KIT-BanTow
MOHAMAD SHAFIEI AYUB MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
KONTEMPORARI
KONTEMPORARI
NOORMALA RABU KHALILAH IBRAHIM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM FAKULTI SAINS KOMPUTER
KONTEMPORARI
AHLI KUMPULAN
MARZIANA ABD MALIB MAYMUNAH ISMAIL
FAKULTI UNDANG-UNDANG FAKULTI PERNIAGAAN
KERATAN
AKBAR
ABSTRAK Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berdasarkan kepada laporan Banci
Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci Malaysia 2020) jumlah ibu tunggal di negara
Kata kunci : Kit Inovasi, Wanita, Ibu Tunggal, Penceraian direkodkan hampir mencecah 1 juta orang. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh para wanita selepas penceraian adalah ketidakstabilan ekonomi, urusan
mahkamah, nafkah anak, hubungan antara bekas suami dan mertua, masalah
kesihatan, cabaran membesarkan anak-anak, dan stigma masyarakat. Kesan dari
penceraian ini mampu menggugat kesejahteraan hidup wanita, membawa kepada
masalah kemurungan dan mental. Pernyataan masalah yang dihadapi adalah tiada
satu panduan atau bimbingan sebagai rujukan untuk membantu para wanita selepas
berlakunya penceraian hidup atau mati. Kebiasaannya, di jabatan agama Islam lebih
fokus kepada membincangkan isu pembahagian harta dan hak selepas penceraian,
tetapi tidak ada satu produk yang dijadikan sebagai rujukan dalam bentuk senarai
semak untuk panduan dan tindakan sebagai langkah awal bagi membimbing para
wanita terutama ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan mereka. Objektif produk
ini adalah bertujuan membantu dan membimbing wanita menguruskan kehidupan
selepas penceraian, menyediakan rujukan dan panduan kepada wanita untuk
mengambil langkah serta tindakan yang sewajarnya selepas penceraian serta
menjadi satu pemudah cara untuk pengkaji menyampaikan informasi dan maklumat
kepada wanita. Metode yang telah digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan
mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus sebagai kaedah pengumpulan
data bagi kajian ini. Pemilihan informan adalah berdasarkan pensampelan bertujuan
yang dipilih menggunakan kriteria inklusif dan eksklusif. Data yang diperolehi
seterusnya dianalisis menggunakan analisis bertema. Keistimewaan produk ini ialah
ia dapat membantu jabatan agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para
kaunselor dalam menyampaikan informasi dan membimbing para wanita. Bagi
melihat keberkesanan produk inovasi ini, kami telah menjalankan ujilari produk ke
atas beberapa ibu tunggal di sekitar negeri Melaka. Produk kami telah mendapat
pengiktirafan daripada Jabatan agama Islam, badan kaunseling, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan persatuan ibu tunggal. Produk ini juga telah pun berdaftar
dengan MyIPO. Kesimpulanya, produk ini mampu menjadi satu produk inovasi yang
berguna bagi membantu para wanita memulakan langkah pertama selepas
penceraian. Oleh itu, ia mampu memberi sinar harapan kepada para wanita selepas
bercerai.
4
PENGENALAN Dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini, setiap
yang berlaku itu semuanya menurut suratan sejak azali
lagi. Tidak semua harapan dan perancangan yang kita
impikan akan kesampaian. Kehidupan sebagai ibu tunggal
bukanlah semudah yang disangkakan. Episod perpisahan
dengan suami pasti memberikan impak negatif dalam diri
mereka dan secara tidak langsung menyebabkan emosi
mereka terganggu. Pertukaran status isteri kepada ibu
tunggal mungkin membawa kepada trauma dan serta
mungkin membawa kepada kemurungan yang
berpanjangan sehingga hilang keyakinan diri untuk
bersosialisasi dengan individu lain. Ini boleh menjadi punca
kepada ibu tunggal menjadi buntu sehingga tidak tahu
apakah tindakan yang perlukan mereka lakukan dari sudut
tuntutan agama, nafkah, harta serta hak perlindungan.
Serta mereka juga tidak tahu kepada siapa yang perlu
dirujuk untuk mendapatkan pembelaan serta bantuan. Oleh
demikian, kumpulan pengkaji telah menghasilkan KIT-
BanTow bagi membantu ibu tunggal membantu dan
membimbing wanita menguruskan kehidupan selepas
penceraian, menyediakan rujukan dan panduan kepada
wanita untuk mengambil langkah serta tindakan yang
sewajarnya selepas penceraian.
5
1. Belum ada satu panduan atau bimbingan sebagai rujukan untuk
membantu para wanita selepas berlakunya penceraian hidup atau
mati.
2. Belum ada satu produk yang dijadikan sebagai rujukan dalam
bentuk senarai semak untuk tindakan sebagai langkah awal dalam
membimbing para wanita terutama ibu tunggal dalam menguruskan
kehidupan mereka.
MASALAH KAJIAN
Presentation title 6
OBJEKTIF 1. Dapat menyediakan garis panduan yang jelas sebagai rujukan kepada
wanita selepas berlaku perceraian hidup atau mati.
Presentation title
2. Dapat menyediakan produk yang informatif & kreatif sebagai rujukan dan
pemudahcara kepada wanita untuk mengatur langkah awal dan bertindak
selepas berlaku perceraian.
7
Belum ada mana-mana badan atau jabatan yang menyediakan satu panduan
atau bimbingan sebagai rujukan kepada para wanita selepas berlakunya
penceraian hidup atau mati. Oleh itulah maka produk ini dicipta bagi
membantu para ibu tunggal. Selain sebagai rujukan serta bimbingan, produk
ini juga menyediakan senarai semak tindakan (check list) serta link laman
web badan atau jabatan yang boleh dirujuk. Produk ini dicipta dalam bentuk
e-kit digital. Ianya satu panduan mudah dan ringkas serta boleh dibawa ke
mana-mana.
Produk ini menjadi satu usaha CSR para pengkaji dari UiTM Cawangan
Melaka bagi membantu para ibu tunggal. Produk ini telah mendapat
perhatian, sokongan serta sambutan dari Pejabat Pembangunan Wanita,
Peguam Syariah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Melaka.
MAKLUMAT PRODUK Dalam mendapatkan data kajian yang tepat, pengkaji telah menjalankan
edaran borang soal selidik. Responden pengkaji adalah ibu tunggal Negeri
Melaka. Produk ini juga telah menjalani beberapa uji lari. Produk ini akan
sentiasa diperbaharui agar terus mengikut peredaran masa, isu serta cabaran
ibu tunggal.
Presentation title 8
SIGNIFIKAN Bukan semua ibu tunggal mempunyai pendidikan yang tinggi dan
berpengetahuan. Serta bukan semua mereka mempunyai keluarga serta
Presentation title kenalan yang mempunyai pengetahuan luas berkaitan masalah selepas
penceraian seperti isu iddah, tuntutan nafkah, hutang, harta sepencarian,
faraid, wasiat, mencari peluang pekerjaan dan sebagainya.
Akibatnya banyak hak yang tidak dituntut kerana mungkin mereka tidak tahu
hak-hak yang boleh dituntut atau mereka tidak tahu kepada siapa mereka
perlu rujuk. Kadang kala ini membuka ruang kepada bekas suami atau
keluarga bekas suami membuli mereka. Akhirnya ada sesetengah ibu tunggal
mengalami gangguan emosi dan masalah kesihatan yang lain.
Maka oleh itu produk ini sangat signifikan dilahirkan bagi membantu para ibu
tunggal bagi menguruskan urusan selepas bercerai, sama ada cerai hidup
atau mati.
9
1. KIT-BanTow dibangunkan atas dasar untuk menyediakan platform
yang mudah kepada ibu tunggal yang ingin mendapatkan
pengetahuan, panduan serta bimbingan sebagai rujukan untuk
membantu para wanita selepas berlakunya penceraian hidup atau
mati.
2. Inovasi ini telah mendapat kelulusan Intellectual Property
Corporation of Malaysia (MyIPO) dan mampu membina jenama
yang baik dan boleh didaftarkan di bawah undang-undang cap
dagangan.
PEMBAHARUAN
Presentation title 10
KELEBIHAN 1. Produk yang selari dengan masalah yang sedang dihadapi para ibu
tunggal serta mampu membantu dan membimbing mereka.
Presentation title
2. Produk yang mudah dibawa ke mana-mana serta mengambil
konsep menggabungkan elemen e-kit, tulisan, lukisan, imbasan QR
kod, penggunaan digital dan senarai semak panduan.
3. Produk yang bersifat mesra, mudah difahami serta menjadi satu
identiti yang menghubungkan ibu tunggal dengan badan-badan
yang berkaitan.
4. Produk ini mendapat sokongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Negeri Melaka, Peguam Syariah, Negeri Melaka serta Pejabat
Pembangunan Wanita, Negeri Melaka
11
FUNGSI 1. Memberi pendedahan, panduan, bimbingan sebagai langkah awal
yang perlu dilakukan selepas berlaku perceraian dalam menguruskan
Presentation title kehidupan mereka selepas perceraian dengan lebih jelas dan
menyeluruh.
2. Memudahkan ibu-ibu tunggal merujuk produk kami sebagai garis
panduan dan senarai semak dalam mengatur langkah awal selepas
perceraian.
3. Ia juga menyediakan link laman web jabatan atau badan-badan yang
boleh dirujuk
12
METODOLOGI Bagi menyiapkan produk ini kami telah menggunakan metode kualitatif
iaitu menggunakan metode perpustakaan, observasi, temubual, soal
selidik dan metode analisis data.
1. Metode Pengumpulan Data
i) Metode Penyelidikan Perpustakaan
ii) Metode Observasi
iii) Metode Temu bual
iv Metode Soal Selidik
v) Metode Analisis Teks
2. Analisis Data
i) Metode Induktif
ii) Metode Deduktif
Presentation title 13
1. Gambar / Video – Peguam Syariah 14
2. Gambar / Video – Pejabat Pembangunan Wanita
3. Gambar / Video – Jabatan Kebajikan Masyarakat
KAJIAN LAPANGAN
Presentation title
Produk KIT-BanTow merupakan satu produk inovasi yang dicipta bagi
menyelesaikan masalah berkaitan tiada satu panduan atau bimbingan
sebagai rujukan untuk membantu para wanita selepas berlakunya
penceraian hidup atau mati. Kit ini juga menyediakan senarai semak
panduan serta sebagai identiti yang menghubungkan ibu tunggal dengan
jabatan-jabatan berkaitan. Bentuk kit yang menarik, cantik serta mudah di
bawa ke mana-mana. Di harap dengan terhasil produk ini, ia dapat
membantu serta menguruskan kehidupan ibu tunggal.
KESIMPULAN
Presentation title 15
1. Buku
• Mohamad Fazli Sabri, Ahmad Hariza Hashim (2020), Realiti & Cabaran : Ketua Isi Rumah Ibu
Tunggal di Malaysia, UPM
• Ahmad, Siti Yuliandi, Zakaria, Nurul Fardini, Mohd Ismath, Nurul Hanilah, Mokhtar, Nor
Zainiyah Norita, Johari, Arina (2021), Ibu Tunggal Realiti & Cabaran, Syfe Management Sdn
Bhd
2. Artikel
• Rabi’ah Muhammad Serji, Mazliza Mohamad, Safinaz Mohd Hussein, Mahmud Zuhdi Mohd
Nor (2021), Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas
Kematian dari Perspektif Undang-Undang Tanah di Malaysia dalam Islāmiyyāt, 43 (Isu Khas)
2021: 43 – 53.
• Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min & Zakaria Mohamad (2019), Kesedihan Wanita Kematian
Suami dalam Journal of Business and Social Development, Volume 7 Number 1, March 2019
• Siti Marziah Zakaria, Nurul Shafini Shafurdin, Noremy Md. Akhir, Suzana Mohd Hoesni,
Jamiah Manap (2019), Cabaran Hidup Ibu Tunggal: Kesan Terhadap Kesejahteraan Emosi,
International Journal of Education, Psychology and Counseling, Volume: 4 Issues: 2 4 March ,
2019 ] 69 84
RUJUKAN 3. Temubual
• Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Melaka
Presentation title • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Melaka
• Peguam Syariah, Negeri Melaka
• Pejabat Pembangunan Wanita, Negeri Melaka
4. Soal Selidik 16
• Ibu Tunggal Negeri Melaka di bawah Persatuan Ibu Tunggal Negeri Melaka
PRODUK
PATEN
TEMUBUAL BERSAMA
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
LAMPIRAN
TEMUBUAL BERSAMA TEMUBUAL BERSAMA
PEGUAM SYARIAH PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA
THANK
YOU