KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
www.myhealth.gov.my ● www.infosihat.gov.my
KKM/BM/15,000/2016
Flora.indd 1 6/23/16 6:12 PM
Lawatan sambil belajar
ke wad kanak-kanak
WAD KANAK-KANAK
Doktor, mengapa
budak tu menerima
transfusi darah?
1
Flora.indd 1 6/23/16 6:12 PM
Oh budak itu menghidap
penyakit Talasemia.
Dia mempunyai paras
hemoglobin yang rendah
dalam darah.
Doktor,
apa maksud
hemoglobin?
Apa pula
komponen
darah?
Talasemia?
Sabar anak-anak,
Saya akan terangkan
satu-persatu, ya!
2
Flora.indd 2 6/23/16 6:12 PM
Darah kita terdiri
daripada 3 komponen.
• Sel darah merah
- Berfungsi untuk membawa
oksigen ke seluruh badan.
- Ianya mengandungi
hemoglobin.
• Sel darah putih
- Berfungsi untuk melawan
penyakit.
• Platlet
- Membantu proses
pembekuan darah, seperti
menghentikan pendarahan
ketika luka.
3
Flora.indd 3 6/23/16 6:12 PM
Penyakit Talasemia
adalah penyakit keturunan
yang menyebabkan
penghasilan darah merah
yang cacat.
Oh! Ini akan
menyebabkan badan
tidak cukup oksigen
kerana sel darah merah
itu tidak berfungsi
dengan baik.
Ya, memang betul
kata awak tu.
4
Flora.indd 4 6/23/16 6:12 PM
...
Doktor, apa
tanda-tanda penyakit
Talasemia?
Tiada sebarang
tanda pesakit
Talasemia semasa
lahir.
5
Flora.indd 5 6/23/16 6:12 PM
Tanda-tanda dan gejala
pesakit Talasemia:
• Semasa lahir, bayi kelihatan normal.
• Bayi yang berumur 3 hingga 18 bulan mula
menunjukkan tanda-tanda anemia (kurang
darah).
• Semakin membesar, keadaan pucat
semakin ketara.
• Lemah dan resah.
• Anemia yang serius boleh menyebabkan
kesukaran bernafas.
6
Flora.indd 6 6/23/16 6:12 PM
Doktor, bolehkah
penyakit Talasemia
dirawati?
Boleh! Rawatan
memang
diperlukan.
Untuk memastikan pesakit Talasemia Major
hidup sihat & sejahtera, mereka memerlukan
rawatan berikut:
• Transfusi darah • Rawatan
secara berterusan penyingkiran
setiap bulan zat besi 5 kali
sepanjang hayat. seminggu.
Transfusi Penyingkiran
darah zat besi
7
Flora.indd 7 6/23/16 6:12 PM
• Permindahan sum-sum
tulang sekiranya ada
penderma yang sesuai
di kalangan keluarga.
Doktor, bagaimana jika
tidak dapat rawatan
yang sempurna pula?
Tanpa rawatan yang sempurna:
• Tumbesaran terbantut.
• Pucat (anemia).
• Perut membesar disebabkan
pembengkakan hati dan
limpa.
• Perubahan
pembentukkan tulang
muka, pipi dan rahang
yang tidak normal.
8
Flora.indd 8 6/23/16 6:12 PM
Eh! Takutnya!
Untuk menjalankan
rawatan yang sepatutnya,
ujian Talasemia perlu
dijalankan demi kesihatan
anda.
Jalanilah ujian Talasemia
sekiranya anda:
• Mempunyai ahli
keluarga yang telah
disahkan sebagai
pesakit atau pembawa
talasemia.
• Seorang remaja/belia.
9
Flora.indd 9 6/23/16 6:12 PM
Doktor, terima kasih
atas maklumat tentang
penyakit Talasemia.
Sama-sama .
Ketahuilah status
Talasemia kamu ya!
10
Flora.indd 10 6/23/16 6:12 PM
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
www.myhealth.gov.my ● www.infosihat.gov.my
KKM/BM/15,000/2016
Flora.indd 11 6/23/16 6:12 PM