MAJLIS SAMBUTAN
HARI GURU SK MUARA TEBAS
Guru Tunjang
Sekolah Sejahtera
Tarikh : 24 Mei 2022
Masa : 8:30 Pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina
ATURCARA MAJLIS
7:30 pagi - Semua murid berkumpul di dewan.
8:30 pagi - Ketibaan tetamu Kehormat Yang DiPertua PIBG
SK Muara Tebas dan tetamu jemputan.
- Perarakan masuk guru ke Dewan Ibnu Sina.
- Lagu Negaraku , Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah.
- Bacaan doa oleh Abdul Faiq bin Abdul Aziz.
- Ucapan Ketua Murid oleh Filzan Amsyar bin Zaidi.
- Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Muara Tebas oleh
En. Hamzah bin Buang.
- Ucapan Guru Besar oleh En. Ismail bin Husin.
- Bacaan ikrar guru oleh Ustaz Husaini bin Hj Anggon.
- Koir lagu Pendidik Bumi Kenyalang & Guru Malaysia.
- Acara memotong kek Hari Guru.
- Persembahan nyanyian/ deklamasi sajak/ tarian dari
murid SK Muara Tebas.
- Persembahan guru
1. Panitia Sains/Matematik
2. Panitia Agama Islam dan Panitia Bahasa Inggeris
10:00 pagi 3. Panitia Bahasa Melayu
10:30 pagi - REHAT
- Acara pertukaran hadiah dalam kalangan guru.
- Acara pemberian hadiah daripada pelajar.
- Sesi bergambar kenangan Hari Guru tahun 2022.
12:00 tengah hari - Bersurai
12:15 tengah hari - Jamuan guru
Pendidik Bumi Kenyalang
Pendidik Bumi Kenyalang
Berdiri teguh berjanji tetap setia
Membimbing mendidik putera puteri Sarawak
Menuju cita mulia
Kata pasti kami kota
Inilah sumpah yang kami semua janjikan
Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas
Amanah timbang rasa
Segala rintangan itu hanya cabaran
Bersatu setiap masa
Pupukan semangat perpaduan
Tingkatkan nilai kerja
Maju Sarawak bahagia
Kamilah pendidik pembentuk masa depan
Membimbing sentiasa walau di mana saja
Jujur setiap masa
Pendidik Bumi Kenyalang
Dari seluruh Negeri Malaysia
Bersama menuju ke arah cita-cita
Mendidik anak bangsa
Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan
Sekolahku SEJAHTERA
Di sini bermula, mengenal dunia
Bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Kesihatan di utama, kebersihan di jaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
Biarku Menjadi Lilin
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku takkan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan, setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan di hati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian, saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
TERIMA KASIH