The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emanueldel46, 2022-09-11 02:08:56

Seni Visual stpm

Seni Visual stpm

TOPIK 10: KONSEP DAN KAEDAH KRITIKAN SENI
VISUAL

Disediakan Oleh: Emanuel Del Anak Anhu

KONSEP KRITIKAN
SENI VISUAL

Definisi :Wacana tentang
sesuatu karya seni dalam

bentuk tulisan/lisan
- Berasaskan satu system
yang teratur merangkumi
aspek diskripsi, analisis,

interprentasi dan
pertimbangan/judgment

KEBAIKAN KRITIKAN
SENI VISUAL

1. Dapat meningkatkan
kefahaman audien mengenai seni

visual dan karya seni visual
2. Pelukis mengetahui
kelemahannya dan dapat

memperbaiki serta meningkatkan
mutu karya

3. Dapat mempromosikan karya
dan pelukis kepa audien

4. Dapat mempromosi kebudayaan
Malaysia ke peringkat
Antarabangsa

5. Lain lain yang diiktirafkan
releven

Pendekatan Journalistik/ asas kritikan
kritikan seni
-Laporan dan penulisan dalam Bahasa yang
visual mudah untuk bacaan umum dan menjadi

rujukan asas kritikan

Ilmiah /strategi kritikan

-Penulisaan yang terperinci, ditulis secara
mendalam mengikut strategi kritikan dan

dibentangkan di seminar

Kritikan Seni Visual

Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas,
iaitu ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk

penulisan yang terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam
jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh
fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong

serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini
lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator
muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan jurnalistik pula
berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit
dalam surat khabar dan majalah, atau disiarkan melalui radio dan

televisyen untuktatapan umum

STRATEGI KRITIKAN
SENI

Dalam strategi pertama iaitu diskripsi, seseorang pengkritik
perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan

formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul
data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta

pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh:
jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara

utama itu.

Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-
fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi,
garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini
dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta
mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan
misalnya.

Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang

STRATEGI KRITIKAN SENI pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu
mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang

mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal

ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya

pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal

pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan

pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang

sewajarnya.

Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam
menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk
"formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme"
(Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah

pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan
harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan
keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara
instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan
keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya
dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.

-TERIMA KASIH -


Click to View FlipBook Version