The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Copy of Abstract Focus _ by Slidesgo (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9623926, 2021-08-21 23:52:03

Copy of Abstract Focus _ by Slidesgo (2)

Copy of Abstract Focus _ by Slidesgo (2)

KRITIKAN SENI

NAMA AHLI KUMPULAN:Wong Yue Tang
Voon Boon Le
Ngan Yujian
Lee Ming Xuan
Teh Rui Yun
Jason Tan Fang Hong

SMJK SIN MIN,SG.PETANI
GURU SENI TA14:PN.NOR’AIDA AHMAD

TAJUK DAN MESEJ

Definisi :Tajuk ialah judul dan fokus sesuatu karya untuk menggambarkan mesej yang ingin
disampaikan.Mesej pula ialah makna atau maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam
sesebuah karya seni.Pemahaman terhadap tajuk dan mesej dapat mempertingkatkan pengharyatan
kita terhadap sesebuah karya seni.

Tujuan :Tujuan aplikasi tajuk dan mesej dalam proses pembentukan karya adalah untuk menjadikan
karya seni visual tersebut lebih bermakna dan bukan sekadar untuk nilai keindahan semata-mata.
Tajuk mestilah sesuai dengan tema agar karya seni itu mampu memberikan mesej seperti pengajaran
dan maklumat tertentu.

Kaedah:Sesebuah karya seni visual dihasilkan melalui gabungan tiga komponen penting, iaitu hal
benda, bentuk dan kandungan. Hal benda berkait rapat dengan imej yang dipilih bagi mewakili tema.
Bentuk merujuk kepada unsur seni dan prinsip rekaan yang diaplikasikan dalam proses pembentukan
karya. Kandungan pula biasanya berkisar pada persoalan makna dan lambang kebudayaan,
sosiologi, politik, sejarah dan nilai estetik. Kandungan berkait rapat dengan sebab sesuatu mesej itu
ingin disampaikan.

Contoh:Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti karya seni visual. Terdapat dua jenis
teknik yang biasa digunakan, iaitu teknik konvensional dan teknik kontemporari. Teknik konvensional
merujuk kepada proses pembentukan hasil karya visual yang terikat dengan proses atau cara tradisi.
Teknik kontemporari pula ialah proses yang tidak terikat dengan kaedah tradisi dan lebih kreatif serta
inovatif.

MOTIF

Definisi: Motif secara umumnya bermaksud sebab atau tujuan yang
mendorong pereka menghasilkan sesuatu karya. Namun, motif dalam tajuk
ini menjurus kepada hal benda yang diaplikasikan oleh pelukis, pereka atau
pandai kraf dalam penghasilan seni.

Tujuan:Motif dalam seni halus dan seni reka dipanggil sebagai hal benda.
Hal benda yang dipilih oleh pelukis atau pereka bertujuan untuk
disesuaikan dengan idea dan konsep karya mereka.

Kaedah:Kaedah gubahan motifseni kraf diilhamkan menerusi pemerhatian
terhadap alam sekeliling yang menjadi sumber inspirasi.

Contoh:

IDEA

Definisi:Idea ialah buah fikiran yang tercetus hasil rangsangan seperti
pemerhatian dengan kesedaran atau perbincangan

Tujuan:tujuan penjanaan idea oleh pengkarya adalah untuk memudahkan
mereka menetapkan objektif,tujuan dan menentukan sesuatu tema dalam
penghasilan karya.

Kaedah:Pembentukan motif, idea dan konsep dalam seni halus, seni reka dan
seni kraf boleh menggunakan empat kaedah. Kaedah tersebut alah pemerhatian,
penerokaan, persepsi dan pertimbangan estetik serta analisis.

Contoh:

KONSEP

Definisi:idea yang terbentuk hasil gabungan pelbagai nilai yang dihayati
daripada alam sekeliling.

Tujuan:memberi gambaran pemikiran dan luahan perasaan yang ingin di
ketengahkan.

Kaedah:pembentukan sesuatu konsep dipengaruhi oleh faktor- faktor
kontekstual seperti pengalaman,pendidikan,perkembangan semasa
dunia seni dan persekitaran.Konsep ini akan berubah-ubah bergantung
pada keperluan dan pendekatan dalam penghasilan sesebuah karya

Contoh:

CATAN CAT AIR”BUMI BAHAGIA LOMBONG BIJEH MALAYA

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan.
Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai
dokumentasi sejarah.Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti
sejarah.Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah
pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman
diri.Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau
didocumentasikan.Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan
masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu.Ia juga sebagai
kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian
generasi akan datang.

Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh
pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di
dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama
Yong Mun Sen telah diktirat sebagai perintis sebagai perintis lukisan cat air
di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia)

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik 'wash' dan bersifat
konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri peluki dalam berkarya.
Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah
mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan
sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

Bananas and 9 Oranges Komposisi yang dapat dikenalpasti di sini mempunyai asas seni reka,
media dan teknik yang digunakan serta alirannya. Asas seni reka ini
mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan iaitu bagi unsur seni ialah
garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna manakala prinsip
rekaan pula ialah imbangan, pergerakan, kontra, harmoni, irama, dan
kepelbagaian.

Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah seperti garisan, garisan
dapat dilihat pada keseluruhan gambar karya seperti kain batik. Jalinan
pula dapat dilihat pada garisan-garisan berlapis pada pisang. Bentuk
pula ialah pada buah oren,dan pisang apabila ia dikaryakan dengan
gelap dan cerah bagi menunjukkan bentuk. Warna juga dapat
dikenalpasti pada keseluruhan permukaan kerana berwarna seperti
warna kuning pada pisang, merah pada kain batik dan lain-lain lagi.

Prinsip rekaan pula terdapat pada gambar tersebut ialah harmoni iaitu
warna buah oren seakan-akan sama dengan warna merah pada kain
batik itu. Kontra pula terdapat pada warna kuning pada pisang dengan
warna merah pada kain batik yang begitu kontra. Kepelbagaian pula
dapat dilihat pada objek objek yang dibuat iaitu buah oren, pisang, dan
kain batik.

Di samping itu, media yang digunakan pula ialah seni catan cat minyak.
Teknik yang digunapakai jika dilihat ialah teknik melembut kerana
gambar yang dilihat tidak nampak kesan jalinan yang kasar. Aliran yang
digunakan itu dapat dilihat ialah aliran realisme kerana beliau begitu
prihatin objek-objek dan latar belakang yang dibuat itu.

Corner of the Garden at Montgeron

Karya Monet yang bertajuk "Corner of the Garden at Montgeron" di atas dihasilkan antara
tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat minyak yang dikerjakan di

atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches.
Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok
dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya tersebut dapat memberi
tugasan yang baru kepada Claude Monet untuk melukis empat panel hiasan untuk interior
rumah grand baru, Chateau de Rottembourg di Montgeron. Beliau menggunakan musim
panas di sana untuk mecari motif berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik

dengan menggunakan warna yang terang.
Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek semula jadi

iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan secara

Karya Syed Ahmad Jamal :"Bumi dan Langit I" (1998)

Karya di atas merupakan salah satu karya terunggul
yang membawa seribu makna oleh Syed Ahmad
Jamal (SAJ) bertajuk "Bumi dan Langit I". Karya ini
telah dihasilkan pada tahun 1998. Karya ini dilukis
dengan mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran
203sm x 274.5sm. Secara keseluruhannya, Syed
Ahmad Jamal menggunakkan subjek alam semula
jadi sebagai teras untuk menghasilkan karya ini. Jika
dilihat dengan teliti, karya ini terbahagi kepada empat
bahagian. Bahagian pertama yang bermula pada
bahagian bawahnya terdiri daripada lapisan bumi,
bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh
tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga
diwakili oleh oleh awan, jalur cahaya dan hujan.
Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya terdiri
daripada langit dan bintang-bintang. Beliau
menggunakkan elemen seni seperti kombinasi
garisan, rupa, bentuk, dan jalinan untuk mengukuhkan
lagi struktur karyanya.

PELUKIS TEMPATAN

Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek paling hadapan iaitu objek lelaki
memakai kain pelikat. Pergerakannya pula dapat dilihat pada figura lelaki tersebut yang begerak
seolah-olah sedang bertarung. Ruang yang digunakan ini ialah ruang dalam di mana ia tidak
nampak garisan kaki langit dan ia seolah-olah sepert dilihat dari atas ke bawah iaitu pandangan
aras bawah mata. Teknik pencahayaan ini kelihatam terdapat pada pantulan dan pada bentuk-bentuk otot
lelaki tersebut agar dapat dihasilkan bentuk yang ‘hidup’. Media yang digunakan ialah cat minyak dan teknik
yang digunakan ialah boleh dilihat sebagai teknik kilatan kerana terdapat lut sinar pada figura lelaki
seolah-olah dibuat dengan wama berlapis-lapis untuk menghasilkan kilatan. Aliran yang digunakan ialah
aliran impresionuisme kerana karya ini dilihat
seperti berkarya sambil menonton pertarungan.

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai
pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil
seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan
‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini
berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari
aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan
terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil
seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap,
minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat
dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan
“logical operation such as defining, valuing and explaining”

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.
Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni
di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan
teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)
“if treatart ifit were only a matter of learning acts an

---THE END---

22 AUGUST 2021


Click to View FlipBook Version