SMK SAUJANA UTAMA #SUTAMAtheCHAMPION
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA SEMUA PELAJAR
TINGKATAN 5 2020
1. Bilakah tarikh hari mula persekolahan murid Tingkatan 5 (SPM 2020)?
20.1.2021 (RABU).
2. Bilakah waktu masuk sekolah & balik sekolah?
Waktu masuk - 7.20 pagi
Waktu balik - Sila rujuk surat makluman pembukaan sekolah 2021
3. Dimanakah murid boleh rujuk jadual waktu kelas ?
Guru kelas akan maklumkan dalam group kelas masing-masing.
4. Apakah pakaian murid tingkatan 5 (SPM 2020)?
Uniform lengkap sekolah dan memakai pelitup muka.
5. Bagaimanakah pergerakan murid ketika tiba di sekolah ?
Saringan suhu , sanitasi tangan dan bergerak terus ke kelas mengikut laluan yang disediakan.
6. Apakah tindakan sekolah jika murid bergejala ?
Murid akan diasingkan di bilik isolasi dan ibu bapa / penjaga akan dihubungi.
7. Apakah tindakan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah?
Guru kelas akan menghubungi ibu bapa / penjaga.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika murid tidak dapat hadir ke sekolah ?
Ibu bapa / penjaga hendaklah segera maklumkan kepada guru kelas sebab murid tidak hadir
9. Bagaimanakah susunan murid dibuat?
Mengikut kelas tahun 2020.
10. Bagaimanakah kedudukan dalam kelas?
Mengikut pelan kedudukan kelas.
11. Adakah boleh tukar tempat duduk?
Tidak
12. Sekiranya murid bergejala seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak semasa di kelas,
apa yang patut dilakukan?
Sila beritahu guru bertugas. Tunggu di bilik isolasi sehingga ibu bapa datang.
13. Sekiranya saya terlupa memesan makanan secara online, bolehkah membeli lagi makanan di
kantin?
Boleh, isikan borang untuk pesanan lewat.
14. Bolehkah murid memohon untuk tukar kelas kerana ingin bersama kawan atau kembarnya ?
Tidak boleh.
15. Bolehkah murid lelaki berambut panjang ?
Boleh, asalkan disisir rapi. Tetapi jika boleh rambut hendaklah dipotong pendek seperti dalam
peraturan sekolah.
16. Adakah murid akan solat di sekolah ?
Murid dikehendaki untuk solat Zohor di rumah kecuali jika terlewat balik.
17. Kenapa mesti solat di rumah ?
Untuk menjaga SOP.
18. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sebaik masuk ke kelas di waktu pagi ?
Murid perlu membuat sanitasi meja sendiri.
19. Adakah pensanitasi disediakan di setiap kelas ?
Ya. Walau bagaimanapun murid digalakkan untuk membawa tisu / tisu basah untuk tujuan
sanitasi meja.
20. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sebelum balik ?
Memastikan kelas bersih dan teratur.
21. Bagaimanakah dengan waktu rehat murid ?
Murid hendaklah makan dalam kelas di tempat duduk masing-masing.
22. Bolehkah murid ke kantin membeli makanan ?
Hanya wakil murid turun ke kantin mengambil makanan yang telah dipesan.
23. Bagaimanakah cara untuk memesan makanan di kantin ?
Pesanan makanan adalah menggunakan google form yang akan dikongsi di dalam group kelas
setiap hari.
24. Berapakah bilangan murid yang dibenarkan untuk masuk ke tandas ?
3 orang murid sahaja dalam satu masa. 1
MEMAKAI UNIFORM SEKOLAH
&
MEMAKAI PELITUP MUKA
SANITASI TANGAN
SARINGAN SUHU
PENJARAKAN FIZIKAL
WAKTU REHAT
(WAKIL KELAS SAHAJA KE KANTIN)
WAKTU REHAT(MAKAN DI KELAS)
WAKTU BALIK (BERPERINGKAT)
#KITA JAGA KITA
TERIMA KASIH