E-PERTANDINGAN DEKLAMASI SYAIR ADAB DAN NILAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022
TEMA : BERSYUKUR ATAS NIKMAT
TAJUK : SYAIR MERATIB SYUKUR
Negara kita aman sentosa
Berbilang kaum, agama dan bangsa
Rahmat melimpah makmur bersama
Wajiblah kita bersyukur kepada-Nya
Suatu masa Tuhan menduga
Wabak penyakit datang melanda
Hidup sengsara musnah segala
Hilangnya nikmat sekelip mata
Wabak melanda bawa derita
Ada yang hilang ayah dan bonda
Ada yang hilang anak tercinta
Rakan dan taulan, saudara-mara
Begitu hebat ujian Ar-Rahman
Mengangkat darjat hamba beriman
Sampai masanya nikmat dikembalikan
Muncul pelangi selepas hujan
Kita yang tinggal usah terleka
Bangkit semula Keluarga Malaysia
Setitis musibah selaut kurnia
Ratibkan syukur atas nikmat-Nya
Hasil Nukilan : Azman Ad-Damanhuri