APLIKASI SENI DALAM
PENDIDIKAN BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMMB3052 (SENI DALAM
PENDIDIKAN)
NAMA: ANIS SYAKIRAH BINTI ZAIDI
PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) dapat ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan tiga elemen seni iaitu seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan yang diintegrasikan dalam pendidikan masa kini. Selain itu, seni
dalam pendidikan ini memainkan peranan yang utama dalam dunia pendidikan
supaya dapat menarik minat murid-murid terutamanya semasa pembelajaran dan
pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah serta maklumat yang ingin disampaikan
kepada mereka akan lebih mudah untuk difahami. Dalam konteks ini, elemen-
elemen seni dalam pendidikan terbahagi kepada tiga iaitu seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan.
APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN
01 03
SENI VISUAL 02 SENI
PERGERAKAN
SENI MUZIK
DSKP BAHASA MELAYU TAHAP 1 TAHUN 3
TEMA: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
TAJUK: BANGUN PAGI
FOKUS UTAMA:
STANDARD KANDUNGAN:
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
STANDARD PEMBELAJARAN:
4.2.2 Menyanyikan lagu kanak-kanak dengan sebutan dan intonasi yang betul;
OBJEKTIF:
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Menyebut dan memahami keseluruhan seni kata lagu ‘Bangun Pagi’dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
2. Menyenaraikan dua atau tiga kata kerja berdasarkan lagu ‘Bangun Pagi’ dengan tepat dan
betul.
3. Memperoleh nilai-nilai murni yang berdasarkan lirik lagu ‘Bangun Pagi’.
4. Membina ayat berkaitan dengan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu ’Bangun Pagi’ dengan
betul dan jelas.
5. Menjawab soalan-soalan kuiz Wordwall berkaitan kata kerja dengan dengan betul.
Aktiviti yang dilaksanakan
1. Guru memulakan pengajaran dengan menayangkan video seni kata lagu
‘Bangun Pagi’ menggunakan slaid Powerpoint dan meminta murid-murid
untuk membaca seni kata lagu itu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Guru akan membimbing murid-murid untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa
iringan muzik latar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Murid-murid akan mengikut guru menyanyikan lagu tersebut berdasarkan
melodi yang betul tanpa iringan muzik latar.
4. Seterusnya, guru dan murid-murid akan menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’
dengan iringan muzik latar secara bersama-sama.
5. Kemudiannya, guru akan mengajar murid melakukan pergerakan khas yang
telah direka mengikut seni kata lagu ‘Bangun Pagi’.
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
6. Murid-murid akan menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan pergerakan
yang direka khas mengikut muzik latar yang disediakan.
7. Setelah itu, guru akan menerangkan kepada murid-murid mengenai nilai-nilai
murni yang dapat diperolehi berdasarkan lagu tersebut.
8. Kemudian, guru akan mengaitkan video lagu ‘Bangun Pagi’ itu dengan tajuk
pembelajaran iaitu ‘Kata Kerja’.
9. Guru akan menerang dahulu secara terperinci mengenai tajuk pembelajaran
yang akan dipelajari oleh murid-murid iaitu ‘ kata kerja’.
10. Guru meminta murid-murid untuk menyenaraikan beberapa kata kerja yang
terdapat dalam lirik lagu ‘Bangun Pagi’ itu.
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
11. Guru akan menguji kefahaman murid-murid berdasarkan tajuk yang
dipelajari dengan meminta mereka menjawab beberapa soalan mengenai
‘kata kerja’ yang disediakan dalam kuiz Wordwall.
12. Selepas itu, guru akan berbincang bersama-sama dengan murid-murid
mengenai soalan kuiz tersebut.
13. Pada akhir sesi PdP, guru akan bersoal jawab dengan murid tentang
pembelajaran pada hari tersebut.
14. Sesi pembelajaran tamat.
Mari menyanyi
tajuk lagu: bangun pagi
Bangun Pagi Gosok Gigi,
Cuci Muka Terus Mandi,
Lepas mandi pakai baju,
Makan roti minum susu,
Pergi sekolah senang hati.
Bangun Pagi Gosok Gigi,
Cuci Muka Terus Mandi,
Lepas mandi pakai baju,
Makan roti minum susu,
Pergi sekolah senang hati.
LAGU BANGUN PAGI
NILAI- nilai MURNI BERDASARKAN LAGU
BANGUN PAGI
01 RAJIN 03 Sopan-santun
04
Kita mestilah rajin dating Kita mestilah mengucapkan
ke sekolah. salam kepada guru sebelum
memulakan kelas.
02 BERAKHLAK MULIA
Menjaga
Kita hendaklah menyalam kebersihan
kedua ibu bapa sebelum
pergi ke sekolah. Kita haruslah menjaga
kebersihan diri supaya
sentiasa sihat dan
bersih.
Sistem bahasa
Kata kerja
Kata kerja merupakan golongan kata dalam Contoh kata kerja tak transitif
bahasa Melayu yang digunakan khusus dalam lagu ‘Bangun Pagi’:
menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF bangun, mandi, makan,
Kata kerja Tak Transitif boleh berdiri sendiri minum
tanpa memerlukan objek kecuali kata kerja
berawalan ber……..kan yang memerlukan
pelengkap.
WORDWALL
Perbincangan guru dan murid pada akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran (Pdp)
1. Guru bercerita mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu ‘Bangun
Pagi’ kepada murid-murid seperti sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin
belajar dan hadir ke sekolah supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang.
2. Guru berbincang dengan murid-murid mengenai kata kerja yang terdapat
dalam lagu ‘Bangun Pagi’.
3. Guru dan murid-murid berbincang bersama-sama jawapan yang betul
mengenai kata kerja yang terdapat dalam kuiz Wordwall.
4. Murid-murid menyatakan perasaan seronok ketika melaksanakan aktiviti
seperti melukis serta mewarna lukisan persekitaran sekolah.
APLIKASI ELEMEN-ELEMEN SENI
SENI VISUAL SENI MUZIK SENI
PERGERAKAN
Murid-murid melukis dan Murid-murid menyanyi
mewarna lukisan lagu ‘Bangun Pagi’ Murid-murid menyanyi
persekitaran sekolah. sambil membuat
sambal diiringi alunan pergerakan mengikut
muzik. seni kata lagu ‘ Bangun
Pagi’.
TERIMA
KASIH