The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kolokium PGB PRIme JPN Sabah Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-x041-cm26, 2022-08-07 18:47:47

Buku Aturcara

Kolokium PGB PRIme JPN Sabah Tahun 2022

Keywords: Buku aturcara,aturcara,kolokium,amalan terbaik,PRIme

Anjuran

Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah
dengan kerjasama 9 & 10 Ogos 2022
Pegawai SIPartners+ Negeri Sabah
Ming Garden Hotel Kota Kinabalu

Prakata Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, Salam Sabah Maju Jaya
Pengarah Salam Sepakat SABAH HEBAT
Alhamdullilah ke hadrat Allah SWT atas kurniaan, limpahan kasih sayangNya dan rahmatNya telah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengizinkan kita bersama-sama dalam Kolokium Amalan Terbaik PGB PRime bagi tahun 2022.
Sesungguhnya saya sangat berbesar hati dan gembira dengan penyertaan dan kehadiran semua peserta
program Prime dan pembentang yang terpilih di seluruh daerah di negeri Sabah di bawah Bayu ini. Saya
yakin dan percaya perkongsian Amalan Terbaik oleh Pengetua dan Guru Besar yang telah melalui program
PRIme ini akan memberi impak yang signifikan kepada sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.
Dalam Anjakan ke 5 dalam PPPM juga telah merencanakan bahawa pemimpin berprestasi tinggi di
tempatkan di semua sekolah seluruh negara untuk memastikan modal insan yang dilahirkan mempunyai
ketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selaras dengan tema kolokium pada kali ini iaitu
“Kepimpinan Berprestasi Tinggi Pemacu Modal Insan Sejahtera”. Kemampuan seseorang pemimpin
sekolah untuk menterjemahkan visi dan misi sekolah adalah melalui kepemimpinan yang boleh
menjangkau masa hadapan, berfikiran strategik, fleksible dan transfomatif iaitu berani untuk berubah (dare
to change).
Perkongsian amalan terbaik yang dibentangkan oleh pengetua dan guru besar dalam kolokium ini akan
menjadi cetusan minda yang boleh diadaptasikan di sekolah sesuai dengan corak, budaya mahupun
cabaran di sekolah masing-masing. Harapan saya agar semua PGB baharu sentiasa bersemangat kental
dan berdaya saing dalam menerajui sekolah, berupaya membimbing sumber manusia dan mendorong
mereka ke arah visi dan misi yang satu iaitu menghasilkan modal insan cemerlang dan sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah
dengan kerjasama Pegawai SIPartners+ Negeri Sabah yang menganjurkan kolokium ini. Semoga berjalan
dengan lancar dan jayanya.
Sekian dan terima kasih

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Prakata
Selamat Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, Salam Sabah Maju Jaya
Salam Sepakat SABAH HEBAT Timbalan Pengarah
Alhamdulillah, segala puji dan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya, kolokium seumpama ini dapat direalisasikan dengan jayanya pada tahun ini. Sektor Pengurusan Sekolah
Matlamat Anjakan 5, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ialah menempatkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Sejajar dengan itu, pengetua dan guru besar telah diberikan merangkap
latihan melalui program NPQEL dan PRIme atau nama penuhnya Program Immersion bagi menyediakan Pengerusi Pengelola Kolokium PRIme
pemimpin berilmu dan bersedia dari segi fizikal dan mental. Dalam waktu yang sama pelbagai pengisian
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan aktiviti Professional Learning Community (PLC) dirancang bagi
memperkasakan profesionalisme guru supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan
kompleksiti dunia pendidikan.

Sehubungan itu, kolokium ini merupakan medan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan pengetua
dan guru Besar. Melalui kolokium ini, Pengetua dan Guru Besar yang berjaya menjana perubahan dan
memberikan impak yang positif kepada kemenjadian murid dan pencapaian sekolah diberi ruang dan
peluang membentangkan dapatan dan amalan mereka. Perkongsian melalui pembentangan dan penulisan
harus terus berkembang dan menjadi budaya dalam kalangan pemimpin sekolah. Ruang dan peluang ini
diharapkan dapat membangunkan kapasiti dan kompetensi PGB dan para guru selaras dengan kehendak
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memfokuskan kepada pembangunan kapasiti berterusan,
kesediaan menerima dan melaksanakan autonomi.

Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan
pelaksanaan Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar (PGB) PRIme Peringkat
Negeri Sabah bagi tahun 2022.

Sekian dan terima kasih

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

OBJEKTIF

1.Mewujudkan medan perkongsian amalan terbaik
dalam kalangan PGB baharu

2.Mengetengahkan PGB baharu yang berjaya
melakukan perubahan di sekolah sebagai suri
teladan

3.Memilih tiga orang calon PGB baharu untuk
mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan
pada September 2022

VVIP

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

Encik Raisin bin Saidin Puan Tah Nia binti Haji Jaman Tuan Haji Abidin bin Marjan

Senarai Pembentang Kolokium Amalan Terbaik Pengetua & Guru Besar
(PGB) PRIme Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022



BIL. NAMA CALON PEMBENTANG SEKOLAH DAERAH TEMPAT NOMBOR TELEFON
BERKHIDMAT BERKHIDMAT BIMBIT ( PEMBENTANG)
(CALON PEMBENTANG)
(CALON PEMBENTANG)

1 RICHARD BIN DAVID SMK ST PATRICK BEAUFORT 0198137867
2 SAIMON BIN SENANG SK WESTON BEAUFORT 0138653000
3 RUSDI SUIN @ MOHD. AFFANDDY KOTA BELUD 0168103825
4 YOHANA MATHIAS SK PEKAN KOTA BELUD KOTA BELUD 0128165387
5 PG SITI NOORSIAH BT PG ABDULLAH SK TIMBANG KOTA KINABALU 01111822818
6 FOWZI BIN BOMAN 0142878273
7 LATIFFAH BINTI MICHAEL@HAMZAH SK KERONGGU KUDAT 0128851074
8 KOH CHIN LEUNG SK SIKUATI PENAMPANG 0146565561
9 ASMAH BINTI KALING PENAMPANG 0143540707
SK BABAGON
SJKC YUE MIN SANDAKAN
SK SUNGAI TIRAM

10 JUNAIDI BIN TOLIN SK BRUMAS TAWAU 0198999229

11 RONNEY FRANCIS MARCILLENUS SK ST ANTHONY TENOM 0138693553

12 MOHAMMAD ROZALLI BIN RAMBANGAN SK SINULIHAN TUARAN TUARAN 0128325815

13 ALI @ MOHD ALI HAJI MAIL SK MENGKABONG TUARAN 0178166167
14 SANDY GEORGE HILL SK TIMBOU TAMBUNAN 01116045046

15 ROHANA BINTI ALING SK PEKAN PITAS 0138636825

Menjalani Ujian PERINGATAN PENTING
Menjaga Keselamatan
Kendiri Diri dan Orang Lain
Di Sepanjang
Covid - 19

Semua peserta kolokium
dikehendaki
melaksanakan ujian
kendiri Covid-19 sebelum
mengikuti Kolokium PGB
PRIme bagi memastikan
tiada penularan wabak
berlaku

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

PEMBENTANGAN SLOT 1 (8 ORANG)

Pembentang Pertama hingga Keempat

PEMBENTANG PERTAMA PEMBENTANG KEDUA PEMBENTANG KETIGA PEMBENTANG KEEMPAT
RICHARD BIN DAVID SAIMON BIN SENANG RUSDI SUIN @ MOHD. YOHANA MATHIAS

PENGETUA SMK ST PATRICK, GURU BESAR SK WESTON, AFFANDDY GURU BESAR SK TIMBANG,
BEAUFORT BEAUFORT KOTA BELUD
GURU BESAR SK PEKAN
KOTA BELUD

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

PEMBENTANGAN SLOT 1 (8 ORANG)

Pembentang Kelima hingga Kelapan

PEMBENTANG KELIMA PEMBENTANG KEENAM PEMBENTANG KETUJUH PEMBENTANG KELAPAN
PG SITI NOORSIAH BT PG FOWZI BIN BOMAN LATIFFAH BINTI KOH CHIN LEUNG

ABDULLAH GURU BESAR SK SIKUATI, MICHAEL@HAMZAH GURU BESAR SJKC YUE MIN,
KUDAT PENAMPANG
GURU BESAR SK KERONGGU, GURU BESAR SK BABAGON,
KOTA KINABALU PENAMPANG

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

PEMBENTANGAN SLOT 2 (2 ORANG)

Pembentang Kesembilan hingga Ke 10

PEMBENTANG KESEMBILAN PEMBENTANG KE 10
ASMAH BINTI KALING JUNAIDI BIN TOLIN

GURU BESAR SK SUNGAI TIRAM, GURU BESAR SK BRUMAS,
SANDAKAN TAWAU

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

PEMBENTANGAN SLOT 3 (5 ORANG)

Pembentang Ke 11 hingga Ke 15

PEMBENTANG KE 11 PEMBENTANG KE 12 PEMBENTANG KE 13 PEMBENTANG KE 14 PEMBENTANG KE 15
RONNEY FRANCIS MOHAMMAD ROZALLI BIN ALI @ MOHD ALI HAJI MAIL SANDY GEORGE HILL ROHANA BINTI ALING

MARCILLENUS RAMBANGAN GURU BESAR SK MENGKABONG, GURU BESAR SK TIMBOU, GURU BESAR SK PEKAN, PITAS
TUARAN TAMBUNAN
GURU BESAR SK ST ANTHONY, GURU BESAR SK SINULIHAN
TENOM TUARAN

Kolokium Amalan Terbaik

Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme

Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

PANEL PENILAI

PANEL PENILAI I KETUA PANEL PENILAI PANEL PENILAI II
DR SAINAH LIMBASAN HAJAH BERNADETTE JOHN DEXTER SILAM

KETUA JABATAN PENGURUSAN KETUA PENOLONG PENGARAH PENSYARAH KANAN
DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KANAN (SUB UNIT KEPIMPINAN) INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
CAWANGAN SABAH JPN SABAH

PEMBIMBING AMALAN PEMUAFAKATAN PATRICIAN (P2) DALAM MENINGKATKAN
HALIMAH BINTI AG KANAK PRESTASI AKADEMIK SEKOLAH
SIPARTNERS+ PPD BEAUFORT

Richard bin David
SM St. Patrick, Membakut
[email protected]

ABSTRAK

Isu prestasi peperiksaan SPM yang tidak tekal dalam tempoh lima tahun ke belakang
(2015-2019) banyak dikaitkan dengan Kualiti Kumpulan Murid Tingkatan Lima. Pelbagai
intervensi digerakkan bagi memastikan murid-murid mencapai sasaran prestasi yang
ditetapkan, namun kualiti SPM sekolah tetap tidak tekal dan jika tidak diambil tindakan
pasti akan menyebabkan prestasi yang lebih buruk. Berlatarbelakangkan isu ini, kumpulan
pentadbir sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah telah melaksanakan analisis
persekitaran serta data analisis peperiksaan, headcount sekolah dan data standard 4
SKPMg2. Hasil dapatan data telah membawa kepada pelaksanaan Inisiatif
P2-Permuafakatan Patrician yang bertindak sebagai kolaborasi penetapan matlamat
akademik (SPM 2020) bersama 9 orang pentadbir dan 25 orang guru serta warga sekolah.
Menerusi Permufakatan Patrician, 4 perkara utama digerakkan bagi meningkatkan
prestasi SPM 2020, iaitu penetapan sasaran prestasi GPS dan LMS SPM 2020, Permufakatan
Kualiti Guru : Perkongsian Amalan Baik (PLC) berfokus subjek kritikal, Permuafakatan
Akademik (DP) murid, guru dan ibu bapa serta Intervensi Sokongan Akademik.
Pelaksanaan inisiatif membolehkan prestasi SPM 2020 meningkat dengan kualiti (GPS :
4.68) berbanding (GPS : 5.52) pada 2019. Prestasi LMS juga meningkat kepada 97.06%
berbanding 90.91% pada tahun 2019. Kelestarian inisiatif ini diteruskan pada tahun 2021 dan
menyumbang kepada pengekalan momentum peningkatan prestasi SPM 2021.
Penambahbaikan Inisiatif P2-Permuafakatan Patrician diteruskan bagi menjamin
kelestarian prestasi akademik dan juga kemenjadian murid SM St. Patrick, Membakut.

Kata Kunci : Permuafakatan, Matlamat, Intervensi, Tindakan, Berfokus data

PEMBIMBING PROGRAM BISAI TEUSAI
HALIMAH BINTI AG KANAK

SIPARTNERS+ PPD BEAUFORT
Saimon bin Senang
SK Weston, Beaufort
[email protected]

ABSTRAK

Tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran adalah sangat berbeza-beza mengikut
tahap umur dan keupayaan menaakul. Ada murid yang mudah memahami tajuk yang
diajar dan ada yang sangat sukar untuk memahami subjek yang diajar. Hal ini merisaukan
guru-guru apabila murid ini tidak boleh menguasai kemahiran yang diajar lebih-lebih lagi
setelah sesi persekolahan tertangguh akibat Pandemik Covid-19. Apabila diselidiki, murid-
murid yang tidak menguasai kemahiran ini berpunca daripada masalah tidak hadir ke
sekolah dalam tempoh yang lama dan kesannya murid akan mengalami masalah
pembelajaran. “PROGRAM BISAI TEUSAI” telah dirancang untuk menangani masalah murid-
murid tidak menguasai tahap kemahiran yang diajar. Program ini telah dirancang bagi
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah di samping memberi penekanan kepada guru
untuk mengamalkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Kemenjadian program ini dapat
meningkatkan jumlah peratus kehadiran daripada 45% kepada 85%. Selain itu,
kepercayaan dan rasa tanggungjawab oleh ibu bapa semakin meningkat setelah sesi
perbincangan dan kolaborasi dijalankan oleh Guru Besar bersama SLT. Guru besar telah
merangka gerak kerja yang lebih proaktif dengan meminta guru-guru mengamalkan
Pembelajaran Abad ke-21 di dalam kelas. Elemen komunikasi, pemikiran secara kritis dan
nilai murni sangat dititikberatkan semasa sesi pembelajaran. Selain itu, keceriaan dan
persekitaran yang indah, cantik dan menarik dapat menarik minat murid untuk hadir ke
sekolah. Penghargaan juga diberikan kepada kelas yang mempunyai kehadiran terbaik.
Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak sekolah agar murid-murid hadir ke sekolah
dengan ceria dan gembira. Diharapkan pendekatan program ini dapat merealisasikan
peningkatan peratus kehadiran murid serta menjadikan persekitaran pembelajaran lebih
kondusif.



Kata Kunci : Persekitaran Kondusif Murid Ceria.

PEMBIMBING PROGRAM BERSIH
SHAIFUL RIDHUAN BIN MAHALI

SIPARTNERS+ PPD KOTA BELUD
Rusdi bin Suin @ Mohd Afanddy
SK Pekan Kota Belud

[email protected]



ABSTRAK



Program Bersih ini terhasil apabila pengkaji melihat keperluan dalam menghasilkan satu
bentuk inovasi penilaian baru yang paling mudah dan difahami oleh penilai melalui
kaedah penilaian menggunakan skor kad dan agihan nilai handicap bagi setiap guru dan
kakitangan. Program ini juga dilaksanakan bagi membantu mengatasi masalah guru dan
kakitangan dalam meletakkan peratus atau skor pada borang keberhasilan dan penulisan
sasaran kerja utama setiap tahun. Kajian ini melibatkan 83 orang guru dan kakitangan
sokongan di SK Pekan Kota Belud pada tahun 2021 sehingga kini. Kajian ini dijalankan
berbentuk kualitatif yang melibatkan pemerhatian langsung dan penilaian melalui hasil
kerja guru dan kakitangan sokongan dalam melaksanakan setiap senarai tugas yang
direkod serta analisis dokumen IPSKT (Instrumen Pentaksiran Sasaran Kerja Tahunan) dan
pentaksiran kendiri senarai semak guru dan kakitangan sokongan sekolah. Kajian
mendapati bahawa pada tahun 2019 dan 2020 hampir 35% berlaku pelarasan markah
terhadap PYD (Pegawai yang dinilai). Dapatan daripada kajian ini terdapat peningkatan
penguasaan dan penghasilan tugas setiap tahun semakin meningkat melalui bimbingan
yang berterusan oleh pegawai penilai di sekolah iaitu 95% guru dan kakitangan sekolah
menghasilkan penulisan borang keberhasilan dan sasaran kerja utama dengan telus.
Kajian mendapati bahawa pengunaan kaedah ini telah memberikan kesan positif kepada
guru dan kakitangan sokongan sekolah apabila penetapan wajaran markah mengikut
aspek penilaian prestasi yang bersesuaian dengan peranan setiap guru dan kakitangan
tanpa ada berlakunya pelarasan markah. Melalui Program ini, dapat membantu guru dan
kakitangan sokongan sekolah dalam penambahbaikan prestasi kerja dan mengenal pasti
kelemahan. Kesimpulannya, sistem penilaian yang baik akan meningkatkan motivasi guru
dan kakitangan sekolah untuk terus berusaha dan bersaing secara sihat untuk
mendapatkan prestasi yang cemerlang melalui penilaian yang telus.



Kata Kunci : Inovasi Penilaian, Instrumen Pentaksiran Sasaran Kerja Tahunan

MEREMAJAKAN PENGURUSAN ASRAMA DESA



Yohana Mathias
SK Timbang, Kota Belud
[email protected]



ABSTRAK



Asrama menjadi gedung ilmu kedua selain sekolah yang bertanggungjawab
sebagai pembina dan pemangkin kejayaan murid daripada aspek akademik,
kokurikulum dan sahsiah serta disiplin. Tujuan perkongsian ini adalah bagi
memperkasa pengurusan asrama yang mendokong kemenjadian murid
asrama. Asrama di sekolah ini berkapasiti 50 orang penghuni. Asrama ini sangat
uzur fizikalnya, tidak selamat untuk diduduki tambahan pula sistem pendawaian
eletrik banyak yang rosak. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengurusan
asrama yang tidak sistematik. Pelaksanaan projek ini dilakukan melalui 4
strategi, iaitu mengajar murid bagaimana melakukan perkara asas untuk hidup
berdikari di asrama. Kedua membawa murid asrama bergotong-royong
membersihkan dan menceriakan asrama, ketiga berkolaborasi dengan ibu bapa
untuk membaiki bangunan dan kemudahan yang rosak di asrama. Terakhir
ialah memperkasakan personal yang terlibat dalam pengurusan asrama
berlandaskan konsep kepimpinan melalui tauladan serta perincian fungsi oleh
kepimpinan sekolah. Hasil projek ini berjaya menceriakan dan meremajakan
asrama desa yang dahulunya nampak tua dan usang. Diharapkan amalan
harian ini dapat dijadikan sebagai budaya untuk meletakkan Asrama Desa SK
Timbang Kota Belud ini menjadi asrama yang selamat, bersih dan ceria yang
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.



Kata Kunci : Meremajakan, Pengurusan asrama desa, Berkolaborasi

PEMBIMBING
INJAN BIN MALULI
SIPARTNERS+ PPD KOTA BELUD

PEMBIMBING PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH KURANG MURID
JAHIAH@JALILAH APIANG

SIPARTNERS+ PPD KOTA KINABALU
Pg. Siti Noorsiah binti Pg. Abdullah
SK Keronggu Kota Kinabalu

[email protected]



ABSTRAK



Pendidikan Islam di Sekolah Rendah merupakan subjek teras dan perkara asas untuk
diamalkan oleh murid beragama Islam dalam kehidupan seharian. Namun di dapati
bahawa penguasaan bacaan al-Quran dan bacaan solat murid di SK Keronggu agak
rendah dan tidak mencapai tahap yang memuaskan. Program j-QAF pada Januari dan
Februari 2022 bagi model bacaan al-Quran dan bacaan solat, menunjukkan penguasaan
murid hanya mencapai 50% berbanding model yang lain. Oleh itu berdasarkan data dan
juga analisis SWOT maka Projek “Transformasi QurBaS” telah dipilih dan dilaksanakan di SK
Keronggu Kota Kinabalu untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti ini. Strategi-strategi
yang diamalkan dalam Projek “Transformasi QurBaS” ini adalah : Penambahbaikan
prasarana kemudahan solat dengan membina ruang mengambil wuduk bersebelahan
dengan kelas PAI, Pengurusan ruang solat berjemaah, pengurusan kelas PAI diceriakan
dengan menyediakan, menambah dan menyusun atur bahan bantu belajar murid
mengikut bidang. Coaching Mentoring kepada panitia PAI tentang pengurusan data
bacaan al-Quran sewaktu pelaksanaan tasmik, pemilihan perlaksanaan Program
pengukuhan bacaan solat 5 minit sebelum PdPC. Pencerapan dan sesi bimbingan untuk
meningkatkan kualiti Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk memastikan keberkesanan
pengajaran seterusnya meningkatkan skor PDPC Standard 4 SKPMg2. Impak keberkesanan
daripada projek Transformasi QurBaS ini telah menunjukkan peningkatan penguasaan
bacaan al-Quran murid dari 50% ke 72% dalam masa 4 bulan (April – Julai 2022).
Penguasaan bacaan solat murid juga meningkat dari 50% ke 90%. Skor Kualiti Guru melalui
SKPMg2 Standard 4 juga meningkat dari 80% ke 91%. Program “Transformasi QurBaS” ini
amat bermanfaat untuk diteruskan dan diamalkan di sekolah-sekolah bagi
memantapkan dan memberi penghayatan langsung amalan fardu ain dalam kehidupan
seharian murid.



Kata Kunci : PAI, GPI, Transformasi QurBaS, Program j-QAF

PROGRAM MENGGILAP MINDA CERDAS SK SIKUATI



Fowzi bin Boman
SK Sikuati, Kudat
[email protected]



ABSTRAK



Pembudayaan ilmu, berkolaboratif dan persaingan yang sihat merupakan tiga komponen
penting dalam melahirkan produk insan yang berkualiti yang disebut juga sebagai
‘kemenjadian murid’. Adalah menjadi hasrat murni dalam sistem pendidikan negara untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan hasrat murni
tersebut, institusi sekolah mempunyai peranan yang besar untuk menggilap dan
mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi yang sedia ada dalam diri setiap pelajar.
Untuk merialisasikan matlamat ini, pihak istitusi sekolah harus bersifat lebih kreatif dan
inovatif untuk memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengasah, memupuk
dan mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada mereka melalui program dan
aktiviti yang dapat memberi impak yang besar dalam menangani sesuatu isu. Menyedari
hakikat inilah, maka pihak SK Sikuati, Kudat dengan inisiatif Guru Besar telah
melaksanakan satu Amalan Terbaik iaitu Program Menggilap Minda Cerdas SK Sikuati

Kata Kunci : Berkolaboratif, Kreatif dan inovatif, Budaya ilmu

PEMBIMBING
HAJI ISMAIL BIN TUKIMIN
SIPARTNERS+ PPD KUDAT

PEMBIMBING PROGRAM BABAGON POINGKAA: KE ARAH GURU BERKUALITI
WINNIE PHAN

SIPARTNERS+ PPD PENAMPANG
Latiffah binti Michael @ Hamzah
SK Babagon, Penampang

[email protected]



ABSTRAK



Kualiti guru berpandukan Standard Guru Malaysia (SGM 2.0) menggariskan 4 domain
kompetensi yang perlu dicapai bagi memastikan guru kekal berkualiti. Salah satu domain
tersebut adalah Orientasi Ilmu yang menekankan pengetahuan dan kemahiran pedagogi
guru mengikut trend pendidikan terkini. Cabaran besar kepada guru-guru untuk mencapai
domain ini sekiranya pengurusan sekolah tidak menawarkan pendedahan dan platform
bagi guru meningkatkan kemahiran berkaitan. Ini menyebabkan guru masih
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan guru, walaupun guru
menyedari kepentingan amalan PAK21. Manakala perubahan dunia pendidikan dalam
bidang digital yang terus bergerak pantas memerlukan adanya sistem sokongan
berterusan dalam kalangan guru di sekolah. Oleh itu, pelaksanaan Program Babagon
Poingkaa ini adalah bagi meningkatkan kompetensi guru dalam PdP terutamanya amalan
PAK21 dan pendidikan berasaskan digital. Melalui program ini, kualiti guru ditingkatkan
melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) merangkumi aktiviti latihan
dalaman, Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC), Projek Modul PELe, Modul
Bersepadu PdPR serta disokong pelaksanaan Jadual Flexi. Dalam tempoh tujuh bulan
pelaksanaan program, skor SKPMg2 sekolah bagi Standard 2, aspek 2.1.2 Pembangunan
Sumber Manusia meningkat 18.75%. Aspek 3.1.2.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran
Guru meningkat 5.07%. Peningkatan amalan PAK21 serta kemahiran digital di kalangan
guru juga menaikkan skor Standard 4 PdPc aspek 4.4.1 Guru Sebagai Pendorong Minda
sebanyak 0.69%. Walau bagaimanapun, peningkatan sedikit bagi skor standard 4
menunjukkan usaha peningkatan kualiti guru masih perlu ditambahbaik melalui
pemerkasaan pengurusan panitia, seterusnya memantapkan kemahiran guru dalam
menyediakan sistem sokongan pembelajaran murid yang lestari bukan hanya di sekolah
tetapi juga di rumah, agar guru dan murid mapan dengan perubahan-perubahan baharu
pendidikan.



Kata Kunci : Kualiti guru, Pembangunan profesionalisme berterusan

PEMBIMBING ‘TUI BIAN’ DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
CLARICE @LILY MUMPIN

SIPARTNERS+ PPD PENAMPANG
Koh Chin Leung
SJK(C) Yue Min, Penampang

[email protected]



ABSTRAK

Bahasa Cina atau dikenali sebagai Bahasa Mandarin merupakan salah satu daripada
bahasa yang paling susah dan sulit di dunia. Ini disebabkan bahasa ini memiliki huruf
yang sangat kompleks. Terdapat sekitar 80,000 karakter dan pelajar harus dapat
menguasai sekurang-kurangnya 3000-3500 karakter asas untuk membolehkan mereka
berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, intonasi dalam Bahasa Cina juga
dibahagikan kepada empat bahagian yang mana setiap intonasi membawa erti yang
berlainan. Lantaran itu, Bahasa Cina telah menjadi “Killer Subject” di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina. Tambahan pula, terdapat semakin banyak keluarga dari bukan Cina
mendaftar di sekolah sedemikian untuk tujuan mempelajari subjek Bahasa Mandarin. Ini
secara tidak langsung menyebabkan pihak sekolah mengalami cabaran besar dalam
memperbaiki keputusan PBD Bahasa Cina yang acap kali tidak memuaskan. Oleh yang
demikian, satu program telah diwujudkan bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud
serta mencari intervensi bagi meningkatkan prestasi PBD Bahasa Cina dalam kalangan
murid. Program ini dilaksanakan selaras dengan usaha meningkatkan kualiti
profesionalisme dalam kalangan guru Bahasa Cina menerusi pengajaran dan
pembelajaran era baru (PAK-21). Intervensi program “Tui Bian” telah diperkenalkan untuk
memperbaiki keputusan PBD Bahasa Cina murid Tahun 2 yang kurang memuaskan. Di
samping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru Bahasa Cina
Tahun 2 sebagai pendorong dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sedemikian.
Hasil dapatan program “Tui Bian” mendapati prestasi PBD murid Tahun 2 dalam Bahasa
Cina telah meningkat. Justeru, program ini memiliki potensi tinggi dan wajar diintegrasikan
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina di sekolah.

Kata Kunci : Meningkatkan PBD Bahasa Cina dan Kualiti Guru

PEMBIMBING PROGRAM D’TIRAM TALENT BOOTH


HAJAH SALIZA BINTI ZAHARI @ JOHARI
SIPARTNERS+ PPD SANDAKAN Asmah binti Kaling
SK Sungai Tiram, Sandakan
[email protected]



ABSTRAK



Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi bin
Md Jidin pada 21 Februari 2022, diharapkan bakal melahirkan generasi berdaya saing
di peringkat dunia. 14 elemen yang terangkum dalam ‘SEJAHTERA’ dapat diterapkan
dalam program “D’Tiram Talent Booth” melalui strategi komunikasi berkesan.
Pembinaan sudut yang dihias cantik dan ceria, bersempena nama SK. Sungai Tiram,
bak siput tiram yang menghasilkan mutiara bernilai menjadi hasrat murni kami untuk
membina jati diri modal insan sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, untuk murid-murid dapat berdiri dengan penuh
bergaya dan berketrampilan menyampaikan bakat dan potensi di atas pentas
“D’Tiram Talent Booth”, mereka hendaklah menguasai kemahiran berkomunikasi
dengan baik. Guru-guru sekolah ini meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, kerana konsep didik hibur lebih menarik minat belajar. Justeru
kemahiran lisan semasa bercerita dapat dilaksana sepanjang pelaksanaan program.
Berdasarkan analisis pencapaian kemahiran bercerita murid Tahun 4 terdapat 18
daripada 21 orang murid tidak boleh menguasai kemahiran lisan dengan berkesan.
Guru Bahasa Melayu Tahun 4 telah memfokuskan penggunaan pengajaran PAK21
selama sebulan di dalam kelas dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan
berdasarkan pencapaian murid. Mereka mempersembahkan bakat bercerita semasa
perasmian sudut dengan baik. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada ahli
jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini, kos dan persiapan pentas
ditanggung oleh mereka melalui kutipan sumbangan ikhlas selain menggunakan
barang-barang terpakai yang ada di sekolah. Seluruh warga sekolah dan komuniti
menjiwai program ini kerana disebarluas dan diperkenalkan melalui infografik, acara
sekolah, media “whatsApp” dan telegram sepanjang program.



Kata Kunci : Strategi komunikasi berkesan.

PEMBIMBING PROGRAM JALINAN KASIH MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN MURID
MOHD YAHYA BIN MOHD JUDA DALAM ASAS LITERASI
SIPARTNERS+ PPD TAWAU

Junaidi bin Tolin
SK Brumas, Tawau
[email protected]


ABSTRAK



Bermula tahun 2019, Program Linus yang menfokuskan kepada pengesanan kemahiran
asas literasi dan numerasi telah dimansuhkan sepenuhnya. Namun isu asas literasi
masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai
program pemulihan. Antara punca murid keciciran dalam pembelajaran semasa di
kelas perdana disebabkan lemah asas literasi kerana sebilangan murid tidak ada asas
pra sekolah. Program Jalinan Kasih diperkenalkan untuk membantu menangani isu
dan masalah murid yang lemah dalam penguasaan asas literasi 2M (membaca dan
menulis) dilihat sebagai intervensi yang tepat. Antara objektif program ini memastikan
sekolah dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas literasi 2M tercapai.
Program yang sistematik ini dilaksanakan dengan kolaborasi di antara guru dan
ibubapa. Program ini memberi peluang kepada ibubapa memberi bimbingan dengan
kaedah dan teknik yang betul dalam membantu pembelajaran anak mereka di rumah
melalui Rekod Senarai Semak Kemahiran dan penggunaan modul. Ujian Diagnostik
dilaksanakan bagi pengesanan murid yang berpotensi dilibatkan dalam program ini.
Ujian Pra dan Pasca yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan dalam penguasaan
2M. Program yang sistematik dilaksanakan dengan kolaborasi di antara guru dan
ibubapa memberikan impak yang positif. Terdapat empat faktor yang menyumbang
kepada kejayaan program ini iaitu komitmen guru, komitmen ibu bapa, minat dan
kesunguhan murid dan bahan-bahan pembelajaran. Murid dapat meningkatkan
potensi dalam usaha menimba asas ilmu dengan menguasai 2M dengan sebaiknya.
Usaha sekolah dan sokongan ibubapa untuk memastikan kemenjadian murid dapat
dicapai. Impak program ini amat jelas dapat menangani isu keciciran pelajaran dalam
kalangan murid sekolah rendahi. Bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, pengunaan bahan pembelajaran bersesuaian dengan keadaan
semasa seperti YouTube dan Anyflip akan dilaksanakan untuk menarik minat murid.



Kata kunci : Literasi, Kolaborasi, Perdana, Intervensi, Kemenjadian murid

PROGRAM ‘TOGETHERNESS IS OUR STRENGTH’



Ronney Francis Marcillenus
SK St. Anthony, Tenom

[email protected]



ABSTRAK



SK St. Anthony, Tenom sebuah Sekolah Mission yang terletak di luar bandar
adalah sekolah rendah yang dahulunya pernah menjadi sebutan dan pilihan
ibu bapa. Saban tahun sekolah ini menjadi kurang daya tarikannya dan
ketinggalan dari segi pembangunan fizikal ekoran kejadian tanah runtuh yang
berlarutan dari bukit berhampiran. Kemelut kejadian tanah runtuh dan usaha
meratakan tanah bukit sekolah telah menjadi isu yang amat kritikal dan kerap
kali ditimbulkan dalam pertemuan dan mesyuarat Lembaga Pengurusan
Sekolah (LPS), PIBG dan pihak pentadbir sekolah. Walau bagaimanapun, isu ini
masih belum menemui jalan penyelesaian disebabkan kurangnya komitmen
penuh dari mana-mana pihak untuk mengambil langkah berani bagi
menyelesaikan isu yang berlarutan ini. Pada asasnya, penyelesaian terbaik isu
ini ialah perlunya satu pemuafakatan erat di antara LPS dan PIBG dengan
pentadbir sekolah. Encik Ronney Francis Marcillenus, Guru Besar keluaran NPQEL
IAB Cawangan Sabah, mula ditempatkan di sekolah ini pada bulan Oktober
2020, telah memulakan Analisis SWOT dan seterusnya.

Kata kunci : Sekolah Mission, LPS, PIBG, Kebersamaan & Slogan

PEMBIMBING
LIAN FEE CHOO
SIPARTNERS+ PPD TENOM

PEMBIMBING SINULIHAN : TANAH BIJAK JENDELA DUNIA
DR. ZAKARIA BIN OTHMAN

SIPARTNERS+ PPD TUARAN
Mohammad Rozalli bin Rambangan
SK Sinulihan, Tuaran

[email protected]



ABSTRAK



Pencapaian murid bukan sahaja diukur atau ditafsir melalui pencapaian prestasi mata
pelajaran tertentu. Prestasi akademik merupakan petunjuk kepada pencapaian murid.
Prestasi akademik murid merupakan elemen penting dalam kemenjadian murid secara
holistik. Prestasi akademik melalui analisis data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
menunjukkan prestasi murid di sekolah ini adalah masih berada di tahap yang sederhana.
Justeru, bagi mencapai prestasi akademik yang cemerlang, faktor minat belajar murid,
motivasi di kalangan murid, persekitaran pembelajaran dan aktiviti berimpak adalah
menjadi cabaran utama sekolah. Program SINULIHAN (Akronim bagi Sinar, Indah, Ulung,
Ilmu, Harmoni, Nurani) : Tanah Bijak Jendela Dunia dilaksanakan di sekolah untuk
meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini adalah program yang
menggabungkan beberapa aktiviti, kemahiran yang merentas mata pelajaran. Program ini
adalah berdasarkan kepada enam teras utama iaitu, Sinar, Indah, Ulung, Ilmu, Harmoni
dan Nurani. Kolaboratif secara berterusan antara guru, pengupayaan guru, penglibatan
ibubapa dan anak-anak murid menjadi tiang kepada pelaksanaan program. Program ini
melalui fasa merancang, membuat tindakan, memerhati dan membuat refleksi. Meskipun
berhadapan dengan pelbagai kekangan dan cabaran serta masalah seperti kekurangan
sumber tenaga, pengurusan masa serta bahan peralatan, dapatan daripada analisa
keseluruhan prestasi akademik murid-murid merangkumi semua mata pelajaran dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahun 2021 menunjukkan peningkatan yang signifikan.
Program SINULIHAN : Tanah Bijak Jendela Dunia telah menterjemahkan bahawa aktiviti
yang menarik, motivasi murid, kesepunyaan objektif warga sekolah, persekitaran
pembelajaran yang positif, jalinan dan jaringan serta hubungan dan komunikasi strategik
dengan ibu bapa merupakan satu elemen penting dalam prestasi akademik untuk
memastikan kemenjadian murid secara holistik.



Kata Kunci : Pencapaian murid, Prestasi akademik, Kemenjadian murid,
Persekitaran pembelajaran

PEMBIMBING PROGRAM PASAK BELIAN


DATIN DR. SITI RAISAH BINTI BUNGSU
SIPARTNERS+ PPD TUARAN Ali @ Mohd Ali Haji Mail
SK Mengkabong, Tuaran
[email protected]



ABSTRAK



Pemansuhan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap 1 (murid tahun 1
hingga tahun 3) dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai satu bentuk
penilaian murid telah mula dilaksanakan pada tahun 2019. Data Pentaksiran Bilik Darjah
SK Mengkabong tahun 2021 (penggal 1) bagi setiap mata pelajaran menunjukkan
hanya 76.2% murid menguasai tahap minimum (MTM), Peratus pencapaian yang
masih dibawah KPI (90%) sekolah menyebabkan pihak sekolah perlu memikirkan satu
program. Matlamat utama Program Pasak Belian ialah untuk memperkasakan dan
memantapkan PDPc guru-guru dengan berfokuskan kepada pengajaran terbeza.
Objektif utama ialah meningkatkan peratus MTM murid melebihi 76.2%. Program ini
melibatkan pengurusan atasan Senior Leader Team (SLT), Middle Leader Team (MLT)
dan guru-guru dengan mengunakan pendekatan Professional Learning Community
(PLC). Program ini dilaksanakan dalam empat fasa pelaksanaan iaitu, Fasa analisis
keperluaan, Fasa pembudayaan dan pemantapan, Fasa bimbingan dan refleksi impak.
Program Pasak Belian SK Mengkabong didapati dapat meningkatkan kualiti kaedah
PDPc guru-guru bagi membangun potensi murid dalam konteks mata pelajaran dan
nilai selaras dengan visi dan misi sekolah. Impak yang paling utama ialah berlaku
peningkatan pada pencapaian MTM sebanyak 92% secara keseluruhan pada tahun
2021. Dalam masa yang sama Program Pasak Belian juga memberi impak yang besar
dalam usaha peningkatan pengurusan PDPc guru Standard 4 SKPMg2.
Penambahbaikan yang dikenalpasti ialah menjemput SISC+ daerah untuk bimbingan
pedagogi terkini untuk menambah kualiti PDPc guru-guru.



Kata Kunci : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Menguasai Tahap Minimum (MTM),
Pengajaran Terbeza, Professional Learning Community (PLC), Standard 4 SKPMg2

TEAM TIMBOU : KITA 1 TEAM



Sandy George Hill
SK Timbou, Tambunan
[email protected]



ABSTRAK



Peranan kepimpinan sesebuah sekolah di era ini amat kompleks dan mencabar.
Pengetua dan guru besar sebagai pengurus dan peneraju sekolah hendaklah
bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
mendepani cabaran dunia pendidikan ini. Isu yang menjadi keutamaan
Pembentangan Amalan Terbaik PRime bagi Sekolah Kebangsaan Timbou
Tambunan ialah bagaimana motto "Team Timbou : Kita 1 Team" diaspirasikan
dalam mengurus guru-guru yang 'bermasalah' di sekolah ini. Ini juga selaras
dengan keperluan dalam Standard Kompentensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKKMS) ; Bidang 1 iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi. Impak moto ini
bukan sahaja dapat dilihat terhadap kumpulan sasar, tetapi juga telah memberi
kesan yang amat positif kepada seluruh warga kerja SK. Timbou itu sendiri. Hasrat
Sekolah ini juga, agar moto ini terus menjadi sumber motivasi dalam mencapai
kecemerlangan dunia Pendidikan dan juga dapat disebar luas dalam kalangan
ibu bapa sekolah ini memandangkan kolerasi moto ini dengan kecemerlangan
sekolah amat signifikan.



Kata Kunci : Melaksana perubahan selaras dengan tuntutan semasa.

PEMBIMBING

FRANK BAHAMAN BIN HAJI ISMAIL
SIPARTNERS+ PPD TAMBUNAN

PEMBIMBING SEDERAP SELANGKAH SK PEKAN HEBAT MEMACU
YONG KA MOI MECEMERLANGAN : SEKOLAHKU CERIA
SIPARTNERS+ PPD PITAS

Rohana binti Aling
SK Pekan Pitas, Pitas
[email protected]


ABSTRAK



Sekolah merupakan institutsi yang dapat membangunkan insan ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif, ceria dan bersih memberi keselesaan dan rasa selamat kepada warga
sekolah sepanjang menjalankan aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian.
Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian didapati 70% kawasan sekolah memerlukan
perubahan dari segi lanskap agar suasana persekitaran dan bangunan dapat
membangkitkan semangat kecintaan terhadap sekolah bukan sahaja dalam
kalangan warga sekolah tetapi juga ibu bapa dan komuniti setempat turut merasai
keseronokan berada di kawasan sekolah yang ceria. Oleh itu, projek menceriakan
kawasan sekolah telah dilaksanakan yang melibatkan seluruh warga sekolah
termasuk PIBG dan agensi luar. Hasil daripada kerjasama yang padu dari semua
pihak didapati pengwujudan keceriaan dan suasaana yang kondusif itu mampu
meningkatkan pencapaian dari segi kokurikulum, di mana pada tahun 2021 sekolah
telah berjaya menghantar peserta ke peringkat negeri secara dalam talian dalam
bidang sukan iaitu acara bola tampar, squasy, merentas desa dan sepak takraw
manakala dalam bidang ko-akademik acara kebudayaan nyanyian solo dan unit
berunifom dalam aktiviti orientering peringkat kebangsaan. Keadaan ini turut
mempengaruhi peningkatan dalam akademik yang mana terdapat peningkatan
yang ketara dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan
Bahasa Arab. Sikap murid menjadi semakin positif dalam menjaga keceriaan
sekolah begitu juga dengan sokongan warga sekolah dan penglibatan PIBG dalam
aktiviti sekolah. Menjadi hasrat pihak sekolah semoga amalan ini dapat diteruskan
dengan memberi penekanan dalam bidang kurikulum untuk menjadikan SK Pekan
Pitas sekolah ceria, berprestasi tinggi dan melahirkan generasi berwawasan.



Kata Kunci : Sekolah ceria warga sekolah gembira.

Ming Garden Hotel ATUR CARA
Kota Kinabalu
Kolokium Amalan Terbaik
92O0G2O2S
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Selasa Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

8.00 pagi Taklimat Kolokium
Pembentangan Slot 1 (Lapan orang pembentang)
8.15 pagi Pembentang pertama : Encik Richard bin David, Pengetua SMK St Patrick, Beaufort
8.45 pagi (Tajuk : Amalan Permuafakatan Patrician (P2) Dalam Meningkatkan Prestasi Akademik Sekolah)
9.15 pagi Pembentang kedua : Encik Saimon bin Senang, Guru Besar SK Weston, Beaufort
9.45 pagi (Tajuk : Program Bisai Teusai)
10.15 pagi Pembentang ketiga : Encik Rusdi Suin @ Mohd. Affanddy, Guru Besar SK Pekan Kota Belud
(Tajuk : Program Bersih)
10.45 pagi Pembentang keempat : Puan Yohana Mathias, Guru Besar SK Timbang, Kota Belud
11.15 pagi (Tajuk : Meremajakan Pengurusan Asrama Desa)
11.45 pagi Pembentang kelima : Puan Pg Siti Noorsiah binti Pg Abdullah, Guru Besar SK Keronggu,
12.15 tengah hari Kota Kinabalu (Tajuk : Transformasi QurBaS Pengurusan Pendidikan Islam Di Sekolah
Rendah Kurang Murid)
1.45 petang Pembentang keenam : Encik Fowzi bin Boman, Guru Besar SK Sikuati, Kudat
(Tajuk : Program Menggilap Minda Cerdas Sk Sikuati)
Pembentang ketujuh : Puan Latiffah binti Michael@Hamzah, Guru Besar
SK Babagon, Penampang (Tajuk : Program Babagon Poingkaa ; Ke Arah Guru Berkualiti)
Pembentang kelapan : Encik Koh Chin Leung,
Guru Besar SJKC Yue Min, Penampang (Tajuk : ‘Tui Bian’ Dalam Pengurusan Sekolah)
Sesi pembentangan Slot 1 dijangka selesai
Rehat / Makan tengah hari (1 jam 30 minit)

Peserta kolokium masuk ke dalam dewan untuk
Majlis Perasmian Pembukaan Kolokium

Ming Garden Hotel ATUR CARA
Kota Kinabalu
Kolokium Amalan Terbaik
29 O0G2O2S
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Selasa
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
2.00 petang
2.05 petang Majlis Perasmian Pembukaan Kolokium
2.10 petang Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
2.20 petang Bacaan Doa
2.40 petang Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah
3.20 petang Ucapan perasmian pembukaan oleh
3.30 petang YBrs. Puan Tah Nia binti Haji Jaman (A.M.N, A.S.D.K)
3.50 petang Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Ucaptama oleh YBrs. Encik Raisin bin Saidin,
Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengoperasian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Penyampaian cenderahati dan sesi bergambar
Majlis perasmian pembukaan kolokium dijangka selesai
Minum petang (20 minit)

Peserta masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan
Sesi Pembentangan Slot 2

Ming Garden Hotel ATUR CARA
Kota Kinabalu
Kolokium Amalan Terbaik
29 O0G2O2S
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Selasa
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
4.00 petang
4.30 petang Pembentangan Slot 2 (Dua orang pembentang)
5.00 petang Pembentang kesembilan : Puan Asmah binti Kaling
Guru Besar SK Sungai Tiram (Tajuk : Program D'Tiram Talent Booth)
Pembentang ke 10 : Encik Junaidi bin Tolin, Guru Besar SK Brumas, Tawau
(Tajuk : Program Jalinan Kasih Meningkatkan Prestasi Pencapaian Murid Dalam
Asas Literasi)
Sesi pembentangan Slot 2 dijangka selesai

Ming Garden Hotel ATUR CARA
Kota Kinabalu
Kolokium Amalan Terbaik
2100O2GO2S
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Rabu
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

8.15 pagi Peserta berada dalam dewan

8.30 pagi Pembentangan Slot 3 (Lima orang pembentang)
9.00 pagi Pembentang ke 11 : Encik Ronney Francis Marcillenus, Guru Besar
9.30 pagi SK St Anthony, Tenom (Tajuk : Program 'Togetherness Is Our Strength')
10.00 pagi Pembentang ke 12 : Encik Mohammad Rozalli bin Rambangan, Guru Besar
10.30 pagi SK Sinulihan, Tuaran (Tajuk : Sinulihan ; Tanah Bijak Jendela Dunia)
Pembentang ke 13 : Encik Ali @ Mohd Ali Haji Mail,
11.00 pagi Guru Besar SK Mengkabong, Tuaran (Tajuk : Program Pasak Belian)
Pembentang ke 14 : Encik Sandy George Hill, Guru Besar SK Timbou, Tambunan
(Tajuk : Tem Timbou ; Kita 1 Team)
Pembentang ke 15 : Puan Rohana binti Aling, Guru Besar SK Pekan, Pitas
(Tajuk : Sederap Selangkah SK Pekan Hebat Memacu Kecemerlangan ;
Sekolahku Ceria)
Sesi pembentangan Slot 3 dijangka selesai
Rehat / Minum pagi (15 minit)

11.15 pagi Peserta kolokium masuk ke dewan untuk
Majlis Perasmian Penutupan Kolokium

Ming Garden Hotel ATUR CARA
Kota Kinabalu
Kolokium Amalan Terbaik
1200O2GO2S
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Rabu
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

11.20 pagi Majlis Perasmian Penutupan Kolokium
11.25 pagi Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
11.30 pagi Bacaan Doa
11.40 pagi Rumusan kolokium oleh Tuan Haji Abidin bin Marjan
11.50 pagi Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah
Tayangan multimedia
12.20 tengah hari Ucapan perasmian penutupan oleh
12.30 tengah hari YBrs. Puan Tah Nia binti Haji Jaman (A.M.N, A.S.D.K)
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Penyampaian cenderahati dan pemenang pembentangan
Sesi bergambar dan majlis dijangka selesai
Makan tengah hari

JAWATAN KUASA INDUK

Kolokium Amalan Terbaik Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

PENAUNG
PUAN TAH NIA BINTI HAJI JAMAN
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI SABAH
PENGERUSI
TUAN HAJI ABIDIN BIN MARJAN
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JPN SABAH

TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI
PUAN HAJAH BERNADETTE JOHN PUAN FARIDAH TIMBOL
KPPK SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH KPP SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JPN SABAH JPN SABAH
SETIAUSAHA I SETIAUSAHA II
ENCIK AMIRUDIN BIN ABD RASHID ENCIK MOHD KHURAINI BIN KHUZAIMAH
PENOLONG PENGARAH PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KUDAT
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH PENOLONG SETIAUSAHA II
JPN SABAH ENCIK HALIM BIN HAJI BIDIN @ BIBIN
PENOLONG SETIAUSAHA I PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA MARUDU

ENCIK MOHAMAD IMRAN SHAH ABDULLAH
PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JPN SABAH

BENDAHARI TEKNIKAL INDUK I (SIARAN) TEKNIKAL INDUK II (ICT)
ENCIK SALLEH BIN LINGGAM PUAN LEE LI LENG
ENCIK MUARIFIN SUFIANTO MOHCHOERI KETUA PENOLONG PENGARAH PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PAPAR
KPP SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
JPN SABAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

JAWATAN KUASA KERJA

Kolokium Amalan Terbaik Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022

MODERATOR & PENJAGA MASA TEKS RUMUSAN & PENILAIAN PERHUBUNGAN & PROMOSI
PUAN HAJAH SARIPAH BINTI GHUL HASSAN PUAN HAJAH BERNADETTE JOHN ENCIK AMIRUDIN BIN ABD RASHID
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD KOTA KINABALU KPPK SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH PENOLONG PENGARAH
MODERATOR & PENJAGA MASA JPN SABAH SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
DATIN DR. SITI RAISAH BINTI BUNGSU TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN JPN SABAH
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TUARAN PUAN LIAN FEE CHOO PERHUBUNGAN & PROMOSI
MODERATOR & PENJAGA MASA PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TENOM ENCIK MOHAMAD IMRAN SHAH ABDULLAH
ENCIK MOHD YAHYA BIN JUDA
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TAWAU TEKS UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN PENOLONG PENGARAH
PUAN RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDULLAH SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD LAHAD DATU JPN SABAH
TEKS UCAPAN ALUAN
ENCIK SAIFUL RIDHUAN BIN MAHALI TEKNIKAL ICT
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD KOTA BELUD PUAN LEE LI LENG
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PAPAR

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA TEKNIKAL ICT
ENCIK SALIM BIN TAHIR TUAN HAJI RAZUWANDA BIN DARMAN ENCIK ARIFFIN BIN ANTIKOH
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD PAPAR PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD BELURAN PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PENSIANGAN
PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA TEKNIKAL ICT
CIK HALIMAH BINTI AG KANAK ENCIK MOHD YAHYA BIN JUDA PUAN FILISIA BEDDIE
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD BEAUFORT PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TAWAU PENOLONG PEGAWAI PPD PENAMPANG

PENDAFTARAN KEHADIRAN BUKU PROGRAM GRAFIK & VIDEO GIMIK
ENCIK RASHIDI BIN MOHAMAD YASSIN DR. FARIDAH BINTI MAT NOOR ENCIK AMIRUDIN BIN ABD RASHID
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TAWAU PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TAWAU PENOLONG PENGARAH
PENDAFTARAN KEHADIRAN BUKU PROGRAM SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
PUAN ROSLINAH SUHAILIN PUAN NOORAZEANNIE ABDULLAH JPN SABAH
PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD BEAUFORT PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD TUARAN GRAFIK & VIDEO GIMIK
BUKU PROGRAM PUAN FILISIA BEDDIE
SIJIL DAN CENDERAHATI PUAN HAJAH SALIZA BINTI ZAHARI @ JOHARI PENOLONG PEGAWAI PPD PENAMPANG
PUAN FARIDAH TIMBOL PEGAWAI SIPARTNERS+, PPD SANDAKAN
KPP SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH RAKAMAN & PENYIARAN (YOUTUBE)
JPN SABAH DOKUMENTASI PELAPORAN KOLOKIUM ENCIK KASSIM ALIAS SUHAIFUDDIN
SIJIL DAN CENDERAHATI PUAN HAJAH KAMARIAH BINTI LAPATURUSI PENOLONG PENGARAH (PENERBITAN)
PUAN WINNIE PHAN PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD SANDAKAN SEKTOR SUMBER & TEKNOLOGI
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PENAMPANG DOKUMENTASI PELAPORAN KOLOKIUM PENDIDIKAN JPN SABAH
SIJIL DAN CENDERAHATI PUAN JAHIAH@JALILAH BINTI APIANG RAKAMAN & PENYIARAN (YOUTUBE)
PUAN CLARICE @LILY MUMPIN PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA KINABALU ENCIK SUHAIMI BIN SANI
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PENAMPANG DOKUMENTASI PELAPORAN KOLOKIUM JURUTEKNIK KOMPUTER KANAN
PUAN SOLINGKOI SIDI SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA BELUD JPN SABAH
RAKAMAN & PENYIARAN (YOUTUBE)
ENCIK ARSAT BIN DANDING
PENOLONG JURUTERA
SEKTOR SUMBER & TEKNOLOGI
PENDIDIKAN JPN SABAH
RAKAMAN & PENYIARAN (YOUTUBE)
ENCIK JAMALUDDIN DINER
PENOLONG JURUTERA
SEKTOR SUMBER & TEKNOLOGI
PENDIDIKAN JPN SABAH

SIARAYA PROTOKOL PENYAMBUT TETAMU
ENCIK MOHAMAD IMRAN SHAH ABDULLAH ENCIK SABIN BIN SINUSUN ENCIK ABDUL HADI WONG BIN ABDULLAH
PENOLONG PENGARAH PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD RANAU PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KENINGAU
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH PROTOKOL PENYAMBUT TETAMU
JPN SABAH TUAN HAJI SARIDIH@SERIDIH BIN AHMAD ENCIK MISTOH@MASTAN BIN GAGAH
SIARAYA PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD RANAU PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA MARUDU
ENCIK PETER PAUN PROTOKOL PENYAMBUT TETAMU
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KENINGAU TUAN HAJI ISMAIL BIN TUKIMIN ENCIK JOHNNY APIN
SIARAYA PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KUDAT PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD RANAU
ENCIK FRANK BAHAMAN BIN HAJI ISMAIL PROTOKOL PENYAMBUT TETAMU
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD TAMBUNAN ENCIK ABDUL WARIS BIN IMAN GOY PUAN JAHIAH@JALILAH BINTI APIANG
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KUDAT PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA KINABALU
PENGUMPULAN ABSTRAK PROTOKOL PENYAMBUT TETAMU
DR. ZAKARIA BIN OTHMAN ENCIK AWANG BIN DANI PUAN SOLINGKOI SIDI
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD TUARAN PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD TAMBUNAN PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA BELUD
PENGUMPULAN ABSTRAK PENYAMBUT TETAMU
PUAN LEE LI LENG JAMUAN PUAN YONG KA MOI
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PAPAR PUAN FARIDAH TIMBOL PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PITAS
PENGUMPULAN ABSTRAK KPP SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
DR. SARKAUVI BIN MASERI JPN SABAH
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KOTA KINABALU
PENGUMPULAN ABSTRAK JAMUAN
PUAN WEDDIA KIMPUI ENCIK EMRAN BIN MADRUS
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KUALA PENYU PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD KENINGAU
JAMUAN
ENCIK JUSTIN BIN DUMIN
PEGAWAI SIPARTNERS+ PPD PITAS

Sekalung Penghargaan

Kepada

YBrs. Puan Tah Nia binti Haji Jaman

(A.M.N, A.S.D.K)

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah



Di atas sokongan padu dan kesudian

merasmikan

Kolokium Amalan Terbaik
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
pada 9 Ogos 2022

Sekalung Penghargaan

Kepada

YBrs. Encik Raisin bin Saidin

Timbalan Pengarah Kanan
Sektor Perancangan dan Pengoperasian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia



Di atas sumbangan dalam menyampaikan
Ucaptama sempena

Kolokium Amalan Terbaik
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
pada 9 Ogos 2022

Sekalung Penghargaan

Kepada

YBrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan

Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah



Di atas dokongan dalam menerajui

Jawatan Kuasa Pengelola

Kolokium Amalan Terbaik
Pengetua & Guru Besar (PGB) PRIme
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
pada 9 & 10 Ogos 2022

Sekalung Penghargaan

Kepada

Institut Aminuddin Baki Induk KPM
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah



Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan, JPN Sabah



Semua Pegawai Pendidikan Daerah



Semua Panel Penilai Pembentangan Kolokium



Semua Jawatan Kuasa Induk dan
Jawatan Kuasa Kerja Kolokium PRIme



PRISMA SABAH
(Pasukan Profesionalisme SIPartners+ Malaysia)



Semua Pembentang Amalan Terbaik PGB PRIme



Warga Pendidikan Negeri Sabah

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version