SMK AGAMA (P) ALAWIYAHMUAHWAARLRAMBULETIN BADAR
1444 H
Pengertian Awal
Muharram
>Muharram merupakan bulan
pertama dalam tahun Islam
(Hijrah).
>AWAL MUHARRAM bermaksud
"diharamkan" atau "dipantang"
iaitu Allah SWT melarang
melakukan peperangan atau
pertumpahan darah.
>Bulan Muharram tergolong dalam bulan "haram"
(Zulkaedah, Zulhijah,Muharram dan Rejab.
>Peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah
Islam.
>Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota
Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
>Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah
pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).
> Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh
melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa
terikat lagi dengan larangan tersebut.
>Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan
suatu hari yang penting bagi umat Islam .
Firman
Allah SWT:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allah ialah dua
belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian
itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan
yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya); dan perangilah kaum kafir Musyrik
seluruhnya sebagaimana mereka memerangi
kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
(at-Taubah: 36)
Amalan Sunat Pada
Bulan Muharram
Memperbanyakkan
berpuasa sunat
Memperbanyakkan Membaca doa akhir dan
zikir awal tahun
Meyantuni anak Memperbanyakkan
yatim sedekah
Menyenangkan
hati ahli keluarga
Doa Akhir Tahun
Maksud
Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji itu bagi Allah,Tuhan sekalian Alam.Semoga Allah
cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi
Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.
Ya Allah,wahai Tuhan kami,perkara-perkara yang telah kami
lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam
tahun ini yang kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau
tiada meredhai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan
tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan
kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami
menceburkan diri melakukan maksiat itu.Maka kami sekalian
mohon keampunanMu.
Ya Allah,ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah
kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang
telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.Maka kami mohon
diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami
lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.Ya
Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Doa Awal Tahun
Maksud
Doa Awal Tahun
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pengasih lagi Maha
Penyanyang.Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian
Alam.Rahmat dan Sejahtera atas penghulu kami Nabi
Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda
sekalian.
Ya Allah,Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia
ada,tiada permulaan.KelebihanMu Maha Besar dan
kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.Tibalah sudah tahun
baru,kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian
dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang
terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala
tenteranya.Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan
mengalahkan runtuhan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong
kepada kejahatan)
Kami mohon juga Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-
kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami
kepadaMu.Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia.Ya Allah
Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Kesimpulan
Oleh itu, kita sebagai umat Islam
mestilah mengisi bulan Muharram
dengan sebaik mungkin kerana
terdapat fadhilat yang besar pada
bulan tersebut.
Salam Maal Hijrah