BAB 6
SEGALA
PUJIbagi
Surah al-fatihah: ayat 1-7
TERJEMAHAN AYAT
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir
sekalian alam
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat)
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami sembah, dan hanya
kepada Engkau kami memohon pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan
orang yang sesat.
PUJIAN HANYA KEPADA ALLAH SWT
Menunjukkan Rahmat dan kasih sayang Allah
SWT yang dilimpahkan kepada hamba-Nya
Kata-kata pujian yang dikhususkan bagi Allah
SWT sebagai Tuhan yang Mencipta dan
Mentadbir alam
Ucapan ini mengajar kita supaya melakukan
sesuatu ikhlas kerana Allah SWT
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Hanya Allah SWT yang memerintah pada hari akhirat
Hanya Allah SWT yang Berkuasa Menghukum dan
Membalas perbuatan manusia
Segala amalan manusia akan disoal, dihitung dan
ditimbang
Semua manusia akan menerima segala ketentuan
dan hukuman yang diputuskan oleh Allah SWT
MENYEMBAH & MEMOHON PERTOLONGAN
HANYA KEPADA ALLAH SWT
UBUDIYAH ISTI’ANAH
Mengkhususkan Memohon hanya kepada
pengabdian diri hanya Allah SWT untuk
kepada Allah SWT. mendapat kebaikan dan
Segala ibadat yang menolak keburukan dunia
dilakukan hanya ditujukan
kepada Allah SWT. akhirat
Allah SWT mengajar kita supaya memohon hidayah
ke jalan yang benar. Hidayah merupakan perkara
yang paling penting dalam kehidupan manusia
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Golongan yang benar dan mendapat petunjuk ialah
orang yang beriman dan mengikut ajaran Islam
yang diajar oleh Rasulullah saw.
PENGAJARAN AYAT
Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan
dengan membaca Basmalah untuk mendapat
keberkatan Allah SWT
Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz
Alhamdulillah untuk mensyukuri nikmat
kurniaan-Nya
Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan
Allah SWT pada hari kiamat sebagai motivasi
untuk beramal soleh dan hindari kejahatan
Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT
bagi menghindari perbuatan syirik
Setiap muslim hendaklah memohon hidayah
Allah SWT agar istiqamah beramal dengan
ajaran Islam