Kuih muih tradisional
MUHAMMAD AQIL BIN AHMAD JAFRI
5 DELIMA
2022
Kuih Bakar
• Kuih bakar merupakan salah satu kuih
tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga
dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini
berbentuk bulat dan ditabur bijan di
atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta
sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan
pagi, minum petang atau pencuci mulut
bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan,
kenduri-kendara dan sebagainya.
• mAnetmarbaubaat hkaunih-bbaahkaanryiaalnaghdtiegpuunnagkagnanudnutumk,
pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan
bahan perasa dan pewarna secukupnya.
aCcauraanmkehmasbudaatnkiuaihdiibnaikiaarladhemngeannggduanpaukran
arang.
Kuih Ketayap
• Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih
ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang
popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih
adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis
kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan
diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur
muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.
• Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara
membuatnya di mana kulit luar kuih digulung
pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula
disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti
kdeatlaamya.p sebelum digulungkan bersama inti
• Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda
sebagi makanan harian kerana ia merupakan
sejenis kuih yang enak dimakan. Biasanya lapisan
plastik digunakan bagi mengalas kulit luar yang
melekit bagi mengelak terkena pada jari orang
yang memakannya.
Onde-Onde
• Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan
digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya dari saiz dan
bentuknya yang menyerupai buah pokok Melaka. Selain itu perbezaan
antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka adalah kandungan intinya.
Kuih buah Melaka menggunakan gula kabung/gula Melaka yang lebih cerah
sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat
daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam. Di sesetengah tempat di
pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.
• Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati
waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-
onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan
nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat
(buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan
bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.
• Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering
untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan
untuk makan sendiri.
• Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih
onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu
melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai
hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Tepung Pelita
• Kuih tepung pelita mempunyai
dua lapisan yang dihidangkan
dalam bekas daun pandan.
Bahagian atas diperbuat daripada
santan putih dan bawahnya pula
perasa pandan. Kuih ini antara
kuih muih yang mendapat
sambutan tinggi ketika bulan
Ramadhan kerana rasanya yang
manis berlemak, lembut dan
terus cair dalam mulut.
Kuih Seri Muka
• Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.
• Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang
besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama
atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah
ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang
dikehendaki.
• Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan
secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih
(lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun
pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah
didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna
makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.
• Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut,
manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan
kelapa serta pewarna pandan.
Sekian terima kasih