The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap berkaitan dengan pengenalan tentang dadah, kesan dan cara mengatasi penyalahgunaan dadah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wennytingguan, 2022-09-19 10:37:40

E-BUKU SKRAP ANTI DADAH

Buku skrap berkaitan dengan pengenalan tentang dadah, kesan dan cara mengatasi penyalahgunaan dadah.

Keywords: Sekolahku sejahtera lebih baik cegah

E-BUKU SKRAP ANTI DADAH

TAJUK:
SEKOLAHKU SEJAHTERA LEBIH BAIK

CEGAH

NAMA : NURUL AQILLAH DZAKIYYAH BINTI MAZIN
SEKOLAH : SK KELAWAT, TUARAN

Apa itu dadah?

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani
(mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama
ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu.

Ciri-ciri dadah :

 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat
(otak dan saraf tunjang);

 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan
penggunaannya adalah dilarang;

 Diperoleh secara haram;

 Membawa kepada penggantungan fizikal dan
psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah;

 Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas ke
atas kesihatan dan fungsi sosial.



Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti
berikut:

a. OPIAT -Heroin, Morfin, Candu dan kodein

b. KANABIS -Ganja, Hashish

c. DEPRESEN -Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan

bukan Barbiturat serta Transquilizer

d. STIMULAN -Jenis Amfetamin dan Kokain;

e. HALUSINOGEN -Lysergic Acid Diethylamine (LSD),

Meskalin.

Dadah Tiruan

Dadah tiruan ataupun designer drug merupakan jenis
dadah yang terhasil daripada campuran beberapa
jenis bahan kimia yang diproses di makmal-makmal

pemprosesan dadah.
Dengan kata mudah, dadah yang direka/dicipta sendiri

untuk mendapat kesan yang lebih kuat.

Perbezaan di antara ubat dan dadah :

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu
sama lain. Perbezaannya adalah seperti yang berikut:-

BIL UBAT DADAH

1. Ubat memberi manfaat seperti Dadah tidak bersifat sedemikian tetapi
menyembuh dan merawat penyakit. memudaratkan kesihatan.

2. Ubat tidak memberikan kesan yang tidak Dadah akan memberi kesan berbahaya

diingini atau kesan sampingan yang yang berkekalan sebagai satu tabiat

minima seperti pening kepala, panas yang berkekalan (withdrawal) walaupun

badan dan mengantuk. Kesan ini akan pengambilan dan penggunaannya

hilang apabila pengambilan ubat dihentikan.

tersebut dihentikan.

3. Ubat tidak semuanya berupaya Semua jenis dadah memberi kesan

mempengaruhi otak dan minda seseorang mendalam terhadap otak dan minda

yang menggunakannya. seseorang.Oleh itu, dadah dikenali

sebagai bahan psikoaktif dan

penggunaannya tertakluk kepada Akta

Dadah Berbahaya (ADB) `952, pindaan

`982.









JENIS PENGENALAN NAMA KESAN BURUK DAN
Ecstasy JALANAN BAHAYA
Pil kuda/yaba Merupakan mood enhancing
drug yang mempunyai kesan E, ADAM, PENGGUNAANNYA
Syabu kepada keadaan sekeliling love drug,
terutamanya warna dan yuppie drug, Muntah, kekejangan otak,
bunyi. pinklady, blue cenderung bertindak ganas,
Sebenarnya digunakan untuk kisses. mudah marah, kemurungan,
merangsang kuda Blue 10, TP. resah, kerosakan buah
mengawan. Juga dikenali pinggang, hati dan jantung.
sebagai moody pil. Ice, Kristal
Ketagihan yang sukar
Berbentuk seperti kaca dihentikan , boleh menjadi
pecah atau tawas. gila dan membawa maut,
keganasan seksual,
pergerakan yang tidak boleh
dikawal dan banyak lagi.

Halusinasi, paranoia dan
bertindak agresif.

Kesan-kesan penggunaan dadah kepada manusia:

Kesan Pengambilan Dadah Secara Suntikan.

1.Meningtis (penyakit jangkitan otak)
2.Tetanus (penyakit kancing gigi)
3.Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)
4.AIDS, Hepatitis B,C dan D
5.Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain

Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut

1.Kerosakan paru-paru dan hati
2.Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi
3.Kerosakan buah pinggang
4.Otot-otot badan mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya.
5.Berat badan menurun.
6.Kemungkinan akan lumpuh

BagaiDmaanaripMadaenDgelaadkakha?n Diri

1. Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat
penggunaan dadah. Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang
mendalam dan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan

seterusnya menjauhi dadah.

2. Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan
mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah.

3. Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui
bahawa dadah bukanlah jalan penyelesaiannya.

4. Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama
rakan dan masyarakat.

5. Sentiasa berhati-hati dengan pergaulan.
6. Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan

tidak terhadap sesuatu permintaan / tawaran yang
membahayakan diri.

7. Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu
membantu anda untuk menyelesaikan masalah dengan

cara yang tepat.
8. Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda

memilih jalan mudah untuk mencuba dadah.

KESIMPULAN :

Penyalahgunaan dadah merupakan satu gejala yang
sangat buruk dan boleh merosakkan individu, institusi

keluarga, komuniti dan seterusnya negara.
Gejala ini seharusnya dibendung bermula dari rumah,

sekolah dan komuniti setempat.

#SekolahkuSejahteraLebihBaikCegah

SEKIAN, TERIMA KASIH..


Click to View FlipBook Version