The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inovasiwpkl, 2017-03-17 05:08:40

Buletin Wilayah Edisi 3/2016

buletin_3new

Keywords: wilayah

Buletin

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KUALA LUMPUR

BILANGAN : 6 SEPTEMBER – DISEMBER 2016 KELUARAN 3/2016

MAJLIS MOU DAN
PENANAMAN POKOK

MAJLIS JASAMU DIKENANG
BUDIMU DITATANG

LAWATAN KE KRABI

@JPS WP Kuala Lumpur http://state.water.gov.my/wpkl

Buletin |1

Disediakan Oleh Nur Sa’idah Kamis

Pengarah JPS Kuala lumpur (JPSKL) telah menghadiri
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
(MoU) dan Program Penanaman Pokok sempena Projek
Sungai Nadi Kehidupan Local Agenda 21 Kuala Lumpur
(LA21KL) yang diadakan pada 9 Oktober 2016 di Kolam
Takungan Banjir Kg Boyan, Sungai Bunus. Majlis ini telah
dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Najib Bin Hj.
Mohd selaku Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah BERNAMA,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), korporat dan
komuniti setempat.

Sempena majlis ini, sekumpulan belia daripada Kelab
Duta Rimba Kuala Lumpur telah menanam 100 pokok
buah-buahan pelbagai jenis di kawasan berkenaan.
Konsep kebun itu bercirikan 'kebun bandar' dengan pasu
atau bekas mengandungi tanaman disusun secara
menegak, sekali gus mengoptimumkan penggunaan
ruang. Selain itu ianya membolehkan warga kota
menanam sendiri sayur dan buah-buahan selain dapat
menjaga keindahan alam sekitar di kawasan sungai
sepanjang 9.2 kilometer itu serta dapat meningkatkan
status Sungai Bunus sebagai taman riadah bertaraf tinggi

Buletin

|2

KOLAM TAKUNGAN BANJIR KAMPUNG BOYAN, SUNGAI BUNUS

Disediakan Oleh Nur Sa’idah Kamis

Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Zon Utara ini telah diadakan pada 19 hingga 20
Disember 2016 di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 40 orang telah menyertai kursus ini yang
terdiri daripada Jurutera dan Penolong Jurutera. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ir Rozman
Bin Mohamad, Timbalan Pengarah JPSKL. Hadir bersama adalah Datuk Ir Gapar Bin Asan,
Pengarah Operasi Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK), Encik Badaruddin Bin
Tahiruddin, Timbalan Pengarah Pusat Kawalan SMART dan Encik Azli Bin Ayub, Ketua
Penolong Pengarah.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas
mengenai prinsip operasi dan penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Kampung Boyan.
Selain itu juga ianya memudahkan kakitangan untuk melaksanakan kerja-kerja
pengoperasian dan memahami Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi.
Penceramah bagi kursus tersebut ialah Ir Azman Bin Abu Bakar dari Perunding Azman Ooi
dan Rao Sdn Bhd.

Buletin

|3

RWTP SUNGAI BATU Disediakan Oleh Nur Sa’idah Kamis
Gross Pollutant Trap (GPT) Vortex
Pada 21 hingga 22 Disember 2016 Bahagian Zon
Utara telah menganjurkan Kursus Operasi Dan
Penyelenggaraan River Water Treatment Plant
(RWTP) Sungai Batu Pakej 1 di Pejabat
Lembangan Sungai Klang (PLSK). Kursus ini
dihadiri seramai 35 orang dan dirasmikan oleh Ir
Rozman Bin Mohamad, Timbalan Pengarah JPS
Kuala Lumpur. Hadir bersama adalah Datuk Ir
Gapar Bin Asan. Kursus ini diadakan bertujuan
untuk memberi kefahaman yang lebih berkesan
mengenai kepentingan operasi dan
penyelenggaraan RWTP. Para peserta juga
berpeluang melawat RWTP Sg Batu Pakej 1
untuk mengetahui cara penyelenggaraan yang
dilaksanakan. Penceramah bagi kursus tersebut
adalah dari Syarikat Unijaya Teknologi Sdn
Bhd.

Biomedia Cosmoball

Pembersihan ‘Basket Sump’

Buletin |4

Gotong –Royong Mega 2016

PARLIMEN SEGAMBUT

Disediakan Oleh Nur Sa’idah Kamis

Bahagian Zon Utara, JPS Kuala Lumpur telah dijemput untuk menyertai Program
Gotong-Royong Mega 2016 Parlimen Segambut pada 20 November 2016 bertempat di
Kampung Kasipillay. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Kamarudin
bin Hj Ambok, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Parlimen
Segambut. Program ini memberi fokus dalam membasmi pembiakan nyamuk aedes
terutamanya di kawasan tanah atau lot kosong kerana hasil pemantauan
Kementerian Kesihatan mendapati longgokkan sampah di kawasan berkenaan
menyumbang kepada 18 peratus pembiakan aedes di negara ini. Encik Azli Bin Ayub,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Zon Utara bersama-sama kakitangan yang lain
berkesempatan membersihkan kawasan tersebut.

Buletin

|5
Lawatan Jambori Pengakap Malaysia/

Antarabangsa Kuala Lumpur

Pada 26 hingga 30 November Disediakan Oleh Mohd Amran Awang
2016 Pejabat Lembangan
Sungai Klang (PLSK) telah
dikunjungi seramai 1200 orang
Jambori Pengakap Malaysia/
Antarabangsa Kuala Lumpur.
Secara keseluruhannya peserta-
peserta ini datang dari serata
Asia seperti Malaysia, Brunie,
Singapura, Indonesia dan
Thailand. Satu sesi taklimat
berkaitan dengan pengurusan
kualiti air telah disampaikan
oleh pegawai-pegawai PLSK
yang terdiri dari Encik Mohd
Azri bin Abdullah, Puan
Hasmunira Binti Hamzah dan
Puan Norafzan binti Mat Ghani.
Kumpulan pelajar ini juga telah
diberi peluang untuk melihat
sendiri saringan pengujian
sampel air.

Audit Dalaman

Disediakan Oleh Azizul Azhar

Audit dalam Persijilan OHSAS 18001: 2007
telah diadakan pada 2 hingga 3 November
2016 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kuala
Lumpur (JPSKL). Audit dalaman ini dijalankan
bagi memastikan Sistem Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(SPKKP) yang diwujudkan dilaksanakan
mengikut proses dan prosedur yang telah
didokumenkan. Audit tersebut telah diketuai
oleh Encik Muhamad Hafiz Bin Harun.
Mesyuarat pembukaan audit dalaman OHSAS
18001:2007 telah disempurnakan oleh Ir.
Rozman Bin Mohamad, Timbalan Pengarah
JPSKL. Lawatan audit juga telah dijalankan
dengan membuat lawatan tapak di projek
Lencongan Banjir Sungai Bunus.

Buletin |6

Ke Pusat Kawalan SMART

Disediakan Oleh Mohd Shawal

Pada 30 November 2016 Pusat Kawalan SMART
telah dikunjungi oleh 6 orang dari Japan
International Cooperation Agency (JICA). Lawatan
ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan data-
data berkaitan bencana terutamanya banjir dan
kemarau di Malaysia dan digunakan dalam
melaksanakan projek ‘Project For Strengthening
Institutional And Policy Framework On Disaster Risk
Reduction (DDR) And Climate Change Adaptation
(CCA) Integration’. Projek ini bertujuan untuk
memperkenalkan pengurangan risiko bencana dan
adaptasi perubahan iklim di semua peringkat
melalui perkongsian maklumat, pengetahuan dan
amalan terbaik mengenai pengurusan bencana
terutamanya dalam pencegahan dan
pengurangan risiko banjir, ribut, tanah runtuh dan
kemarau di negara-negara Asean. Satu sesi
taklimat berkaitan Pengoperasian SMART telah
disampaikan oleh Ir. Amiruddin Bin Alaldin,
Pengarah Operasi Pusat Kawalan SMART. Para
peserta juga turut dibawa melawat sekitar Kolam
Takungan Banjir Kg. Berembang.

Buletin |7

Disediakan Oleh Rokiah Hasani Kursus Operasi Dan Penyelenggaraan
(O&M) bagi projek Interceptor Presint 7
telah diadakan pada 6 hingga 7
Disember 2016 di Wisma Ecovest, Kuala
Lumpur. Seramai 40 orang peserta
terdiri dari pegawai-pegawai JPS
Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) dan JPS Ibu
Pejabat telah menyertai kursus
tersebut. Kursus ini telah dirasmikan
oleh Ir Rozman Bin Mohamad,
Timbalan Pengarah JPS Kuala Lumpur.
Turut hadir adalah Datuk Ir Gapar Bin
Asan, Pengarah Operasi Pejabat
Lembangan Sungai Klang (PLSK).
Kursus ini diadakan bertujuan untuk
memberi kefahaman yang lebih
berkesan mengenai kepentingan
operasi dan penyelenggaraan
‘Interceptor’. Para peserta juga
berpeluang melawat Interceptor di
Presint 7 untuk mengetahui cara
penyelenggaraan yang dilaksanakan.
Penceramah bagi kursus tersebut
adalah dari Perunding Bersatu Sdn
Bhd.

Buletin

Majlis Jasamu Dikenang |8

Disediakan Oleh Azirul Hazimi Husain Budimu Ditatang

Pada 21 November 2016 yang lalu, satu
Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang
anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan JPS
Kuala Lumpur (KEJAPS) telah diadakan di
Casa Herliconia FELDA, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut adalah bertujuan untuk
meraikan pegawai-pegawai yang telah
berpindah dan bersara bagi menghargai
jasa dan pengorbanan mereka sepanjang
bertugas. Majlis ini turut dihadiri oleh semua
kakitangan JPSKL termasuk kakitangan
Pusat Kawalan SMART, Pejabat
Lembangan Sg. Klang (PLSK) dan
kakitangan dari JPS Putrajaya.

Acara dimulakan dengan ucapan dari Ir
Rozman Bin Mohamad, Pengerusi KEJAPS.
Seterusnya ucapan daripada yang diraikan
dengan dimulakan dengan Ir Hjh. Bibi
Zarina Binti Che Omar. Turut diraikan
adalah 13 orang kakitangan yang bertukar
dan 2 orang kakitangan yang bersara.

Di samping acara penyampaian
cenderahati kepada pegawai-pegawai
yang telah bertukar, majlis yang diadakan
secara sederhana ini juga turut diselitkan
dengan acara pengenalan pegawai-
pegawai yang baru. Majlis kemudiannya
diteruskan dengan jamuan makan.

Buletin |9

Selamat Datang

Disediakan Oleh Zarinah Zainal

Pada 1 November 2016, seluruh warga JPS Kuala Lumpur berasa sungguh bertuah menerima
kehadiran Pengarah baru ke pejabat ini iaitu Ir Hj Nishad Mohamed Bin Hj C.J Mohd Shaffy bagi
menggantikan Ir Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar yang telah berpindah ke NADMA.

Ir Hj Nishad Mohamed Bin Hj C.J Mohd Shaffy sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian
Korporat JPS Malaysia. Selamat datang diucapkan kepada beliau dan selamat berkhidmat
bersama warga kerja JPS Kuala Lumpur.

Disediakan Oleh Hasiah Rasip

Bengkel MS ISO 9001:2008 ini telah

diadakan pada 10 Oktober 2016 di

Bilik Mesyuarat Bahagian

Rekabentuk Dan Empangan (BRE)

JPS Malaysia. Bengkel ini telah

dihadiri oleh 21 orang kakitangan

dan dirasmikan oleh Ir Hjh Bibi

Zarina Binti Che Omar selaku

Pengarah JPS Kuala Lumpur.

Tujuan bengkel ini diadakan

adalah bagi memberi penerangan

kepada peserta mengenai

penggunaan borang-borang

dalam pematuhan MS ISO

9001:2008 bagi Kerja-kerja

Kejuruteraan Melalui Kaedah

Sebutharga di JPS Kuala Lumpur.

Buletin | 10

PERINGKAT JPS MALAYSIA Disediakan Oleh Zarinah Zainal

JPS Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) pada 4
hingga 6 Oktober 2016 di JPS Ampang. Dua kumpulan KIK dari JPS Kuala Lumpur iaitu
Rivercord dan Ecovibes telah menyertai pertandingan tersebut bagi kategori teknikal.

Kumpulan Rivercord telah memenangi tempat keempat dengan tajuk ‘Kesukaran Rawatan Air
Sungai Yang Mempunyai Tahap Pencemaran Kualiti Air Yang Tinggi’ manakala Kumpulan
Ecovibes dengan tajuk ‘Kelewatan Kelulusan Penyelenggaraan Gross Pollutant Trap (GPT)’
hanya mendapat saguhati.

Buletin

| 11

JPS Kuala Lumpur

Disediakan Oleh Zarinah Zainal

Hari Inovasi ini telah diadakan pada 6 hingga 7 Oktober 2016 di Bilik Mesyuarat JPS Kuala Lumpur
(JPS KL). Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai
produk-produk inovasi dan mendidik supaya boleh berfikiran kreatif selaras dengan motto hari
inovasi JPSKL iaitu Inovasi Pemacu Transformasi. Majlis berlangsung selama dua(2) hari. Pada hari
pertama diadakan pembentangan produk inovasi dari syarikat-syarikat pembekal iaitu Fixus Group
dengan produk Stormtrap dan Kumpulan Daeng Niaga dengan produk “Concrete Canvas”. Manakala
Gaya Analisa Sdn Bhd pula telah menyampaikan pembentangan bertajuk Keselamatan Di Tempat
Kerja. Majlis ini juga telah membuat pameran visual mengenai dokumentari Pusat Kawalan SMART.
Pada hari kedua majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ir Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar,
Pengarah JPSKL.

Kumpulan Rivercord memulakan acara dengan pembentangan projek KIK mereka
dengan tajuk “Kesukaran Meningkatkan Kualiti Air”. Selepas itu Kumpulan Ecovibes telah
mengambilalih dengan pembentangan projek KIK bertajuk “ Proses Kelulusan Penyelenggaraan GPT
Mengambil Masa Yang Lama”. Pembentangan dokumen JPS Goes Green pula telah disampaikan oleh
Encik Mohd Hood bin Md Noh dari PLSK. Di dalam majlis ini juga, Jabatan telah memberikan
anugerah Cetusan Idea Inovasi kepada Encik Muhammad Zaki Bin Hj Mashud, Puan Zarinah Binti
Zainal dan Norazmi bin Jafri. Bagi memeriahkan lagi majlis, PLSK telah mengumumkan pemenang
bagi acara meneka berat keropok dan meneka bilangan gula-gula. Majlis diakhiri dengan lawatan
Pengarah JPSKL ke tapak pameran.

Buletin | 12

Disediakan Oleh Mohd Zamri Abdullah

Pada 15 Oktober 2016, Biro Sukan, Kelab Sukan Dan Kebajikan JPS Kuala Lumpur (KEJAPS)
telah menganjurkan satu program mendaki Bukir Broga di Semenyih, Selangor. Seramai 20
orang peserta telah menyertai program ini dan diketuai oleh Encik Ooi Soon Lee, Ketua
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Zon Selatan.

Pada jam 6.45 pagi para peserta mula bertolak ke Bukit Broga dengan menaiki bas
Jabatan dan tiba di kaki Bukit Broga pada jam 7.30 pagi. Sebelum memulakan pendakian
satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Ooi Soon Lee. Tepat jam 8.00 pagi
semua peserta memulakan pendakian dan berjaya tiba di puncak bukit pada jam 9.30
pagi. Perjalanan ke puncak Bukit Broga adalah sejauh 1.7 kilometer. Ketinggian puncak
bukit pula adalah 400 meter dari paras laut.

Para peserta sempat merakamkan kenangan terindah di puncak Bukit Broga tersebut
sebelum berkumpul semula ke kawasan bawah untuk pulang. Pada jam 12.30 tengahari
semua peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan harapan akan menjejakkan kaki
ke sini semula. Biro Sukan KEJAPS juga bercadang akan mengadakan program menyusuri
sungai-sungai dan air terjun di sekitar Lembang Klang.

Buletin | 13

Disediakan Oleh Mohd Lutfi Amir Anwar

Pada 1 hingga 5 Disember 2016
seramai 29 orang telah mengikuti
lawatan ke Krabi, Thailand
anjuran Kelab Sukan, Kebajikan
Dan Rekreasi JPS Kuala Lumpur
(KEJAPS). Lawatan ini telah
diketuai oleh Ir Rozman Bin
Mohamad, Timbalan Pengarah
JPS Kuala Lumpur.

Semua peserta berkumpul di JPS
Kuala Lumpur dan bertolak ke
Thailand pada 1 Disember 2016
dengan menaiki bas dan tiba di
sempadan Perlis pada jam
7.30pagi hari berikutnya. Peserta
telah menaiki van selama 6 jam
dan melalui jalan kampung untuk
sampai ke Krabi. Walaupun
semua peserta keletihan tetapi
pemandangan suasana kampung
yang mendamaikan membuatkan
ianya satu pengalaman yang
indah.
Pada hari kedua, semua peserta
berpeluang menaiki bot untuk
bersiar-siar di beberapa
kepulauan yang indah di sekitar
Krabi. Semua peserta juga
berkesempatan melawat tempat-
tempat yang menarik dan unik
pada hari terakhir lawatan
tersebut.

Buletin | 14

Kejohanan Ten Pin

ANJURAN PUSPANITA JPS MALAYSIA

Disediakan Oleh Azirul Hazimi Husain

Kelab Sukan, Kebajikan Dan Rekreasi JPS Kuala
Lumpur (KEJAPS) telah menghantar tiga kumpulan
dalam pertandingan Kejohanan Ten Pin Bowling
anjuran PUSPANITA JPS Malaysia yang berlangsung
pada 15 Disember 2016 di Ampang Superbowl. Ampang
Point. Kumpulan yang dianggotai oleh Sazrina, Umi
Rafeeqah dan Syaidatul Akmaliza telah menjadi Johan
kategori Wanita Berkumpulan dengan jatuhan pin
sebanyak 1282. Bagi kategori individu pula Puan
Sazrina telah menjadi Johan dan Puan Umi Rafeeqah
mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan.

Oleh Mohamad Azrul

Latihan kebakaran merupakan antara aktiviti tahunan
dalam Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan (OHSAS) yang terdapat dalam JPS Kuala
Lumpur (JPSKL). Sebagai usaha untuk meningkatkan
tahap keselamatan, JPSKL telah mengadakan latihan
kecemasan bagi mernghadapi kebakaran di agensi ini.
Latihan bermula pada pukul 9.00pagi itu dimulakan
dengan bunyi siren kecemasan sekaligus meminta semua
kakitangan di bangunan JPSKL segera mengosongkan
premis tersebut dengan turun ke kawasan lapang untuk
menyelamatkan diri masing-masing. Latihan kebakaran
ini dianggap berjaya kerana kira-kira 30 orang
kakitangan JPSKL turun menyelamatkan diri dalam
tempoh kira-kira tiga minit sahaja.
Dalam latihan ini juga, warga kerja JPSKL turut diberi
taklimat prosedur penting jika berlaku kebakaran
khususnya di bangunan kerajaan oleh Encik Mohamad
Zamri bin Abdullah selaku Komander Insiden.

Buletin | 15

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT
Ir Hj Nishad Mohamed Bin Hj C.J Mohd Shaffy

KETUA EDITOR
Ir. Rozman Bin Mohamad

EDITOR PENYELARAS
Azah Azura Binti Ali Amran

EDITOR
Zarinah Binti Zainal

AHLI JAWATANKUASA
Mohd Zamri Bin Abdullah (Bah Mekanikal Dan Elektrikal)

Azizul Azhar Bin Ab Aziz ( Bah Pengurusan Banjir)
Rokiah Binti Hasani (Bah Pengurusan Sungai)

Noor Ibrahim Bin Md Isa (Bah Hidrologi Dan Sumber Air)
Hasiah Binti Rasif (Bah Zon Selatan)

Nur Sa’idah Binti Kamis (Bah Zon Utara)
Umi Rafeeqah Binti Hamdan ( Bah Ukur Bahan & Kontrak)

Ridzuan Bin Mohd Haluwi (Bah Khidmat Pengurusan)
Mohd Syawal Bin Abd Wahid (Pusat Kawalan SMART)
Mohd Amran Bin Awang ( Pusat Lembangan Sg. Klang -PLSK)

DITERBITKAN DAN DIREKAGRAFIK OLEH

Bahagian Pengurusan Korporat
Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Lumpur
Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur

Sebarang maklumat dan berita serta gambar-gambar
untuk keluaran akan datang boleh dihantar kepada kami melalui:

Emel : [email protected]
No. Tel : 03-26981711


Click to View FlipBook Version