The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inovasiwpkl, 2017-04-10 04:27:53

BULETIN WILAYAH BIL 2/2016

Mei - Ogos

Keywords: Buletin

Buletin KELUARAN : 5

BIL 2/2016
MEI – OGOS 2016

LAWATAN KETUA PENGARAH
JPS MALAYSIA

03 MAJLIS MENANDATANGANI MoU
04 GO GREEN MISSION – CLEAN UP RIVER
06 MAJLIS JAMUAN RAYA
09 KEJOHANAN SUKAN DWI TAHUNAN KE- XIV

@JPS WP Kuala Lumpur http://state.water.gov.my/wp

Buletin

|1

Oleh Zarinah Zainal

Pada 27 Ogos 2016 Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Dato’ Ir Haji Zulkefli Bin
Hassan telah membuat lawatan kerja ke JPS Kuala Lumpur. Kedatangan beliau
telah disambut oleh Pengarah JPSKL, Ir Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar,
Timbalan Pengarah, Ir Rozman Bin Mohamad dan Pengarah Operasi Pejabat
Lembangan Sungai Klang (PLSK), Encik Kamal Bin Mustapha serta semua
kakitangan.

Buletin

|2

Oleh Hasiah Rasif

JPS Wilayah Lumpur (JPSKL) telah mengadakan lawatan ke Projek Mass Rapid Transit (MRT) Pasar

Seni , Jalan Sultan, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2016. Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan JPSKL

menyertai lawatan tersebut yang diketuai Ir. Hjh. Bibi Zarina Binti Che Omar, Pengarah JPSKL. Peserta

telah diberi taklimat mengenai Erosion And Sediment Control Plan (ESCP) oleh Encik Ismail wakil dari

Syarikat Scott Vickers. Selepas itu peserta dibawa melawat ke kawasan Sistem Rawatan Air Sisa

yang diberi nama CLEARTEC yang direka untuk mengeluarkan pepejal terampai melalui air hujan

dan air sisa industri dari tapak pembinaan. Proses kimia ini

PENASIHAT dapat mengurangkan kandungan pepejal terampai di bawah
Ir. Hhj Bibi Zarina Binti Che Omar 50mg/liter supaya air yang dirawat boleh dilepaskan ke dalam
sistem perparitan awam atau dikitar semula untuk kegunaan
TIMBALAN PENASIHAT selanjutnya. Enapcemar sisa yang terbentuk oleh tindak balas di
Ir. Rozman Bin Mohamad antara pepejal terampai dan bahan kimia akan dikeluarkan.

KETUA EDITOR
Azah Azura Binti Ali Amran

PENOLONG EDITOR
Zarinah Binti Zainal

SIDANG REDAKSI AHLI JAWATANKUASA
Mohd Zamri Bin Abdullah
(Bah Mekanikal & Elektrikal)

Azizul Azhar Bin Ab Aziz
( Bah Pengurusan Banjir)

Rokiah Binti Hasani
(Bah Pengurusan Sungai)

Noor Ibrahim Bin Md Isa
(Bah Hidrologi & Sumber Air)

Hasiah Binti Rasif
(Bah Zon Selatan)

Nur Sa’idah Binti Kamis
(Bah Zon Utara)

Umi Rafeeqah Binti Hamdan
( Bah Ukur Bahan & Kontrak)

Ridzuan Bin Mohd Haluwi
(Bah Khidmat Pengurusan)

Mohd Syawal Bin Abd Wahid
(Pusat Kawalan SMART)

Mohd Amran Bin Awang
( Pusat Lembangan Sg. Klang -PLSK)

Penerbitan
Bahagian Pengurusan Korporat
Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Lumpur
Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur
TEL: 03-26981711 FAKS: 03-26932285

Buletin

|3

Oleh Nur Sa’idah Kamis

Pengarah JPS Kuala lumpur (JPSKL) telah menghadiri Majlis
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Projek
Kebun Komuniti Kampung Kasipillay yang diadakan pada 19
Julai 2016 di Riverwalk Plaza, Jalan Selvadurai, Off Jalan Sultan
Azlan Shah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah
Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pejabat Pembangunan Wanita (JPW)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SW
Corp, Alam Flora, Polis Diraja Malaysia Daerah Sentul, Bomba Dan Penyelamat Daerah Sentul
dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
(NGO), korporat dan komuniti setempat.

Projek Kebun Komuniti Kampung Kasipillay ini diusahakan oleh Kelab Ibu Tunggal
Cempaka dan PERWANI 1Malaysia Kg Kasipillay. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk menjadi
rujukan kepada kebun-kebun dan projek-projek komuniti seluruh negara dalam mempromosikan
perpaduan rakyat Malaysia melalui muafakat dan semangat kejiranan. Selain itu, ia turut
membantu mewujudkan aktiviti sihat serta menyatukan komuniti, kerajaan dan swasta dalam
menjayakan program untuk memakmurkan kehidupan warga kota.

Buletin |4

PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI JINJANG

Oleh Nur Sa’idah Kamis

Ir Rozman Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Lumpur
(JPSKL) telah menyertai Program Pembersihan Sungai Jinjang “Go Green Mission – Clean Up
River pada 18 Jun 2016 bertempat di Sungai Jinjang Berhadapan Kompleks Brem Mall. Turut
hadir dalam program tersebut adalah Guru Besar SJK (C) Jinjang Selatan dan Encik Daniel Liew
Yu Chuan, Penolong Pengarah Bahagian Zon Utara JPSKL. Seramai 500 orang pelajar SJK (C)
Jinjang Selatan menyertai program tersebut.

Antara aktiviti utama program tersebut adalah murid-murid berpeluang
melontar ‘mudball’ ke dalam sungai. Sebanyak hampir 10,000 ‘mudball’ telah dihasilkan oleh
pelajar berkenaan. ‘Mudball’ merupakan salah satu alternatif yang digunakan dalam
menyelesaikan masalah pencemaran air selain dapat membaik pulih kualiti air sedia ada. Ia
juga digunakan di dalam kolam-kolam takungan ,sungai yang tercemar serta laut. Tindak balas
mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan. Satu inovasi dan
tranformasi kepada kaedah kawalan kualiti air yang lebih efektif dan berteknologi tinggi.

Buletin

Lawatan Teknikal |5

Oleh Hasiah Rasif

JPS NEGERI SARAWAK

Pegawai – Pada 27 Mei 2016 JPS Wilayah
pegawai JPS
Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL)
Negeri
Sarawak telah dikunjungi oleh kakitangan dari
bergambar
bersama JPS Negeri Sarawak. Satu sesi taklimat
Pengarah JPS
WP KL berkaitan MSMA dan Projek River of

Taklimat Life (RoL) telah disampaikan oleh
sedang
diberikan Khairul Fadzilah Binti Mohd Omar
berkaitan
MSMA dan Penolong Pengarah Bahagian
Projek RoL
Pengurusan Sungai. Para peserta juga

turut dibawa melawat River Water

Treatment Plant (RWTP) Sungai

Belongkong. Tujuan lawatan itu adalah

untuk mengetahui lebih lanjut

mengenai Projek River of Life (RoL)

Sungai Klang yang sedang

dilaksanakan dalam meningkatkan

kualiti air sungai. Ir Hjh. Bibi Zarina

Binti Che Omar, Pengarah JPS WPKL

berkesempatan manyampaikan

cenderahati kepada wakil JPS Negeri

Sarawak. Semoga JPS Negeri Sarawak

dapat mendapat manfaat dari lawatan

Penyampaian tersebut.
Cenderahati

oleh
Pengarah
JPSWPKL

Sesi Lawatan ke Projek River of Life (RoL)

Buletin

|6

Majlis Jamuan Hari Raya

AIDILFITRI 1437H

Kelab Sukan Kebajikan Dan Rekreasi JPS Kuala Lumpur (KEJAPS) telah menganjurkan Majlis
Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 29 Julai 2016 bersamaan 24 Syawal 1437H. Antara
jemputan khas yang hadir adalah YBhg Dato‘ Dr Hj Md Nasir Bin Md Noh, Timbalan Ketua
Pengarah I dan YBhg Dato‘ Ir Hj. Nor Hisham Bin Mohd. Ghazali, Pengarah Kanan. Majlis
dimulakan dengan penyerahan piala pusingan bagi acara golf kepada pemenang.
Berkonsepkan warna-warni Aidilfitri majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan acara cabutan
bertuah dan duit raya kepada kanak-kanak. Beraneka juadah yang menarik disediakan
seperti Kambing bakar, nasi dagang, lemang dan rendang, sate, beraneka puding, buah-
buahan seperti durian, manggis dan kuih muih.

Buletin

|7

Majlis penyerahan bendera kepada kontinjen KEJAPS telah diadakan pada 20 Julai 2016 di Bilik
Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL)
oleh Ir Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar selaku Penaung KEJAPS kepada Ir Rozman Bin Mohamad,
Ketua Kontinjen KEJAPS untuk Kejohanan Sukan Dwi Tahunan JPS Malaysia kali Ke-XIV. Di
samping itu, diadakan juga majlis penyerahan piala pusingan kejohanan sepaktakraw yang
disumbangkan oleh Ir Hjh. Bibi Zarina Binti Che Omar kepada Ketua Kontinjen. Dalam majlis ini
juga, diadakan penyerahan sijil watikah perlantikan pengurus pasukan bagi acara-acara sukan
yang diwakili. Tahniah kepada pengurus-pengurus pasukan.

Buletin

|8

Pada 21 hingga 23 Julai 2016, telah berlangsung Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Kali Ke-XIV
2016 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kelab Sukan, Kebajikan Dan
Rekreasi JPS Kuala Lumpur (KEJAPS) telah menyertai 16 acara yang dipertandingkan dan telah
meraih 1 pingat emas bagi acara golf berpasukan dan 3 pingat perak bagi acara golf individu
yang diwakili oleh Ir Amiruddin Bin Alaldin, snooker individu yang diwakili oleh Encik Mohd
Shapek Al-murshidi Bin Rosni dan snooker beregu lelaki yang diwakili oleh Encik Jonaidi Bin
Mohd Jamil dan Encik Mohd Rozali Bin Lut Adli. Di samping itu, pasukan Karom KEJAPS dapat
memasuki peringkat suku akhir bagi kategori wanita. Ir Rozman Bin Mohamad telah mengetuai
kontinjen KEJAPS pada kali ini.

Juara Keseluruhan bagi sukan kali ini jatuh kepada pasukan Johor dengan kutipan 7 Emas, 6
Perak dan 6 Gangsa diikuti dengan Terengganu dan Kedah bagi tempat kedua dan ketiga.
KEJAPS pula mendapat kedudukan yang ke-7 daripada 17 pasukan yang bertanding. Tahniah
diucapkan kepada atlit-atlit KEJAPS.

Buletin

|9

Aksi Atlit KEJAPS

Buletin

| 10

Oleh Khairul Fadzilah

Satu lawatan dari Jabatan Audit Negara

ke Projek Interceptor telah diadakan

pada 18 Ogos 2016. Lawatan ini diketuai

oleh Ir. Hjh. Anita Binti Ainan, Ketua

Penolong Pengarah Kanan JPSKL.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Tapak Projek Interceptor Plant 2
Tapak Projek Interceptor Plant 3
pegawai Bahagian Pengurusan

Lembangan Sungai dan Bahagian Audit

Prestasi, JPS Malaysia. Encik Simon dari

Perunding Mahir Bersatu Sdn Bhd telah

memberi penerangan kepada peserta

mengenai rekabentuk sistem

interceptor. Tujuan utama lawatan audit

adalah bagi bagi menentukan samada

prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-

polisi pengurusan, peraturan dan

prosedur dipatuhi.

Buletin

| 11

Oleh Amran Awang

Pusat Lembangan Sungai Klang
(PLSK) telah membuat lawatan ke
Alam Flora Gombak pada 19 Ogos
2016. Lawatan itu telah disertai
oleh 29 orang pegawai termasuk
Pengarah Operasi PLSK iaitu Encik
Kamal Bin Mustapha. Peserta
lawatan telah diberi taklimat
mengenai jentera-jentera terbaru
oleh wakil Alam Flora. Selepas itu
para peserta telah dibawa melihat
demo jentera ‘High Pressure (HP)
Jetter dan Vac All / Catch Basin’
yang berfungsi dalam kerja-kerja
pembersihan longkang terbuka dan
tertutup. ‘High Pressure (HP) Jetter’
mempunyai kuasa pancutan air
yang tinggi dan boleh
membersihkan longkang-longkang
terbuka dengan mudah. Manakala
‘Vac All / Catch Basin’ akan
menyedut longkang tersumbat
melalui penyedutnya. Ianya juga
boleh menyedut batu-batu yang
terdapat dalam longkang tersebut.
Lawatan ini juga telah memberi
pendedahan kepada peserta jenis-
jenis jentera yang digunakan oleh
Alam Flora dalam pembersihan
alam sekitar Lembah Klang.

Buletin | 12

Oleh Hasiah Rasif Bagi memastikan pengurusan kualiti bagi kerja-
kerja kejuruteraan melalui kaedah sebutharga
dapat dijalankan berdasarkan skop persijilan,
satu audit dalaman bagi Persijilan MS ISO
9001:2008 telah diadakan pada 14 Jun 2016 di
Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan Dan
Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JPSWPKL). Majlis telah dimulakan dengan
ucapan alu-aluan oleh Ir Rozman Bin Mohamad,
Timbalan Pengarah JPSWPKL. Audit dalaman ini
telah dilakukan oleh 3 orang juru audit dari JPS
Malaysia. Pada majlis penutupan, Timbalan
Pengarah berkesempatan menyampaikan
cenderahati kepada juru audit tersebut.

Yang Salah Yang Betul Sumber Rujukan: Kamus Dewan
Y. Bhg. YBhg
s.k s.k. Catatan
YM. YM
urusetia Tidak ada tanda nokhtah
urus setia Perlu ada titik selepas ‘s’ dan ‘k’
… merakamkan ucapan … merakamkan ucapan takziah
takziah di atas pemergian Tidak ada tanda nokhtah
di atas pemergian Kata majmuk yang dieja terpisah
Laporan Perlaksanaan
Laporan Pelaksanaan Tidak ada tanda nokhtah
sekaligus
Hajjah sekali gus Pelaksanaan daripada proses
Hajah melaksanakan
Ke-sembilan Dieja rapat
kesembilan
Semua projek-projek Dieja dengan satu ’j’
Semua projek Kata sempang hanya untuk angka cth Ke-9
Sebutharga Semua kata jamak dengan demikian kata
Sebut Harga
…yang lebih berkesan bagi ‘projek’ tidak perlu digandakan
memastikan …yang lebih berkesan untuk Kata majmuk yang dieja terpisah
memastikasn Kata sendi ‘bagi’ disusuli Kata Nama (KN)
minima kata sendi ‘untuk’ disusuli Kata Kerja (KK)
tengahari minimum
Tengah hari Cth: untuk membiayai (KK)
E-mail Bagi pembiayaan (KN)
E-mel
Kata majmuk yang dieja terpisah


Click to View FlipBook Version