The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e folio ( kerakusan manusia terhadap bencana alam)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinaziramohdzam, 2022-11-15 11:17:30

e folio ( kerakusan manusia terhadap bencana alam)

e folio ( kerakusan manusia terhadap bencana alam)

PENGAJIAN ISLAM[MPU23012]

KERAKUSAN
MANUSIA PUNCA
KRISIS BENCANA

ALAM

NAMA PENSYARAH:PUAN ROHANI BTE
ABDUL RAZAK

NAMA AHLI:

NUR EYLIA BALQIS BINTI
IBRAHIM
[19DPM21F2050]

NAJIBAH YASMEEN FANSURY
BINTI MOHD RIZUAN
[19DPM21F2061]

NOR ASZALIZA BALQIS
BINTI MOHD ZAKI
[19DPM21F2026]

FATIN AZIRA BINTI
MOHD ZAM
[19DPM21F2071]

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN M/S 4

OBJEKTIF M/S 4

PENGENALAN M/S 5

PUNCA BENCANA ALAM M/S 6-7

LANGKAH-LANGKAH M/S 8-9

KESAN BENCANA ALAMM/S 10-12

Set up an investment account.

KESIMPULAN M/S 13

SUMBER RUJUKAN M/S 14

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya dapatlah kami menyiapkan sebahagian
tugasan Pengajian Islam di Politeknik Muadzam Shah,Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Puan Rohani Bte Abdul Razak, pensyarah kursus Pengajian Islam
DPM2A yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat
sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima
kasih juga saya ucapkan kepada rakan- rakan seperjuangan dan
ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi
melengkapkan tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak
langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini. Semoga Allah
SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin.

Melalui tugasan ini kami rangkumkan beberapa objektif seperti yang
berikut:

Tugasan ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti
permasalan kerakusan manusia punca krisis bencana alam. Jadi,
sumber sahih yang diperoleh dari pelbagai bahan dan media
membantu kami membuat tugasan ini dengan tatacara yang betul,
jelas dan tepat. Kami telah menguasai kemahiran mencari,
mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang kerakusan
manusia punca krisis bencana alam berlaku pada masa ini.

Tugasan ini dapat menambah pengetahuan kami tentang kerakusan
manusia punca bencana alam. Ini juga memberi kami pendedahan
untuk mengenali dan memahami apakah punca sebenar berlakunya
bencana alam. Bukan itu sahaja, kegiatan ini turut memberikan kesan
yang negatif dalam diri seseorang yang terlibat. Kami juga telah
mencadangkan beberapa cara untuk menghindari kegiatan kerakusan
manusia kepada bencana alam.

Isu bencana alam datang dan pergi seperti bencana itu
sendiri. Apabila datang melanda kehidupan manusia, ia
akan menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh
masyarakat dalam semua media baik media cetak
mahupun media elektronik.Walau bagaimanapun begitu,
ia membawa masyarakat untuk mula menyedari
kepentingan pengurusan bencana yang lebih berkesan.
Kejadian bencana alam seperti gempa bumi, tsunami,
banjir, tanah runtuh dan sebagainya mampu memusnahkan
kediaman dan harta benda termasuk nyawa manusia
dengan sekelip mata. Kejadian seperti ini telah wujud
pada zaman dahulu dan kini kembali berulang, yang pasti
ia boleh meninggalkan kenangan pahit, ngeri, sedih dalam
kehidupan setiap insan yang pernah mengalami peristiwa
sebegini.

Oleh itu,Alam sekitar adalah antara amanah kepada umat
manusia yang berperanan sebagai khalifah dia atas muka
bumi ini. Daripada kepelbagaian manfaat yang terhasil
menerusi penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar yang
baik,pelbagai nikmat yang boleh diperoleh
manusia.Justeru,alam sekitar seharusnya dijaga sebaik
mungkin kerana alam dan manusia saling bergantungan

1.SIKAP MANUSIA YANG SUKA MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA
-Punca yang signifikan dalam isu yang menjadi trauma kepada masyarakat dunia khususnya di
Malaysia ialah sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata menyebabkan sampah
tersebut dibawa arus air ketika hujan lebat berlaku lalu terkumpul di hilir sungai. Longgokan sampah
yang tersekat ini menyebabkan laluan air menjadi kecil lalu mendap dan menyebabkan aliran menjadi
perlahan. Apabila hujan lebat berlaku sekali lagi, sungai tersebut tidak mampu menampung air lalu
mengakibatkan air melimpah keluar lalu terjadinya banjir justeru tindakan tidak bertanggungjawab ini
akan memberi kesan kepada semua pihak.

2.PENEROKAAN HUTAN SECARA HARAM
-Dari sudut yang sama juga, kita melihat penerokaan hutan secara haram berleluasa. Pembalak haram
mencuri pokok-pokok balak lalu menggunakan sungai sebagai pengangkutan untuk membawa turun
kayu tersebut. Keadaan ini menyebabkan laluan air sungai dipenuhi dengan kayu balak dan tersekat di
hilir sungai. Kejadian ini telah berlaku pada 2014 ketika banjir besar terjadi di pantai timur negara dan
kejadian tersebut menjadi bukti bahawa sikap tamak haloba pembalak haram yang meneroka kawasan
hutan dan menggunakan sungai sebagai laluan tanpa memikirkan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Tegasnya, sikap manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka dan orang lain sehingga
mengakibatkan bencana alam.

3.KADAR PENINGKATAN PENDUDUK
Peningkatan kadar urbanisasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar telah
menggalakkan pembangunan sektor perumahan bagi menyediakan rumah kepada mereka. Malangnya,
pembangunan sektor perumahan dan premis perniagaan ini tidak seimbang dengan pembangunan
sistem perparitan di kawasan tersebut. Akibatnya, banjir berlaku disebabkan aliran air di dalam sistem
perparitan yang terlalu kecil tidak dapat menampung air hujan yang lebat. Banjir kilat ini sering terjadi
di kawasan yang mencatatkan kadar kepadatan penduduk yang tinggi. Jika tiada usaha dilakukan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masalah ini akan berlarutan dan kesan yang lebih besar akan berlaku
di kawasan tersebut.

4.AKTIVITI PEMBANGUNAN YANG TIDAK TERANCANG
Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh
menyebabkan tanah runtuh berlaku.Ini disebabkan oleh pihak pemaju yang
membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat
sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok
konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan
kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam
tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

5.MELAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA
Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap,
namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang
menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah
dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita
seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara
kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya
tidak berlaku sebarang bencana.

1.MENGURANGKAN PENGUNAAN BAHAN KIMIA
-Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah
mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran.
Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.
Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan
salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah
tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat. Oleh itu, penggunaan
bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar
yang dicipta oleh Tuhan.

2.MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR
-Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang- undang alam sekitar yang menyeluruh.
Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita
lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini kami memberi contoh, pelepasan asap
kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi
daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.

3.MELAKUKAN KEMPEN KESEDARAN SIVIK
-Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik
supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup
kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah
dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar
senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat
sedar kepentingan alam sekitar.

4.MEMPROSES KITAR SEMULA
Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu
diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Pendidikan alam
sekitar secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran boleh
memupuk amalan kitar semula sejak kecil. Bahan-bahan buangan boleh
diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong
kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan
surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber
manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan
alam sekitar.

5..Bekerjasama menjaga kebersihan alam sekitar
kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan
kebersihan alam sekitar. Pihak kerajaan dan badan- badan bukan kerajaan
yang berkaitan juga perlu memainkan peranan penting untuk memulihkan
dan memelihara alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah
ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat
antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan
hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan
negara "Negara Bersih, Rakyat Sihat ".

Apa yang kita lihat, kesan pencemaran terbabit memberikan berbagai implikasi
negatif antaranya kesihatan penduduk terutama kanak-kanak, proses pembelajaran
yang terganggu akibat penutupan sekolah dan sosio ekonomi masyarakat setempat
yang terjejas.
Dalam al-Qur’an, Allah SWT mengkhabarkan bahawa kerosakan yang berlaku di
atas muka bumi ini antaranya alam sekitar adalah kesan daripada sifat rakus
manusia itu sendiri.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
Sepatutnya, alam semula jadi yang indah ini dipulihara dengan sebaik mungkin
supaya krisis bencana alam yang berlaku sebelum ini tidak lagi berulang.

1.MENJEJASKAN KESIHATAN MANUSIA
-Selain itu, bencana alam juga menjejaskan berlakunya
kejadian bencana alam seperti fenomena banjir yang
berlarutan, bekalan air bersih akan semakin berkurangan.
Kekurangan air bersih ini menyebabkan mangsa banjir
terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit
taun, cacar air, dan Kolera. Fenomena kemarau juga boleh
menyebabkan seseorang menghidap penyakit kulit atau
demam.

2.BERLAKUNYA KEMUSNAHAN FLORA DAN FAUNA
-Kejadian bencana alam seperti pembakaran hutan akan
menjejaskan ekosistem flora dan fauna yang menjadi khazanah
negara. Kemusnahan pokok-pokok akan mengambil masa yang
lama untuk subur dan hidup kembali. Kepupusan flora dan fauna
akan merugikan generasi akan datang kerana tidak berpeluang
melihat keindahan flora dan fauna pada masa kini.

3..MENJEJASKAN SUMBER BEKALAN MAKANAN
-Hal ini kerana, apabila bencana alam berlaku, sumber bekalan
mentah tidak dapat dihantar ke kawasan bencana kerana berlaku
kesulitan seperti sistem perhubungan yang rosak dan sebagainya.
Berikutan itu, bekalan makanan sedia ada akan semakin
berkurangan dari hari ke hari. Situasi ini akan menyebabkan
mangsa banjir berada dalam keadaan kelaparan.

4.MEMBAWA KEPADA KERUGIAN
Bencana alam akan memusnahkan pembangunan dan harta benda
awam yang telah didirikan oleh kerajaan. Kerosakkan harta benda
juga menyebabkan individu menanggung kerugian yang
besar.Bagi membangunkan semula bangunan atau petempatan dan
harta benda awam yang telah musnah , kerajaan terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi

5.MENCEMARKAN ALAM SEKITAR
Ketika fenomena banjir berlaku, sisa kumbahan dan benda-benda
yang beracun serta bangkai binatang akan terapung bersama -sama
aliran air. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air dan
pencemaran bau yang akan menjejaskan kehidupan seharian.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah
bersama-sama dan berganding bahu dengan
mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan
tebing"untuk menangani masalah ini. Janganlah
kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di
dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing".Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah
pastinya semua pihak terpaksa menanggung
akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh
itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa
tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak
terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita
harus sedar bahawa sebenarnya Allah
menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai
amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di
dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir, dan
kemarau.Oleh hal yang demikian,tepuk dada
tanya selera sebelum bertindak agar kita tidak
ditimpa oleh bencana alam akibat tindakan kita
sendiri yang tidak bertanggungjawab.

1.https://www.hmetro.com.my/addin/2020/01/535589/kerosakan-di-muka-bumi-hasil-
kerakusan-manusia

2.https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/08/992607/teliti-semula-dasar-
pembangunan-negara-elak-krisis-alam-sekitar

3.https://www.researchgate.net/publication/326008689_Bab_9_Final_Zali_250618

4.https://news.uthm.edu.my/ms/2021/12/masyarakat-perlu-peka-tingkat-kesedaran-
terhadap-bencana-alam/

5.https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/bencana-alam-kesan-negatif-
kejadian.html?m=1


Click to View FlipBook Version