The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanyusmazirawanyusoff, 2021-08-27 08:51:05

SAJAK ROTI TINGKATAN 2

SAJAK ROTI T.2

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
~SAJAK~
ROTI

CIKGU WAN YUSMAZIRA BINTI WAN YUSOFF

1

MAKSUD

RANGKAP 1
 Dari sebuah dapur yang bercerobong asap, penulis dapat

menghidu bau roti yang sedang dibakar sehingga
menyebabkan air liurnya terkecur.
RANGKAP 2
 Oleh sebab lapar, bau roti yang bakal dihidangkan
dianggap rangup dan segar oleh penulis yang semakin
berselera.
RANGKAP 3
 Apabila roti dihidangkan, penulis makan sekeping demi
sekeping untuk memenuhi nafsu kelaparannya sehingga
perutnya berasa kenyang dan dia pun bersendawa puas.

2

MAKSUD

RANGKAP 4
 Oleh sebab penulis seorang yang beriman, dia berasa

bahawa makan terlalu kenyang tidak begitu baik kerana
banyak lagi insan malang yang kelaparan.
RANGKAP 5
 Oleh sebab penulis seorang yang bersyukur dan
beriman, dia berharap agar kedamaian dapat dirasai di
seantero dunia demi masa depan yang lebih baik.

3

TEMA

 Tema sajak ini ialah kesyukuran dan keimanan
seseorang yang dapat makan roti. Tanda-tanda
kesyukurannya jelas kelihatan apabila dia memikirkan
masalah kelaparan yang sedang dihadapi oleh golongan
yang tidak berkemampuan. Di samping itu, dia juga
berharap agar dunia menjadi semakin aman dan
manusia dapat hidup dengan keimanan dan kesyukuran
buat selama-lamanya.

4

PERSOALAN

❑ Kepentingan makanan dalam kehidupan.
❑ Roti ialah makanan utama manusia.
❑ Kelaparan manusia yang terhidu akan bau makanan.
❑ Kesegaran bau roti yang menyelerakan.
❑ Tabiat bersendawa selepas makan sehingga kenyang.
❑ Kesyukuran ialah tanda manusia mudah berpuas hati.
❑ Keimanan ialah tunjang kedamaian hidup.
❑ Kedamaian sejagat membawa keharmonian

5

GAYA BAHASA

a. Personifikasi

 Buktinya: selera kian menggelepar

b. Simile

 terhidang seumpama permaidani terhampar

c. Responsi

 bagi pemilik iman di dada,
 masih ada beban di bahu mereka
 nafsu makan pun bergelora
 perut pun kenyang terasa

6

GAYA BAHASA

d. Repitasi

 Buktinya, perut yang lapar (rangkap 2)
 perut pun kenyang terasa (rangkap 3)
 warga miskin belum terbela (rangkap 4)
 di hati sanubari warga dunia (rangkap 5)

e. Penggunaan kata asing, Arab

 Buktinya, nafsu makan pun bergelora
 Bagi pemilik iman di dada
 kalimah syukur pun jelas tertera

7

NILAI

(a) Kesabaran
(b) Kegigihan
(c) Rasional
(d) Ketabahan
(e) Kesyukuran
(f) Keimanan

8

PENGAJARAN

 Kita mestilah sabar menghadapi kelaparan sementara
makanan belum dihidangkan.

 Kita mestilah gigih bekerja untuk mencari rezeki demi
membeli makanan.

 Kita mestilah memikirkan kesusahan yang dialami oleh
golongan miskin.

 Kita mestilah tabah menghadapi pelbagai masalah
dalam kehidupan seperti kemiskinan dan kelaparan.

 Kita mestilah bersyukur kerana mendapat makanan
sewaktu lapar.

 Kita mestilah memiliki keimanan yang tinggi demi
mencapai ketenangan.

9


Click to View FlipBook Version