MENYEMAI KASIH
MENUAI SAYANG
(MAHABBAH)
BAB 25
KASIH SAYANG (MAHABBAH) ?
BAHASA
Cinta, kasih, sayang & kecenderungan diri
;
ISTILAH
Kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik
Dalil Naqli Kasih Sayang ( Mahabbah )
Firman Allah SWT :
Maksud :
Sesungguhnya Allah suka kepada orang
yang berusaha membuat kebaikan
Daripada Anas Bin Malik r.a
Rasulullah saw bersabda :
Maksud : Tidak sempurna iman
seseorang kamu hingga dia kasih
kepada saudaranya sebagaimana
dia mengasihi dirinya sendiri
SIFAT KASIH SAYANG YANG DIREDHAI ALLAH SWT
Mencintai Allah SWT dan RasulNya
Mendahulukan perintah Allah SWT dan RasulNya
Menegur perbuatan mungkar
Mengasihi ibu bapa, adik beradik & kaum kerabat
Mentaati ibu bapa
Mengasihi adik beradik atas dasar silaturrahim
Menziarahi sanak saudara dan memenuhi undangan
SIFAT KASIH SAYANG YANG DIREDHAI ALLAH SWT
Menyayangi saudara seagama
Menghormati orang yang lebih tua
Mengasihi orang yang lebih muda
Membantu anak yatim, orang miskin dan OKU
SIFAT KASIH SAYANG YANG DIMURKAI ALLAH SWT
Cinta yang melampau batas syarak
Cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi hingga mendorong
perbuatan zina
Kasih demi kepentingan kebendaan/material
Cinta kerana rupa paras, harta benda dan pangkat
Sayang secara keterlaluan
Mengutamakan rakan lebih daripada ibu bapa
HUBUNGAN SIFAT KASIH SAYANG DENGAN
IMAN
Kasih sayang mempunyai kaitan yang rapat
dengan iman seseorang.
Hadis Nabi saw yang bermaksud :
‘Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci
kerana Allah, memberi dan menghalang
pemberian kerana Allah, maka sesungguhnya
sempurnalah iman’
CARA MENYUBURKAN SIFAT BERKASIH SAYANG YANG
DIREDHAI ALLAH SWT
Tolong menolong ke arah kebaikan dan saling berpesan
dengan kebenaran
Bersangka baik dan berusaha menutup aib orang lain
Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati dan
perasaan orang lain
Memberi hadiah dan menziarahi anggota keluarga, guru
dan rakan
Bersikap merendah diri kepada orang lain
HIKMAH KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN
Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWT dan
Rasulullah saw mengajar umat Islam agar berkasih sayang.
Sebagai seorang muslim kita dituntut mencintai Allah dan
RasulNya melebihi segalanya.
Merai perasaan cinta mengikut peraturan dan bimbingan
agama. Contohnya mencintai harta. Islam menggariskan
cara , sumber dan perbelanjaan harta pada jalan yang
betul dan baik.
TUNTUTAN BERKASIH SAYANG
Sayang kepada Allah SWT kerana Allah Maha Pemberi
Rahmat dan Nikmat yang tidak terhingga banyaknya
Sayang kepada Rasulullah saw kerana Baginda sanggup
menanggung pelbagai ujian ketika menyampaikan dakwah
Islam. Dengan usaha Baginda saw, Islam telah tersebar
sehingga kita dilahirkan sebagai seorang Muslim.
TUNTUTAN BERKASIH SAYANG
Sayang kepada ibu bapa kerana ibu telah melahirkan dan
ayah pula telah memberi nafkah. Juga sayang kepada adik
beradik yang telah banyak membantu.
Sayang kepada semua orang Islam kerana mereka
saudara seagama. Kita berasa gembira dan selamat
apabila berada bersama-sama saudara muslim.
Sayang akan flora dan fauna. Flora menjadikan kehidupan
lebih indah. Manakala fauna pula mengekalkan kestabilan
eko sistem. Flora dan fauna juga membekalkan sumber
makanan yang halal dan berfaedah.