The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH ORANG YANG BERJAYA DARIPADA KEGAGALAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rozilah Abd Aziz, 2020-06-15 02:50:27

KISAH ORANG YANG BERJAYA DARIPADA KEGAGALAN

KISAH ORANG YANG BERJAYA DARIPADA KEGAGALAN

KISAH ORANG YANG
BERJAYA

DI SEDIAKAN OLEH:
ROZILAH ABD AZIZ
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK TAMAN JOHOR JAYA 1

Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg

O Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda
dalam sejarah yang bermula dari usahanya sendiri.
Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur
dengan internet.. Bermula dengan sebuah laman
penghubung antara mahasiswa Harvard, ternyata
ramai yang menyukainya, dengan nekad ia untuk
mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook
yang kita kenal sekarang.

O Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran
Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$,
tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling
mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.

Bill Gates

Bill Gates

O William Henry Gates III, atau yang lebih
dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia
juga merupakan seorang yang dermawan
melalui kegiatannya di Yayasan Bill &
Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam
orang terkaya di dunia versi majalah Forbes
selama 13 tahun (1995 hingga 2007).
Siapa sangka dia sebelumnya pernah
dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai
Office Boy

Bill Gates

O “Setiap cerita kejayaan, bermula dengan
impian” itulah ungkapan Bill Gates yang paling
popular,

O Disebalik kejayaan Bill Gates sebenarnya beliau
melalui kepayahan dan keperitan, bahkan
pernah dianggap sebagai orang yang kurang
siuman dan membosankan. Semuanya kerana
‘kegilaannya’ terhadap komputer dan teknologi.

COLONEL SANDERS (KFC)

Colonel Harland Sanders

O Pengasas resipi ayam goreng KFC iaitu Colonel
Harland Sanders yang dilahirkan di Kentucky
pada tahun 1890.

O Antara masakan yang beliau pelajari daripada
ibunya ialah memasak ayam goreng.

O Kemudian dia membuka restoran ayam
gorengnya sendiri bagi memenuhi permintaan
orang ramai . Malangnya restorannya terpaksa
ditutup (1952) dan Sanders kehilangan semua
perniagaannya melainkan resepi menggoreng
ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan
ramuan itu.

Colonel Sanders

O Namun, Sanders tidak sesekali berputus asa. Dia
bawa resepi dia untuk dijual dan difrancaiskan.

O Pada kedai yang ke 1009, akhirnya Sanders berjaya
memfrancaiskan perniagaan ayam gorengnya dan
semua itu dicapai hanya pada usianya 65 tahun.

O Kini KFC berada di lebih 80 buah negara dengan
pendapatan tahunannya (royaltinya) melebihi
USD40,000 setahun.

Albert Einstein

Albert Einstein

O Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang
terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga
salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka
semasa kanak-kanak, beliau lambat
bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu
penyakit yang sukar untuk berkomunikasi
dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka
lalai dengan pelajaran.

TAN SRI SYED MOKHTAR
ALBUKHARY

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

O Banyak yang diperkatakan mengenai seorang
tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

O Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam
Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion,
namanya amat masyhur baik di dalam mahupun
di luar negara.

O Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai
bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan
logistik, perladangan, pembangunan hartanah,
pertahanan dan gudang senjata serta generasi
kejuruteraan dan kuasa

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

O Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke
dalam keluarga kelas pertengahan rendah di
utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya
berasal dari Hadhramaut, Yemen.

O Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai
tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang
serba kekurangan hinggakan rumah kayunya
yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini
menyebabkan beliau susah hendak menelaah

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

O Sikap beliau yang komited dengan
mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal
dalam setiap usahanya sehingga membuahkan
hasil terutamanya mengeluarkan diri dan
keluarga dari kepompong kemiskinan.

O Billionair Melayu ini, walaupun tidak mempunyai
pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata
beliau luas dalam pengalaman hidup terutama
jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi
gurunya sehingga dicatatkan sebagai Melayu
terkaya di negara ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

O Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan
seorang yang tidak pernah mengenal erti
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa
juga kesilapan yang dilakukan.

O Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan
orang ramai terutamanya bumiputera sebelum
membuat apa-apa keputusan penting dalam
perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul
yang wajar dicontohi semua pihak.

Datuk Ramly Mokni

Datuk Ramly Mokni

O Segalanya bermula pada tahun 1978 bila
negara kecoh isu halal haram daging burger ni
sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari
luar negara, jadi Ramly ambil keputusan buat
sendiri burger daging di rumah bersama
isterinya. Dengan modal RM2,000, mereka buat
sendiri burger daging secara manual (tanpa
mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.
Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang
Melayu tak banyak makan burger, tapi perlahan-
lahan Ramly buka banyak stall burger dekat
area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging
burgernya bertambah.

Datuk Ramly Mokni

O Akhirnya daripada hanya 200 keping daging
sehari, mereka mula mendapat tempahan
sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980
mereka mula membuka syarikat dan
selepas empat tahun kemudian, mereka
telah berjaya buka kilang di Bandar Tun
Razak dengan menghasilkan kira-kira
10,000 keping sehari!

Datuk Ramly Mokni

O Cabaran Ramly paling besar pada masa itu ialah
MARA telah menolak permohonan pinjaman
mereka dengan alasan orang Malaysia tidak
ramai makan burger, tetapi Bank Pembangunan
pula yang luluskan permohonan mereka.
Selepas tu timbul fitnah pula burgernya tidak
halal hingga beliau terpaksa membuat laporan
polis.. Semua fitnah itu telah membuat beliau
dan keluarganya lebih tabah dan berusaha
membuktikan mereka bukan seperti mana yang
difitnahkan.

Datuk Ramly Mokni

O Dan sekarang jualan tahunan mereka sudah
cecah RM1 billion, daging saja mereka
gunakan hampir 1.5 tan sehari untuk
menghasilkan pelbagai jenis burger.

O Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar
mengeluarkan daging burger, malah sosej,
nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili
dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Tan Sri Lim Goh Tong

Tan Sri Lim Goh Tong

Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati Orang
Lain
Perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan
yang dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada
dengan usaha yang dilakukan.

Berkerja Keras & Sedaya Upaya
Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana,
dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati
kehidupan yang sangat manis. Untuk menjadi senang kita tidak
mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha diri sendiri.

Tan Sri Lim Goh Tong

Amalan Menyimpan Wang
Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang
diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan
modal dan pelaburan yang akan datang.

Bermula dari Bawah
Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja
sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan
Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri
merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke
Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil
yang lumayan.

Tan Sri Lim Goh Tong

Tidak Bermain Kotor dalam Perniagaan
Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor
dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu
perniagaan yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh
diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Pendek kata, berbuat
baik pada semua orang adalah kuncinya.

Berani Menanggung Risko
Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan
tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus
membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk
memulakan perniagaan harus dilupakan.

Apakah Rahsia Kejayaan
Mereka ?

Tips Untuk Berjaya

O 1. Tentukan Impian

Pertama sekali, perlu tentukan apakah impian
yang ingin digapai,target haruslah realistik dan
masuk akal

Apabila sudah jelas impian yang ingin dicari,
maka usaha-usaha ke arah mengapai impian
perlu dimulakan seberapa segera.

O 2- Yakin Pada Diri Sendiri
O Yakin pada diri sendiri adalah perkara paling

sukar untuk dilakukan. Seringkali kita terfikir,
mampukah aku lakukan? Namun percayalah
setiap manusia yang dicipta punyai kelebihan
tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang
kurang. Anda hanya perlu yakin dan tentukan
target impian yang betul selari dengan
kebolehan diri sendiri.

O

O 3- Berani Gagal

O Kegagalan adalah satu dugaan dalam
mencapai sesuatu impian. Perlu diingat,
jangan sesekali takut atau putus asa
apabila menemui kegagalan, kerana
kegagalan adalah satu pengalaman
berguna dimasa hadapan. Bangkit dan terus
cuba lagi.

O 4- Sentiasa Berfikiran Positif
O Dalam usaha mencapai kejayaan, pasti banyak

dugaan mendatang terutamanya dari segi
mental. Mental perlu sentiasa stabil untuk
menganalisa sesuatu masalah yang dihadapi,
kita jangan terlalu memikirkan sesuatu masalah
sebagai satu "beban besar" yang sukar untuk
dihadapi. Jika pemikiran negatif menguasai diri,
ini adalah punca kenapa kita selalu gagal lebih
awal. Ingat!!! Setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya.

O 5- Jangan Abaikan Kritikan

O Andai anda menerima kritikan, jangan
sesekali mengabaikannya. Ambil dan kaji
setiap kritikan yang diterima, namun anda
adalah penentu sesuatu keputusan. Dalam
hal ini anda perlu bijak dan tidak emosi
dalam menentukan keputusan seterusnya.

O 6- Doa Dan Tawakal (Berserah)

O Apabila kita sedang berusaha, maka perlulah
diiringi dengan doa supaya mendapat
keberkatan dan dimakbulkan setiap
permintaan. Seterusnya hanya tawakal
(berserah kepadaNya).

O

Kesimpulannya

Semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan
mereka wajar diberi peluang untuk mencuba
nasib. Kerana semua manusia itu mempunyai
cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana
tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha
keras akan membuahkan hasil dalam setiap
pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya
setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh
perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi.

D.U.I.T

O D – DOA
O U – USAHA
O I – ISTIQAMAH
O T – TAWAKAL






Click to View FlipBook Version