The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Lapangan Geografi Muhammad Waiz Zunnurain Bin Muhammad Loqman 3Ihsan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wzunnurain5, 2021-10-14 05:02:57

Kerja Lapangan Geografi Muhammad Waiz Zunnurain Bin Muhammad Loqman 3Ihsan

Kerja Lapangan Geografi Muhammad Waiz Zunnurain Bin Muhammad Loqman 3Ihsan

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3

TAHUN 2021

TAJUK :

KAJIAN GUNA TANAH (PERTANIAN) DI KAMPUNG
TUALANG, POKOK SENA, KEDAH

NAMA :MUHAMMAD WAIZ ZUNNURAIN BIN MUHAMMAD LOQMAN

KELAS :3 IHSAN

NAMA GURU : CIKGU ARHAMNI BINTI ROBIAN

1

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

SENARAI KANDUNGAN: Muka
Surat
Bil. Perkara
1
1. Tajuk Kajian/Muka hadapan 2
2. Senarai kandungan 3
3. Penghargaan 4
4. Pendahuluan 5
5. Objektif kajian 6
6. Kaedah kajian 7
7. Kawasan kajian 8
8. Dapatan kajian 8

Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di 9
kawasan kajian
Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di 10
kawasan kajian
Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian 11
dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah 12
Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah 13
tersebut terhadap alam 14
sekitar yang telah dikaji bersama
Tiga cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan

2

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PN. ZAITON BT ISMAIL,
BCK. selaku pengetua MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang
diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, PUAN ARHAMNI BINTI
ROBIAN atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna
serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu MUHD LOQMAN BIN ABD AZIZ dan SITI SOLEHA BINTI SHUKOR yang telah
banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-
maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan
sekelas saya terutamanya AHMAD SALMAN kerana telah memberi saya banyak
pendapat dan idea.

3

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3
di Maktab Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk KAJIAN GUNA TANAH (PERTANIAN) DI KAMPUNG
TUALANG,POKOK SENA,KEDAH

Tujuan saya memilih kawasan KAMPUNG TUALANG,POKOK SENA,KEDAH
ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan kampung nenek saya dan sekolah
rendah saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya
yang lain telah dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi
menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.

Saya mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti
dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.

Selain itu, saya turut mengenal pasti cadangan usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut daripada internet dan pelbagai sumber.

Kesemua maklumat yang telah saya layari merupakan maklumat yang tepat
dan benar dari laman web yang boleh dipercayai.Dengan itu, ianya telah dapat
menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna
tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.

4

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3
OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta
melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:

(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang
kawasan kajian.

(b) Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian.

(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.

(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam
sekitar di kawasan kajian.

(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan
guna tanah tersebut

5

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3
KAEDAH KAJIAN

Terdapat tiga (3) kaedah kajian yang telah dijalankan dan membantu saya bagi
memastikan tugasan kajian peta di kawasan kajian iaitu Guna Tanah Pertanian di
Kampung tualang dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan
fakta mahupun maklumat yang tepat

1) Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan
Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan bagi mengenalpasti
guna tanah pertanian kampung tualang yang terdapat di kawasan kajian.
Maklumat yang diperoleh itu membantu saya untuk melukis dan mentafsir peta
lakar guna tanah

2) Internet
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah
satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui
laman sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi wikipedia.
saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk
dijadikan rujukantambahan.

3) Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan
tugasan kajian yang telah diberikan.Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari
guru iaitu Puan ARHAMNI BINTI ROBIAN

6

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Kampung Tualang, Pokok Sena,Kedah. Negeri
Kedah Darul Aman mempunyai 12 buah daerah. Pokok Sena terletak di negeri Kedah
Darul Aman, negara Malaysia. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang
diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2'
Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke
Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini
secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.Salah satu
mukim yang terletak di dalam pokok sena ialah Kampung Tualang

Kampung Tualang ialah salah sebuah mukim yang agak terkenal dan menjadi
tumpuan penduduk. Kawasan Kampung Tualang ini adalah sebuah kawasan
pertanian dan petempatan. Sebelum pembinaan kawasan pertanian ini, kawasan ini
kurang menjadi tumpuan penduduk.

Secara keselurahannya, guna tanah di Kampung Tualang adalah lebih kepada
kegiatan pertanian dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan untuk
tujuan pertanian. Kegiatan pertanian ini adalah sangat penting kerana ia menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk.
Antaranya adalah kawasan pertanian di Kampung Tualang. Kawasan pertanian di
Kampung Tualang adalah sebuah kawasan yang luas.Kampung tualang iaitu di Pokok
Sena Secara umumnya, merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti
utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar),
dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis
perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan
memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok
Sena' itu. Ia meliputi lebih 600 buah kilang di kawasan ini.

Oleh itu, kawasan pertanian di kampung tualang ini merupakan sebuah tapak
yang sangat luas dengan melibatkan pelbagai kegiatan pertanian di kawasan
tersebut. Terdapat pelbagai jenis pertanian di kampung tualang ini.Antaranya ialah
tanaman padi,pokok getah,kelapa sawit dan lain-lain.

7

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3
PETA LAKAR:

8

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3
TAFSIRAN PETA LAKAR:

1. Peta lakar di kawasan kampung tualang,Pokok Sena,Kedah ini telah saya lukis
berpandukan peta google map kampung tualang,Pokok Sena,Kedah yang
telah saya ambil

2. Peta menunjukkan Kampung Tualang,Pokok Sena,Kedah.Kawasan ini terletak
di kawasan tanah pamah yang rata.

3. Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang terdapat dalam peta .

4. Tanaman utama yang terdapat di kampung ini ialah padi,getah,dan kelapa
sawit.

5. Petempatan di dalam peta Kampung Tualang,pokok Sena,Kedah ini ialah
merupakan pola petempatan jenis berpusat

6. Di antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Tualang,Pokok
Sena,Kedah ini ialah sekolah dan masjid.

7. Sebahagian besar daripada penduduk di kawasan peta kampung
Tualang,Pokok sena,Kedah ini bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah.

8. Jalan raya merupakan cara pengangkutan utama di kawasan peta kampung
tualang,pokok sena,kedah ini.

9. Bekalan air dari tali air membolehkan padi ditanam dua kali setahun

9

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GUNA TANAH PERTANIAN

Antara jenis guna tanah di Kampung Tualang,Pokok Sena,Kedah ini ialah guna tanah
pertanian.

Terdapat 3 faktor Kegiatan guna tanah pertanian di Kampung Tualang,Pokok
Sena, Kedah ini. Antara faktornya ialah faktor bentuk muka bumi.Contohnya,Jenis
tanah pamah sesuai ditanami padi manakala kawasan beralun sesuai untuk
penanaman getah dan kelapa sawit. Kawasan yang terletak di pinggir laut pula sesuai
ditanam dengan pokok kelapa

Selain itu,Jenis tanah.lanya mempengaruhi jenis tanaman yang dapat
diusahakan.Contoh, tanah aluvium sesuai ditanam padi sawah manakala tanah laterik
yang bersaliran baik sesuai ditanami getah. Tanah gambut pula sesuai ditanami nanas
dan tanah beris (campuran tanah liat dengan pasir) sesuai ditanam dengan tembakau,
kelapa dan gajus.

Akhir sekali, faktor kegiatan guna pertanian ialah Cuaca (Iklim).Malaysia
mengalami iklim khatulistiwa iaitu cuaca panas dan berhujan. Jenis tanaman seperti
padi, getah, kelapa sawit, koko, nanas, kopi dan lada hitam sesuai ditanam
dikebanyakkan tempat.Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18
darjah celsius di kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang
sesuai bagi penanaman teh, sayur sayuran dan bunga. Cuaca yang panas sepanjang
tahun menggalakkan akitiviti penangkapan ikan.

10

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

KESAN DAN CADANGAN GUNA TANAH PERTANIAN

Tiga Kesan Guna Tanah Pertanian Terhadap Alam Sekitar bersama Tiga cadangan
usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut :

Kegiatan pertanian yang tidak terkawal terhadap alam sekitar boleh
menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Antara kesan guna tanah pertanian
terhadap alam sekitar ialah Pencemaran udara dan jerebu.ianya Melibatkan
pembakaran terbuka untuk penyediaan tapak pertanian. Contoh ladang tebu,
pembakaran jerami padi, tapak pertanian pindah. Kejadian ini meningkaatkan bacaan
IPU di sesuatu kawasan. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah pihak berkuasa
perlulah menguatkuasakan undang-undang untuk para petani untuk mengawal
pencemaran asap.

Selain itu, Pencemaran air, tanah dan udara.Disebabkan oleh penyemburan
racun serangga, penggunaan baja kimia yang menyebabkan berlakunya hujan asid
pada skala yang kecil. Racun serangga dan baja kimia menyebabkan pencemaran air
yang sekaligus mengancam hidupan akuatik. Cara mengatasinya ialah, para petani
boleh menggunakan penggunaan baja organik untuk menggatikan baja kimia untuk
mengurangkan pencemaran air. Para petani boleh menggunakan Guano (tahi burung
dan tahi kelawar) sebagai baja

Akhir sekali, Hakisan tanah atau tanah runtuh. Tanaman tanpa tutup bumi
menyebabkan lumpur di bawa ke sungai yang menjadikan sungai tercemar dan
cetek.Langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
ialah menyuruh para petani melakukan penanaman berteres.Ianya dijalankan di
kawawsan cerun bukit. Bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanih.

11

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

RUMUSAN

Berdasarkan kerja lapangan Geografi ini, terdapat beberapa nilai murni yang
telah saya pelajari. Antaranya ialah nilai menghargai alam sekitar. Sebagai contohnya,
kita hendaklah mengelakkan kegiatan pertanian yang tidak terkawal sehingga
merosakkan alam sekitar. Saya juga lebih menghargai alam sekitar selepas
menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya,saya turut mempelajari nilai bekerjasama.Sebagai contohnya,
penduduk Kampung Tualang,Pokok Sena,Kedah saling bekerjasama bagi
memastikan kegiatan pertanian di situ tidak hanya mengaut keuntungan semata-
mata, sebaliknya turut bekerjasama memastikan alam sekitar tidak terjejas. Kesan
negatif kegiatan pertanian juga dapat dibendung dengan kerjasama yang erat antara
penduduk Kampung Tualang,Pokok Sena,Kedah dengan pihak pemaju perumahan
dan pihak berkuasa tempatan.

Saya begitu berbangga kerana kawasan kajian saya yang juga merupakan
tempat tinggal atok dan nenek saya ini, berpotensi untuk lebih maju dari segi pertanian
pada masa akan datang. Saya juga berharap kemajuan kegiatan pertanian di
Kampung Tualang,Pokok Sena,Kedah adalah seiring dengan usaha menjaga dan
mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam sekitar agar dapat diwarisi oleh
generasi akan datang

12

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3
LAMPIRAN

1. Peta Google Maps:

13

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021 FORM 3

RUJUKAN

1. Buku:
-Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utck. 2018. Geografi Tingkatan
3.Johor Bharu: IMS Books Trading SDN.BHD
-Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, 2018 Geografi KSSM. IMS Trading SDN BHD
- Norasrena Ariffin dan Nur Raihan Idris, 2018 Revisi Geografi Mobil KSSM dan PT.
PNI Neuron M SDN BHD

2. Orang Sumber
-Puan Arhamni Binti Robian,Guru
-Muhammad Loqman Bin Abdul Aziz,Bapa
-Siti Soleha Binti Shukor,Ibu

3. Laman Sesawang (Internet):
- https://www.permohonan.my/cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-tanah/#3-
cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-tanah-pertanian
- https://www.permohonan.my/faktor-yang-mempengaruhi-guna-tanah-di-kawasan-
kajian/#2-pertanian
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Sena,_Kedah

14


Click to View FlipBook Version