang sungai. Madu tersebut
perlu diambil dengan menggunakan
tempurung dan akan diletakkan disekeliling
mangsa yang telah menerima sumpahan
tersebut.

ELIFA ANAK LISIH

Tajuk : KUDI EMPELASI
Genre : Kreasi
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini mengisahkan 5 orang wanita
yang pergi ‘mansai’ (mencari ikan) di tebing
sungai. Mereka mentertawakan seeor ‘ikan
empelasi’ yang menyebabkan hari bertukar
menjadi ‘kudi’ iaitu ribut kencang dan guruh.
Tanpa disedari, seluruh tubuh badan
kesemua wanita itu telah bertukar menjadi
batu akibat daripada kejadian tersebut.

ERICA NARACIA ANAK FRIDAY

Tajuk : DENG LONG
Genre : Kreatif
Tema : Prosa Klasik

Sinopsis :

Tarian ini menggambarkan sekumpulan
wanita akan berjalan membawa tanglung
sebagai tanda memperingati acara dengan
menyalakan lampu di seberang pada hari
kehancuran setelah Maharaja
diperdayakan oleh peri dan menganggap
bahawa bandar yang membunuh angsa itu
sudah terbakar.






Click to View FlipBook Version