LEPAK SANTAI BERSAMA CIKGU HIDAYAH
1
BAB 4 KEWANGAN
4.1 Pengurusan Kewangan
Maksud pengurusan kewangan:
Aplikasi prinsip kewangan
Fungsi pengurusan kewangan dalam aktiviti-aktiviti perniagaan.
Perlu diurus dengan cekap dan mematuhi prosedur kewangan perniagaan
Kaitan dengan bidang lain:
1. Pemasaran
Membantu kewangan untuk merancang strategi harga, promosi dan pengedaran produk
Pengurus kewangan menilai alternatif promosi, pengedaran dan harga produk yang kompetitif.
2. Pengeluaran
Membantu membeli aset tetap
Membuat analisis hasil dan kos untuk menghasilkan pembelian yang tepat.
3. Perakaunan
Menyediakan rekod kewangan yang lengkap
Memudahkan kewangan membuat semakan dan unjuran bajet.
4. Sumber manusia
Berkaitan aspek gaji dan bonus pekerja, biasiswa, bengkel, kursus latihan atau seminar, kebajikan pekerja
dan alat memotivasikan pekerja.
Objektif kewangan
Memaksimumkan harga saham di pasaran (syarikat awam)
Menguruskan perniagaan berdasarkan kepentingan pemilik syarikat
Memudahkan mendapat modal pelaburan daripada pemilik
Mengambil tindakan memaksimumkan keuntungan syarikat
Pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan
Pengguna luaran
1. Pemilik syarikat – melihat perkembangan kewangan syarikat
2. Para kreditor – menentukan kredit dan kemampuan membayar hutang
3. Agensi kerajaan – menentukan kadar cukai keuntungan perniagaan
Pengguna dalaman
1. Pengurusan atasan syarikat – memerlukan maklumat untuk membuat keputusan pembiayaan aktiviti
syarikat, jenis kegiatan dan jumlah penetapan dividen pemegang saham.
2
2. Pengurusan bawahan syarikat – menilai keputusan selaras dengan matlamat syarikat.
1. Penyata pendapatan
Dikenali juga sebagai penyata untung rugi
Menunjukkan hasil operasi firma sepanjang tahun dan belanja yang dikenakan
Menunjukkan kecekapan pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan
Sebagai penghubung antara firma dengan pihak kepentingan seperti pelabur, pekerja, pemberi pinjaman,
dan pesaing.
1.1 Butiran yang terkandung dalam penyata pendapatan
1. Pusing ganti
2. Kos barang dijual
3. Belanja operasi
4. Pendapatan lain dan belanja lain
5. Untung sebelum cukai
6. Perolehan bersih
Contoh penyata pendapatan
SYARIKAT PERMATANG
PENYATA PENDAPATAN
TAHUN BERAKHIR DISEMBER 31
(RM’000)
Jualan 2013 2014
Tolak: kos barang dijual 1506 1434
Untung kasar 1020 1000
Tolak 486 434
Belanjan operasi am dan pentadbiran
Pemasaran 140 60
Susut nilai 60 60
10 10
Jumlah belanja operasi 210 210
Pendapatan sebelum faedah dan cukai 276 224
Tolak: Belanja faedah 26 24
Pendapatan sebelum cukai 250 200
Tolak : (cukai 40%) 100 100
Untung bersih 150 120
Perolehan Per syer RM3.00 RM2.40
3
2. Kunci kira-kira
Menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti firma pada satu tarikh yang ditentukan
Persamaan : aset = liabiliti + ekuiti pemilik
Aset ialah harta yang dimiliki oleh firma dan disenaraikan mengikut kecairan
Kecairan ialah tahap mudahnya aset bertukar kepada tunai
2.1 Butiran yang terkandung dalam kunci kira-kira
1. Aset semasa
2. Aset tetap
3. Liabiliti semasa
4.Liabiliti jangka panjang
5.Ekuiti pemilik
5.1 Saham biasa
5.2 Saham keutamaan
5.3 Pendapatan tertahan
Contoh kunci kira-kira:
KUNCI KIRA-KIRA
SYARIKATPERMATANG PADA 31 DISEMBER
(RM’000)
ASET 2013 2014
Aset Semasa
Tunai 22 26
Sekuriti boleh pasar 60 66
Akaun belum terima 295 240
Inventori 265 200
Jumlah aset semasa 642 532
Aset Tetap 1050 980
Aset tetap kasar 337 327
Tolak: susut nilai terkumpul
713 653
Aset tetap bersih 1355 1185
Jumlah Aset
LIABILITI & EKUITI PEMILIK
Liabiliti semasa
4
Akaun belum bayar 150 120
Nota belum bayar 50 50
Belanja terakru 95
125
Jumlah liabiliti semasa 265
Hutang jangka panjang 325 330
Jumlah liabiliti 380 595
Ekuiti pemilik 705
Saham biasa RM2.00 par, 50,000 saham diterbitkan 100
Lebihan dibayar 100 290
Pendapatan tertahan 290 260
Jumlah ekuiti pemegang saham 260 590
650
Jumlah liabiliti dan Ekuiti 1185
1355
3.0 Penyata aliran tunai
Mengenalpasti sumber kewangan firma
Tujuan wang dibelanjakan contoh aktiviti pelaburan dan pembiayaan firma
Kemasukan tunai seperti operasi, peningkatan pinjaman dan modal serta perolehan.
Jumlah sumber kewangan bersamaan dengan jumlah penggunaan kewangan.
Contoh penyata aliran tunai
Penyata aliran tunai
Syarikat PERMATANG Bhd
Berakhir pada 31 Disember 2014
Sumber (RM’000)
Daripada operasi
Pendapatan bersih 116 487
Susut nilai 49 863
Cukai tertunda 3 110
Jumlah 169 460
Tambahan pinjaman jangka panjang 50 438
Terbitan saham biasa 50 000
Penjualan aset-aset lain 3 741
JUMLAH SUMBER 273 639
Penggunaan
Tambahan dalam aset tetap 175 123
Dividen tunai 66 322
Pertambahan dalam modal kerja 32 194
JUMLAH PENGGUNAAN 273 639
NISBAH KEWANGAN
5
1.0 Nisbah kecairan
Mengukur keupayaan firma membayar tuntutan dan belanja pada waktu yang diperlukan
Nisbah yang terlibat ialah nisbah semasa dan nisbah cepat.
1.1 Nisbah semasa
Menunjukkan keupayaan firma untuk membayar segala tuntutan yang akan timbul pada bila-bila masa.
Firma boleh memenuhi tuntutan semasanya apabila aset semasa bersamaan nilai dengan liabiliti semasa atau
nilai nisbah bersamaan dengan 1.
Formula = Aset semasa
Nisbah semasa -----------------
Liabiliti semasa
Nisbah semasa Syarikat Permatang ialah
2014 2013
RM642 000 RM532 000
--------------- ---------------
RM325 000 RM265 000
= 1.98:1 2:1
Analisis kecairan Syarikat Permatang menurun sedikit daripada 2:1 pada tahun 2013 kepada 1.98:1 pada
tahun 2014 kerana aset semasa ialah 1.98 kali lebih banyak daripada liabilit semasa.
1.2 Nisbah cepat
Pengiraan nisbah tanpa mengambil kira aset kurang cair iaitu inventori
Formula nisbah cepat Aset semasa – Inventori
-------------------------------
Liabiliti semasa
Nisbah cepat Syarikat Permatang ialah
2014 2013
RM642 000 – RM265 000 RM532 000 – RM200 000
--------------- ---------------
RM325 000 RM265 000
= 1.16:1 1.25:1
6
Analisis: Nisbah Cepat Syarikat Permatang telah berkurangan daripada 1.25:1 pada tahun 2013 kepada
1.16:1 pada tahun 2014. Ini menggambarkan pengurangan kedudukan kecairan syarikat.
2.0 Nisbah kecekapan
Menunjukkan kecekapan pengurus dalam mengurus aset firma
Kumpulan nisbah kecekapan termasuklah purata masa kutipan, pusing ganti akaun belum terima, pusing
ganti inventori, pusing ganti aset tetap dan pusing ganti jumlah aset.
2.1 Purata masa kutipan
Mengukur secara purata bilangan hari firma boleh mengutip tunai daripada akaun belum terima.
Formula Akaun belum terima
-------------------------
2013
Jualan sehari
2014
RM295 000 RM240 000
--------------- ----------------
(RM1506 000)/360 (RM1434 000)/360
= 70.5 hari = 60.25 hari
Analisis : Pada tahun 2013 Syarikat Permatang mendapat bayaran tunai daripada pelanggannya dalam masa
60 hari berbanding pada tahun 2014 mendapat bayaran dalam masa 70.5 hari. Ini menunjukkan terdapat
kelewatan dalam kutipan hutang.
2.2 Pusing ganti akaun belum terima
Mengukur bilangan akaun belum terima dikutip dalam setahun
Formula Jualan bersih
----------------
Akaun belum terima
2014 2013
RM1506 000 RM1434 000
--------------- -----------------
RM295 000 RM240 000
= 5.1 kali = 5.9 kali
Analisis : Pada tahun 2014, (360/5.1) iaitu 70.59 hari sekali pusingan sementara tahun 2014 ialah (360/5.9)
7
61.02 hari. Ini menunjukkan pusingan kutipan hari semakin berkurangan daripada 5.9 kali ke 5.1 kali.
2.3 Pusing ganti inventori
mengukur keupayaan firma menukarkan inventori kepada tunai dalam setahun.
Formula Kos barang dijual
---------------------
Inventori
2014 2013
RM1020 000 RM1000 000
--------------- -----------------
RM265 000 RM200 000
= 3.85 kali = 5 kali
Analisis : Pada tahun 2013, pusing ganti inventori Syarikat Permatang ialah 5 kali (setiap 2.4 bulan[ 12/5],
inventori di stok kembali) sementara pada tahun 2014 pusing ganti inventori ialah 3.85 kali (inventori
digantikan setiap 3.1 kali[12/3.85])
2.4 Pusing ganti aset tetap
mengukur nisbah kecekapan dan keupayaan pengurus firma menggunakan aset tetap untuk tujuan jualan
Formula Jualan bersih
---------------------
Aset tetap
2014 2013
RM1506 000 RM1434 000
--------------- -----------------
RM713 000 RM653 000
= 2.11 kali = 2.20 kali
Analisis: Pusing ganti jumlah aset tetap berkurangan daripada 2.20 kali pada tahun 2013 kepada 2.11 kali
pada tahun 2014. Pertambahan dalam aset tetap adalah lebih tinggi berbanding dengan pertambahan dalam
jualan bersih.
2.4 Pusing ganti jumlah aset
Mengukur nisbah kecekapan dan keupayaan pengurus firma menggunakan semua aset untuk tujuan jualan
8
Formula Jualan bersih
---------------------
Jumlah aset
2014 2013
RM1506 000 RM1434 000
--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000
= 1.11 kali = 1.21 kali
Analisis: Pusing ganti jumlah aset tetap berkurangan daripada 1.21 kali pada tahun 2013 kepada 1.11 kali
pada tahun 2014. Pertambahan dalam jumlah aset adalah lebih tinggi berbanding dengan pertambahan
dalam jualan bersih.
3.0 Nisbah keberuntungan
Menunjukkan aras keuntungan setelah ditolak belanja-belanja tertentu.
Memberi gambaran yang jelas tentang keupayaan pengurus mengurus setiap peringkat operasi firma.
3.1 Margin untung kasar
Menunjukkan peratusan belanja kos barang dijual daripada jumlah jualan
Terdapat dua kos iaitu kos berubah dan kos tetap
Formula Untung kasar
---------------------
Jualan Bersih
2014 2013
RM486 000 RM434 000
--------------- -----------------
RM1506 000 RM1434 000
= 32.27% =30.26%
Analisis : Syarikat Permatang mendapat untung kasar sebanyak 30.26% daripada jualan bersih pada tahun
2013 dan ini bertambah kepada 32.27% pada tahun 2014.
9
3.2 Margin untung bersih
Nisbah mengambil kira semua belanja dan pendapatan lain termasuklah yang bukan daripada operasi
termasuklah kos-kos yang boleh dikawal iaitu kos faedah dan kos pentadbiran.
Formula Perolehan bersih
---------------------
Jualan Bersih
2014 2013
RM150 000 RM120 000
--------------- -----------------
RM1506 000 RM1434 000
= 10.00% =8.4%
Analisis : Syarikat Permatang mendapat untung kasar sebanyak 8.4% daripada jualan bersih pada tahun
2013 dan ini bertambah kepada 10.00% pada tahun 2014.
3.3 Pulangan atas jumlah aset (ROTA)
Mengukur keupayaan firma menggunakan jumlah aset untuk mendapat pulangan
Formula Perolehan bersih
---------------------
Jualan Aset
2014 2013
RM150 000 RM120 000
--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000
= 11.1% =10.1%
Analisis : pulangan di atas jumlah aset telah bertambah sebanyak 1% daripada 10.1% pada tahun 2013
kepada 11.1% pada tahun 2014.
3.4 Pulangan atas ekuiti (ROE)
Mengukur pulangan yang diterima berbanding dengan ekuiti yang merupakan pelaburan yang dibuat oleh
pelabur.
10
Formula Perolehan bersih
---------------------
Ekuiti pemilik
2014 2013
RM150 000 RM120 000
--------------- -----------------
RM650 000 RM590 000
= 23.1% =20.3%
Analisis: Pemilik saham Syarikat Permatang mendapat pulangan ke atas pelaburan mereka sebanyak 20.3%
pada tahun 2013 dan bertambah kepada 23.1% pada tahun 2014.
4.0 Nisbah penggearan
Mengukur sejauh mana firma menggunakan pinjaman untuk membiaya aktiviti dan keupayaan membayar
hutang.
4.1 Nisbah hutang
Mengukur sejauh mana aset dibiaya oleh hutang
Formula Jumlah liabiliti
---------------------
Jumlah aset
2014 2013
RM705 000 RM595 000
--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000
= 52% =50.2%
Analisis : Nisbah hutang Syarikat Permatang telah bertambah daripada 50.2% pada tahun 2013 kepada 52%
pada tahun 2014.
4.2 Nisbah liputan belanja faedah
Nisbah mengukur keupayaan firma untuk membayar faedah daripada pendapatan
11
Formula Pendapatan sebelum faedah dan cukai
-----------------------------
Belanja faedah
2014 2013
RM276 000 RM224 000
--------------- -----------------
RM26 000 RM24 000
= 10.6 kali =9.3 kali
Analisis : Nisbah perlindungan bunga bertambah daripada 9.3 kali pada tahun 2013 kepada 10.6 kali pada
tahun 2014.
firma mampu membayar belanja faedah walau pun meningkatkan hutang.
5.0 Nisbah pasaran
Menunjukkan perhubungan antara prestasi firma dengan harga saham di pasaran.
Firma yang berprestasi baik dapat meraih harga saham yang tinggi.
5.1 Nisbah harga perolehan
Menunjukkan kesanggupan pelabur membayar keupayaan firma untuk mendapatkan keuntungan.
Formula Harga sesaham
---------------------
Perolehan sesaham
5.2 Nilai buku sesaham
Harga saham dibahagikan dengan nilai buku sesaham untuk mendapatkan nisbah nilai buku/harga saham.
Formula Ekuiti pemilik
---------------------
Bilangan unit saham
5.3 Kadar hasil dividen
Menunjukkan kadar pulangan pelabur daripada sumber dividen pada harga saham di pasaran semasa.
Kadar yang tinggi adalah lebih baik
Formula Dividen sesaham
---------------------
Harga saham
12
Sumber dana mengikut jangka masa panjang
Merujuk kepada pembiayaan ekuiti dan hutang yang melebihi 10 tahun.
1. Bon
Merupakan sekuriti jangka panjang
Dikeluarkan oleh pihak swasta atau awam
Menjanjikan pembayaran semula prinsipal dan kadar faedah yang tetap bila tempoh matang
Jenis bon: bon kerajaan, bon korporat, bon biasa, bon boleh tukar, bon kekal, bon kupon sifar, bon
pendapatan.
2. Ekuiti
Pelaburan pemilik
Saham biasa menunjukkan pemilikan syarikat dan tiada tempoh matang
Hak pemegang saham: hak mengundi, hak ke atas aset, hak ke atas pendapatan
3. Saham keutamaan
Aset kewangan tiada tempoh matang dan dibayar dengan kadar faedah yang tetap
Menggabungkan ciri-ciri saham biasa dan bon
Dividen saham utama di bayar terlebih dahulu berbanding saham biasa
Jenis saham keutamaan: saham keutamaan biasa, saham keutamaan boleh tukar, saham keutamaan
penyertaan, saham keutamaan terkumpul.
4. Hutang jangka panjang
Pembiayaan pinjaman daripada pihak bank dan dibayar balik bersama faedah dalam tempoh melebihi
lima tahun
Jumlah pinjaman bergantung jumlah modal keseluruhan perniagaan.
Amaun pinjaman adalah besar dan memerlukan cagaran kerana risiko yang besar.
5. Pinjaman berjangka
Pinjaman yang diberikan dalam tempoh lima hingga 10 tahun
Pembiayaan bertujuan membeli peralatan yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan bernilai
ekonomi.
Pembiayaan jangka pendek
Merujuk kepada pembiayaan dalam tempoh satu tahun.
1. Overdraf
Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada dalam akaun.
Tujuan penggunaan membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan
Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan mengikut hari.
13
2. Pemfaktoran
Satu urus niaga yang melibatkan pembelian akaun belum terima oleh syarikat pemfaktor
Pemfaktoran terdiri daripada institusi kewangan yang menjalankan kegiatan pemfaktoran
Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun belum terima dan aktiviti
pengutipan hutang.
Pemfaktoran mengambil kira semua kos dalam memberi pembiayaan kepada firma
kos yang terlibat ialah kos rizab, yuran dan faedah.
3. Penerimaan jurubank (BA)
Pembiayaan perdagangan oleh pihak bank dalam aktiviti eksport dan import, dan perniagaan dalam
negeri
Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh dan masa
tertentu oleh pihak bank
4. Trust receipt
Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara
Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran
Bank akan membuat bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil
5. Pinjaman berjangka
Bank memberi kemudahan pinjaman untuk tempoh singkat
Mengenakan kadar faedah mengikut bulanan
Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.
6. Kredit dagangan
Kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pembekal kepada peniaga bertujuan melariskan jualan.
Merupakan liabiliti semasa bagi pihak peniaga
Pembeli bersetuju dengan syarat kredit yang ditetapkan oleh pembekal dalam bentuk a/b bersih c
melambangkan kadar diskaun, b melambangkan tempoh diskaun dan c melambangkan tempoh kredit.
7. Nota janji
Satu bentuk pinjaman jangka pendek daripada pihak perniagaan dan bukannya badan kewangan
Merupakan satu dokumen yang mengandungi satu janji oleh pihak peminjam akan membayar sejumlah
wang kepada pemberi pinjam.
Nota janji diterbitkan oleh perniagaan yang kukuh dan ternama yang boleh diyakini oleh pelabur
(pemberi pinjaman) dan tanpa ada cagaran
Nota janji diterbitkan pada harga diskaun iaitu nilai muka setelah ditolak dengan faedah pada tarikah
matang perniagaan akan membayar kepada pelabur.
1. Keperluan semasa
Keperluan tunai membiayai aktiviti urus niaga harian
Memastikan operasi perniagaan harian berjalan dengan lancar
14
Contoh membayar baki hutang pembekal bagi mendapat bekalan seterusnya.
2. Jangka masa pendek
Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun
Melibatkan pembiayaan pengurusan modal kerja
Contoh perbelanjaan pemasaran iaitu menyediakan promosi dan diskaun jualan untuk meningkatkan
kuantiti jualan pada tahun semasa
3. Jangka masa panjang
Keperluan dana dalam membuat pelaburan modal
Melibatkan jangka masa melebihi setahun
Contoh membeli mesin yang berteknologi tinggi supaya kecekapan perniagaan setanding dengan
persaingan semasa.
Menyediakan bajet tunai
Unjuran aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangka dalam tempoh masa yang singkat supaya
ramalan dapat dibuat dengan tepat
Dapat menjangka defisit tunai supaya dapat membuat rancangan mendapat modal
Lebihan tunai dapat melaburkan dana yang ada
1. Aliran masuk
Ramalan aliran masuk berdasarkan unjuran jualan yang melibatkan jualan kredit dan jualan tunai
Sumber aliran masuk yang lain ialah jualan aset tetap, pemulangan cukai pendapatan dan tuntutan insurans.
2. Aliran keluar
Kegunaan tunai dalam sesebuah firma termasuklah akaun belum bayar, upah/gaji, kos pentadbiran,
perbelanjaan modal, pembayaran dividen, cukai pendapatan dan faedah.
3. Aliran tunai bersih
Perbezaan jumlah aliran masuk dengan jumlah aliran keluar setiap tempoh
Aliran masuk yang besar berbanding dengan aliran keluar merupakan lebihan tunai
Aliran keluar lebih besar daripada aliran tunai masuk merupakan kurang tunai
Langkah mengatasi kurangan tunai
Membuat pinjaman tidak bercagar
Memanjangkan tempoh bayaran akaun belum bayar
Meminjam dengan menggunakan akaun belum terima
Menjual sekuriti boleh pasar
Membuat pinjaman jangka panjang jika ingin membuat pelaburan modal.
15
Contoh bajet tunai
Pengurus kewangan Sudi Manufacturing sedang menyediakan bajet tunai bulan Oktober hingga Disember.
Perancangan tunai syarikat adalah berdasarkan beberapa andaian berikut:
1. Jualan sebenar dan ramalan adalah seperti berikut:
Bulan Jualan
Ogos (sebenar) RM200 000
September (sebenar)
Oktober (ramalan) 400 000
November (ramalan) 800 000
Disember (ramalan) 600 000
400 000
2. 20% daripada jualan dikutip dalam bulan jualan dibuat, 50% dikutip sebulan kemudian dan 30% dikutip dua
bulan kemudian
3. Dalam bulan Disember syarikat akan menerima RM60 000 dividen tunai daripada portfolio pelaburan
sahamnya
4. Pembelian barangan merupakan 70% daripada jualan, 10% daripada jumlah ini dibayar secara tunai, 70%
dibayar sebulan kemudian dan baki 20% dibayar dua bulan kemudian.
5. Upah buruh dijangka adalah RM96 000 dalam bulan Oktober, RM76 000 pada bulan November dan RM56
000 pada bulan Disember.
6. Sewa sebanyak RM10 000 dibayar setiap bulan
7. Bayaran cukai sebanyak RM50 000 pada bulan Disember
8. Syarikat akan membeli sebuah peralatan baharu pada harga RM260 000 dalam bulan November
9. Bayaran prinsipal berjumlah RM40 000 akan dibayar pada bulan Disember
10. Syarikat menjangka akan membayar dividen tunai sebanyak RM40 000 dalam bulan Oktober
11. Baki tunai pada akhir September ialah RM100 000.
12. Syarikat ingin mengekalkan baki minimum tunai sebanyak RM50 000
Anggaran jualan (RM) Ogos Sept Okt Nov Dis
200 000 400 800 000 600 000 400 000
000
Jualan tunai 20% (RM) 40 000 80 000 160 000 120 000 80 000
Kutipan akaun belum terima (RM)
Terlewat sebulan 50% 100 200 000 400 000 300 000
000
Terlewat 2 bulan 30%
Jumlah kutipan jualan (RM) 60 000 120 000 240 000
Penerimaan dividen tunai (RM) 420 000 640 000 620 000
Jumlah penerimaan tunai (RM)
60 000
420 000 640 000 680 000
16
Penerimaan tunai (RM) Ogos Sept Okt Nov Dis
Anggaran belian 70% x Jualan 420 000 640 000 680 000
Pembelian tunai 10% 140 000 140 000 560 000 420 000 280 000
Bayaran akaun belum bayar 14 000 28 000 56 000 42 000 28 000
Terlewat sebulan 70%
Terlewat 2 bulan 20% 98 000 196 000 392 000 294 000
Bayaran upah buruh 28 000 56 000 112 000
Bayaran sewa 96 000 76 000 56 000
Bayaran cukai 10 000 10 000 10 000
Pembelian peralatan baharu 50 000
Bayaran prinspal atas pinjaman 260 000
Bayaran dividen tunai 40 000
Jumlah pembayaran tunai 40 000
Aliran baki bersih (penerimaan 426 000 836 000 590 000
tunai tolak pembayaran tunai
Campur: baki awal tunai (6 000) (196 000) 90 000
Tolak: faedah atas pinjaman 100 000 94 000 50 000
jangka pendek
Baki akhir tunai sebelum 1 520
pembiayaan
Pembiayaan yang diperlukan 94 000 (102 000) 138 000
Baki akhir tunai 152 000 (88 480)
Pinjaman kumulatif 94 000 50 000 50 000
- 152 000 63 520
Jenis-jenis risiko
Risiko tulen
Merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi yang mengalami kerugian atau tidak mengalami kerugian
dan terus berada dalam keadaan yang sama
Contoh risiko tulen:
Risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya
Risiko kilang terbakar
Risiko inventori di gudang hilang
Jenis-jenis risiko tulen
1. Risiko peribadi
Risiko yang memberi kesan secara langsung kepada invidu
17
2. Risiko harta
Risiko yang dihadapi oleh pemilik harta disebabkan harta rosak, musnah dan hilang disebabkan
kerugian langsung dan kerugian tidak langsung
3. Risiko liabiliti
Merujuk risiko yang dihadapi oleh individu/organisasi di bawah undang-undang ekoran tindakannya
menyebabkan kecederaan anggota atau kemusnahan harta pihak lain.
Risiko spekulatif
merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi menghadapi kemungkinan
kemungkinan: memperoleh keuntungan, mengalami kerugian dan masih berada dalam keadaan yang sama.
Contoh risiko spekulatif
1. Risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur di pasaran saham
Keuntungan modal jika harga saham naik
Kerugian jika harga saham turun
Tidak mengalami kerugian/keuntungan jika harga saham tidak berubah
2. Risiko yang dihadapi oleh organisasi jika strategi meletakkan harga yang tinggi
Mungkin menghadapi keuntungan, kerugian dan pulang modal.
Definisi insurans
Pengemblengan kerugian yang tidak disengajakan dan beban untuk menanggung kerugian di pindahkan
kepada syarikat insurans
Syarikat membayar pampasan kepada pemegang polisi insurans yang mengalami kerugian
Kerugian dibayar melalui tunai, pembaikan, penggantian dan memberikan perkhidmatan.
Prinsip insurans
1. Gantirugi
Pampasan insurans setakat ganti rugi sahaja
Pemegang polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang dilindungi
Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans
1. Subrogasi
Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans
2. Caruman
Pemegang insurans mengambil beberapa syarikat insurans untuk melindungi harta yang sama
Syarikat-syarikat insurans tidak akan membayar pampasan melebihi daripada jumlah ganti rugi
Syarikat-syarikat insurans membayar gantirugi sama rata ke atas kerugian yang dialami
18
3. Limpah
Nilai perlindungan insurans lebih besar daripada nilai harta yang sebenar.
4. Doktrin punca terdekat
Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku secara langsung daripada risiko
yang diinsuranskan
5. Kepentingan boleh diinsuranskan
Seseorang yang mempunyai kepentingan ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan untuk mendapat
perlindungan daripada menghadapi sebarang risiko.
6. Penuh percaya mutlak
Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan
Penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans
Takaful
Perkataan asal takaful ialah kafal bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara
Takafala membawa maksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara
Akta Takaful 1984 memberi definisi skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan saling bantu-
membantu dalam menyediakan bantuan dari segi kewangan dan pertolongan sekiranya perlu di kalangan
peserta dan mereka bersetuju menyumbang untuk tujuan tersebut.
Kepatuhan syariah
1. Gharar
Bermaksud ketidakpastian
Terdapat sesuatu yang disembunyikan dan boleh menimbulkan ketidakadilan serta penganiayaan kepada
pihak lain.
Empat gharar : ketidakpastian dalam hasil, ketidakpastian dalam kewujudan, ketidakpastian dalam tempoh
kontrak dan ketidakpastian dalam perubahan hasil
2. Maisir
Bermaksud perjudian
Transaksi yang mengandungi unsur gharar secara tidak langsung melibatkan unsur perjudian
Kemungkinan premium yang dibayar akan diganti dengan ganjaran kewangan yang besar atau kecil.
Peserta membayar premium yang kecil mengharapkan ganjaran yang besar
Peserta hilang wang premium apabila kerugian ingin dilindungi tidak berlaku syarikat insurans akan rugi
jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
3. Riba
Syarikat insurans mengenakan faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman
Unsur faedah dalam penjanaan untung yang digunakan pembayaran pampasan
19
Pelaburan dan urusniaga syarikat insurans dalam instrumen kewangan mengamalkan perbankan
Konvensional yang mengamalkan aktiviti perniagaan mengamalkan riba.
4. Akad Jual beli
Persetujuan bersama dikalangan peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat takaful) dalam
menjalankan peranan masing-masing.
Peserta melanggan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful
syarikat takaful menjalankan peranan seperti mengurus perlindungan risiko dan pengagihan keuntungan.
5. Menanggung risiko bersama
Peserta takaful yang mengalami risiko akan menerima bantuan daripada peserta lain dalam menghadapi
sebarang risiko
Mengamalkan konsep kerjasama, tolong menolong dan bermuafakat pihak lain yang mengalami kerugian
6. Simpanan atau pelaburan
Sumbangan peserta dalam takaful merupakan milik peserta
Fungsi utama pelaburan untuk mendapatkan keuntungan
Syarikat takaful pemegang amanah memastikan bidang dan kegiatan pelaburan selamat dan selaras dengan
syariah
Bidang pelaburan termasuklah saham, hartanah, kemudahan pembiayaan, pelaburan dan simpanan bank
20
http://www.youtube.com/c/HidayahYusoff0808
21