MEMO MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMU.
KM 4.4, PADANG TEMU,75050 MELAKA.
Tel: 06-2847517Faks: 06-2847743
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKPTM.PK.100-7/1/7.
Tarikh : 20 September 2021.
Kepada;
Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia,
SK Padang Temu,
Melaka.
Tuan/ Puan,
MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN KALI 1/2021 PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI DISLEKSIA SK PADANG TEMU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 September 2021 ( Sabtu ).
Masa
Tempat : 9:00 pagi.
Medium
: Kediaman masing-masing.
: Atas Talian – Google Meet.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1 Pembuka Bicara Pengacara Majlis.
3.2 Ucapan Naib Pengerusi
3.3 Ucapan Guru Besar
3.4 Ucapan Guru Penolong Kanan (Pendidikan Khas).
3.4.1 Pembentangan Takwim.
3.4.2 Laporan Aktiviti Tahun 2021
3.4.3 Persembahan Video Aktiviti Tahun 2020 -2021
3.5 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Badan Kebajikan PPKID
Kali 1/2020.
3.6 Perkara berbangkit.
3.7 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2020.
3.8 Pembubaran AJK Badan Kebajikan 2019-2021.
3.9 Pelantikan AJK Badan Kebajikan PPKID Sesi 2021-2023
3.10 Hal-hal lain.
3.11 Ucapan Penutup.
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA,MENGGAMIT DUNIA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Norasyikin Nasir
(NORASYIKIN BINTI NASIR)
Setiausaha
Badan Kebajikan Program Pendidkan Khas Integrasi Disleksia,
SK Padang Temu.
s.k. 1.Fail Badan Kebajikan PPKID
ATURCARA MESYUARAT:
8:45 pagi : Pendaftaran
9:00 pagi : Mesyuarat bermula
11.00 pagi : Mesyuarat di jangka selesai.
AGENDA MESYUARAT
1.Pembuka Bicara Pengacara Majlis.
2.Ucapan Naib Pengerusi.
3.Ucapan Guru Besar.
4.Ucapan GPK Pendidikan Khas.
4.1 Pembentangan Takwim.
4.2 Laporan Aktiviti Tahun 2021.
4.3 Persembahan Video Aktiviti Tahun
2020-2021.
5. Pembentangan & Pengesahan Minit
Mesyuarat Badan Kebajikan PPKID
Kali 1/2020.
6. Perkara berbangkit.
7. Pembentangan & Pengesahan
Laporan Kewangan 2020.
8. Pembubaran AJK 2019-2021
9. Pelantikan AJK Badan Kebajikan
PPKID 2021-2023.
10. Hal-hal lain.
11. Ucapan Penutup.
MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN (PPKID) 1/ 2020
SK PADANG TEMU, MELAKA.
Tarikh : 27 Februari 2020.
Hari : Jumaat
Masa : 2.45 petang.
Tempat : Bilik Gerakan,SK Padang Temu, Melaka.
KEHADIRAN:
1. Puan Rusnah Binti Ismail.Guru Besar - Penasihat
2. Puan Norseha Binti Hassan.Guru Penolong Kanan( Pendidikan Khas) - Naib Penasihat
3. Encik Abdul Manaf Bin Yusof. - Pengerusi
4. Puan Norasyikin Binti Nasir. - Setiausaha
(Guru Kelas Tahun 3 Progresif)
5. Puan Noor Faiza Binti Mohamad Hashim - Bendahari
(Guru Kelas Tahun 1 Progresif & 2 Progresif)
6. Puan Rusti Binti Md. Hashim. - Kaunselor
7. Puan Haslizah Binti Hussin(Guru Kelas 6 Progresif) - Penyelaras
8. Puan Izyan Binti Abd. Wahab(Guru Kelas 4 Progresif) - AJK
9. Puan Jayanthi A/P Jaganathan(Guru Kelas 5 Progresif) - AJK
10.Encik Mustaqim Bin Mohamad Aziz - AJK
11.Encik Mohammad Hafiz Bin Hj Marzuki - AJK
12.Cik Norazlina Binti Khamzah (PPM)Pembantu Pengurusan Murid - AJK
13.Puan Nur Ramziah Binti Mislahon (PPM)Pembantu Pengurusan Murid - AJK
14.Puan Norfariza Binti RuslanPembantu Pengurusan Murid - AJK
15.Cik Sajaratul Mawarinah Binti Jamat - AJK
16.Puan Nor Hayati Binti Abd Jalil @ Zainal - AJK
17.Puan Noridah Binti Leman. - AJK
18. Puan Faiza Binti Mohd. Faiz. - AJK
19. Puan Noormimi Binti Jailani - AJK
20. Puan Sabrina Binti Shamsuddin
21.Puan Azilinah Binti Sariu
22.Puan Noradilah Binti Daud
23.Encik Saiful Fikri Bin Saleh
24.Puan Suraya Binti Johari
25.Puan Saminah Binti Satimen
26.Puan Noor Shazniza Binti Osman
27.Encik Juan Mazeiourkhan Bin Zailan
29.Cik Norazirah Binti Hj Ayub
30.Puan Masruhayu Binti Harun.
31.Puan Norliza Binti Abdul Wahid
32.Encik Noor Hamly Bin Haris
33.Puan Hatikah Binti Borhan
34.Puan Nurul Azura Binti Isnan
Tidak Hadir: (Bersebab)
1. Encik Ahmad Tarmizi Bin Mohd. Taib. - Naib Pengerusi
2.Puan Chandrika A/P Sara Chandra Panikcer - AJK
3.Encik Norzamli Bin Leama
4.Encik Osman bin Mohamad.
5.Puan Mahani Binti Shahadan.
6.Encik Sharuddin Bin Azmi.
7.Puan Zaimah Binti Seben.
8.Encik Sa’ari Bin Mohamad.
9.Puan Hernani Catur Sustiari
10.Puan Zaimah Binti Seben.
11.Puan Noraznira Abd Razak.
12.Encik Yusri Bin Othman
13.Encik Mohd Hamka Bin Shomiad@Shueb
14.Puan Hernani Catur Sustiari
15.Puan Yap Peg Gie
16.Puan Zainora Binti Zain
17.Puan Zohrah Binti Sidek
18.Puan Nor Fazelah Binti Muzaffar
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan para ibu bapa yang
hadir pada hari ini.
1.2 Mesyuarat pada petang ini akan diteruskan mengikut agenda yang telah
dirancangkan. Beliau mengharapkan mesyuarat pada petang ini akan lebih
bermakna demi kepentingan pendidikan anak-anak di sekolah ini.
Tindakan : Makluman semua.
2.0 PERUTUSAN PENASIHAT – PUAN GURU BESAR
2.1 Beliau telah melahirkan rasa kesyukuran pada petang ini kerana dapat berjumpa
semula para ibu bapa murid-murid Disleksia selepas setahun yang lalu.
2.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan berharap semoga
mesyuarat pada petang ini berjalan dengan lancar.
2.3 Beliau memaklumkan kepada semua hadirin bahawa murid-murid Progresif (Disleksia)
tidak pernah disisihkan dalam sebarang program sekolah. Malahan, mereka mampu
bersaing dengan murid-murid perdana yang lain.
2.4 Beliau turut meletakkan harapan yang tinggi agar murid-murid Tahun 6 akan mendapat
keputusan UPSR yang baik ( sekurang-kurangnya dengan Pencapaian Minima ).
Tindakan : Makluman semua.
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Mesyuarat telah bersetuju menerima cadangan supaya minit mesyuarat disahkan.
Cadangan: Puan Azlinah Binti Sariu
Disokong: Puan Noormimi Binti Jailani
Tindakan : Makluman semua.
4.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada.
5.0 LAPORAN KEWANGAN 2019
Mesyuarat bersetuju menerima pembentangan laporan kewangan yang telah
dibentangkan oleh Puan Noor Faiza binti Mohamad Hashim.
Disahkan oleh: Puan Noor Shazniza Binti Osman.
Disokong oleh: Puan Noridah Binti Lema
Tindakan : Makluman semua.
6.0 PEMBENTANGAN PERANCANGAN DAN MAKLUMAT AKTIVITI TAHUN 2020 – PUAN
GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
6.1 Bilik Darjah
Beliau telah memaklumkan bahawa ada pertambahan bilik darjah untuk murid
Tahun 1, d engan menumpang di Kelas 2 Progresif seperti pengurusan kelas
sebelum ini.
6.2 Enrolmen Terkini
6.2.1 Pada tahun semasa, bilangan guru adalah seramai 7 orang sahaja iaitu
seramai 5 orang guru perempuan dan 2 orang guru lelaki.
Tindakan : Makluman semua.
6.2.2 Bilangan murid pada tahun semasa adalah seramai 35 orang. Ia terdiri
daripada 21 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan.
Tindakan : Makluman semua.
6.2.3 Bilangan pembantu pengurusan murid (PPM) pula seramai 4 orang.
Tindakan : Makluman semua.
6.3 Mata Pelajaran Semasa Dan Program Insklusif
Beliau memaklumkan bahawa semua murid akan belajar mata pelajaran teras di
kelas Pendidikan Khas disleksia. Manakal bagi mata pelajaran elektif, semua murid
akan mengikuti program Insklusif di kelas aliran pedana bersama-sama dengan rakan
seusia mereka
6.4 Elaun Murid Khas (EMK)
6.4.1 Beliau memaklumkan bahawa permohonan EMK ini boleh dilakukan hanya
sekali dalam setahun, iaitu sebelum 30 April 2020. Bagi murid-murid
baru yang telah mendaftar antara Januari – Februari, mereka akan
menerima EMK pada tahun semasa. Bagi murid-murid baru yang mendaftar
selepas bulan Mac, permohonan EMK mereka akan diuruskan atau
dilakukan pada tahun hadapan (berpandukan arahan yang telah
dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia).
Tindakan : Makluman semua dan Puan Noor Faiza Mohamed Hashim
6.4.2 Beliau turut memaklumkan kepada semua bahawa mulai 2018, pihak sekolah
tidak lagi memegang tanggungjawab menjaga semua buku akaun murid-murid.
Semua buku akaun murid telah dipulangkan kepada semua ibu bapa dan
segala urusan pengeluaran EMK akan dilakukan sendiri oleh murid-murid
dengan bantuan ibu bapa masing-masing.
Tindakan : Makluman semua dan Puan Noor Faiza Mohamed Hashim
6.4.3 Beliau turut memaklumkan bahawa pembayaran EMK akan dilakukan
sebanyak dua kali dalam setahun. Beliau juga mengharapkan agar
pengurusan penggunaan EMK ini dilakukan secara berhemah mengikut
keperluan anak-anak ini dan tidak menyalahgunakan bagi tujuan lain.
Tindakan : Makluman semua dan Puan Noor Faiza Mohamed Hashim
7.0 MESIN PENAPIS AIR JENAMA COWAY
Beliau memaklumkan bahawa mesin tersebut diletakkan di dalam bilik guru untuk
keperluan air minuman murid-murid di dalam kelas. Bayaran yang telah ditetapkan adalah
sebanyak RM125 sebulan. Setiap murid akan menyumbang RM1 (yang akan diambil
daripada Tabung Kebajikan). Namun, ada juga penyumbang lain iaitu ibu bapa murid-murid
Pendidikan Khas dan selebihnya akan ditambah oleh guru-guru dan PPM PPKID.
Tindakan : Makluman semua.
8.0 UPSR
Beliau memaklumkan bahawa kelas tambahan bagi murid-murid Tahun 6 akan diadakan
pada setiap Isnin petang dan setiap pagi hari sabtu (minggu kedua dan minggu keempat).
Jadual kelas tambahan akan diedarkan kemudian.
Pihak sekolah memberi sekalung penghargaan kepada para ibu bapa dan orang
perseorangan yang telah memberi sumbangan berupa makanan tengah hari dan sarapan
pagi semasa hari kelas tambahan berlangsung.
Tindakan : Makluman semua
9.0 KUMPULAN WHATSAPPS BADAN PPKID
Beliau memaklumkan bahawa nombor telefon semua ibu bapa dan penjaga murid-murid
PPKID akan dimasukkan di dalam kumpulan itu supaya semua maklumat terkini berkaitan
urusan pendidikan anak-anak dapat disampaikan terus secara maya. Beliau memohon
agar sebarang informasi yang tiada kaitan tentang pendidikan anak-anak tidak dimasukkan
atau dikongsikan ke dalam kumpulan itu.
Tindakan : Makluman semua
10.0 BILIK GURU PPKID 2020
Beliau memaklumkan bahawa bilik guru lebih kondusif dan selesa untuk kegunaan semua
(murid-murid, guru-guru, PPM dan tetamu). Beliau mengucapkan sekalung penghargaan
kepada para penyumbang yang telah banyak membantu untuk menjadikan bilik guru itu
lebih kondusif dan selesa.
Tindakan : Makluman semua
11.0 T-SHIRT MURID-MURID 2020
Beliau memaklumkan bahawa pihak pengurusan PPKID telah menerima sumbangan /
tajaan bayaran bagi pembelian t-shirt untuk semua murid sebanyak RM 720. Wang baki
daripada pembelian tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan PPKID. Beliau
turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada penyumbang berkenaan.
Tindakan : Makluman semua
12.0 PERANCANGAN DAN AKTIVTI SEPANJANG TAHUN 2020.
Mesyuarat telah dimaklumkan mengenai perancangan dan aktiviti sepanjang tahun 2020
seperti dalam Lampiran A
Tindakan : Makluman semua
13.0 LAPORAN UNIT KURIKULUM – PENYELARAS PPKID
13.1 Pentaksiran Bagi Murid-murid Tahap 1
Beliau memaklumkan bahawa mulai 2019, pihak KPM telah memansuhkan semua
bentuk pentaksiran (Ppeperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir
Tahun). Pentaksiran dan penilaian berdasarkan dalam bilik darjah secara atas talian
akan digunakan bagi menilai pencapaian murid-murid pada akhir tahun nanti.
Tindakan : Makluman semua
13.2 Pentaksiran Bagi Murid-murid Tahap 2
Beliau turut menjelaskan bahawa pentaksiran bagi murid-murid Tahap 2 masih
diteruskan seperti biasa iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mei) dan
Peperiksaan Akhir Tahun (Oktober).
Tindakan : Makluman semua
13.3 Calon UPSR 2020
Beliau juga turut memaklumkan bahawa semua murid Tahun 6 Progresif telah
berjaya didaftarkan untuk menduduki UPSR pada 06 hingga 10 September 2020
nanti. Semua murid Tahun 6 Progresif layak mendapat tambahan masa menjawab
selama 30 minit dan akan menerima seorang pembaca soalan (mengikut panduan
yang telah diwartakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Tindakan : Makluman semua
13.4 Kelas Tambahan Calon UPSR
Ahli mesyuarat turut dimaklumkan mengenai pelaksanaan kelas tambahan bagi
semua calon UPSR iaitu pada setiap petang hari Isnin dan waktu pagi hari Sabtu
Minggu kedua dan minggu keempat. Walau bagaimana pun, ia tertaklul kepada
perubahan terkini kelak.
Tindakan : Makluman semua
14.0 HAL EHWAL MURID
14.1 Program Lawatan Sambil Belajar 2020
Mesyuarat dimaklumkan bahawa program lawatan sambil belajar pada tahun ini akan
dilaksanakan sebanyak 2 kali iatu, lawatan dalam negeri Melaka dan lawatan ke luar
negeri Melaka.
14. 1 (a) Lawatan Sekitar Melaka
Mesyuarat dimaklumkan bahawa lokasi yang telah dipilih ialah Pusat Penyu
Melaka (Turtle Conservation and Information Centre Melaka), di Pengkalan
Balak dan sekitar Banda Hilir. Setiap murid dikenakan bayaran sebanyak
RM 50 (tiket, makanan dan minuman). Lawatan ini akan dilaksanakan pada
11 Mac 2020 (Rabu), dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang.
14.1(b) Lawatan Ke Pulau Pinang
Beliau turut memaklumkan bahawa lokasi lawatan luar negeri Melaka adalah
negeri Pulau Pinang. Lawatan ini dijadualkan akan berlangsung pada
Oktober 2020 dengan menaiki sebuah bas. Semua guru dan murid
dikenakan bayaran sebanyak RM 500 (pengangkutan, penginapan,
makanan, minuman dan tiket).
Selain itu, beliau selaku penyelaras lawatan turut memaklumkan
pembayaran RM 500 boleh dilakukan secara ansuran mulai bulan hadapan
bagi meringankan bebanan kewangan keluarga murid.
Tindakan : Makluman semua
14.2 Disiplin.
14.2(a) Kehadiran Ke Sekolah
Mesyuarat dimaklumkan bahawa status kehadiran murid-murid sangat
penting kerana data itu akan dimasukkan secara terus ke dalam sistem
online APDM yang boleh diakses oleh pihak JPN dan pihak KPM.
14.2(b) Waktu Persekolahan
Mesyuarat dimaklumkan bahawa murid-murid perlu hadir ke sekolah seawal
jam 7.10 pagi. Murid-murid Tahap 1 akan pulang seawal jam 1:00 petang
dan murid-murid Tahap 2 akan pulang jam 1:30 petang.
14.2 (c) Pakaian Seragam Sekolah.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa murid-murid perlu memakai pakaian yang
lengkap seperti dalam Buku Peraturan Sekolah.
14.2(d) Potongan Rambut
Mesyuarat dimaklumkan bahawa gaya potongan rambut bagi murid-murid
lelaki adalah seperti dalam buku peraturan sekolah. Semua potongan rambut
berfesyen adalah tidak dibenarkan.
14.2(e) Kerja rumah Harian.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap hari murid-murid akan dibekalkan
dengan kerja rumah mengikut mata pelajaran yang berbeza. Oleh itu, murid-
murid harus mengingat sendiri dan bertanggungjawab mengenai kerja rumah
masing-masing.
Tindakan : Makluman semua
15.0 PERANCANGAN UNIT KOKURIKULUM
15.1 Zon Ayer Keroh
Beliau memaklumkan bahawa semua murid akan menyertai sebarang aktiviti yang
dianjurkan di peringkat Zon Ayer Keroh, Melaka Tengah dan Negeri Melaka.
15.2 Olahraga Pendidikan Khas
Beliau memaklumkan bahawa murid-murid yang berbakat dan terpilih untuk mewakili
sekolah ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka.
15.3 Program KidZone – Robotik
Beliau memaklumkan kelas ini akan dimulakan pada Mac dengan penyertaan
seramai 22 orang murid. Bagi murid-murid Tahap 1, kelasnya akan diadakan pada
hari Khamis jam 2:00 hingga 4:00 petang. Manakala, murid-murid Tahap 2 pula akan
diadakan pada hari Selasa iaitu pada waktu aktiviti ko-kurikulum.
Beliau turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada Puan Norliza Binti Abdul
Wahid atas komitmen memberi peluang program ini di adakan di sekolah ini.
Tindakan : Makluman semua
16.0 HAL-HAL LAIN.
16.1 Kaedah Pdpc Bagi Murid-Murid Disleksia
Mesyuarat memaklumkan bahawa ada pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai
digunakan oleh ibu bapa supaya dapat mengapikasikannya semasa membantu
mereka menyelesaikan semua kerja rumah.
16.2 EMK
Ahli mesyuarat telah diminta untuk mengemaskini buku akaun anak-anak secepat
mungkin dan memaklumkan kepada pihak sekolah.
16.3 RMT Pagi
Ahli mesyuarat telah dimaklumkan mengenai kos RMT bagi seorang murid bagi
membantu para ibu bapa membuat anggaran perbelanjaan wang saku tambahan
kepada anak-anak mereka.
Mesyuarat juga turut memaklumkan bahawa pelaksanaan RMT pada waktu pagi
telah dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun 2020. Namun, sekiranya terdapat
sebarang perubahan pada masa hadapan, pihak sekolah akan memaklumkan
semula.
16.4 Bayaran Penapis Air Coway
Mesyuarat memaklumkan bahawa bayaran RM 1 daripada murid-murid akan
diambil daripada bayaran Rm50 iaitu sumbangan daripada Tabung Kebajikan
PPKID.
16.5 Situasi Murid Semasa Menjalani PdpC Secara Insklusif
Mesyuarat memaklumkan bahawa semasa murid-murid mengikuti program insklusif
dan PdpC di kelas perdana, kemudahan dan peralatan untuk mereka juga turut
disediakan seperti murid-murid lain di kelas perdana. Semua murid PPKID tidak
akan disisihkan atau diasingkan.
16.6 Kandungan Kurikulum Mata Pelajaran Matematik
Encik Juan memaklumkan bahawa ada beberapa istilah/ konsep yang digunakan
dalam mata pelajaran Matematik sangat mengelirukan dan sukar difahami. Ini
disebabkan oleh perubahan dan penambaikan antara silibus dahulu dengan silibus
sekarang mengikut peredaran semasa.
Beliau meghargai tugas guru dalam tugas mendidik murid-murid bagi memahami
sesuatu istilah atau konsep dalam Matematik anaknya sendiri.
Tindakan : Makluman semua
17.0 UCAPAN PENUTUP PENASIHAT
Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kerjasama semua yang hadir pada
petang ini. Sehubungan dengan itu, beliau turut berharap agar semua AJK dan para ibu
bapa dapat memberi komitmen yang tinggi demi kemajuan pendidikan anak-anak di
sekolah ini.
Tindakan : Makluman semua
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang.
Disediakan oleh,
Norasyikin Nasir
............... . ...............
(CIKGU NORASYIKIN BINTI NASIR)
Setiausaha
Badan Kebajikan PPKID
SK Padang Temu, Melaka.
Disahkan oleh,
Abdul Manaf
...................................................
(ENCIK ABDUL MANAF BIN YUSOF)
Pengerusi
Badan Kebajikan Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia,
SK Padang Temu, Melaka.
MAKLUMBALAS MESYUARAT
SK PADANG TEMU, MELAKA.
MAKLUMBALAS MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SPESIFIK DISLEKSIA
BIL. 1/2020.
MUKASURAT BI PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
L
4 7.0 Mesin penapis air Jenama Cikgu Noor Faiza Pembayaran telah
CowayBendahari telah mengutip Mohamad Hashim. dibuat 2 bulan sekali
bayaran duit sewa Coway setiap Cikgu Haslizah secara atas talian.
bulan sebanyak RM 125.00. Bayaran Hussin.
tersebut diperolehi daripada
sumbangan kebajikan (setiap murid
RM 1 setiap bulan), sumbangan
peribadi ibu bapa murid, guru-guru
PPKID dan PPM. Kutipan akan
dilakukan setiap 2 bulan sekali dan
dibayar secara online oleh Cikgu
Haslizah Hussin.
5 13. Lawatan Sekitar Bandar Cikgu Izyan Abd Duit baki lawatan
1 Melaka.Bendahari telah mengutip Wahab.Cikgu J. murid, telah
bayaran RM 50 untuk seorang murid dipulangkan semula
bagi mengurus dan mengendalikan Jayanthi kepada murid-murid.
lawatan ini dengan lancar.
MAKLUMBLAS MESYUARAT
MUKASURAT BI PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
L
5 13. Calon UPSR 2020 GPK Pendidikan Berpandukan arahan
3 KhasCikgu Haslizah semasa KPM,
peperiksaan awam
6 13. Lawatan ke Pulau Pinang Hussin UPSR telah
2 dimansuhkan mulai
tahun 2020. Penilaian
7 15. Kaedah PdpC Bagi Murid-murid murid untuk
1 Disleksia keperluan ke
dalikan lawatan ini dengan lancar. Tingkatan 1 akan
dilaksanakan melalui
7 15. Kandungan Kurikulum Mata Penilaian
6 Pelajaran Matematik Berdasarkan Bilik
Darjah (PBD) dan
Disediakan oleh: PAJSK.
Norasyikin Nasir
(NORASYIKIN BINTI NASIR) Cikgu J. Jayanthi Lawatan ini telah
SETIAUSAHA, ditunda, ekoran
BADAN KEBAJIKAN PPKID. pelaksanaan PKP
seluru Malaysia.
GPK Pendidikan Semua ibu bapa akan
KhasSemua guru diberi peluang
menyertai kursus atau
Cikgu Haslizah bengkel mengenai
HussinCikgu pelbagai kaedah
pengajaran yang
Norasyikin Nasir boleh diguna semasa
di rumah.
Isu ‘anu’ telah
diselesaikan dengan
penerangan yang
jelas oleh Penyelaras
dan guru mata
pelajaran Matematik
Tahun 3 Progresif.
Tarikh: 02 November 2020.
PENYATA KEWANGAN
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA KALI 1/2021
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI DISLEKSIA
SK PADANG TEMU, MELAKA.
Penasihat
Pn. Hjh Nor Hamizah Binti Daud
(Guru Besar).
Naib Penasihat
Pn. Suriani Binti Atan
(GPK Pend. Khas).
Naib Penasihat Bersama
En.Nor Haimie Bin Abd. Rahim
(GPK Pentadbiran).
En. Salahuddin Bin Salleh
(GPK HEM).
En. Azahar Bin Hashim
(GPK Kokurikulum).
Pengerusi
Encik Abdul Manaf Bin Yusof.
Naib Pengerusi
Encik Ahmad Tarmizi Bin Mohd.Taib.
Setiausaha
Pn. Norasyikin Binti Nasir.
AHLI JAWATANKUASA KERJA :
Jemputan:
Pn. Suriani Binti Atan (GPK Pend. Khas).
Pn. Haslizah Binti Hussin (Penyelaras PPKID).
Buku Program:
Cik Norizah Binti Md Nor.
Pn. Nur Ramziah Binti Mislahon
Tayangan Slaid :
Pn. Haslizah Binti Hussin
Pn. Norfariza Binti Roslan.
Montaj :
Pn. Noor Faiza Binti Mohamad Hashim.
Pn. Izyan Binti Abd. Wahab.
Cik Nor Azlina Binti Khamzah
Google Form Kehadiran:
Encik Mustaqim Bin Mohamad Aziz.
Dokumentasi:
Pn. Jayanthi a/p Jaganathan.
Cik Sajaratul Mawarinah Binti Jamat
Pembaca Doa:
Encik Muhammad Hafiz Bin Hj. Marzuki.